21.10.12

Tingkatkan Metabolisme Badan!

Hey ladies,

How's ur diet today? Harap2 berat anda semua sgt ideal. Sepanjang work-from-home ni, badan saya semakin 'gebu' mcm kek-kek yg saya jual jugak. Mana tak nya kalo dah setiap kali order, ade lebih nk je masuk mulut konon2 nk rasa sedap ke tidak. Akibatnya, berat badan saya skrg dah nak sama mcm saya mengandung 4 bulan! Rasa nak pengsaaaan!!

Maka dengan itu, saya search balik dlm blog sendiri psl MENU metabolisme dan beberapa TIPS yg penah saya share kat sini dulu. Haha biasa lah dh kurus mmg cepat lupa diri lalu makan sesuka hati dan sekarang saya kena mulakan sekali lagi!!

Harini saya share tips baru utk tingkatkan metabolisme badan kita utk sesapa yg senasib dgn saya. Kenapa? Sebab kalo metabolisme tinggi, proses penghadaman pun pantas, lemak pon terbakar dgn cepat, pastu kuruslah anda!


1) Jadi Aktif
Tak perlu nak terang lebih2 kot. Nak aktifkan diri bukan macam aktifkan kad hotlink anda. Kena lah buat erobik, jogging, atau paling malas pon berjalanlah sekeliling kawasan perumahan anda. Setakat ni saya baru rajin sket buat sit-up. Parahnya rasa. T_T

2) Makan sedikit tapi kerap
Macam tips dulu jugak, makan 5-6 kali sehari pon takpe tapi kuantitinya mesti sikit. Ha kaedah makan pulak kunyah la byk kali, nescaya anda akan cepat kenyang.

3) Makan makanan yg kaya protien
Kurangkan karbohidrat dan banyakkan makanan berprotien. Tapi pastikan pilih makanan protien yg rendah lemak mcm daging tanpa lemak, dada ayam, dan mana2 dairy product yg rendah lemak.

4) Makanan berempah/pedas
Rempah mcm cili boleh meningkatkan kadar metabolisme sehingga 50% sebabnye heart rate kita pon turut meningkat kalo tgh pedas. Jadi kalo nak makan kari, pastikan yg takde santan ye. Kira buat lah kari mamak style. ;)

5) Minuman teh hijau
Boleh gantikan minuman pagi anda dgn kesegaran minuman teh hijau sebab teh hijau ada antioksidaa yg bleh tingkatkan metabolisme. Oh ade jugak saya terbaca minum Coffee jugak boleh kuruskan badan.

6) Sejukkan diri
Haa yg ni susah sket, melainkan anda ada bilik iglu kat rumah atau menggunakan altenative pasang air-cond pada suhu 16 degree ke (tu kan paling sejuk aircond rumah?). Sebab kesejukan akan tingkatkan metabolisme sehingga 20%!

7) Sauna
Kalau dah takleh nk sejukkan diri sebab Malaysia takde musim salji, boleh lah buat sauna. Kesannya tetap sama. Tapi utk yg low blood pressure mcm saya takyah lah nk pulun bersauna lama2 sgt, pengsan kang! Haha


Sebenarnya banyak lagi tips2 utk tingkatkan metabolisme ni. Tapi rasanya cukup la 7 tips. Sebabnya yg 7 ni pon bukannya mampu nk buat semua kan?? Nak lagi pi buka link tips yg saya ckp awal2 tadi tu. Saya nak mulakan tips ni mulai esok dan nak tgk hasilnya lg 2 minggu. Minta-minta berhasil. Anda bila lagi?




Mahu ramping mcm dulu,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...