Showing posts with label megamuvi. Show all posts
Showing posts with label megamuvi. Show all posts

1.4.11

Mesti dah tengok kan?

Oh ingat tragedi oktober lepas saya ada tgk filem Magika. Masa tu dah tayang trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). Teruja sangat2 nak tengok. Tapi bila dah kluar, saya bukanlah orang pertama yang menontonnya. haha. Ye la, banyak dugaan bulan tiga aritu. Jadi bila dah redha, Selasa lepas saya dan hubby pun bercadang nk tengok wayang. Yang di booking adalah Sucker Punch, tapi bila dah depan kaunter, ada pulak tayangan HMM tu. Ingat dah habis. Apalagi, terus tukar! hehe~



Nak kata apa, mmg melatoppbbb lah filem nih. Tak pernah terfikir filem Melayu akan jadi macam ni. Tapi takyah la nk teliti sgt2 kekurangan yg korang nampak, at least filem nih menjadi la jugak mcm citer2 epik omputih tu. Ye tak? Elok lah di buat lg filem2 sejarah macam nih, sebab orang macam saya nih lebih mudah paham kisah2 sejarah nih secara visual, tak larat mak nk baca buku...haha. Keep it up KRU!!


Ohw, dah nama pun tgk wayang, mesti lah tersangkut lagi dengan trailer filem akan datang plak. Ahh mmg tak tahan kalo ade citer arahan Khabir Bhatia, mcm filem Cinta dulu tu. Sinematografi dia mmg menjamu mata.. ditambah pulak jalan citer yg super best. Next Malay movie that i wanna watch is Nur Kasih The Movie!! Yey!







iklan :: Vroom! Vroommm! Formula One lovers out there, cekidaut bebeh!




best best!

14.12.10

Rangkaian Sosial di hari Isnin

Pagi-pagi lagi dah bangun dan siap-siap sebab encik Ray dah janji nak pegi amik tiket "burung awal" kat GSC Midvalley lepas hantar Irfan ke nursery. Dah mandi, dah mekap-mekap, pakai baju, cari barang-barang Irfan, mandikan Irfan. Siap! Tapi Incik Ray, masih atas katil dan mata tutup tapi terbuka sikit (memang style tido gitu). Hepppp! Dengan desakan secara halaju malar sebanyak 3 kali untuk tidak mengannoyingkan mangsa gerakan tido, di iringi dengan memaksa Irfan utk 'kacau' si abahnya. Akhirnya, Incik Ray bangun dan pegi ngadap IMac dulu. T_T ok dia siapkan kerja dia terlebih dulu. Sabar. Sabar. Baiklah, mari bg Irfan breakfast dulu. Ye tunggu lagi. Bersosial di muka buku dulu cakap nak kluar jalan bagi orang yang berkerja semlm menjadi cemburu buta lagi. Akhirnya, pukul 10.30 pagi baru kluar rumah. Ok la tu, kluar lambat sket dari burung-burung. iskk..

25.11.10

tiket emas

++ Saya bukan lesbo tapi saya suka gadis cantik ini. Cantik giler kan?++


Seperti yang telah digedikkan pada entry ini, pastinya hari isnin lagi saya sudah mencari tiket untuk di booking. Tapi hancur berkecai hati I tau sbb semua fully booked. Haishh dari last week pun fully booked. Tensi mak. Maka dengan itu saya malas nk bersua muka dengan semua website wayang, lalu meminta Incik hubby pegi beli e-ticketing sepantas mungkin. Hah. Finally, kami dapat pun tiket kat GSC OU.


Sudah menunggu hampir 2 hari, jadi lepas pulang kerja semalam, kami terus meluncur laju ke OU. Movie adalah pukul 8.30pm. Sampai around 8pm, tapiiii..pencarian parking adalah paling di benci bila datang OU. Sebab tu slalu kami tgk kat cathay cineleisure dekat Curve saja tapi apakan daya situ semua tiket dah habis. Dah dekat 20 minit ok, 20 minit dok pusing cari parking tak jumpa2. Sebbaik dah beli tiket. Dah tu, Incik Ray suh saya dan Irfan pegi collect tiket dulu sementara dia sambung cari parking. Eh Irfan tgk wayang jugak?? Hik Hik. Maka berjalan lah terkedek2 dua makhluk comel ni ke kaunter reservation/gold class.


"Hai, saya nak ambil tiket Harry Potter 8.30pm. Number 80529"
"Ok, ermm.Harry Potter, 8.30mlm, 2 orang, Gold Class ye."
" a ah..... ermm WHATTT???"

22.11.10

antara DUA

Hati ini meronta-ronta.
Kaki jugak dah bershuffle-shuffle.
Menanti hari demi hari berlalu pergi begitu saja tanpa melakukan apa-apa tindakan.
Bukan tak mahu tapi tak dapek den nak nolong.
Aku tidak punya kuasa veto memaksa mereka memberi ruang padaku.
Tapi aku perlu tetapkan juga harinya.
Hari yang mutlak.
Hari yang pasti aku jejaki utk tidak ketinggalan lagi.
Cukuplah apa yg jadi tahun lepas.
Aku tak sanggup lagi melepaskan ia pergi...

5.10.10

Rehatkan otak dengan Magika

"Jom tgk magika! Mcm best je!"
"Serius ke nak tgk? Citer melayu ni.."

Terkezutt mak, bila Incik Ray ajak tgk filem melayu..haha Susah tau nk tunggu dia ajak tgk citer2 melayu. Setakat yang kami tgk b4 nih pun, citer2 afdlin shauki dan khabir bhatia, tu pun lepas saya dah bg review. Tapi bila dh org offer diri begini mana mungkin saya akan tolak!
MAGIKA! Filem muzikal (pertama kah?) Edry KRU.. what can i say? BEST, FUNNY, dan OK lah utk REHATKAN OTAK. oh itu pun depend pada orang yang tahan tgk citer muzikal la..citer sket, nyanyi..citer sket, nyanyi..nyanyi nyanyi nyanyi...hahaha. Efek2 magika tu mmg cantek dan tertarik kau mmg da bomb la! Kalau filem lain, err tayah tunggu 3 thn lah, tunggu tayang time raya thn depan pun, mungkin kita ckp tak cantik dah..mcm yang orang kagum ngan filem2 berefek b4 nih lah, mcm XXRay, Brainscan, dan lain2 lah..tgk skrg, comment mesti nk kata "ala..tah haper2 je..". Lumrah! Tapi kalau KRU punya tak kot..hahaha I loike KRU!
Eh takkan tade komen negatif langsung? takkan semua perfek? Emm..mak tak berkenan suara duet mawi dan diana saja..hahah tah, mcm tak ngam je! Itu saja ok! Apa2 pun, out of 5 stars, saya bg 3.5..eh mcm tipu je.. bagi 4 lah! Ya, 4 Bintang! *bling bling* Kata minat KRU, nape tak bg 5 bintang? Tadi kata best! Ye lah, kalau bg 5 bintang, kang kalau korang tgk, tak rasa best, korang salahkan aku plak sbb buat korang rasa teruja untuk tgk. boleh gitu?? Ngeee~

O0o0ohhh...tapikan, masa tunggu citer nk start, saya sgt sgt teruja tgk filem baru KRU..filem epik yg sgt sgt sgt hebat trailernya..mcm citer2 LOTR, TROY dan seangkatan dgnnya.. dan ia adalah filem, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA! mesti mau tgk~!!

Tgk poster hdr begini, ada nampak mcm citer melayu tak?

**KRU juz jadi pokok je dlm magika, tak mcm setengah pengarah filem lain, sikit2 nk interframe dlm filem sendiri..T_T

I loike KRU!

5.5.10

Ip Man 2 Vs Iron Man 2

Anda pilih yg mana?

Memandangkan saya tak tgk pun Iron Man 1 even dh berulang kali tayang kat HBO dan even mereka2 berkata heronya seperti muka Encik Ray (hahahah nk tergelak aku), hati ini tetap tidak berminat nk tgk citer tu lagi. Hahaha..

Maka dgn itu saya tidak was2 lagi menyambung siri ke 2 muvi tok guru Bruce Lee iaitu sifu Ip Man 2!!

IpMan dan BruceLee

Ip Man, dulu time Encik Ray dan abang aku kalut dok tgk citer nih time mlm aku nk bersalin tu, aku mcm bebai, ape la yg depa tu kalut sgt ngan citer ni. Konon IpMan itu sgt hebat, slamber dan bla bla bla. Aku tgk muka hero iaitu IpMan, mmg tak bleh blah.. rasa nk tibaiii je (sila rujuk gambar atas). Kira takde muka org terer kungfu pun. Hakikat sebenar, dia la sifu, dan mmg in real pun itu la dia, muka innocent, pakcik tua yg skali tgk, mcm nk gelak je, mcm tak caya kau adalah sifu Bruce Lee.
Kesimpulannya, citer ini mmg best giler (aku takmo bg spoiler kat sini, pegi tgk sendiri!). No 1 pun best, no 2 pun best! Kalau btol itulah sebenarnya sifat2 yg ada pada pakcik IpMan tu, mmg salute spring toink toink la. Sila la tonton filem ni, tak rugi punya. Trust me, memang berbaloi2!

Kenapeee? Tak Percaye??
NOTA AKU :: Adakah spoil bila tetiba dlm wayang yg berstatus 18PL tetiba anda terdengar suara budak kecil berumur 5 thn berbunyi spt "sonokkkknye" atau "bila nk start citer chipmunk nih?". WT__ la kan (fill in the blank)...Penipuan apakah yg di berikan oleh mak bapak budak nih? Ingat ini citer Chipmunk 3 ke?Arghh!!!!!!!!

Twister tu mmg patut kena tibai!! (err bg hint spoiler sket..hahahha)

4.1.10

adik aku nama azam. azam thn baru adalah..

thn lepas aku rasa aku tak sempat nk tulis pasal azam aku..sbb ape tah..aku pun tatau..sbb tgh sarat kot time tu..hehe

so tawun ni, mcm org len jugak azam pun sure lebih kurang same..juz nk ingatkan diri sendiri, so that thn depan aku bleh kaji balik azam yg aku tulis skrg ni tercapai atau hanya poyo saja..haha

azam :: start simpanan utk diri dan utk encik irfan.
azammer :: membuat pengisian kelengkapan rumah seperti living, dining, Lshape wardrobe, irfan bedroom...sikit2 lama2 jadi la kot..insyaAllah..
azammest :: menjaga kesihatan disamping menghilangkan lemak2 diperut.
azams :: menjana sesuatu agar pendapatan bertambah lalu mission2 ini insyaAllah akan complete dgn jayanya..dan financial free.. (put it last bcoz, debt mungkin bertambah utk "azammer"!)

cukup la tu..boh byk2 pun bukan larat nk habiskan even ada 365 hari pun..itu yg bleh dilihat dari mata kasar la..yg selebihnya spt urusan dgnNya..biarlah rahsia..:)
-end bab azam-

New starting..satu haribulan aritu..sudah berjaya membuat marathon 2 movie panjang nih..sbb panjang kena tgk 2 je laa..sian plak encik irfan tu..hek hek..dua2 citer mmg best..so pegi lah tgk..ini promote tanpa bayaran..tp slamber parking tesco tu nk charge rm16 selama kami tgk wayang itu..lalu aku pegi beli barang kat tesco dan dpt free parking..huhu sebbaik aku bijak di thn baru!
++dua2 wajib tgk..berbaloi2++
duaharibulan
tanpa rancang pape..aku dan encik ray (hubby syok kot aku panggil dia ray) dgn slambe pi beli sofa di Vonza dkt umah kami je. secara xlive, azammer kami utk living room dh 50% completed.puas ati..punya lama dok tahan..tak tahan lagii~kena dgr lagu melly nih

++Sofa ini BUKAN kami beli..HANYA model nya saja MILIK kami++
tigaharibulan
tak cukup lagi, kami pi kat enoma kat pusat perabot LDP tu..nah beli sebiji coffee table! dan memandangkan nk beli dining table takde duit sgt..beli bar stool saja..hahahaha..puas ati kami!

++encik irfan sgt suka sofa ticik ini. sgt pandai match ngan tema mama n abah.gudboy!++

tp puas membeli saje..blom lg menang memakai..kerna kami hanya mampu bawa pulang resit..kerna penghantaran nya akan dtg..hahhaa..tak sabaq nih!!! mintak2 depa tak delay sampai aku balik bandung sudayyy!! tunggguu entry ituuuu!

azam itu adalah adik..
PROMOSI TANPA BATASAN :: MANGOTOUCH 2010 OPEN BOOKING NOW!! check it out!!!

20.10.09

sibuk dengan apakah?

ahha..sepanjang satu kaum itu nk menyambut raya depa, aku pun sibuk2 juga. tp aku bukan sibuk nk raya juga ok...jadi sibuk dgn apakah??
aku start dari hari jumaat mlm.

jumaat mlm :: pegi tgk papadom with the gangster tp irfan teerrrpaksa ku tinggalkan pada yg ingin menjaganya tanpa kisah.. tq alia n yana..sepupu tegar ku..

++gambar dari blog afdlin++

oh papadom sgt sgt best. lawak. mengganggu emosi. good lesson. semua terbaik dari afdlin shauki.

sabtu :: aku dan encik hubby bersama2 encik irfan pegi membasuh umah. bajet terer pegi cuma kami bertiga utk membasuh umah yg 2 tingkat itu. akhirnya, baru basuh ruang tamu sudah keletihan.huhuhuhu.. maka selama lebih kurang 4 jam, kami baru habis basuh tingkat bawah saja.dan kami pun letih lalu bersiap2 utk ke open house saje..huhuhu..

ahad :: aktiviti membersihkan umah dilakukan semula dgn memberi fokus pada ruang atas umah pula. kali ini tenaga kerja diimport dari kalangan pakcik dan sepupu sepapat serta ibuku dan adik ku jua. hahah settle sket keje dgn pantas..maka aku hanya lap kabinet dapur baruku itu saja..sambil menjaga encik irfan dgn jayanya.. tima kasih byk2 pada mereka2 itu walaupun mereka2 itu tidak membaca blog aku dan mungkin tidak tahu akan wujudnya blog aku atau mungkin tidak tahu apakah itu blog? oh tp sayang skali, aku tidak berkesempatan merakam detik pencucian umah itu aritu. oh mengapakah? rasa ingin bertanya dan terus bertanya pada diri sendiri. mengapakahhhhhhh???


++ gambar dirakam oleh hubbyku ketika pemasangan kabinet last week, gambar selepas sila tungguuuu++

selepas aktiviti itu, kami pegi ke Nagoya utk mencari curtain. oh aku cuma memilih bajet2 curtain saja utk umah aku. itu pun sudah mencecah ke rm500 juga utk seisi umah. kire murah lagi la daripada aku beli kat SSF ke ELYZA ke..huhu takpe raya thn depan ada rezeki akan ku tukar curtain hebat sket. uhm uhm..(*_*)
akibat keletihan, maka kami semua melepaskan batuk di tangga penat di karaoke..huhu asal buleh je~~

isnin :: adalah cuti terpaksa aku, akibat encik irfan yg menjadi batuk2 seperti org tua2. makanya aku menjaganya seharian. alhamdulillah redha sedikit.. lepas abah irfan pulang kerja, agenda sepatutnya diteruskan, ke kedai lampu. semua lampu sudah diborong. menunggu pemasangan pada hari rabu...hu hu hu..lesap lagi duit kami..felaiiii~~

sekian xtvt kami sekitar pemindahan umah ini.. huhuhu


yg tgh pening nk packing barang pulak,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...