25.11.10

tiket emas

++ Saya bukan lesbo tapi saya suka gadis cantik ini. Cantik giler kan?++


Seperti yang telah digedikkan pada entry ini, pastinya hari isnin lagi saya sudah mencari tiket untuk di booking. Tapi hancur berkecai hati I tau sbb semua fully booked. Haishh dari last week pun fully booked. Tensi mak. Maka dengan itu saya malas nk bersua muka dengan semua website wayang, lalu meminta Incik hubby pegi beli e-ticketing sepantas mungkin. Hah. Finally, kami dapat pun tiket kat GSC OU.


Sudah menunggu hampir 2 hari, jadi lepas pulang kerja semalam, kami terus meluncur laju ke OU. Movie adalah pukul 8.30pm. Sampai around 8pm, tapiiii..pencarian parking adalah paling di benci bila datang OU. Sebab tu slalu kami tgk kat cathay cineleisure dekat Curve saja tapi apakan daya situ semua tiket dah habis. Dah dekat 20 minit ok, 20 minit dok pusing cari parking tak jumpa2. Sebbaik dah beli tiket. Dah tu, Incik Ray suh saya dan Irfan pegi collect tiket dulu sementara dia sambung cari parking. Eh Irfan tgk wayang jugak?? Hik Hik. Maka berjalan lah terkedek2 dua makhluk comel ni ke kaunter reservation/gold class.


"Hai, saya nak ambil tiket Harry Potter 8.30pm. Number 80529"
"Ok, ermm.Harry Potter, 8.30mlm, 2 orang, Gold Class ye."
" a ah..... ermm WHATTT???"



Abam tiket memberi tiket. Aku terkebil-kebil. Takkan Gold Class? ke budak ni salah bagi kah?? Tak sampai seminit aku beredar dari kaunter, incik hubby datang sengih2 dari jauh. (uik saya kluar je dari keta, cepat pulak dpt parking. Apakah maknanya?)
++ Surprise!!! Thanks Hubby for the "tiket emas", PART 2 nanti buat lagi ok? Hehe ++



"eh, beli gold class ke?"
"a ah, geram. Semua tempat pun nk penuh, tinggal seat depan je. Tgk gold class kosong, hah beli terus. Puas ati"



Fuuuhh. Di hari Rabu tiket rm7, dia beli tiket harga rm50. ermm ermm.. Ahh tapi apadahal? This is HARRY POTTER lah...bukan citer tuttttttt (ok baik takyah sebut) Hahaha

++ Budak baju merah tu dok happy buat mama rasa bersalah saja takmo kasi dia tgk wayang. Hahaha++


Heh, of cosh bgosh la tak ramai sgt dalam Gold Class even ada lg 3 4 org yg bawa beg osh kosh bgosh datang tgk. Ada kaitan ke? :p Sebenarnya, saya tak berniat pun nak bawa Irfan masuk tengok, sbb dulu penah buat tapi bila nak ending Irfan buat perangai. Dah serik.


Tapi bila masuk Gold Class, dengan sofa empuk dan lapang, Irfan mcm asyik je. Ala shomelnye..mcm kesian je takmo bg tgk. Jeng jeng jeng. Oh no no no, kami tidak akan terpedaya, awal2 mmg la, tapi lagi 2 jam macam mana agaknya. Jadi untuk tidak mengambil risiko berat ke atas harga tiket yang di bayar, juga tidak mahu mengganggu orang lain yg bayar mahal-mahal untuk privacy dari hiruk pikuk, kena lah jugak bg Irfan kat sepupu saya yang budiman. Takpe la sayang mama ye, nanti dah besar dan hati kental, mama bawa tgk wayang citer Ju-On ok?erkk!

Perjalanan citer yang mendebarkan berjalan dengan aman. Incik hubby mungkin tak aman kerana di ganggu saya yang dok kalut cemas. Hahaha. Oh btw, sian si Dobby comel itu..T_T


Dah habis citer, tgh turun tangga tetiba nampak seseorang yang sgt dikenali. Wahhhhhhhhh! Dia adalah......


++Erra Fazira lah! Dia datang ngan 2 PA dia kot. Mcm baru abis shopping je. Geng Oshkosh bgosh tadi tu adalah Erra rupanya. Cis mcm mana awal2 aku bleh tak perasan???++



Hubby offer nk amik gambar tak. Saya yg tak keruan ckp tak nak, segan. Tapi bila hubby pegi toilet, Erra depan saya, rasa mcm...ahhh nak hamek gambar la. Tapi Erra pun dah nk blah lepas babai2 kat Ery Putra datang tgk jugak. Alahai rugi plak. Bukan senang nak dpt peluang seprivacy begitu.
++ Ery Putra nih pun datang jugak, tp bukan dgn gadis di atas, ngan adik laki dia kot++


Nih nak guna sumpahan Obliviate Hermione comel ke atas diri sendiri nih. Tapi ok what, I tgk wayang ngan artis fofular you~, mcm tgk pra tonton tayangan perdana pulak. Tetiba rasa I pun artis. Auww..haha!


Erra sgt slim like anak dara you~ adorable!

6 comments:

sara ahmad said...

cam artist u olllsss.. hehehe.. bila la aku berani nak bawa aidan pegi tgk wayang.. kat umah, kalau bunyi tv kuat menakutkan pun, kawan terlari2 cari aku, takut and terkejut.. hahaha.. ni kan pulak, kat dalam cinema, gelap, bunyi kuat giler.. hahahaha.. dah setahun lebih dah ni tak pegi tgk wayang.. tulun!! :P

..:: WiRdA ::.. said...

sara :: ahaha, itu la..nak otograf ke? hahaha
ala sara takyah la bawa, depa takkan tahan lama punya. kang nanti hg takleh tgk ending kot. harry potter aku tgk pun asyik terkejut je.. sebbaik tak jadi bg irfan tgk..haha. Tinggal la kejap kat umah tok ba dia, ngeee~

atulhani said...

bestnya tengok Gold Class!!! jeles i you.. pernah ngidam nak tengok movie gold class tapi belum pernah dilaksanakan lagi.. takde ke gambo kat sit empuk2 tuuuu?

..:: WiRdA ::.. said...

atul :: ada gambarnye. tapi gelap gila sbb depa tak pasang lampu pun time nk kluar. pastu aku plak kalut dah sbb nampak org yg mcm kenaiiii je..haha

b said...

gold class+sit automatik+blanket+dobby+hermione+ Erra fazira =terbaek~!

nanti irfan da besar sket, boleh mengerti maksud "syusshh diam.." boleh ah bawak dia plak...sian dia terhantuk pintu kaca....

..:: WiRdA ::.. said...

ingat tau..thn depan buat lg!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...