11.8.10

Resepi Rahsia #04 :: Kerabu Sang Sutun

Hah penin nk berbuka lauk apa? Ok dh nk balik ni kena direct to the point toink toinkk...

~Kerabu Sang Sutun~


Bahan-bahan:
3-4 ekor sutun..err sotong lahh.
1 batang serai
1 biji tomato
3 biji cabai melaka
1 biji bawang besar
1 biji timun kecik
3 helai daun limau purut
1-2 bijik limau nipis (ambil jus nya)
2 sudu sos sotong
garam dan gula secukup rasa


Cara membuatnya:
1) Rebus sotong tu sekejap..jgn lama2. Kalo bleh boh sket garam dan sos sotong sket. Kemudian toskan.
2) Bahan2 lain semua mayang halus2 dan masukkan sotong tadi dan gaul sebati. Siap!!!!






TadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA!

++ ohh ini menu semlm..tiada kena mengena ngan menu berbuka saya arini ++



Selamat berbuka!

Resepi Rahsia #03 :: Kek Gaga Ulala

Haaa tadaaa.. Menjelang puasa ni, mmg menjadi tradisi dapur saya untuk menjadi lintangpukang akibat aktiviti percubaan pelbagai resepi rahsia. haha Oh baidewei, resepi yang saya nak sharing is caring nih adalah atas permintaan kazen saya, Farakaka dan opishmate, Ummi Iez. Misi utk Farakaka sudah di buat sabtu lalu dan ini adalah misi Ummi Iez, dan juga sempena puasa-standby desert berbuka. :p

So mari tgk bahan untuk resepi ini. (oh ya, ini resepi style saya, lain org lain buatnye..haha hentam saja la labuuuu~)


~Kek Batik Gaga Ulala~

Bahan-bahan:
1 paket biskut Marie - di patah dua.
250 gram butter
1 1/2 cawan susu pekat (ikut lah kemanisan anda sendiri)
1 cawan serbuk koko (berjenama van itu sedap..haha)
3 sudu besar milo (optional)

Cara membuatnya:
1) Cairkan butter dengan api perlahan.
2) Masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit. Masukkan juga milo. Kacau hingga sebati.
3) Masukkan susu pekat. Kacau sehingga likat.
4) Tutup api dan masukkan biskut Marie. Gaul hingga sebati dan tuang ke dalam bekas. Simpan didalam peti sejuk.

Nahh.. senangkan? So bleh la cuba ye...kuantiti saya buat nih, boleh la setakat nak test market menjual kat PARAM. haha Opsst...nk tgk hasilnya?
TadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA!

++ berbatik atau berlapis???++

Nota saya :: Semlm besday Ummi Iez, jadi Hepi belated besday! Kira aku buat kek besday lah tu..ahahaha so suwiitttt kan aku? =p

nanti I upload resepi berbuka pulak..haha bajet bagus tak??

10.8.10

Selamat Menahan Diri...

PUASA ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
Jadi marilah....
~~menahan diri dari makan dan minum~~
~~jauhilah maksiat, bergaduh, atau mengeluarkan kata2 yg sia-sia~~~~mempunyai swimming suit body..Yey!! unless korang melantak time buka posa..haha~~
Alhamdulillah, aku masih berpeluang menyambut bulan penuh keberkatan ini skali lagi. Mohon ampun dan maaf jika ada yang tersinggung, tersigung, terrrrr apa2 lagi dgn segala intipati dalam blog ini.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam!
sudah semangat nk buat kuih raya! yey!

6.8.10

SAHM vs Working Moms?


I just finished read my Yahoo inbox and I stucked at one subject which is a SAHM said that working moms are bad parents in one forum. Haha Ini boleh menimbulkan WWF between SAHM and WM. Haha.. Ok, ini bukan entry utk provoke sesape. Just wanna share saje. (^V*)

Ohw, before that, I'm sure ade yang tatau lagi kot the shortform SAHM?
SAHM, so called Stay-At-Home-Moms and WM of coz laa stands for Working Moms.

Haa..betul ke working moms are bad?? Well, only if you let your job take precedence over your children. Like workaholic moms la..sampai tak pedulik anak kat umah jadi ultraman ke raksasa gogon ke dan segala isi rumah lintangpukang..then people can jugde kot. But it's depend, sometime there must be a reason why they become workaholic. So don't jugde people if u dont know them! Hahaha =) Fitnah namanya..dan ketahuilah anda bahawasanya memfitnah orang itu sama seperti dosa membunuh org. T_T *** insaf cepat***

From my view, working mommy's have to work at their jobs and most of them take on the majority of the household chores as well, penat tau..haha. But when I spent whole weekend with just stay at home, I can imagine mcm mana bila menjadi seorang SAHM. Same penat jugak nokkk!

Well, being a SAHM, those are people who are privileged and obviously don't have to work. Lucky them. I would love to be in that boat, but I am not, like most people, I have to work to live. T_T Of coz, I envy with few of my friends yang decide to be SAHM after delivered. I said, WOW WOW WOW! Hopefully, one day we are stable enough, and I will be a SAHM...ermm wait a minute...err i think WAHM is better for me, so called Work-At-Home-Mom or buleh jugak jadi Wirda-At-Home-Mom!!! Hahaha :p

So, my name is Khan Wirda. I'm a working mommy and am proud of it. I'm trying to give my son more than what I was blessed with. And that means I have to work. I try my best to makeup those lost hours at work with my Irfan dan adik2nye nanti...ahaks!!! (^V^)/

Mama heart you, Alif Irfan!


++ See mcm ni lah kalo jadi Wirda-at-home-mom..with my TSP business maybe! Sooo suwiit~++



Korang mcm mana pulak??


WAHM-to-be,

4.8.10

Dah buat ke Pap Smear?

Hey ladies, dah buat kah ujian pap smear? Saya baru je buat semlm selepas bercadang nak buat setahun yg lalu. T_T Sila jangan contohi saya ok. Hah saya tahu pasti ada yang mulutnya sudah terkumat kamit nak bertanya soalan maka saya sudah sediakan soalan berjawapan disini untuk anda baca saja. Bagus kan saya? Theheehe ;)

Eh Wirda, apa tu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan UPSR bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya antara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa bagi yang masih bernyawa dan membaca blog ini.

Servik itu apa pulak ye?
Serviks adalah pangkal rahim..tak perlu kot saya gunakan bahasa pasar disini..hihi. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Orang yg kahwin saja ke perlukan ujian ini?
Oh secara general, bukan spesifik kepada wanita yg berkahwin TAPI setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks halal mahupun dotdotdot ATAU wanita yang mencapai umur 26 tahun sehinggalah berusia 70 tahun, perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  • Mereka yang memulakan hubungan seks pada usia kurang dari 18 tahun. (+ve thinker, kahwin awai nih)

  • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang. (dotdotdot kah?)
  • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks. (erm be +ve, punya suami yang kahwin lebih dari satu)
  • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  • Perokok (jadi yg ini tak semestinya dia dh kahwin ke?..saya tak sure)
  • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear. (nanti saya tanya doktor brapa kerap perlu lakukan ujian ini)

Eh doktor tu buat ujian tu macamana?

Ala lebih kurang macam ujian penulisan bahasa melayu kertas satu. Ok saya tipu. Hehe. Serius sket ye Wirda! Ok, pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum (haha anda akan saspen kalo tgk benda ini). Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan menggunakan spatula, sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik. Ini semua keje doktor, jadi tak perlulah saya terang lebih detail sbb saya bukan doktor sakit puan. =p


Bila-bila pun boleh buat ujian ni ke?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Gynea saya cakap, seeloknya 7-10 hari dari hari pertama period tapi ada gak ckp hari ke 10-20. So nk senang pegi je hari ke 10 tu..haha. Lagi satu, sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya. Sabar semalam je pun.....wink~(^V*)/

So, pada yang blom buat lagi, silalah segera ke klinik2 atau hospital berdekatan yg menyediakan perkhimatan ini. Selamat berujian! ;)


saspen nk tunggu result (-_-")


NOTA SAYA :: Kepada si adik ipar dan chichas2 melati, sila take note..jgn membuat tuduhan tidak berasas mengatakan saya mengandung anak kedua..hahahaha kecoh lah korang! hahha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...