Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

14.11.11

Perkenalkan ahli dapur baru..

Ehem2.. patut dah perkenalkan sejak Ogos lalu, masa pertengahan Ramadhan. Tapi tak syok la perkenalkan tanpa hasil sampingan kannnn...


Ok everybody...say "HELLO" to my BREAD MAKER.... err bleh panggil "cik BM" je. :P

another 'love' from kenwood..

Mudah saje.. saya buat dough campak2 dan biar dia uli selama 1 jam 30 min.


Siap dough, buat sambil baca ABC... mmg semudah ABC..haha


Then buat laa roti kegemaran selamanya.. cheesy stick!

Oh Oh Oh oo aku tak percaya jadi~.. aku tak percaya jadiiii~~ (nyanyi mcm lagu Lyiana Jasmay)


Selebihnya mesti la kena buat basic bun sebagai syarat percubaan pertama. Lemak manis. Sedap! Kenyal dan anjal!


Alter sket, dah jadi Chicken Floss Bun... adoi pakai serunding raya je pun..hahaha.


Hasil kerja pertama. Thanks to cik BM. And not to forget, to my bigheart hubby, million thanks! *love much*




ok tahun depan buka bakery..*cough*

4.10.11

Wordless Tuesday boleh?

Macam tak sesuwaiiii aje. So biarlah i berkata2 di sini since dah berminggu-minggu tak update kannn.. Mmg dasar potpetpotpet. hihihihi

Ingat lagi tak al-kisah entry keinginan 7 bulan yg lalu? wahh 7 bulan tu.. kalau tgh pregnant dh mmg wajib dptkan b4 bersalin. hehehe Alhamdulillah, finally i bought one yesterday.


hihi teaser aje..


Tunggu i pakai baru tgk rupa bentuk asal ye. And yes, it's blue color. Merah mcm ramai je beli kan. Nanti tak nampak lah i kalo bergambar..haha baik punya alasan padahal takde kaler merah. Oh mcm yg contoh coat dlm entry b4, semua labuh2, but not this one since yg labuh size semua tak fit ngan i.. euwww.. tu lah dulu dh jumpa tak mo beli. T_T. Nevermind, whatever it is.. i love it so much..mesti lah suka kalau tak buat pe beli kan. And million thanks to Encik Arjuna yg budiman selaku sponsor i. Ahhh~~ rasa mcm artis pulak kena sponsor. :P daa~~




hati girang,

15.9.11

kesempurnaan terindah

Dalam bab memilih purse ketika usia 20-an ke atas, aku mmg cerewet. Tolak tepi lah masa usia dibangku skolah. Time tu purse mcm tak brapa wujud je. haha. Bila dh jadi student U, byk benda nk simpan. Dah berhandbag bagai. Jadi sebab tu sampai ke bab purse pun aku cerewet. Panjang sangat pun taknak. Pendek sgt pun taknak. Sebab handbag sedang2 saja. Sebab tu aku suka design dari Guess. Ha dlm byk2 aku paling suka yg jenis kat bawah ni. Mmg suka sampai skrg pun aku simpan lagi walaupun kulit dia dah melepuh2 dimamah usia. Mmg menepati citarasa cerewet aku.



1) Elemen penting dlm sebuah purse milik aku, wajiblah ada tempat simpan kad berserta ruang gambar. Simpan gambar? Org dulu2 ye lah suka simpan gambar dlm purse kan. Tipu lah korang tak suke simpan gambar dlm purse. Habis2 takde pakwe ke suami ke, mesti simpan gmbar parent, takpun gambar muka sendiri. kan kan? :p



Haa mcm gmbar ni.. byk tmpt kadnya. Alah, purse mcm ni bersepah kan.


2) Elemen kedua terpenting adalah tmpat untuk simpan wang kertas yg luas dan mudah dikeluarkan juga ruang simpan syiling berzip yg selamat. Sebest mana pun purse Guess tadi, still tmpt simpan wang dia sempit. (eceh mcm duit kau byk sgt kan nk simpan dlm tu.) So, contoh paling senang adalah seperti purse Louis Vuitton ni. Cuma yg aku tak suke sebab purse ni tiada Elemen no.1 tadi. Spoilllll ok!






Maka disuatu hari yg riang, kawan aku ada memperkenalkan sebuah purse baru miliknya yg memiliki semua elemen aku itu. Tak kisah lah kalo panjang sket since handbag skrg makin besar. OMG!!!!!! I WANNNNNTTTTT IT!!!!


It's a TED BAKER's Purse...




Did you see how awesome it is? Nampak tak elemen2 idaman kalbu??? Inilah yg dinamakan kesempurnaan terindah. Akan ku milikki suatu hari nanti! PASTI!


**gambar semua sah2 aku google..



menabung sambil mengharap kalau2 dpt hadiah misteri jugak. hihi

29.7.11

BM oh BM

Nope.
Bukan BAHASA MELAYU.
Bahasa Malaysia pun bukan. =.=


Keinginan ni dah lama. Tapi ia akan menjadi high tahap pempuan mengandung yang mengidam nk makan buah mempelam cicah kuah rojak apabila nampak org buat roti sendiri yg nampak begitu empuk dan lembut dan panas dan seperti spring toink toink. Oooooohhhh (letak tangan kat pipi sambil tarik kebawah)








I WANT BREAD MAKER!




Oh saya suka makan roti. Sebab tu saya nak buat sendiri. Hehe. Dan lagi, nk uli pakai tangan sendiri? ermmmmmm tangan saya kecil, jari pun halus2 saja.. mak ckp mcm lidi je. So alasan mutlak tak larat uli pakai tangan. Hahaha.

Persoalannya skrg, KAT MANA ADA JUAL BENDA NI? Brand apa yg bagus. Tlg jawab sat sapa tau.




Sape nk bg hadiah ponnn boleeeeeeeh!

7.3.11

Trench coat

Phewiit..
Wow lama jugak tak update blog. Rasa mcm nk tulis. Tapi bila nak update je, lupa pulak apa yang nak di update. Jadi harini nak jugak update. Update keinginan. Ha ha ha.


Ada la haritu jalan-jalan dalam The Curve, omputih ckp window shopping la. Terrrrrrrrrrlalu kat satu kedai ni..dan terrrrrrrrrrrnampak satu trench coat yg menggoda mata bundar i.. Auw~~
Mula-mula cakap je kat Incik Ray, "lawa la baju tu" tapi kalau dah namanya pempuan, mmg tak sah la kalo tak masuk dan sentuh dan poyo depan cermin kan. Incik Ray ckp, "haa nak beli tunggu dpt gaji"..kihkihkih.


Dah masuk gaji. Semalam pegi kat MidValley, masuk kedai yang sama. Kali ni siap pakai dan menggayakan lagi. Tapi sifat kesabaran i tinggi. Jadi i survey kedai lain plak. Uhmm kedai lain mcm design merepek. Haha. Tentu lah benda pertama kita lihat tu jugak yang kita berkenan kan? Tapiii...sebab saya rasa masih terrrlalu awal utk decide. Maka saya tak beli lagi semalam. Mungkin sebab mood tu kureng sket sebab Incik Ray mcm tak sihat. So tak syok la kalo nk minta duit 'pelaburan' dari dia. Ngeee~. So postpone lagi. (dalam hati dok berdoa minta2 tak habis size i..hik hik)



Actually dok terfikir nak kaler ape.. bajet mcm banyakkk sangat pilihan kaler kan...


Yang i dok try tak benti tu, kaler ni lah! hahaha


Tapi kalau terjumpa kaler 'mustard' mcm ni, rambang mata jugakkk! Lazat kan warna ni?


Atau putih. Agak2 org panggil i JLo tak?

Atau warna selamat mcm ni? Selamat utk match dgn semua kaler. ;)





Ahh..tipah keliruuuuu. Tapi tu la, setakat i jumpa ni tak byk la. Mungkin bukan musim kot. Any suggestion?






Aishh kalut nak beli nak pegi mana tah?? hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...