Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

29.11.11

Hijrah

Salam Maal Hijrah 1433.

Dalam diri ini berdoa akan permulaan yg baik untuk tahun baru, namun Allah SWT itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana membekalkan aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaan yg besar ini. Sesungguhnya aku percaya ada hikmah disebalik dugaan yg Kau berikan ini. InsyaAllah.


p/s: korang kalau ada any vacancy let me know. ;)

pray for better opportunities in future. Amin.

27.7.11

WW #001 :: Lotion

Kaki tangan kering, especially kaki. Dah mcm simen tak lepa saja. Nak try yg ini pulak instead of botol pink yg belakang tu. Okey ke?




dasar potpet2 nak buat entry wordless wednesday jugakk!

18.3.11

patient


However long the NIGHT.....



.....the DAWN will break~



he was admitted again. hope everything will be back as usual..

amin... :(

1.11.10

Azab wanita

Saat aku hampir kalah pada nafsu dan tunduk dengan hasutan syaitan laknatullah, Alhamdulillah, Allah SWT telah selamatkan aku dari terus hanyut. Artikel yang pernah kita baca, tapi kita slalu lupa dan tak endah. Renungan khususnya buat kaum hawa dan diri aku sendiri.

Azab Bagi Wanita

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

21.10.10

mahal dowh!

Ok, dh siap buat keje bleh sambung balik blog.
Tengah hari tadi, pegi makan kat satu kedai yg mmg nampak mcm coool beb. Tapi memandangkan arini mcm tade mood nk makan nasi jadi saya pun makan lah 2 benda ini.
MAKAN SOTO (gambar gugel)
DAN LAICIKANG (juga gambar gugel)
SOTO + LAICIKANG = ????

14.8.10

pelik bin ajaib


Semlm, kan saya sedang berbunga2 chinta nk pegi Buffet Ramadhan bersama incik Ray. Dah sampai di tmpt pertemuan (sbb saya tak balik umah-jammed teruk kot..), saya pun seluk2 la beg lappy saya mencari2 purse.

Aik? pegi mana pulak!

Sah tertinggal kat opis..Demmit!

Incik Ray tidak mahu melayan kehendak saya utk patah balik opis kerana jam dh pukul 6 lebih. Hoho. Takpe esok saja lah saya pegi opis, fikir saya.

Lepas berbuffet, balik umah, saya check lg dan lg beg itu. Mmg tak ada. Haishhhhh...minta2 selamat la purse aku tu. Takut ade geng2 operator ke ape ke main masuk je opis kitorang. Takpe2 cubaan tidor ngan tenang.

Harini, b4 kluar untuk pegi opis, incik Ray selongkar beg lappy saya. Tadaaaaa..tetiba ada pulak purse tu kat dlm beg tu..Huh!
So, pertamanya Alhamdullilah sbb tak ilang dan tak perlu pegi opis di hari sabtu.
Kedua, dugaan apakah ini..atau mataku yg berpinau2..atau apakah??? Mmg pelik bin ajaib!

ok lagi satu, dah 2 hari saya dan incik Ray terlepas sahur -tapi kami masih berpuasa okay!-
Day 1, jam alarm aku menjadi 3 jam lambat! what the hacksss...saya bangun kul 4.16pg, tgk2 dh cerah! Saya terus syak Irfan yg tukar timing jam tu!

Day 2, jam alarm skali lg menjadi sejam lambat! argh argh! adakah jam ini bengong atau saya mamai dan tertekan timing dlm mimpi??? Lagi skali pelik bin ajaib.

ok tu je.=p
Esok lusa..err Lusa je la saya akan citer pasal Buffet.

2.8.10

kenapa dengan dia?


Aku dan dia memang sangat-sangat rapat. Dah berpuluh tahun rasanya. Dia sentiasa akan tolong aku dari segala benda. Tapi serapat manapun kami, aku masih terasa sesuatu yang kurang dalam hubungan kami. Kadang-kadang aku susah nak berkongsi sesuatu dengan dia. Kadang-kadang aku rasa dia tak perlu tahu apa yang aku buat. Kadang-kadang aku rasa aku boleh lakukan sesuatu tanpa minta pendapat dia. Kadang-kadang juga, aku rasa takut atau malu yang tak semena2 untuk berkongsi masalah ataupun cerita dengan dia. Uhmm.. tah pa pe lah aku ni.

Tapi dia.. Dia tak pernah cerita perihal dia. Dia tak pernah berkongsi suka dia. Dia tak suka aku tau masalah dia. Dia tak suka aku menyibuk tanya yang bukan-bukan. Dia perahsia dan aku hanya mampu memandang.

Rapat tapi kurang mengenali. Aneh.

Sekarang aku dengar, dia punya masalah besar. Aku jadi berdebar-debar. Takut dengan masalah dia. Aku ingin telefon dan bertanya, tapi..mulutku terasa malu. Malu tak bertempat? Terngiang jawapan "jgn masuk campur lah" yang selalu dia ungkap.

Buntu.

Aku mungkin tak dapat menolong sepenuhnya. Tapi aku mungkin boleh jadi pendengar sekadar untuk dia lepaskan apa yang dia rasa. Aku yakin dia tertekan sekarang.

Aku nak sangat tahu, kenapa dengan dia? (>_<)



tak tenteram pikirkan dia,

16.7.10

sometimes....

Too much agreement kills the chat.

Agree?



name saye,

19.5.10

golden rule!!

adalah lebih baik jika kita memberi daripada menerima.
adalah lebih baik jika perbuatan baik kita itu adalah ikhlas.
adalah lebih baik jika kita tidak mengharapkan ucapan terima kasih itu dari mereka.
kerana tak ramai org berterima kasih dan bersyukur kepada yg Maha Pemurah.
Tapi, Allah tetap tidak henti memberi..
Jadi, siapalah kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tiada terima kasih?

Golden rule.
What u give, u get back! Ala..Macam lagu kumpulan Scorpion sekitar tahun 98 dulu..

Tapi golden rules bukan utk kebaikan saja tapi untuk kejahatan juga.

Maka,
Janganlah menyebarkan fitnah yg berbelit2 tentang org.
Janganlah memburukkan tingkah laku atau pakaian org.
Janganlah dengki dengan apa yg orang lain ada.
Janganlah busuk hati dengan kebahagiaan org lain.
Janganlah tamak segala pusaka.

Dan sekarang, Allah dah mula tunjuk balasan kejahatan tu sikit demi sikit.


Peace to All,

14.5.10

Perlu kah?

Perlu kah memberitahu org bahawa kau telah berbuat baik dgn org atau membelanja org?

Perlukah memberitahu org bahawa kau menjadi pemuitang atau pelabur utk membantu sedara lain?

Perlu kah kau memberitahu bahawa kau punya gaji yg byk sehingga tidak tahu berbuat apa dgn gaji itu lalu pura2 nk belanja org?

Perlu kah bermegah2 jika kau boleh membuat bilik bos kau seperti bilik sendiri meskipun kau cuma juruteknik?

Perlu kah kau membangga diri setiap masa?

Perlu kau baling batu dan sorok tangan?

please laa.. TAK PERLU OK!

Aku brani bertaruh, semua org pasti jumpa org yg suka berpura2. Ahh kurak-kurak dlm perahu..purak2 tidak tahu.
Jika mulut hebiaq (bahasa utara = celupar) secara semulajadi dan mmg menjadi tradisi keluarga kau, amatlah susah utk dibendung lagi meskipun anda membelanja set dinner plate ayam KFC lada hitam yg baru itu.

Keji punya sedara mara begini.

fedap,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...