2.11.11

Japan #04 :: Fujiyama~~ here we come!

Bosan kan asyik update entry jepun..hihi. Tak kisahlah, mak ttp nk update jugak sebelum berkepuk terlalu lama. Actually banyak lagi yg nk update pasal benda lain. Tapi kesuntukan masa ngan keje yg btol2 keje, maka tak sempat la nk update hari2 mcm dulu. Aneh kan i dh bz skrg..hihi.

Okey, Hari ketiga kami disana, tak byk perlu diceritakan, sbb kami hanya pegi ke kawasan Gunung Fuji.

Kami kluar hotel di Hamamatsu awal pagi sebab takut trafik sesak memandangkan haritu adalah hari sabtu. Mmg ramai pun org nak melawat Fujiyama haritu. Difahamkan Jepun cuti 3 hari, ada hari sukan ke ape tah. Tapi yang mengkagumkan, org jepun ni berhemah pandu kereta dalam jem pun. Jarak dari satu keta ke satu keta adalah 5 saat. Takde nye bumper to bumper apatah lagi yg potong lane kecemasan mcm kita kat Malaysia. Hehe =)

Tempat pertama kami singgah adalah Owakudani, lembah gunung berapi yg masih mendidih. Keluar2 bas mcm biase la mesti bau sulfur tapi tak sekuat bau sulfur di Tangkuban Perahu, Bandung. Maybe sbb saya tak pegi sampai ke kawah kot. Tak kuasa i panjat gunung tu ngan boot i. hahaha


Ini ahli kongress kami. Termasuk dua kemetot tu.


haa see...I told you... masih berasap. Tu bukan kebakaran pokok ok.

Dasar malas nk meneroka gunung berapi, maka kami lepak makan aiskrim, kat sini ada aiskrim telur. Tu budak ketot tu pantang nampak gambar aiskrim, ada la bunyi "nakkkk sheemmm"


Kat sini glemer ngan telur ni. Telur belerang la kita panggil. Menurut sumber yg tertera, kalau makan sebiji telur ni, umur kita akan postpone selama 7 thn lagi. Kalau dua biji jadi lah 14 thn.. ye ye aje. Tapi kami beli bukan sbb panjangkan umur. Sebab nak rasa je. Ajal maut ditangan Tuhan, tawu?? Bg saya yg bukan peminat telur rebus, rasanya sama saje.. :p


Ingat makan eskrem ngan telur bleh kenyang ke? Kami berhenti makan tgh hari di Tasik Ashi dulu. Tasik ni terbentuk hasil letupan gunung berapi. Ikan2 kat sini besar betis. tapi kami cuma makan ikan mackerel yg dah dipotong2 aje. hehe



Haa tgk la gaya hero kenit mak sorang ni. Skrg posing mmg over okey..

He's 2 years old. Tahukan anda, baju Irfan tu adalah baju Abah masa kecil sewaktu Abah pun berada di Jepun dulu. Impress tak????

Tmpt ni kami lalu saja. Kalau bas benti, mmg camwhore jugak saya ni..hahaha

Kemudian kami pegi melawat Peace Park, which is ada pagoda putih dan taman2 yg indah kalau daun semua bertukar warna. Saya tak larat nk panjat sampai pagoda tu, sbb Irfan dapat "nature call" waktu tu. Elok selesai urusan, dah kena naik bas.


Pantang tgk ada pokok yg dah tukar kaler, mmg klik klik klik lah jawabnya.


Alhamdulillah cuaca elok haritu, jadi kami berjaya sampai ke Stage 5 Mt Fuji. Wehuuu.

Photogedix laki bini. Harap bersabar.

Turun je bas, shiuuuuuuuu~~ angin dan kabus... sejuk giler. Nasib baik beli trench coat I a day b4 berangkat dulu. Tapi kaki tetap menggeletar awal2 tu sbb jean i takde la tebal pun. Huhu.

Tgk Irfan, mula2 turun bas pakai sweater, lepas tu dia ckp takmo pakai. Nangis2 nak buang. Dah buang dia sejuk. Tapi ttp buat kebal. huhu

Peniaga jagung rebus. Nak lari dari sejuk, pegi masuk kedai2 cenderahati tu, ada la pemanas. :)

Moment ni sgt pantas berlaku, lepas tu matahari pun ilang...

Berlagak model tu perlu.

tgk budak kebal.


Dah habis bergambar kat tmpt sejuk tu. Kami pun turun semula utk menuju ke Hotel Fuji Mihana. Sewaktu perjalanan turun tu, tetiba tour guide suruh kami semua diam. Dia suruh kami dengar melodi gunung fuji. OMG, amazing! Mmg ada lagu, mcm org main seruling tu. Actually their brilliant engineer dah buat ukiran atas jalan tu. Hebat kannn??? Oh kita pun ada jugak, kat terowong ipoh tu. bunyi ketakketakketak. hahahhaha.


Check-in hotel, kami disediakan pakaian kimono. Penginap semua kena pakai untuk turun makan malam. Nice kan. Dapat pakai kimono free. hihi. Ala kimono tido2 je pun jadilah.

Makan malam istimewa kami adalah ketam stim yg besarrrrrr. mmg panjang giler penyepit nya.
Rasa mcm ketam lah. Cuma kalau org jepun ni reti masak macam Fatty Crab, mesti meletob rasanya.

Lepas makan, kami diberi pilihan, nak tido pun boleh, atau nak menikmati keselesaan di Spa Ryokan, natural japanese spa. Jakuzi yg tak pakai ape2 tu. Hehehe. So bleh try sbb ianya free. Malu sendiri tanggung. hahaha

Gudnite Fujiyama...


bersambung lagi...




I miss the Fujiyama melody~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...