11.11.11

Mini reunion besties~

Okey harini nak kluar tajuk japan sbb lambat sgt nk habis, so sebelum story ni dh lapuk..dh hampirrrr lapuk pun, baik tulis sepsiap.

Alkisahnya, masa pegi rumah Zul, tgk second baby dia, kami dh bercadang nk buat reunion since Elis tak dpt join time tu, maklum dia sorang je berada di kawasan selatan sket. Takmo kluar poskod. Hahaha (elis jgn marah noo).

So mengikut majority, maka kami pun buat je reunion di Marche, The Curve. Lapang dan selesa. Cuma time nak pegi tu je jammed yg melampau2. Maklum lah semua org cuti. Igt semua org tu nk pegi reunion kami. hek hek hek.

Oh reunion kami ni cuma kami2 aje.. dan anak masing2.. no men are allowed kecuali boboy Irfan aje bleh. Ye lah, dah anak aku sorang je lelaki. Mana aci tak bawa kan. :P

Okeh perkenalkan..yg single itu Ina (baju pink itu). Nak jadi calon, sila perkenalkan diri kat comment. Dua org ni geng hidung mancung sket. hakhakhak.

Haa yg pakai tudung tu Elis, dan seblah dia Zul (aka Lily pon boleh). Yg ni geng mata sepet. Hak hak hak. Balance kan geng kami. hehehe.

Dok kat Marche masak lah aku nak kena amik makanan kat Irfan tak benti. Kejap nak roti, kejap nak spegetti, kejap nak kek..finally nak eskrem...T_T.

Zul cuma mampu bawa anak gadis dia saja. Baby baru xleh nak bawa. Jenuh nk kepong karang.

Almost 6 years jugak lah kami tak berkumpul since lepas grad. Kalau jumpa pun mesti tak cukup forum. Berkawan pun kiranya dh hampir 11 tahun.. wahhh lamanye rasa. Since masuk U. Kenal secara berantai. Zul dan aku, roomate. Elis dan Ina, roomate jugak. Ina dan aku, classmate masa foundations. And end up, kami semua classmate bila dh masuk first year sampai la final year. Satu course terus. Itulah kisahnya.

Kalau nak korek balik satu2..mcm2 kenangan. Lawak je. Ade je nama2 gelaran kat org. Choiii. Tp byk yg kami dh lupa kecuali Zul. Hahaha.


hmm tp haritu, padahnya membawa budak2 time mak2 nk bergossip adalah terpaksa angkat punggung cepat2. Mmg kat Marche tu kami sibuk ngan amik makanan je.(Aku je sebenarnye yg amik tak benti) Tak sempat pun nk borak sgt. Last2 jln2 sket, then pegi lepak Coffee Beans.

Tapi tak lama je.. Elis dh kena balik sbb anak dia nk tido le pulak. Aigoooo... Selebihnya bergossip kami bertiga saja. hehehe. Harap2 dpt buat second mini reunion kat area poskod Elis pulak. Bila lahhh agaknye nak tunggu si Elis organize....hehehe..



Dan ini gift (hairband) yg Zul buat utk kami.. so cute. tapi aku demand lenkali suh bg yg kalerful sket. Haha. Nway, Thanks Zul, hg mmg kretip dari dulu! (dia dh buat bisnes kecik dh, bleh la order sapa berkenan)




rindu zaman muda remaja dolu. =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...