28.10.11

Japan #03 :: Kyoto and a Bullet to Hamamatsu


Kyoto (794-1868).
Dulunya Kyoto adalah tempat penginapan maharaja Jepun, yakni menjadi ibu kota utama negara.

This is Kiyomizu Temple - Dewan besar kuil (hondo) dengan pemandangan indah di sekelilingnya. Selalunya lagi cantik bila daun dah bertukar color. Tapi masa kami pegi ni, tak semua pokok yg dah tukar warna. Kalau pegi skrg, mmg tgh cantek. T_T


Ada byk jugak rombongan sekolah budak2 jepun ke sini. Macam sailormon dah sorang-sorang dengan skirt ala anime dorang tu. haha. Katanya, lagi senior, lagi pendek sket itu. Haa dlm gambar ni kira otai laa ni. Hehe.


Tmpt gaharu di bakar sebelum memulakan acara sembahyang mereka.


Rasanya inilah Otawa-no-taki, sebuah air terjun yang dikatakan boleh memberi banyak manfaat kesihatan. Ramai yang beratur utk minum air ni.


The temple. Banyak temple dlm kawasan ni. So memang kena jalan satu round utk kluar. Nasib baik dingin2 je cuaca masa ni. Masa jalan2 kat sini, dapat jugak la tgk macam mana org jepun ni jaga tempat2 perlancongan dorang. haa nanti saya citer dlm entry khas. :)

Musim luruh.. mmg luruh daun2 semua.

Pose feeling autumn in my heart kena ada..

Irfan pun dah pandai nk posing pilih2 tempat. Siap sound mama "apaaat laa" (cepat la) suh amik gambar dia posing. Sabar je lah.


Sebelum masuk atau sesudah kluar kawasan temple, boleh la kalau nk membeli local items mcm keychain ke FM ke kat lorong2 Togenzaka, Sanenzaka & Ninenzaka. Byk btol zaka kan. Tu maksudnya kedai2 tu semua dibina di atas tanah berbukit yg curam. Mmg jenuh mendaki nk bershopping pun. Range harga keychain or fridge magnet mostly dlm Y350.


Kemudian kami menuju ke pusat tenunan kimono. Nampak mcm mana dia buat kimono? Yang mcm gambar kat bawah tu of course lah mahal kan. Macam kita beli baju kurung letak manik labuci. Mahal jugak kan.


So ada la kimono show lepas tu. Kami ingatkan tgk Geisha Show mula2. Semua tertipu..hahahha

See pakcik2 ni gigih tenun kain kimono.


Lepas tgk show, kami pegi lunch. Okeh ini adalah rak kasut kat entrance kedai makan. Nak masuk kedai buang kasut, jadi takleh sepah2kan kasut, takde adab katanya. Maka kena simpan dlm locker kasut berkunci unik ini. Bagus kan?



Budak dlm gambar tu acah2 je makan makanan tu semua, last2 mama jugak habiskan.. burrpp.


Dah kenyang, kami pegi ke Heian Shrine Kyoto. Tempat ni adalah taman peringatan yang menyimpan sejarah sejak 1100 tahun yg lampau. Hehe nampak tak ayat skema saya copy dipamplet. hahaha.

Oh ye terlupa nk tunjuk, on the way to Kyoto, lalu Nagoya Theme Park. Nampak roller coaster tu? phewww kena pikir 18kali nak naik ke tidak. Tapi tak perlu la nk pk sangat sebab saya LALU je kat situ. Tak tersenarai dlm tmpt lawatan kami. hihi.


Dari Kyoto, kami akan ke Hamamatsu, tempat penginapan kami yg seterusnya. Jarak perjalanan lebih kurang 65km. Ambil masa sejam lebih kalau naik bas. Lama??? Tak perlu gusar, kerna kami berpeluang menaiki Shinkansen Train (Bullet Train)!! Wehuuu.

Masa nak tunggu train, beberapa cubaan menangkap gambar bersama keretapi berkelajuan tinggi ni telah di buat. Tapi susah benor la nk dapat. haha ye la kalau dah maximum speeds mencecah 240–300 km/j, mmg mengharapkan shutter yg pantas lah.


ini bukan gambar gegar okey.. ini mmg laju neh.. brani pegi laa berdiri depan tu..hahahha nk dekat line kuning tu pun seriyau!


Hehe dapat jugak bergambar.. thanks my photog...sape lagi kan....

gambar dalam ketapi biasa2 je. Takleh nk camwhore sgt, sbb takleh bising2 naik ketapi ni, semua jepun pandang mcm nk kena pancung je. hahaha. Kelajuan mmg tak terasa. Tau tak jarak 65km tu brapa lama kami sampai? 15 MINIT sahaja. alahai sekejapnye merasa kan..


Our dinner, ikan mackerel bakar. Sedap siot.

Dah check in, budak2 degil mcm kami mana reti tidor, mesti lah nk berjimba sambil tgk bandar Hamamatsu.

Ha ini tempat parking kereta bertingkat. Takat ni je bleh amik. lepas tu pintu dia ditutup.

Ini awek2 hot japan, yang dok buat promosi ape tah. comel kan dressing promoter. haha.


Hari kedua diakhiri dengan lepak minum di Starbuck Coffee. Sekian..


Bersambung....




Dah mula rindu japan...

2 comments:

peah @ peps said...

meleleh air liur tgk gambar2 ni...nak pergi!!..

starbuck bahasa jepun...:)

Friends With Benefits...

..:: WiRdA ::.. said...

haha nasib baik sturbuck ada jugak translate english.. kalo tak order ikut gambar je la..:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...