28.5.15

Untuk dia hey! Untuk dia hey!

hey hey!

Entry ni tentang dia.
24 May, hari dia yg ke 33.

tak perlu tutup lah yang oi.. haha


Tapi sebelum hari tu menjelang, saya dan Irfan sgt gigih mencari surprise buat dia. Err Irfan termasuk ke? tak kot, tp KENA ikut. hahah ye lah takkan nak tinggal anak sengsorang kan. hahaha


Kisahnya, dia outstation dan dengan bangganya, saya tiada kereta untuk keluar. Ajak orang tu orang ni semua pakat bz. Ok fine. Tetiba teringat MyTeksi. Terus install apps tu tapi seram sejuk nak guna. haha. Pikir 2-3 kali, ok cuba je lah. 15 minit request, 9 teksi berkeliaran sorang pon taknak amik. wuaaaaa T_T. Pastu masuk zohor. Saya fikir, kena solat dulu kot, baru Allah permudahkan. Dah sudah solat buat lagi skali, kali ni kalau takde jugak mmg cancel terus. Tetiba, ting! ada teksi bidding! YAY! terus dapat call dari pemandu teksi cakap nak sampai lg 5 minit. Bergegas lah sarung tudung segala. haha

dalam perkhidmatan My Teksi

Irfan first Komuter. biasa dia naik LRT je.


Maka destinasi paling senang dan mudah sampai adalah KLCC. Naik teksi sampai Komuter batu 3, lepas tu turun KL sentral naik LRT sampai ke destinasi gemilang walaupun amik masa selama 2 jam! Ye lah habis masa tang teksi berhemah dalam jem dan komuter separa lemmms tu. hihi tapi Alhamdulillah. Misi tercapai. =)

So hari birthday dimulakan dengan HARI SUKAN irfan hahahaha. Bertabah lah, sukan nak ade harini jugak kann. Si besday boy pon kepenatan tak habis lagi sebab baru balik outstation. Mujur Irfan ada menang jugak, ada laa pingat kenangan tadika. hahaha

Menang pertandingan metanang air yang penuh. Sukan kindy ni bukan kira sape habis cepat, tapi END RESULT. haha bagus bagus. :D

Muka separa ketat sebab dia demam pada hari tersebut.


Untuk dia, saya dengan gigih buat 2 kek terus. Amik kau. Sebenarnya, saya memang suka tunggu besday dia dan try buat kek baru. Ye lah kalau buat saja2 mcm takde punca je. Tak syok la kan. So dua kali laa kena potong kek. :D Untunggg laa bini juai kek kannss~~hahaha

Kek checkered rainbow dan Mango insidious. Wah poyooo sekali nama kek.


Hadiah untuk dia?
bagi handbag.
bunyi mem pempuan plak kan.
tp laki hakak mmg perlu pon, sebab ada banyak2 benda dia nak kena usung.
so kita bagi dia handbag style2 sikit.
#akubajetstylehabis

Irfan pulak bagi Tshirt.
#mestilahirfantaktahumenahuhalni

dua2 33. persamaan kuadratik menyatakan  3+3 = 6 (irfan). #whatever

Happy Birthday hubby!
Semoga awak dipanjangkan umur utk lebih beramal, sihat dari segala penyakit, terhindar dari dosa dan maksiat, berlindung kepada Allah dari api neraka dan dilimpahi rezeki yang tidak disangka-sangka. Amin.



cc,

11.2.15

Punca, Rawatan & Pencegahan : Bagaimana KANSER terbentuk?


KANSER.
Bila sebut pasal kanser, kita terbayang hampirnya pada kematian kerana ia adalah penyebab utama kematian di dunia. Yes, ada sesetengah pesakit mampu melawannya, namun ramai yang menemui ajal.



DARI MANA PUNCANYA?

Banyak faktor yang membawa kepada penyakit kanser. Antaranya
  • Radikal bebas - setiap hari kita semua terdedah dengan serangan radikal bebas yang berpunca dari pencemaran, sinar uv, metabolisme, dan sebagainya. Tiada yang terkecuali.
  • Diet yang tidak seimbang - pertumbuhan kanser dalam darah berasid! Jika kita banyak makan makanan manis dan berlemak, badan kita akan jadi berasid dan menggalakkan pertumbuhan sel ini.
  • Genetik - mereka yang ada keturunan pesakit kanser sangat berisiko tinggi.
  • Gaya hidup tidak sihat -  Merokok merupakan antara punca utama kanser yang menyumbang kepada 22% kes kanser di seluruh dunia dan 71% kematian daripada kanser paru-paru.
BERMULA DARIPADA SEL YANG ROSAK MEMBENTUK KETUMBUHAN!!

Tahukah anda setiap dalam tubuh kita terdiri daripada binaan sel-sel yang kecil. Selepas 21 hari, setiap sel tersebut akan mati (proses ini dinamakan Apoptosis) dan diganti dengan sel yang baru. Kanser terjadi apabila ada sel yang sepatutnya mati, tapi tak mati!! Sel ini yang dipanggil sel yang rosak!

Pada asalnya sel yang rosak ini tak merbahaya tapi oleh sebab ianya rosak, kadang2 ada sel ini yang memduplikasikan diri tanpa henti. Maksudnya selepas 21 hari pun tak ada yang mati. Jadi, semakin lama sel yang rosak akan semakin membesar dan menjadi ketumbuhan ataupun dalam bahasa medik, TUMOR! Namun, tumor ni masih tidak dikategorikan sebagai merbahaya kerana ianya boleh dibuang melalui pembedahan.

Situasi akan mula bahaya apabila sel yang rosak ini berkembang dan mengganggu sususan tisu di dalam badan. Apabila semakin membesar, kumpulan sel yang rosak ini jugak akan memerlukan oksigen lalu menarik salur darah baru utk terbentuk.

Dengan adanya salur darah yang bersambung dengan kumpulan sel rosak tersebut, maka bermulalah fasa yang berbahaya. Sel-sel yang rosak tersebut akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke kawasan2 lain dalam badan dan menyebabkan kanser.

ok jom kita tengok rajah ini untuk lebih mudah paham. :)








CARA RAWATAN & PENCEGAHAN

Antara cara rawatan kanser yang paling popular ialah kimoterapi. Tujuan utama adalah untuk membunuh sel kanser tapi oleh kerana ianya dibuat keatas seluruh badan, sel badan yang sihat jugak terkena tempias.

Sebab tu lah pesakit kanser yang sudah alami rawatan kimo akan kelihatan pucat, tak bermaya, rambut gugur dan susut berat badan. Ubat yang dimakan lepas rawatan juga mempunyai pelbagai kesan sampingan. T_T

Jadi, alternatif lain adalah denga pengambilan VIVIX, antioksidan yang membantu melindungi dan memperbaharui sel2 DNA yang rosak akibat rawatan dan serangan kanser. Ini kerana vivix mengandungi Revesratrol yang telah diuji secara klinikal mampu menrencatkan sel kanser dari menjadi semakin serius. Ok nanti saya akan terangkan lebih detail dalam entry lain. :)


RESVERATROL bahan yang terkandung dalam VIVIX!


FAKTA PENTING!!


Sel kanser tidak boleh berkembang dalam darah BERALKALI! Jadi sangat2 penting untuk pesakit atau kita mengambil makanan beralkali setiap hari. Sumber paling mudah adalah SAYUR-SAYUR MENTAH, and of course ALFALFA, supplement yang bersifat alkali yang tinggi!

Selain tu, proses oksidasi juga menyebabkan darah berasid. Jadi, ambil ANTIOKSIDAN seperti VIVIX/VITAMIN A, C , E dalam DIET HARIAN anda untuk langkah pencegahan dan rawatan. :)
Vitamin ACE, antioksidan terbaik untuk mencegah kanser.


Your Health & Beauty Consultant,

Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @slimbeauty_bywirda

29.1.15

My tiga tiga.

Naik angka lagi. ha ha ha.. ok entry yg dah basi sebenarnya. Tapi masih bulan hepibesday. hihi

Beruntung sebenarnya umur dah 33 tahun pon boleh sambut dengan mak abah skali. Alhamdulillah.. semoga Allah panjangkan umur mereka dan sentiasa berkati hidup mereka berdua...amin.

Sebenarnya setiap tahun sambut besday dengan budak comel ni. Anak sedara. Birthday berkembar, jimat kos orang yg belanja. hahaha.


Macam biasa lah setiap kali birthday saya mesti nak redeem semua yang free..tu untung jadi membership sana sini..haha. Yang tak free pon automatik jadi free sebab cinta hati kena belanjaaa. hahaha tq dear hubby for everything.

Dari bangun pagi dapat kad setebal buku.

Dah lupa beli kek, dia beli lagi cupcake comel esok pagi. alaa suwiittt sgt.. #muahciked


dan kenapa kekcomel mesti ade 2 padahal feberet ku cupcake comel tu. Ni keistimewaannya.. dia ni memang kalau beli benda yg ada 2 pilihan, dia akan beli dua2 sebab senang takyah pening nk pilih.. ha ha ha. Macam kalau suruh beli burger kosong biasa sahaja.. ada je kang dia nak up bg best jd burger special atau burger bakar hakikatnya daku suka yg biasa saja. Sungguh tak mendengar arahan demi memberi yang terbaik. haha cemana tu? #redha #syukur #terimakasih #grateful :D



okey masa ni mak kasi can kami dating.. so berpoyo-poyoan lah berdua. Posing kedai spek maknanya bagi hint nak sunglass baru lah kan bagi menggantikan omaiguci ku yang dah patah setahun tanpa sebarang bukti kukuh tu. huhu


Entah dimana silapnya kalau pakai sunglass mesti fefeling nak jadi retis. hahahahhaa #takkaitan #tapikorangponsamakan?



Happy birthday to ME!
Semoga impianku dan perjalanan hidup ku tahun ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah. InsyaAllah. Amin.


yg muda,




3.1.15

2015, I am ready!

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru. Sekejap sungguh rasa setahun tu berlalu kan?

Lagi terasa laa utk orang yg lahir bulan 1 ni..hahaha kasi up satu angka lagi :P

2014, saya tak banyak berjimba sangat. Lebih fokus kepada kerjaya. eceh... Fasa membentuk diri dan mencari potensi diri gitu~ jadi lebih kental, lebih kenyal, lebih teballll. wahhh.. macam baru balik seminar DAO pulak kan. haha

Tapi betul. Memang saya lalui fasa tu. So, untuk tahun 2015 bermulanya fasa GEMILANG! Yes, I am ready!!!!! InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan. :)

HAPPY NEW YEAR 2015!!! :)

Doakan saya,

7.12.14

Apple of my eye


Bukan kisah apple mac. :D

Tapi kisah kekasih hati ku yg comel ini. Dari dulu dia memang sangat protective. Menjaga barang2 sendiri dan barang2 mama dan abah. Sapa2 jangan cuba sentuh atau ambil tanpa kebenaran. hehe :)

Dan disebabkan byk sangat masa bersama, bonding jadi lebih kuat. Dia lebih caring terhadap kami. Pantang tersebut sakit sikit, dia dh mula risau, dia cari ubat, dia cuba redhakan sakit. Muka nak sebek, mata berkaca2 tapi dia tahan. :)

Harini abah demam teruk. Dia gelisah.
Abah tido luar bilik taknak berjangkit. Dia lagi gelisah.
Dia intip celah pintu.. lepas tu dtg kat mama..

"mama.. abah sakit..:("
"iye..dah jgn kacau abah"

dia pegi intip lg.

"mama..pegi la bg ubat kat abah...nanti dia lagi teruk :("
"abah dh makan ubat lah"

dia pegi tgk lg.
"mama dah bagi ubat ke?"

Nak tergelak pon ade tgk dia punya gelisah, last2 tertido. Esok bangun pagi abah dah pegi keje.

"mama mana abah??"
"abah p keje"
"eh kan abah sakit? dah baik ke?"

Nampak sgt tdo ni mesti mimpi abah jgk ni.

"irfan doa laa bg abah cepat baik. Irfan solat."


Haa terus pegi solat. Semua waktu kecuali subuh. Solat cara dia la, cuma ikut betul2 la rakaatnya. Sejuk perut mak, dia dh mula paham dengan siapa dia perlu minta pertolongan.


"Mama irfan dh solat, nanti abah tu baik lah.. nanti irfan kena solat lg"


Huuu aku yang berkaca.


Alhamdulillah,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...