27.10.14

OSTEMATRIX : Keperluan Kalsium Harian


Assalamualaikum.

Last week saya ada pegi kelas nutrisi Shaklee. Salah satu produk yg di bincangkan adalah OSTEMATRIX, pil kalsium yang melengkapkan kalsium harian anda!


PENTINGKAH KALSIUM?


Mestilah!!
Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh kita. 99% kalsium berada pada tulang dan gigi dan selebihnya berada di dalam darah dan sel-sel tubuh.

Jom tengok jadual keperluan kalsium mengikut usia secara purata.  

jadual keperluan kalsium

**IBU MENGANDUNG/MENYUSU perlukan 1200mg kalsium setiap hari!


Fungsi kalsium bagi tubuh, antara lain adalah:


  • Pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Kanak-kanak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka. Kekurangan kalsium dapat mengakibatkan pertumbuhan tulang anak tidak sempurna dan menderita penyakit rickets. Orang dewasa memerlukan kalsium untuk terus-menerus menguatkan sistem tulang dan giginya. Mineral di tulang dan gigi kita diganti 100% setiap tujuh tahun sekali.


  • Mencegah osteoporosis. Bila tidak mendapat cukup kalsium dari makanan, tubuh akan mengambilnya dari “bank kalsium” pada sendi tangan, kaki dan tulang panjang yang lain. Kekurangan pengambilan kalsium dalam jangka masa yang lama akan mengakibatkan tubuh mengambilnya dari tulang-tulang padat. Hal ini mengakibatkan tulang keropos dan mudah patah (osteoporosis). Bila seorang wanita dari umur 20 tahun setiap harinya mengamalkan kalsium 400 mg lebih rendah daripada yang diperlukan, pada umur 55 tahun tulang keropos adalah sebanyak 1/3.
osteoporosis

  • Penyimpanan glikogen. Kalsium berperanan dalam proses penyimpanan glikogen. Bila tidak ada kalsium, tubuh akan merasa lapar terus-menerus atas sebab tidak dapat menyimpan glikogen.

  • Melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. Otot, otak dan sistem saraf memerlukan kalsium agar dapat berfungsi secara optimum. Kekurangan kalsium dapat menyebabkan kejang otot dan gangguan fungsi otak dan sistem saraf.


AKIBAT KEKURANGAN KALSIUM?

~ kaki senang cramp.
~ insomia, penyakit susah nak tidur.
~ gigi tak kuat, rapuh, reput
~ tulang rapuh, kepadatan tulang kurang. (osteoporosis/arthritis)
~ tumbesaran terbantut
~ mudah sakit2 sendi. 


**INFORIA**


  • Kenapa wanita ketika period sering sakit2 sendi pinggul atau belakang? Sebab tulang yg stimulate penghasilan darah, maknanya kita perlukan lebih kalsium untuk tulang ni bekerja dgn lebih baik.

  • Ibu mengandung berkongsi kalsium dengan bayi, sebab tu lah jika kekurangan kalsium, gigi mula jarang, mudah sakit belakang, susah nak tidur, kebas2 kaki. So memang kena pastikan kalsium anda cukup! :)


SAYA TAK SUKA SUSU!!!

Takde masalah, saya memang bukan penggemar susu satu ketika dulu, sebab tu kot terbantut ketinggian..haha tapi bila hamil, kalau saya minum susu, urine mesti high sugar. Jadi saya ambil pil kalsium je.


Nah OSTEMATRIX, pengganti susu terbaik saya hingga kini! :) 


ostematrix


So siapa yg tak suka susu tu memang takde masalah. Even yg minum susu pon, belom tentu cukup keperluan kalsium anda, maka lebih baik topup dengan pil kalsium. Sebabnya, tak semua yg kita makan diserap sepenuhnya! :)

Okey nanti saya terang kebaikan ostematrix yg bukan sekadar kalsium ini di entry lain ye. Untuk yang nak mencuba pil OSTEMATRIX, boleh hantarkan whatsapp kepada saya. 

Daa~


saya suka Ostematrix,

Shaklee ID 961275
Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

24.10.14

8 Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan


TOKSIN!

Sana sini kita dengar pasal toksin kan?

APAKAH TOKSIN?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Zaman sekarang, memang susah nak elak toksin kerana ia ada di mana2 saja.

PUNCA TOKSIN

  • Pencemaran udara
  • ubat-ubatan
  • makanan
  • bahan2 harian - deodorant, syampu, sabun etc 
  • stress - kalau kita stress, sisa metabolik akan dihasilkan oleh badan - ni namanya toksin dalaman.




Jadi macam mana kita nak tau badan kita dah ada toksin berlebihan?


8 TANDA TOKSIN BERLEBIHAN
--------------------------------------------

  • SEMBELIT - sembelit bukan perkara biasa dan kalau dah terbiasa tu, kena lakukan sesuatu, detoks! Anda mungkin tak nampak bahayanya sekarang. Bayangkan kalau usus tu penuh toksin, risiko kepada KANSER USUS tau. So jangan ambil mudah!


  • PERUT KEMBUNG/BERGAS - perut kalau bergas tu puncanya bakteria jahat, banyak lemak dalam usus, toksin.


  • SAKIT KEPALA - selalu sgt nak stress, sakit kepala.


  • LETIH & TAK BERTENAGA - rasa mengantuk, cepat letih walau tak buat keje berat pon.


  • NAFAS BERBAU - bukan sebab tak gosok gigi, tapi kadang2 bila bercakap berbau. 


  • PERUT BERLIPAT - haa ni bukan saja utk orang gemuk, orang kurus kalau duduk pon perut berlipat 2,3 tu maknanya ada toksin. :)


  • KEINGINAN MAKAN - asyik nak makan je kejenya. Kenapa? sebab bila toksin banyak dalam usus, usus tak boleh nak serap nutrien makanan tu, jadi kita akan rasa lapar lagi dan lagi. Dan mudah lah jadi GEMUK.


  • KULIT BERMINYAK / JERAWAT - Puncanya adalah toksin lah. Sebab tu kalau nak stop jerawat, pastikan kita detoks dulu badan.


Ada tanda2 ini pada anda?

Jika ada, eloklah ambil langkah untuk detok badan tu.

Langkah paling MUDAH dan MURAH adalah dengan pengambilan ALFALFA atau HERBLAX. Ini memang bagus dan terbukti utk membuang sisa toksin dalam usus. Berasaskan Alfalfa dan daun Senna. SELAMAT, SEMULAJADI dan HALAL.



Sebenarnya banyak lagi supplement yang boleh di ambil seperti PHYTOCOL, LECITHIN dan DTX COMPLEX. Yang ni nanti saya cerita pada entry lain ok. Kalau tak sabar boleh PM saya terus. :)


SID anda,

Shaklee ID 961275
Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

23.10.14

My cute lil SOHO!




NAK MACAM NI PLEASEEEEEE!!!!!

Haha gaya meja mungkin x lah english sgt mcm tu, sebab kang semua nk kena tukar. Tp gitu2 laaaa~ cantik kan kan?? 

Location dah ade, tinggal nak beli dan letak je kat ruang itu. Alahaii tergediknya hati kecilku iniiiii!!! Cepatlahhh masa itu datang!!πŸ˜‚πŸ˜‚

Mood keje mesti lajuuu je. Tulis blog rajin sket kot gini hewhewhew. 😁😁

13.10.14

New Lifestyle gituuu~

Hai hai..

apa laa yang NEW sgt kan..
no no.. bukan pindah rumah baru pon.
bukan jugak menjadi mewah secara tiba2..

kisahnya, nekadku yg berkurunnnn nak pegi jogging di sekitar rumah akhirnya tercapai!

YES!
YES!
YESSSS!

haha saya anggap kejayaan BESAR sebab bukan senang nak paksa diri buat exercise kannn~
Sebelum ni punya laa banyak alasan

  • malu lari sorang2
  • takut anjing liar
  • nak lari waktu bila tah? 
  • takut kena kejar piggy hutan (ye ade tauuu hahahaha)
  • nanti siapa nak jaga irfan.

Nahh.. 5 tahun dok pikir alasan kan. 

Tanggal 11.10.14, saya ajak Irfan keluar 'jogging'. Hahaha


Kasut yg beli tahun 2011 masih suci lagi tau. 
Kami mulakan dengan walking je.. kang terus lari krem kaki tengah jalan sapa nak angkat? hahaha

Sejam setengah jugak la berjalan patah balik umah. Baru sedar diri pembangunan tempat riadah Cahaya SPK dah luas gilerrr.. tu pon tak habis track pon.. buat shortcut sbb takut Irfan letih pulak kan. Ecehh.


Balik rumah, Irfan ckp..
"mama, esok kita pegi jogging lagi ok?"

Wahh happy iols ada buddy skrg. :P

Keesokannya kami tak pegi 'walking' kat spk pon. Tapi kami walking kat Taman Rimba TTDI. Haha nampak gigih?
Haruslah ada makna nak pi jauh2 gitu.. kekeke 
Sebenarnya Mangotouch ada job kat situ, shoot event #FOODGASMFEST.. so pi la jenguk, maklum laa kan ada pepatah melayu sebut "Di mana ada makanan, di situ ada Wirda" hahaha

Hubby pesan bawa air mineral sepsiap, sebab penganjur tak tau bajet keperluan air utk event mcm tu. haih. So kiranya saya berjalan sambil bawa dumbbell. Berkecai peluh. ^.^"




Haa nampak! 100 booth makanan yg encik Arjuna kena shoot! Siapa yang datang, boleh kopak duit dok sini. Sebbaik saya minum ESP tau. So tahap nak melahap tu kurang. Jamu mata je. Makan Hotdawg dan Yongtaufoo je. haha yang lain2 tu malassss nak beraturrr! Ramai giler org. Actually dorang buat konsep picnic. Ala2 bentang tikar, makan2, borak2.. tapi sesak. mcm.. ermm macam tak cool sapa lepak tempat sesak.. pi laa dok jauh sket kan dari gerai2. hahaha.



dalam banyak2 booth, yang ni paling menarik. Aiskrim pot. Ye, tu aiskrim letak dlm pot, tabur serbuk mcm oreo. Comel kan? tapi saya tidak punya kuasa nak beratur panas2 dengan Irfan utk beli aiskrim. Tunggu lah mak beli pot tu nanti isi eskrem sendiri. :P


Ok, dah dah.. macam dah lari tajuk bila sembang bab makanan. :P

So harini, Irfan pagi2 ajak jogging. hellooooo~ awak kena pegi school lah.. hahha

Maka bila petang, semangat Irfan siap nak pegi jogging! Siap ajak abah lagi. Tapi abah tak bergerak. hahaahampeh.


Harini Irfan cycling, eloklah jugak, boleh mama start berjogging. Tapi bila naik bukit, maka tenaga ku terlebih keluar lah.. adoiiii... peluh terlebih harini. bagus bagus. Tak lama lagi, fit lah iols. :P


Malam ni, dia tanya lagi...

"mama esok kita pegi jogging ok?"


Wahahaha  nampakkk??? saya sudah ade fitness trainer tau! :D

I love this new lifestyle. :)

Lepas jogging minum protien ESP!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...