9.2.12

DIY Playdoh

Permainan yg paling saya tak suka main dulu-dulu adalah plastesin atau nama komersialnya "playdoh". Sbb bau chemical dia tu yg buat saya tak tahan. Tapi bila dah ada anak ni, mestilah nk kena bagi pendedahan dengan playdoh ni. Memandangkan saya tak keje lagi, dan Irfan pon dok saja kat umah, maka saya kena lah create something utk dia belajar... Kira ala2 playskool lah. Eceh..

So, untuk mengelakkan bau chemical dan menjamin keselamatan anak bermain dgn plastesin ni, ayuh ikuti projek DIY playdoh saya!!!

Bahan2 :
1 cawan tepung
1/2 cawan garam
1 sudu besar cream of tartar
1 sudu besar minyak
1 cawan air
setitik pewarna (ikut suka lah nk color ape pun)

Satukan semua bahan kering dalam mangkuk.


Satukan air dan minyak di dalam periuk, panaskan sekejap. (bg warm je)


Kemudian tuangkan kedalam mangkuk berisi bahan kering tadi. kacau hingga terbentuk doh.

Doh yg terbentuk ketika masih suam ni akan sedekit melekat. Dont worry okeyy..


Boleh bahagikan kepada 3 bahagian dan buatkan lubang di tengah2 lalu masukkan setitis pewarna. Uli hingga sebati warnanya.

TADAAAAAA! dah siap dan dah boleh main!!!!!

Senangkan? Mcm ni mak pon excited nk main kan.. Tak perlu risau kalau anak tergigit playdoh ni pon sebab tiada bahan chemical langsung. Tapi janganlah saja2 pegi bagi dia telan pulak kan..hehehe.. Selamat Mencuba!!



puas hati,

1 comment:

b said...

sangat unbelieveable, sgt kreatif dan cost-savvy dan terbaek ah..brilliant lah cc ku ini... heee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...