25.8.14

Hari Sukan Pertama Irfan

Selamat hari Isnin semua.

Mendung2 ni, sebbaik tak mandom sebab pagi2 lagi dah telan ESP shake dengan Ovaltine Malt. Pergh sedappp lagi menyegarkan! Sel2 otak pon berhubung lagi bila makan OMEGA GUARD. gituuu~

Harini Irfan cuti, so takde la nak masuk tubik masuk tubik umah pegi tadika semua. Cuti Hari Sukan.

Semalam lah kisah hari sukannya..hihi
Irfan rumah PURPLE.
Saya pon tak tau kenapa rumah kuning digantikan dengan purple.
Sebab supplier baju cuma ade kaler purple?
atau sebab Little Caliph punya uniform dah kuning?
atau rumah kuning selalu kalah? eh. hahaha (dulu rumah kuning selalu kalah masa sekolah2 :p)

So semlm pagi2 lagi dah kena bersiap pakai purple termasuk lah parent. Hari sukan di buat di Gelanggang Futsal Puncak Alam nun..

Irfan cuma masuk 2 acara je. Satu acara berkumpulan. Satu lagi sorang2, kena berebut gula2. haha Yg berkumpulan tu dapat saguhati je lah. ok la dari takde kan..hahaha


Tapi team purple menang cheerleading yg comel. haha

Keseluruhan, Rumah Purple dapat tempat ke3. ok la kan..tu pon irfan bukan paham pon apa benda. Yang dia tau, dia dpt hadiah 2.  Kawan dia ada dpt 4 hadiah. Itu je. :P

Semoga tahun depan, irfan yg pemalu itu nak masuk banyak acara lagi. :D


I love purple colour,

23.8.14

Machine Clearance Sales


Woot woot~

Burung hantu baru nk bercerita cerita lapuk dah. Saja bagi terbakor yg tak dapat pegi Machine Clearance Sales. Haha

Kisahnya aku baru nak berangan2 nak beli macbook air.. Sekali ada pulak clearance sales. Mau tak meronta hatiku ini??! Pastu ada pulak duit lebih sikit. Sehari sebelum tu jugak aku dan hubby pegi register membership. Ye lah nak berebut masa member preview pukul 11pagi. Maka melangkah jugak lah kaki ni ke Citta Mall pagi2..

Sebab salah laluan, aku sampai kul 1030 pagi. Harapan lah nak dok depan pintu kannn.. Manusia2 lain ni gamaknya lepas subuh dah menempek kt sini. Panjang berjela.
Kad bank aku pulak buat hal kan xleh withdrawl, debit takleh guna kat situ, credit card takde. Haha best kan? Sebbaik ada talian hayat suami.. buat 'loan express' dulu. 

Lagi 20 orang depan pintu, macbook air exdemo rm1.6k dah SOLD OUT... Pilunya hatiii iniii T_T

Yg tinggal yg clearance tapi harga rm2.7k.. Instead of rm3.3k

Dah berjaya masuk pintu kena pi berebut lah kan tp still kena beratur, sekali uncle depan aku tu yg blur2 tatau nak beli apa, pegi amik yg LAST macbook yg ada. Arghh.. Stress mak seketika. Pujuk hati ku pegi beli2 benda2 ngarut accessories.

Tengah dok pilih cover ipad harga RM1.. tetiba Hubby datang cakap dia dh dpt macbook! Ada org return tak jadi beli! Alhamdulillah....... Mmg kalau dah rezeki tak kemana kan.
M37, lucky number



So tenang lah jiwa nak tgk2 accessories bagai.. Dah sangkut kat casing comel ni. Rm20 satu. Boleh jd stand lg. 


Best layan harga kat sini..
Ipad cover dari rm1-rm10 saja. Mau x gila? Tapi aku amik yg singgit tu satu je la, tu pon sbb nak try kat ipad ver1 aku dulu tu.. Sebab spesis cover ipad 1 kan dah pupus, sebbaik yg tu muat jugak!

cover iPad rm1...best dok?

Iphone case beli 1 Free 1 pon ada. 
Cover macbook rm20 saja. Macam2 lagi lah. Kena kawal nafsu je laaa..:p

Kesian pada public yang kena dtg kul 2, sebab banyak offer dah habis kena sapu dgn machine's member. 

Takpe, next time pi register member dulu mcm kami. :D
Daaa~

Workstation kekononnya...

Malaysia Berkabung #MH17

Semalam hari berkabung buat Malaysia untuk istiadat pengkebumian mangsa MH17.



Walau tiada kaitan, bila tgk keranda di bawa turun dari pesawat, automatik rasa sedih, gugur jugak air mata.. 

Sedih mengenangkan nasib anak yg kehilangan ibunya, bayi yang kehilangan ayahnya.. Ibubapa yg kehilangan anaknya.. T_T

Dua gambar yang takleh nak kawal air mata.. T_T


Dihadiahkan jutaan al-fatihah, disolatkan penuh masjid.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Pengakhiran yang indah.

Al- fatihah.



12.8.14

My Little Caliph, Alif Irfan

Ohmai..
Kisah ni sebenarnya dah tulis sebelum puasa lagi, tulis kat hp je..pastu tak camne tah, hilang gitu je..Penat mak karang tauuu! T_T

Irfan baca sini elok2, mcm mana awak first time pergi tadika. :D

First day :: siap2 Irfan diam je sbb tak paham nk pegi mana, tp suka sebab pakai baju baru. Breakfast pon makan banyak betul. Pastu smpai kat kindy, Irfan blur lg, suka tgk ramai kawan tapi takut2, mcm dalam hati tu "mama apakah ini???"

Saya duduk kejap kat belakang, tgk dia camne, kejap2 dia jeling saya.. spotcheck mama ade lagi ke tak. hehehe.. lepas setengah jam, tgk dia dh tak jeling2 dah, maka saya pon balik. :) Fuhh.. lega, masa amik dia balik, dia happy dengan 1st art dia, siap dapat sticker good lagi. So, mama lega, 1st day PASS!

Irfan's first day at Little Caliph

2nd day :: Irfan mcm tau dah nk kena pegi tmpat same.. dia macam nak taknak. Sampai depan kindy, teacher jemput, dia akur je turun... Balik kindy, 'I am happy boy!'

3rd day :: Irfan taknak turun kereta... sedih2 taknak pegi school...haha pastu dah pujuk2 dia pon turun.. Tapi ada pulakkkkkkk budak lain dok menangis takmo masuk!! Sebbaik teacher cepat2 tarik irfan masuk dalam. Phewww~   Balik kindy, serupa takde masalah. :P

4th day :: Dia dah OK.. siap, cakap2 dalam keta dengan mama.. so ok le tu.. balik pon happy siap tunjuk hasil kerja, dan sambung tunjuk buku dia belajar kat umah pulak. haa dah ok le tu kann~ :)

5th day :: Dia memang ready nak pegi kindy, siap tunjuk jalan nak ke Little Caliph lagi. Haha.. comel.


Irfan's first school's trip

So far saya puas hati dengan perkembangan Irfan. Ye lah, Irfan memang lambat bercakap, cakap pon huru hara, tapi sekarang pandai cakap walau ade sedikit pelat. Membaca pon dah pandai. Alhamdulillah, mama lega sgt, sebab sebelum ni letih dengan org tegur irfan takleh ckp blablabla..huhu Setiap budak tak same perkembangannya kan?

teacher's day


Kes nak bangun pagi ke sekolah, bermusim rajinnya.. cuma akan lebih parah bila cuti sekolah lamaaaaaaaa sgt! 
Ye lah kindy ni mmg follow cuti semester sekolah. So bila dah selesa 2 minggu kat umah, mmg nak pegi semula jenuh lah nokkkk~ T_T

Tetiba mama dia tak suka cuti sekolah, boleh??? kekekkee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...