7.3.12

Resepi Rahsia #28: call me polkadot!



Petang tadi terrrrajin sket, lepas kemas2 "workstation" saya, tgk botol2 pewarna tu mcm excited pulak nk buat apam polkadot. Dengan menggunakan kuasa dijari, maka jumpa laa resepi apam polkadot. Sebenarnya dah lama teringin nk try buat, cuma masa je takde. eceh. dok umah 24/7 pon ckp takde masa kannn..:p

Jom tgk resepi. Senang je.

Bahan2:
3 biji telur
220g gula
275g tepung
150ml susu segar
3tsp baking powder
1tsp ovalette
1tsp esen vanilla

Filling strawberry/blueberry

Cara membuatnya:
1) Putarkan semua bahan dengan mixer hingga sebati.

2) Kemudian bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg disukai.

3) Letak sikit adunan dlm cawan kertas yg di letak dlm acuan lompang/apam, kemudian masukkan filling sebelum ditutup semula dengan adunan apam sehingga 3/4 cawan.

4) Buatkan dot2 di atas permukaan.

5) Kukus selama 10-15minit. Siap!


sedap!



penat jugak buat benda ni..

2 comments:

ashikin said...

hmmm sedap cair air liur...ngee ;D wirda, saya nak order pavlova boleh? -shikin-

..:: WiRdA ::.. said...

Tgk apam terliuq pavlova..haha..ok noted

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...