29.1.15

My tiga tiga.

Naik angka lagi. ha ha ha.. ok entry yg dah basi sebenarnya. Tapi masih bulan hepibesday. hihi

Beruntung sebenarnya umur dah 33 tahun pon boleh sambut dengan mak abah skali. Alhamdulillah.. semoga Allah panjangkan umur mereka dan sentiasa berkati hidup mereka berdua...amin.

Sebenarnya setiap tahun sambut besday dengan budak comel ni. Anak sedara. Birthday berkembar, jimat kos orang yg belanja. hahaha.


Macam biasa lah setiap kali birthday saya mesti nak redeem semua yang free..tu untung jadi membership sana sini..haha. Yang tak free pon automatik jadi free sebab cinta hati kena belanjaaa. hahaha tq dear hubby for everything.

Dari bangun pagi dapat kad setebal buku.

Dah lupa beli kek, dia beli lagi cupcake comel esok pagi. alaa suwiittt sgt.. #muahciked


dan kenapa kekcomel mesti ade 2 padahal feberet ku cupcake comel tu. Ni keistimewaannya.. dia ni memang kalau beli benda yg ada 2 pilihan, dia akan beli dua2 sebab senang takyah pening nk pilih.. ha ha ha. Macam kalau suruh beli burger kosong biasa sahaja.. ada je kang dia nak up bg best jd burger special atau burger bakar hakikatnya daku suka yg biasa saja. Sungguh tak mendengar arahan demi memberi yang terbaik. haha cemana tu? #redha #syukur #terimakasih #grateful :D



okey masa ni mak kasi can kami dating.. so berpoyo-poyoan lah berdua. Posing kedai spek maknanya bagi hint nak sunglass baru lah kan bagi menggantikan omaiguci ku yang dah patah setahun tanpa sebarang bukti kukuh tu. huhu


Entah dimana silapnya kalau pakai sunglass mesti fefeling nak jadi retis. hahahahhaa #takkaitan #tapikorangponsamakan?



Happy birthday to ME!
Semoga impianku dan perjalanan hidup ku tahun ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah. InsyaAllah. Amin.


yg muda,




3.1.15

2015, I am ready!

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru. Sekejap sungguh rasa setahun tu berlalu kan?

Lagi terasa laa utk orang yg lahir bulan 1 ni..hahaha kasi up satu angka lagi :P

2014, saya tak banyak berjimba sangat. Lebih fokus kepada kerjaya. eceh... Fasa membentuk diri dan mencari potensi diri gitu~ jadi lebih kental, lebih kenyal, lebih teballll. wahhh.. macam baru balik seminar DAO pulak kan. haha

Tapi betul. Memang saya lalui fasa tu. So, untuk tahun 2015 bermulanya fasa GEMILANG! Yes, I am ready!!!!! InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan. :)

HAPPY NEW YEAR 2015!!! :)

Doakan saya,

7.12.14

Apple of my eye


Bukan kisah apple mac. :D

Tapi kisah kekasih hati ku yg comel ini. Dari dulu dia memang sangat protective. Menjaga barang2 sendiri dan barang2 mama dan abah. Sapa2 jangan cuba sentuh atau ambil tanpa kebenaran. hehe :)

Dan disebabkan byk sangat masa bersama, bonding jadi lebih kuat. Dia lebih caring terhadap kami. Pantang tersebut sakit sikit, dia dh mula risau, dia cari ubat, dia cuba redhakan sakit. Muka nak sebek, mata berkaca2 tapi dia tahan. :)

Harini abah demam teruk. Dia gelisah.
Abah tido luar bilik taknak berjangkit. Dia lagi gelisah.
Dia intip celah pintu.. lepas tu dtg kat mama..

"mama.. abah sakit..:("
"iye..dah jgn kacau abah"

dia pegi intip lg.

"mama..pegi la bg ubat kat abah...nanti dia lagi teruk :("
"abah dh makan ubat lah"

dia pegi tgk lg.
"mama dah bagi ubat ke?"

Nak tergelak pon ade tgk dia punya gelisah, last2 tertido. Esok bangun pagi abah dah pegi keje.

"mama mana abah??"
"abah p keje"
"eh kan abah sakit? dah baik ke?"

Nampak sgt tdo ni mesti mimpi abah jgk ni.

"irfan doa laa bg abah cepat baik. Irfan solat."


Haa terus pegi solat. Semua waktu kecuali subuh. Solat cara dia la, cuma ikut betul2 la rakaatnya. Sejuk perut mak, dia dh mula paham dengan siapa dia perlu minta pertolongan.


"Mama irfan dh solat, nanti abah tu baik lah.. nanti irfan kena solat lg"


Huuu aku yang berkaca.


Alhamdulillah,

25.11.14

Bagaimana KOLESTEROL menyebabkan PENYAKIT JANTUNG?


Hi semua. Salam 1 Dunia.

Lama tak bercerita tentang kolesterol kan? ( err ye ke..)
Yang ku ingat sampai SINI saja.

Bila cakap bab kolesterol, dianggarkan 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. (sumber National Health & Morbidity Survey,2011)

Kandungan kolesterol yang tinggi ni boleh menyumbang kepada masalah JANTUNG dan fungsi KARDIOVASKULAR tanpa mengira usia. Sebab tu sekarang ni, kita sering dengar tentang KEMATIAN di usia muda akibat SERANGAN JANTUNG.

Bagaimana kolesterol boleh mengakibatkan penyakit jantung?

Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah kita :

  • LDL (Low-density lipoprotein / Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (High-density lipoprotein / Lipoprotein ketumpatan tinggi)
LDL dikenali sebagai kolesterol "JAHAT" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (PLAK) dalam salur darah kita. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.


Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "BAIK" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" salur darah.

Jadi, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, kita perlu mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.


AWAS!!! PENYAKIT UTAMA AKIBAT KOLESTEROL!


Jika kita mempunyai tinggi kolesterol:
  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6% 
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak (fatty liver) dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.


Produk Shaklee yang membantu masalah kolesterol tinggi:


OMEGA GUARD - EPA & DHA membantu menurunkan kadar kolesterol.

GARLIC COMPLEX - merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah

B COMPLEX -  vitamin B3 (niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol

VITAMIN C - membantu menurunkan kadar kolesterol serta menguatkan dinding arteri

VITAMIN E - melancarkan peredaran darah dalam salur darah.

PHYTOCOL-ST (TERBARU) - menghalang penyerapan kolestrol jahat ke dalam salur darah sehingga 80%.


Sila pastikan anda mendapat consultation terlebih dahulu sebelum membeli bagi mengelakkan percanggahan dengan ubat hospital (jika ada).
Hubungi saya di talian dibawah. :)

Get Your BEST PRICE from,

Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

22.11.14

Facial Session with Shakura

Kisahnya ahkak dapat free facial sbg pengguna Maybank credit card. Walaupun kedit kad tu tak wujud dlm genggaman, tetap dapat hoccay!

Dah org offer kite pegi je la kan. Pantang ahkak kalau jumpa trial2 facial ni. Kekkeke 

So dah pegi facial, balik dapat pack ni lagi. Dia ckp kalau dh lama x buat facial baru pakai. So simpan dulu la. 



Untuk yang belum pernah dengar pasal Shakura, produk ni pon dari Jepun. Produk ni khas utk rawatan jeragat atau pigmentasi. Tapi agak mahal laa kalau nak hilangkan jeragat. About rm5k gitu. 
Haa jangan tersedak tau! Memang sekali session rm500++, pi la tanya mana pon mmg gitu la harganya. Cuma dari dulu saya suka kalau produk tu dari Jepun sebab dorang mmg uji utk kulit wanita asia!👍 Maka sesuai la dgn kita kan macam Enfuselle & Nutriwhite jugak la.

So bagi yang dah mula timbul kesan jeragat tu, cepat2 telan antioksidan mcm VIVIX, VITA E, VITA C dan COLLAGEN POWDER. Lebih berbaloi dari tunggu keluar pastu pi sental dengan harga rm5k! tu cuma sental yg dah kluar, habis tu yg baru nak kluar dlm2 kulit tu camne? Haa yg ni la yg kena protect dengan segala antioksidan sebab hari2 kita terdedah dengan serangan radikal bebas mcm sinar uv tu! 



Jom dapatkan BEST consultation dari saya!


Your beauty consultant,

Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...