7.12.14

Apple of my eye


Bukan kisah apple mac. :D

Tapi kisah kekasih hati ku yg comel ini. Dari dulu dia memang sangat protective. Menjaga barang2 sendiri dan barang2 mama dan abah. Sapa2 jangan cuba sentuh atau ambil tanpa kebenaran. hehe :)

Dan disebabkan byk sangat masa bersama, bonding jadi lebih kuat. Dia lebih caring terhadap kami. Pantang tersebut sakit sikit, dia dh mula risau, dia cari ubat, dia cuba redhakan sakit. Muka nak sebek, mata berkaca2 tapi dia tahan. :)

Harini abah demam teruk. Dia gelisah.
Abah tido luar bilik taknak berjangkit. Dia lagi gelisah.
Dia intip celah pintu.. lepas tu dtg kat mama..

"mama.. abah sakit..:("
"iye..dah jgn kacau abah"

dia pegi intip lg.

"mama..pegi la bg ubat kat abah...nanti dia lagi teruk :("
"abah dh makan ubat lah"

dia pegi tgk lg.
"mama dah bagi ubat ke?"

Nak tergelak pon ade tgk dia punya gelisah, last2 tertido. Esok bangun pagi abah dah pegi keje.

"mama mana abah??"
"abah p keje"
"eh kan abah sakit? dah baik ke?"

Nampak sgt tdo ni mesti mimpi abah jgk ni.

"irfan doa laa bg abah cepat baik. Irfan solat."


Haa terus pegi solat. Semua waktu kecuali subuh. Solat cara dia la, cuma ikut betul2 la rakaatnya. Sejuk perut mak, dia dh mula paham dengan siapa dia perlu minta pertolongan.


"Mama irfan dh solat, nanti abah tu baik lah.. nanti irfan kena solat lg"


Huuu aku yang berkaca.


Alhamdulillah,

25.11.14

Bagaimana KOLESTEROL menyebabkan PENYAKIT JANTUNG?


Hi semua. Salam 1 Dunia.

Lama tak bercerita tentang kolesterol kan? ( err ye ke..)
Yang ku ingat sampai SINI saja.

Bila cakap bab kolesterol, dianggarkan 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. (sumber National Health & Morbidity Survey,2011)

Kandungan kolesterol yang tinggi ni boleh menyumbang kepada masalah JANTUNG dan fungsi KARDIOVASKULAR tanpa mengira usia. Sebab tu sekarang ni, kita sering dengar tentang KEMATIAN di usia muda akibat SERANGAN JANTUNG.

Bagaimana kolesterol boleh mengakibatkan penyakit jantung?

Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah kita :

  • LDL (Low-density lipoprotein / Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (High-density lipoprotein / Lipoprotein ketumpatan tinggi)
LDL dikenali sebagai kolesterol "JAHAT" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (PLAK) dalam salur darah kita. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.


Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "BAIK" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" salur darah.

Jadi, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, kita perlu mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.


AWAS!!! PENYAKIT UTAMA AKIBAT KOLESTEROL!


Jika kita mempunyai tinggi kolesterol:
  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6% 
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak (fatty liver) dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.


Produk Shaklee yang membantu masalah kolesterol tinggi:


OMEGA GUARD - EPA & DHA membantu menurunkan kadar kolesterol.

GARLIC COMPLEX - merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah

B COMPLEX -  vitamin B3 (niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol

VITAMIN C - membantu menurunkan kadar kolesterol serta menguatkan dinding arteri

VITAMIN E - melancarkan peredaran darah dalam salur darah.

PHYTOCOL-ST (TERBARU) - menghalang penyerapan kolestrol jahat ke dalam salur darah sehingga 80%.


Sila pastikan anda mendapat consultation terlebih dahulu sebelum membeli bagi mengelakkan percanggahan dengan ubat hospital (jika ada).
Hubungi saya di talian dibawah. :)

Get Your BEST PRICE from,

Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

22.11.14

Facial Session with Shakura

Kisahnya ahkak dapat free facial sbg pengguna Maybank credit card. Walaupun kedit kad tu tak wujud dlm genggaman, tetap dapat hoccay!

Dah org offer kite pegi je la kan. Pantang ahkak kalau jumpa trial2 facial ni. Kekkeke 

So dah pegi facial, balik dapat pack ni lagi. Dia ckp kalau dh lama x buat facial baru pakai. So simpan dulu la. 



Untuk yang belum pernah dengar pasal Shakura, produk ni pon dari Jepun. Produk ni khas utk rawatan jeragat atau pigmentasi. Tapi agak mahal laa kalau nak hilangkan jeragat. About rm5k gitu. 
Haa jangan tersedak tau! Memang sekali session rm500++, pi la tanya mana pon mmg gitu la harganya. Cuma dari dulu saya suka kalau produk tu dari Jepun sebab dorang mmg uji utk kulit wanita asia!👍 Maka sesuai la dgn kita kan macam Enfuselle & Nutriwhite jugak la.

So bagi yang dah mula timbul kesan jeragat tu, cepat2 telan antioksidan mcm VIVIX, VITA E, VITA C dan COLLAGEN POWDER. Lebih berbaloi dari tunggu keluar pastu pi sental dengan harga rm5k! tu cuma sental yg dah kluar, habis tu yg baru nak kluar dlm2 kulit tu camne? Haa yg ni la yg kena protect dengan segala antioksidan sebab hari2 kita terdedah dengan serangan radikal bebas mcm sinar uv tu! 



Jom dapatkan BEST consultation dari saya!


Your beauty consultant,

Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294



Yang ke-7

Alhamdulillah..
16 November 2014
Sebenarnya aku sendiri dok tekan kalkulator utk check tahun ke berapa sudah anniversary kali ni. haha wahhh sudah yg ke 7 tahun. Dah lama kan kan...

Anniversary tahun ni mmg tak pegi bercuti mana pon..
Sebab dua2 agak bz, so sambut ala carte je.. aku pon tak sempat buat kejutan apa..
Tapi.... bila ku buka mata, jeng jeng jeng...

 My cute lil SOHO!!! wehuuuu~~

err nampak sgt ke aku yg tido mati atau dia yg angkut brg2 ni slow giler sampai tak sedar satu bunyi pon. Berat kot meja tu. hewhew.. Siap dengan hiasan bagai, alahai~ comelnya laki aku..hahaha

Sendiri syok bukan main kan.. tapi utk suami tak prepare apa pon kan..bertuah punya bini.. tsk tsk..

So hadiah dia delay sehari aci tak.. aci laa sbb 17/11/07 adalah kenduri seblah aku... haha so masih mood kawin2 gitu~  Walau dah 7 tahun, masih segar tau semua detik2 hari bersejarah tu. (^.^ )

Dan ini...adalah untuk dia. Bagi kekakak mungkin tidak membawa apa2 sweetness pon, tapi bg Arjuna beta ni, terlompat2 gembira.. ramai kot laki suka benda ni, dan aku tak paham kenapa dan tak perlu paham lah sebab mereka jugak tak paham kenapa kekakak semua beli handbag walau dah ade handbag doploh dozen. :P



Dan lagi sekali.. walau tak pegi memana, dia bawa jugak candle light dinner.. walaupun 3 orang. heee :D

Cascades, MO

Food review.. ehem.. menu cuma ada satu steak je, so jgn nak macam2 sgt..lamb pon takde..chicken pon takde.. fish ada, maka haruslah aku memilih steak. -.-' tapi steak ni sedap, juicy gitu, daging lembut so tak lenguh tangan dan mulut, cuma besar, jenuh nak menghabiskan sorang2.. :) 
Hubby yg diet makan spagetti aglio olio je, haa yg tu BEST, paling sedap yg saya pernah cuba. Serius. 



Yg ni 'hadiah' utk kami. hehe

Macam anak beranak ke adik beradik? hahaha

Oklah, belanja satu gambar outdoor shoot yg proper sket. Ni pon tumpang glemer kenduri adik ipar haha. ok bye!



Dear Hafizurrahman, 
Terima kasih kerana memberi kasih sayang, makan minum, tempat perlindungan, serta didikan utk kita sekeluarga. Terima kasih kerana susah payah cari rezeki. 
Semoga rezeki kita bertambah melimpah ruah dan diberkati Allah SWT. :)
InsyaAllah.
Happy 7th Anniversary b!



I love my cute lil family,




4.11.14

Sumber Omega 3 Terbaik!


Hai Semua~

Okey untuk entry ni, saya nak citer secara ringkas je pasal sumber omega3 thorrrrbaekk iaitu OMEGA GUARD Shaklee. Semalam dah citer panjang lebar pasal 24 kebaikan. Ni kita buat shortcut sikit je.


Kenapa saya suka Omega Guard Shaklee? 

Pertama skali sebab dia 100% minyak ikan TULEN dan bukan dari minyak hati ikan macam sesetengah jenama lain.

Kedua, Omega Guard ni disuling 3 kali. Ingat iklan minyak Seri Murni? "Proses pemeringkatan 2kali"? haa cenggitulah kisahnya ngan omega guard ni. Proses ni akan singkirkan logam berat, oksidasi dan bau.

Ketiga, sebab kandungan DHA dan EPA yg TEPAT dan CUKUP utk keperluan kita iaitu 1000mg sehari!

DHA ni makanan utk otak. EPA ni pulak lebih kepada imun badan, sebab ia adalah antiradang. So sesuai sgt lah utk mereka yang ada penyakit gout, arthritis, jantung dan asma.  Setakat ni semua customer saya yg ade masalah gout, jantung dan asma mmg berpuas hati. :) Alhamdulillah.




Tahu kah anda?

  • Omega 3 ni berfungsi utk hantar isyarat pada otak. Bayangkan kalau kita kekurangan omega-3? Semestinya tindakbalas ke otak jadi perlahan. Kita pon takleh nak fokus, cepat jadi pelupa!
  • Ibu2 yang melahirkan anak akan kehilangan banyak omega3, sebab tu jugak ibu2 suka lupa. Ha ni bukan sebab urat banyak putus mcm org selalu ckp tu! :D 



So jika anda nak pilih OMEGA 3 yang TERBAIK, pilih lah OMEGA GUARD Shaklee. Di jamin 100% semulajadi, halal dan selamat!

Bagaimana cara untuk anda dapatkan?

Hubungi saya di talian 012-2747294 (SMS/Whatsapp)

atau

Terus PM ke laman facebook saya, Wirda Rasid.



Get Your BEST PRICE from,

Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294


24 Kebaikan Omega Guard Shaklee


Assalamualaikum semua..

Feeling sgt harini tulis blog kat kedai kopi berwifi. Trend kan sekarang kedai kopi bersepah2. Satu hari, tunggu kedai ahkak pulak. ceewah. Ok, memandangkan bulan ni adalah "Bulan Sel-sel Otak Berhubung", maka saya nak story sikit pasal OMEGA-3. Haa ada bunyi mcm iklan susu tak? :p


Apakah OMEGA-3?

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.



KENAPA PILIH OMEGA GUARD SHAKLEE?
  • MInyak Omega 3 dalam OMEGA GUARD Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring, dan anchovies)
  • Bukan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik
  • Omega 3 dalam Omega Guard mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu2nya minyak ikan omega-3 yang PALING TULEN, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA,DHA dan ALA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.
  • Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega-3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega-3, EPA dan DHA.



Ok jom kita tengok 24 Kebaikan Omega Guard Shaklee:-

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE       (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout


Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Mencegah insomia
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu memperbaiki masalah autism
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yg telah melahirkan anak 


Siapa yang Perlukan Omega 3?

  • Warga Emas
  • Pesakit Jantung
  • Mereka yang nak kurus
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pelajar
  • Ibu menyusu
  • Ibu Hamil
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


So mcm saya bagitau awal tadi, bulan ni bulan sel2 otak kita berhubung, maksudnya, bulan PROMOSI OMEGA GUARD lah tu. 

Maka semestinya anda akan dapat HARGA YANG JATUH MENJUNAM! ooooYeahhh~ boleh lompat bintang ramai2!! \(^.^)/

Untuk info lebih lanjut, boleh hubungi saya dengan segera. InsyaAllah saya akan beri konsultasi terbaik serta cara permakanan yang tepat lagi berkesan! :)


yang makan omega utk kurus dan lebih fokus,

Shaklee ID 961275
Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

27.10.14

OSTEMATRIX : Keperluan Kalsium Harian


Assalamualaikum.

Last week saya ada pegi kelas nutrisi Shaklee. Salah satu produk yg di bincangkan adalah OSTEMATRIX, pil kalsium yang melengkapkan kalsium harian anda!


PENTINGKAH KALSIUM?


Mestilah!!
Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh kita. 99% kalsium berada pada tulang dan gigi dan selebihnya berada di dalam darah dan sel-sel tubuh.

Jom tengok jadual keperluan kalsium mengikut usia secara purata.  

jadual keperluan kalsium

**IBU MENGANDUNG/MENYUSU perlukan 1200mg kalsium setiap hari!


Fungsi kalsium bagi tubuh, antara lain adalah:


  • Pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Kanak-kanak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka. Kekurangan kalsium dapat mengakibatkan pertumbuhan tulang anak tidak sempurna dan menderita penyakit rickets. Orang dewasa memerlukan kalsium untuk terus-menerus menguatkan sistem tulang dan giginya. Mineral di tulang dan gigi kita diganti 100% setiap tujuh tahun sekali.


  • Mencegah osteoporosis. Bila tidak mendapat cukup kalsium dari makanan, tubuh akan mengambilnya dari “bank kalsium” pada sendi tangan, kaki dan tulang panjang yang lain. Kekurangan pengambilan kalsium dalam jangka masa yang lama akan mengakibatkan tubuh mengambilnya dari tulang-tulang padat. Hal ini mengakibatkan tulang keropos dan mudah patah (osteoporosis). Bila seorang wanita dari umur 20 tahun setiap harinya mengamalkan kalsium 400 mg lebih rendah daripada yang diperlukan, pada umur 55 tahun tulang keropos adalah sebanyak 1/3.
osteoporosis

  • Penyimpanan glikogen. Kalsium berperanan dalam proses penyimpanan glikogen. Bila tidak ada kalsium, tubuh akan merasa lapar terus-menerus atas sebab tidak dapat menyimpan glikogen.

  • Melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. Otot, otak dan sistem saraf memerlukan kalsium agar dapat berfungsi secara optimum. Kekurangan kalsium dapat menyebabkan kejang otot dan gangguan fungsi otak dan sistem saraf.


AKIBAT KEKURANGAN KALSIUM?

~ kaki senang cramp.
~ insomia, penyakit susah nak tidur.
~ gigi tak kuat, rapuh, reput
~ tulang rapuh, kepadatan tulang kurang. (osteoporosis/arthritis)
~ tumbesaran terbantut
~ mudah sakit2 sendi. 


**INFORIA**


  • Kenapa wanita ketika period sering sakit2 sendi pinggul atau belakang? Sebab tulang yg stimulate penghasilan darah, maknanya kita perlukan lebih kalsium untuk tulang ni bekerja dgn lebih baik.

  • Ibu mengandung berkongsi kalsium dengan bayi, sebab tu lah jika kekurangan kalsium, gigi mula jarang, mudah sakit belakang, susah nak tidur, kebas2 kaki. So memang kena pastikan kalsium anda cukup! :)


SAYA TAK SUKA SUSU!!!

Takde masalah, saya memang bukan penggemar susu satu ketika dulu, sebab tu kot terbantut ketinggian..haha tapi bila hamil, kalau saya minum susu, urine mesti high sugar. Jadi saya ambil pil kalsium je.


Nah OSTEMATRIX, pengganti susu terbaik saya hingga kini! :) 


ostematrix


So siapa yg tak suka susu tu memang takde masalah. Even yg minum susu pon, belom tentu cukup keperluan kalsium anda, maka lebih baik topup dengan pil kalsium. Sebabnya, tak semua yg kita makan diserap sepenuhnya! :)

Okey nanti saya terang kebaikan ostematrix yg bukan sekadar kalsium ini di entry lain ye. Untuk yang nak mencuba pil OSTEMATRIX, boleh hantarkan whatsapp kepada saya. 

Daa~


saya suka Ostematrix,

Shaklee ID 961275
Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

24.10.14

8 Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan


TOKSIN!

Sana sini kita dengar pasal toksin kan?

APAKAH TOKSIN?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Zaman sekarang, memang susah nak elak toksin kerana ia ada di mana2 saja.

PUNCA TOKSIN

  • Pencemaran udara
  • ubat-ubatan
  • makanan
  • bahan2 harian - deodorant, syampu, sabun etc 
  • stress - kalau kita stress, sisa metabolik akan dihasilkan oleh badan - ni namanya toksin dalaman.




Jadi macam mana kita nak tau badan kita dah ada toksin berlebihan?


8 TANDA TOKSIN BERLEBIHAN
--------------------------------------------

  • SEMBELIT - sembelit bukan perkara biasa dan kalau dah terbiasa tu, kena lakukan sesuatu, detoks! Anda mungkin tak nampak bahayanya sekarang. Bayangkan kalau usus tu penuh toksin, risiko kepada KANSER USUS tau. So jangan ambil mudah!


  • PERUT KEMBUNG/BERGAS - perut kalau bergas tu puncanya bakteria jahat, banyak lemak dalam usus, toksin.


  • SAKIT KEPALA - selalu sgt nak stress, sakit kepala.


  • LETIH & TAK BERTENAGA - rasa mengantuk, cepat letih walau tak buat keje berat pon.


  • NAFAS BERBAU - bukan sebab tak gosok gigi, tapi kadang2 bila bercakap berbau. 


  • PERUT BERLIPAT - haa ni bukan saja utk orang gemuk, orang kurus kalau duduk pon perut berlipat 2,3 tu maknanya ada toksin. :)


  • KEINGINAN MAKAN - asyik nak makan je kejenya. Kenapa? sebab bila toksin banyak dalam usus, usus tak boleh nak serap nutrien makanan tu, jadi kita akan rasa lapar lagi dan lagi. Dan mudah lah jadi GEMUK.


  • KULIT BERMINYAK / JERAWAT - Puncanya adalah toksin lah. Sebab tu kalau nak stop jerawat, pastikan kita detoks dulu badan.


Ada tanda2 ini pada anda?

Jika ada, eloklah ambil langkah untuk detok badan tu.

Langkah paling MUDAH dan MURAH adalah dengan pengambilan ALFALFA atau HERBLAX. Ini memang bagus dan terbukti utk membuang sisa toksin dalam usus. Berasaskan Alfalfa dan daun Senna. SELAMAT, SEMULAJADI dan HALAL.



Sebenarnya banyak lagi supplement yang boleh di ambil seperti PHYTOCOL, LECITHIN dan DTX COMPLEX. Yang ni nanti saya cerita pada entry lain ok. Kalau tak sabar boleh PM saya terus. :)


SID anda,

Shaklee ID 961275
Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

23.10.14

My cute lil SOHO!




NAK MACAM NI PLEASEEEEEE!!!!!

Haha gaya meja mungkin x lah english sgt mcm tu, sebab kang semua nk kena tukar. Tp gitu2 laaaa~ cantik kan kan?? 

Location dah ade, tinggal nak beli dan letak je kat ruang itu. Alahaii tergediknya hati kecilku iniiiii!!! Cepatlahhh masa itu datang!!😂😂

Mood keje mesti lajuuu je. Tulis blog rajin sket kot gini hewhewhew. 😁😁

13.10.14

New Lifestyle gituuu~

Hai hai..

apa laa yang NEW sgt kan..
no no.. bukan pindah rumah baru pon.
bukan jugak menjadi mewah secara tiba2..

kisahnya, nekadku yg berkurunnnn nak pegi jogging di sekitar rumah akhirnya tercapai!

YES!
YES!
YESSSS!

haha saya anggap kejayaan BESAR sebab bukan senang nak paksa diri buat exercise kannn~
Sebelum ni punya laa banyak alasan

  • malu lari sorang2
  • takut anjing liar
  • nak lari waktu bila tah? 
  • takut kena kejar piggy hutan (ye ade tauuu hahahaha)
  • nanti siapa nak jaga irfan.

Nahh.. 5 tahun dok pikir alasan kan. 

Tanggal 11.10.14, saya ajak Irfan keluar 'jogging'. Hahaha


Kasut yg beli tahun 2011 masih suci lagi tau. 
Kami mulakan dengan walking je.. kang terus lari krem kaki tengah jalan sapa nak angkat? hahaha

Sejam setengah jugak la berjalan patah balik umah. Baru sedar diri pembangunan tempat riadah Cahaya SPK dah luas gilerrr.. tu pon tak habis track pon.. buat shortcut sbb takut Irfan letih pulak kan. Ecehh.


Balik rumah, Irfan ckp..
"mama, esok kita pegi jogging lagi ok?"

Wahh happy iols ada buddy skrg. :P

Keesokannya kami tak pegi 'walking' kat spk pon. Tapi kami walking kat Taman Rimba TTDI. Haha nampak gigih?
Haruslah ada makna nak pi jauh2 gitu.. kekeke 
Sebenarnya Mangotouch ada job kat situ, shoot event #FOODGASMFEST.. so pi la jenguk, maklum laa kan ada pepatah melayu sebut "Di mana ada makanan, di situ ada Wirda" hahaha

Hubby pesan bawa air mineral sepsiap, sebab penganjur tak tau bajet keperluan air utk event mcm tu. haih. So kiranya saya berjalan sambil bawa dumbbell. Berkecai peluh. ^.^"




Haa nampak! 100 booth makanan yg encik Arjuna kena shoot! Siapa yang datang, boleh kopak duit dok sini. Sebbaik saya minum ESP tau. So tahap nak melahap tu kurang. Jamu mata je. Makan Hotdawg dan Yongtaufoo je. haha yang lain2 tu malassss nak beraturrr! Ramai giler org. Actually dorang buat konsep picnic. Ala2 bentang tikar, makan2, borak2.. tapi sesak. mcm.. ermm macam tak cool sapa lepak tempat sesak.. pi laa dok jauh sket kan dari gerai2. hahaha.



dalam banyak2 booth, yang ni paling menarik. Aiskrim pot. Ye, tu aiskrim letak dlm pot, tabur serbuk mcm oreo. Comel kan? tapi saya tidak punya kuasa nak beratur panas2 dengan Irfan utk beli aiskrim. Tunggu lah mak beli pot tu nanti isi eskrem sendiri. :P


Ok, dah dah.. macam dah lari tajuk bila sembang bab makanan. :P

So harini, Irfan pagi2 ajak jogging. hellooooo~ awak kena pegi school lah.. hahha

Maka bila petang, semangat Irfan siap nak pegi jogging! Siap ajak abah lagi. Tapi abah tak bergerak. hahaahampeh.


Harini Irfan cycling, eloklah jugak, boleh mama start berjogging. Tapi bila naik bukit, maka tenaga ku terlebih keluar lah.. adoiiii... peluh terlebih harini. bagus bagus. Tak lama lagi, fit lah iols. :P


Malam ni, dia tanya lagi...

"mama esok kita pegi jogging ok?"


Wahahaha  nampakkk??? saya sudah ade fitness trainer tau! :D

I love this new lifestyle. :)

Lepas jogging minum protien ESP!

26.9.14

5 lagu beri semangat!


hai hai.

Petang2 hujan mcm ni, dengan nak closing bagai.. memangggg nak dengar lagu2 bagi semangat.

My top 5 motivation songs~
here we go~~~


#1 : Gemuruh Jiwa - Faizal Tahir 
  • lagu ni siapa yg tak gemuruh jiwa kalau dengar memang hati batu. hahaha bangun tido dgr lagu ni rasa nk berlari2. Teringat masa Faizal Tahir perform kat National Conference Shaklee bulan May aritu. :)


#2 : Unwritten - Natasha Bedingfield
  • rasa2 kurang yakin, byk negatif2 keliling, baik dengar lagu ni sambil tujukan pada orang2 negatif tu. Sambil nyanyi sambil buat gaya angkat jari telunjuk ~ no one else, no one else, can speak the words on your lips~! haa bleh bayang? kekekkee

#3 : Titanium - David Guetta
  • lagu ni pon boleh buat kita feeling jadi KUAT! kalau tak cukup kuat dgn lagu unwritten tadi kan. :P

#4 : Faith of the heart - Rod Steward
  • bait2 lagu ni memang buat kita kembalikan semangat. Kadang2 kita rasa jauhnya perjalanan kita utk capai apa yg kita nak, saat ni la kita kena ada keyakinan untuk percaya yang kita boleh berjaya!

#5: Gelora Jiwa - Yuna
  • haa ni org lain mungkin tak rasa. But for me, kalau tetiba jiwa kacau, memang akan ku dengar lagu ni sambil fefeeling yuna gitu. Maybe sebab rentak dia yg tenang kot buat saya rasa kembali tenang dan bila fikir tentang cinta, mood happy kan? Camtu la saya rasa! Wee~


So apa lagu semangat uolls? :)




Suka nyanyi2,


25.9.14

Resepi rahsia #31 :: Cucur ubi kentang


Assalamualaikum

haa awal pagi sangat upload resepi.. mana tau kot2 uols nak buat sarapan kan.

ni kes nampak mcm trending je cucur ni kat fb selain pisang cheese.. so haruslah nak cuba kan.


Bahan2
---------
3 biji ubi kentang diparut kasar
3 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
secubit garam
lada sulah
1 biji telur
daun bawang

saya tambah:
----------------
cili 
lobak merak 
ikan bilis / udang



kemudian gaul semua, dan boleh goreng leper2.. :)





dah siappp~~ cicah sos je!




*** sorry laa takde nak deco2 time lapar~ :P ***


SELAMAT MENCUBA!

-Petit Chef-
Wirda

2.9.14

Surprise Giveaway

Hai hai.. Harini indahnya lah.. Balik dari ambil anak tetiba ada parcel..

Dapat giveaway dari Germany gituee.. Tq liza!! Cantekkkk sangat sling bag ni. Saya suka saya suka! Lenkali buat lg ye! Haha

uolls nak beli longchamp ke ape ke barangan luar negara bleh pi like PAGE ICH & DU ok!


1.9.14

Masalah Keputihan Wanita

Zaman remaja, kalau baca kebaikan jamu mesti ada tekankan bab "memperbaiki masalah keputihan".
Saya tak tau pon masa tu apa benda keputihan tu. boleh? haha

Dah jadi wanita ni baru lah tau btol2, baru lah nak alert bila sendiri alami. :D



Siapa yang kerap alami masalah keputihan NORMAL ni?


  • wanita yang menghampiri waktu subur, sebelum dan sesudah haid
  • wanita hamil
  • wanita yang ambil pil perancang
  • wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat hormon
  • wanita yang sibuk dengan kerja yang menggunakan tenaga fizikal yg banyak
  • wanita yang mengalami gangguan jiwa, seperti terlalu sedih atau gembira
  • gadis muda yang menghampiri masa baligh
  • bayi perempuan yang baru lahir, antara umur 1-10 hari (cairan boleh keluar dari vagina akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh placenta atau uri)


So kalau u all tergolong dalam senarai ni.. dont worry be happy..:)

Yg tak normal nya, kalau terjadi berhari2... warna dah tak putih, gatal tapi ada jugak yg tak gatal walau kaler bertukar. So, sila JUMPA GYNEA. Buat Pap Smear. kot2 ada fungus or apa2 jangkitan.

Kalau takde, maka boleh cuba2 ikhtiar makan SUPPLEMENT / JAMU.

Saya ada masalah ni dulu. Buat ujian pon 2 kali tapi takde perubahan, takde fungus pon. Makan ubat paling kuat sampai muntah demam2.
Jamu mak dara ke mas cotek ke kacip patimah ke..semua tak menjadi.

Lasttttttt sekali... Saya makan ALFALFA COMPLEX.

alfalfa complex untuk merawat keputihan

ni bukan sebab saya jual Shaklee... tapi memang MASALAH KEPUTIHAN hilang TERUS!
yang ada cuma yg normal mcm senarai kat atas.

Ye ini SERIUS.
Kalau tak percaya u all cubalah..
Takyah takut, sebab harga pon murah utk 330 biji cuma RM53.75!
Haa sapa kata mahal meh sini nak bg kalkulator. kekeke

Nak cuba boleh whatsapp/sms saya terus
012-2747294
Wirda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...