Phewiit..
Wow lama jugak tak update blog. Rasa mcm nk tulis. Tapi bila nak update je, lupa pulak apa yang nak di update. Jadi harini nak jugak update. Update keinginan. Ha ha ha.
Ada la haritu jalan-jalan dalam The Curve, omputih ckp window shopping la. Terrrrrrrrrrlalu kat satu kedai ni..dan terrrrrrrrrrrnampak satu
trench coat yg menggoda mata bundar i.. Auw~~
Mula-mula cakap je kat Incik Ray,
"lawa la baju tu" tapi kalau dah namanya pempuan, mmg tak sah la kalo tak masuk dan sentuh dan poyo depan cermin kan. Incik Ray ckp,
"haa nak beli tunggu dpt gaji"..kihkihkih.
Dah masuk gaji. Semalam pegi kat MidValley, masuk kedai yang sama. Kali ni siap pakai dan menggayakan lagi. Tapi sifat kesabaran i tinggi. Jadi i survey kedai lain plak. Uhmm kedai lain mcm design merepek. Haha. Tentu lah benda pertama kita lihat tu jugak yang kita berkenan kan? Tapiii...sebab saya rasa masih terrrlalu awal utk decide. Maka saya tak beli lagi semalam. Mungkin sebab mood tu kureng sket sebab Incik Ray mcm tak sihat. So tak syok la kalo nk minta duit 'pelaburan' dari dia. Ngeee~. So postpone lagi. (dalam hati dok berdoa minta2 tak habis size i..hik hik)
Actually dok terfikir nak kaler ape.. bajet mcm banyakkk sangat pilihan kaler kan...

Yang i dok try tak benti tu, kaler ni lah! hahaha

Tapi kalau terjumpa kaler 'mustard' mcm ni, rambang mata jugakkk! Lazat kan warna ni?

Atau putih. Agak2 org panggil i JLo tak?

Atau warna selamat mcm ni? Selamat utk match dgn semua kaler. ;)
Ahh..tipah keliruuuuu. Tapi tu la, setakat i jumpa ni tak byk la. Mungkin bukan musim kot. Any suggestion?
Aishh kalut nak beli nak pegi mana tah?? hahaha