Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

28.5.15

6 Tahun lah!

Ohh tipah keliru.
Bila dah post entry birthday husband baru perasan, mana pegi entry birthday Irfan? OMG, imiginasi apakah yang berlaku aku dok ingat dah post lama dahh rupanya hanya di mukabuku. hewhewhew.


Maka ini lah dia kisahnya.
This is last minute plan. Ala2 taknak buat sgt pon, tapi mcm nak buat, tapi macam takde la bajet banyak pon. Maka niat dihati hanya nak bawa dia main2 di taman layang2 sambil dia feel~~~ harinya nan indah. Memandangkan sekarang Irfan lebih cenderung kepada permainan luar rumah, suka nak pegi playground, so birthday dia kami bawa dia ke taman layang2 kat kepong tu. Err apa tah nama sebenar dia? Taman metropolitan ke taman wawasan tah? haha

So, saya paksa adik saya pegi bawa anak, saya paksa kazen saya pegi bawa anak, saya paksa kazen lagi sorang tlg beli tikar dan terpaksa pegi jugak , automatically. haha dan tak pasal2 birthday pon bertema Picnic! wahh omputih sangat~~
Nak lagi jimat, kami lancarkan POTLUCK. haha mak sukaaaa~~


Sesampainya kami disana, what do u expect kannn, hari hujung minggu.. manusia ramai nak arwah~ nahhh demi birthday Irfan, abah dia pon sanggup parking 1km jauhnya. hahahahhaa I love u abah!

Maka berjalanlah kami dengan gigih bersama makanan dan belon. Masa tu pon dah pukul 5 lebih. hahaha Mujur tak hujan tau!

Bila dah berjaya masuk, cari port, hampar tikar merah petak2, hidang makanan, letak belon, letak kek, tadaaaaa HAPPY BIRTHDAY IRFAN! done. kejap je. pastu makan dan lepaskan kanak2 bermain riang.


abaikan sepah2 tu, sebab semua kalut nak makan.hahaha Maklum laa jauh perjalanan kaki tadi.

ok lah dia dapat hadiah gak walaupun lastminute party.

yang ni mak pon suka nak main. :D

gaya macam nak pukul je. haha

Irfan superlicious choco cake. Haa nama cake yang over.


Oh ya, nampak tak belon berdiri megah tu? Tau tak tetiba kami menjadi penjual belon pulak. haha
Kisahnya ada couple ni, nak shoot prewedding, tapi dia bajet ada lah orang jual belon berdiri megah begitu kat situ. Malangnya memang ada tapi bentuk upin ipin, bentuk kucing dan lain2. hahaha
Kami macam taknak bagi. Tapi dia ckp,
"boleh laaa kakk... berapa henggit pon saya bayarrr"

Saya macam nak bg free je kalauuu saya beli. Tapi memandangkan kazen yang beli, maka adik dia yg jualkan hahahhaa. hampeh.
Anyway, simple picnic ni best jugak. Budak lebih ingat kot. Sebab dia involve main2 semua.
Rasa tetiap tahun pon nak buat Picnic Theme lah. Lagi best. :) hihihi

Memandangkan tak beli hadiah lagi, balik tu singgah lah Toy'r'Us, belikan dia Glider ni. Ye masih bertemakan outdoor activity. No more Hotwheel or Tomica bebeh! :)


Sekian kisah harijadi Irfan.
Selamat Hari Lahir ke 6 anakanda!
Awak masa ni dah boleh bercakap lebih baik dari dulu, walaupun banyak lagi vocab yg belum tahu. Awak dah boleh mengira beratus sampai ribu.
Awak dah boleh menulis dan mengeja. tulis nama sendiri yang panjang tu sekali.
Awak dah boleh baca tanpa intonasi.
Awak boleh hafal ayat hafazan tapi awak malu nak baca depan mama.
Awak tahu pasal solat, cuma awak nak solat kat sekolah saja. Mana boleh gitu. haha
Awak dah boleh baca doa2 lazim, tapi awak cuma baca doa makan je depan mama.
Awak pemalu tapi bab tunjuk apa awak ada awak tak malu sgt. haha
Awak tak suka orang tengok2 awak.
Awak masih tak suka orang cakap kuat2, bising2.
Awak suka tengok Minecraft, Ultraman, dan Nerf. No more upin ipin, boboiboy, tomica dan hotwheel.
Awak dah mula suka main lawan2 superhero dan mama adalah lawannya secara paksaan.
Awak dah berani pergi berkawan dekat playground walau awak masih tak tanya nama kawan awak.
Awak aktif, awak penyayang, awak mudah tersentuh. :)
Awak akan cari abah bila mama marah awak. Kalau abah tak ada awak pandai pulak whatsapp abah. haha
Comel.
Mama love u.
Sangat-sangat.

We love u darling!


Mama Irfan,

Untuk dia hey! Untuk dia hey!

hey hey!

Entry ni tentang dia.
24 May, hari dia yg ke 33.

tak perlu tutup lah yang oi.. haha


Tapi sebelum hari tu menjelang, saya dan Irfan sgt gigih mencari surprise buat dia. Err Irfan termasuk ke? tak kot, tp KENA ikut. hahah ye lah takkan nak tinggal anak sengsorang kan. hahaha


Kisahnya, dia outstation dan dengan bangganya, saya tiada kereta untuk keluar. Ajak orang tu orang ni semua pakat bz. Ok fine. Tetiba teringat MyTeksi. Terus install apps tu tapi seram sejuk nak guna. haha. Pikir 2-3 kali, ok cuba je lah. 15 minit request, 9 teksi berkeliaran sorang pon taknak amik. wuaaaaa T_T. Pastu masuk zohor. Saya fikir, kena solat dulu kot, baru Allah permudahkan. Dah sudah solat buat lagi skali, kali ni kalau takde jugak mmg cancel terus. Tetiba, ting! ada teksi bidding! YAY! terus dapat call dari pemandu teksi cakap nak sampai lg 5 minit. Bergegas lah sarung tudung segala. haha

dalam perkhidmatan My Teksi

Irfan first Komuter. biasa dia naik LRT je.


Maka destinasi paling senang dan mudah sampai adalah KLCC. Naik teksi sampai Komuter batu 3, lepas tu turun KL sentral naik LRT sampai ke destinasi gemilang walaupun amik masa selama 2 jam! Ye lah habis masa tang teksi berhemah dalam jem dan komuter separa lemmms tu. hihi tapi Alhamdulillah. Misi tercapai. =)

So hari birthday dimulakan dengan HARI SUKAN irfan hahahaha. Bertabah lah, sukan nak ade harini jugak kann. Si besday boy pon kepenatan tak habis lagi sebab baru balik outstation. Mujur Irfan ada menang jugak, ada laa pingat kenangan tadika. hahaha

Menang pertandingan metanang air yang penuh. Sukan kindy ni bukan kira sape habis cepat, tapi END RESULT. haha bagus bagus. :D

Muka separa ketat sebab dia demam pada hari tersebut.


Untuk dia, saya dengan gigih buat 2 kek terus. Amik kau. Sebenarnya, saya memang suka tunggu besday dia dan try buat kek baru. Ye lah kalau buat saja2 mcm takde punca je. Tak syok la kan. So dua kali laa kena potong kek. :D Untunggg laa bini juai kek kannss~~hahaha

Kek checkered rainbow dan Mango insidious. Wah poyooo sekali nama kek.


Hadiah untuk dia?
bagi handbag.
bunyi mem pempuan plak kan.
tp laki hakak mmg perlu pon, sebab ada banyak2 benda dia nak kena usung.
so kita bagi dia handbag style2 sikit.
#akubajetstylehabis

Irfan pulak bagi Tshirt.
#mestilahirfantaktahumenahuhalni

dua2 33. persamaan kuadratik menyatakan  3+3 = 6 (irfan). #whatever

Happy Birthday hubby!
Semoga awak dipanjangkan umur utk lebih beramal, sihat dari segala penyakit, terhindar dari dosa dan maksiat, berlindung kepada Allah dari api neraka dan dilimpahi rezeki yang tidak disangka-sangka. Amin.



cc,

29.1.15

My tiga tiga.

Naik angka lagi. ha ha ha.. ok entry yg dah basi sebenarnya. Tapi masih bulan hepibesday. hihi

Beruntung sebenarnya umur dah 33 tahun pon boleh sambut dengan mak abah skali. Alhamdulillah.. semoga Allah panjangkan umur mereka dan sentiasa berkati hidup mereka berdua...amin.

Sebenarnya setiap tahun sambut besday dengan budak comel ni. Anak sedara. Birthday berkembar, jimat kos orang yg belanja. hahaha.


Macam biasa lah setiap kali birthday saya mesti nak redeem semua yang free..tu untung jadi membership sana sini..haha. Yang tak free pon automatik jadi free sebab cinta hati kena belanjaaa. hahaha tq dear hubby for everything.

Dari bangun pagi dapat kad setebal buku.

Dah lupa beli kek, dia beli lagi cupcake comel esok pagi. alaa suwiittt sgt.. #muahciked


dan kenapa kekcomel mesti ade 2 padahal feberet ku cupcake comel tu. Ni keistimewaannya.. dia ni memang kalau beli benda yg ada 2 pilihan, dia akan beli dua2 sebab senang takyah pening nk pilih.. ha ha ha. Macam kalau suruh beli burger kosong biasa sahaja.. ada je kang dia nak up bg best jd burger special atau burger bakar hakikatnya daku suka yg biasa saja. Sungguh tak mendengar arahan demi memberi yang terbaik. haha cemana tu? #redha #syukur #terimakasih #grateful :D



okey masa ni mak kasi can kami dating.. so berpoyo-poyoan lah berdua. Posing kedai spek maknanya bagi hint nak sunglass baru lah kan bagi menggantikan omaiguci ku yang dah patah setahun tanpa sebarang bukti kukuh tu. huhu


Entah dimana silapnya kalau pakai sunglass mesti fefeling nak jadi retis. hahahahhaa #takkaitan #tapikorangponsamakan?



Happy birthday to ME!
Semoga impianku dan perjalanan hidup ku tahun ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah. InsyaAllah. Amin.


yg muda,




15.4.14

Boleh jadi tukun ni!

Voooommmmmm....vooommmm...
(bunyi vacuum)

Ku tak mampu lagi nak tiup habuknye.. ;p

Amboi lama nauuu tak jenguk. Kira tahun ni tak tulis langsung tuuu..hewhew.. rasanya mmg kena install application Blogger ni kat hp. Baru sesenang FB ku hapdet nanti.

Jenuh nak khatam balik apa yg patut tulis. Kalau ikut perjalanan diary..Dari lepas raya lettewww.. haha

RECAP PANTAS!
----------------------

Anniversary 16/11/13
-------------------------
Ulangtahun ke 6 kami.
Anak alhamdulillah, masih seorang teruna comel.
Buat short vacation ke Melaka again and againnnnnn....ye tahun 2012 pon Melaka jugak. hihi
So bila namanya bercuti, mesti ada suasana pantai2..(pegi klebang), lawat tempat bersejarah (mampu?) dan sajian makanan2 lazatttt!
Ni akibat kalau pilih tarikh kawin time musim hujan.... Nak memilih pulau2 indah mmg harapannnnn! T_T

Bila irfan tido, bleh la fefeeling mcm baru kahwin..ahaks!



Hari meningkat usia
-----------------------
9/1/2014
Ehem2, hari saya menjadi wanita jelita. hahaha
Naik satu lagi umur. Sebbaik satu je kan. Terus iols beli Shaklee Collagen Powder, tambahan utk set2 penjagaan kulit hat lain. Terus org teka umur iols 23 youuu~~ menyampah kanss?
Bila namanya birthday, what do u expect kan.. mesti lah ade seprais sepraisssss!
Memang mak terkejut beruk kau.. dapat seprais atas stereng keta. hewhew. Terimaaa kasih cinta~!


Selang beberapa hari tu, saja2 lah kami plan pegi Kundasang. Fefeelinggg dejavu di kinabalu lah kononnn! Akibat dilahirkan pada musim ala2 hujan tak nak habis lagi.. maka sempat tgk puncak kinabalu tu masa hari 1st day je tauuuuu!!!! Esok nya nk berposing dah tak nampak dah..dia main cak cak dibalik awan nanooo...huhu. Takpe lah janji dapat telan susu awal lembu pon jadilah..


*AMARAN : Jangan lakukan di toilet rumah anda. Toilet Rumah Terbalik takpe. hewhew


Hari Umur Meningkat si A.I
---------------------------------
15/2/2014
Dia dah 5 tahun lah!
Dah masuk tadika. (Oh nanti saya buat entry tadika.)
Dah pandai bercakap.
Dah pandai nak minta shopping utk dia. Over kans?
Dah boleh kira one to one hundred.
Dah bukan baby katanya.. "Irfan bukan baby..Irfan abang."  Adakah dia bg hint nak adik? hewhew

oh dan lagi satu.. Dah pandai demand nak KEK LAMBORGHINI! mampuuu???
Memandangkan mama dia adalah pembuat kek tegar, maka irfan ada 3 celebrations..hahaha untonggg lahhhh anakku ituuu!

Hari besday abah takde, so mama buat mini celebration je. Kereta tak menjadi lamborghini pon lah kan. Takpe, asalkan keta. hehe





Pastu mama yg baik hati ni buat lagi kek utk hantar ke tadika, so para little caliphs tu semua bleh makan kek same2. Ni mama punya theme sendiri, Pororo! haha
(gambar ehsan teacher irfan)

Dan pabila abahku pulang dari kerja.. baru lah mampu menyediakan kek khas Lamborghini. 
Happy sungguh khalifah kecil itu. :)
HAPPY 5th BIRTHDAY ALIF IRFAN
Mama doakan Irfan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.
Jadi anak soleh, dan paham tentang Islam. :)


Haa panjang kan kann..?
RECAP 5 bulan.. tu pon baru citer 3 bulan penting je..haha jadilah..utk ingatan saya bila nak tgk tua2 nanti.:)

Nanti ada masa sambung lagi..:)


Mak yg bz,

18.9.13

Tiup habuk

tarik nafassss.... hembus kuat2..fuhhhhhhhhhhh fuhhhhhhh

kalau lah blog ini umpama rumah, maka dh usang penuh habuk dan sawang.
Ampunkan kamiiii penunggu gua.. yg comment tak terreply.. yg tanya tak berjawab.. hihi masih jugak yg nk follow.. terima kasih.

Tah kemana byk cerita tak tercoret tak tercatit. Lupa habis. Nak ingat boleh, nk tulis balik..nauzubillah..mau 7 mlm tak habis..hahaha

Kekok pulak nk cerita apa pon tatau.

Bln 2 patut ade kisah tahun ke4 anak lelaki saya. Ape ek sy buat utk dia? hmm... haa hubby ngan saya sama2 buat kek lightning mcqueen 3D utk Irfan.


Comel tak?
Dan buat la sikit small celebration kat pizza hut. Irfan dh tau excited ngan birthday cake n hadiah. kalau dulu, ada-aku-kisah je muka dia.

Bln 3 bln 4 mak tak hengat apa jadi dah..hahaha bleh tgk fesbuk kalo nk igt. :p

Bln 5, besday kekasih lah. Ini pon kami sambut ngan family je kat rumah. Masak special2 buat kek special2..dan hadiah special2. gituuu...




Pastu bz ngan booth kek dan photography kami di Kompleks Kraf. Berkampung 2 minggu kat situ. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan utk org baru mcm saya. Sebab masa tu saya baru buat nama baru utk bisnes kek sy, khas utk Kek Kahwin, Kek Hantaran, Kek 3D..senang citer kek yg special2 sket laa designnya.. So saya namakan SPATULA BY WIRDA, bleh like FACEBOOK PAGE ni ye.

Lepas booth habis, terus mula puasa. Maka bz lagi ngan bisnes biskut raya pulak.. raya tahun ni order double dari tahun lepas. Alhamdulillah.. syukur sgt2.. tahun depan kalau double lg, mau gajikan pembantu ni.

Oklah, anak ku ni dh mula kacau, nak suh buat susu. So sambung esok pulak, insyaAllah.. ada citer PILU pasal raya kami. Pilu la sgt... bg neves sket korang baca..:P

Ok bai.

 
mak jemah yg bz,



4.3.13

tiga puluh satu

oh em ji.
dah masuk bulan 3.
bulan february langsung tak update blog. nampak tak bz nye surirumah ini? hahha kalah keje makan gaji tau. :P

Kisahnya, bukan surirumah saja kejenya, dah nama pon buat bisnes sendiri, so bertambah lah sibuknya. mana nk masak, nk layan karenah anak, nak buat order. Tgk tv pon tak sempat baq hang! Rasanya rumah lagi kemas masa sy keje dulu. :P

Ok dah lari topik. Tiga puluh satu. Ye, umur yg bertambah utk tahun ini. 9 january lepas ye kawan2. Lambat plak nk update. Takpe save the date, tahun depan bleh hantar hadiah kat umah guna poslaju. \(^V^)/

Malam tu, memang ku tunggu2 seprais dr hubby. Tapi mcm takde pon ciri2 nya. Tapi biasanya pon mmg dia pandai sorok. Takpe. Tunggu jugak. Tunggu sampai rasa mcm takde kot. Takpe mungkin esok. *menaruh harapan tak malu sungguh*

Ding Dong (bunyi jam walaupun takde langsung jam dalam umah yg bleh bunyi)
Pukul 12tgh malam 9 January 2013.
Dengar percikan api kecil.. bezz bezz beztt bunyinya. (imagine la sendiri bunyi tu)
Ahhaaaa...
Ai dpt macaron set...hehe
Penat tau tiup lilin tu nk bg terpadam.haha

Susun balik bg jadi 31. Nway tq b. :)

Dah siang. Keluarlah umah. Org ckp celebrate. Hehe. Tahun ni hadiah bleh pilih. Mmg pilih yg nk pakai je lah. Nk yg murah, tp takde size kan.. mmg nk dijodohkan dgn yg ini.........hi hi hi.


Tgk wayang. karaoke. Eh ehhhhhh..ade kek lagi lah awokkk....weee skali lagi. Tapi Irfan habehkan semuanya kek tu..:P





Simple. Happy. Sangattttt.

Akhir kata sambutlah besday anda dengan dendangan lagu dari penyanyi ini. Sekian.



besday mom,

1.6.12

oh betullah dah masuk June..


Baru perasan (buat2 perasan) dah lama tak update blog. hihi
Kan best kalo bleh design kabinet dapur attached skali laptop kat situ, pantas skettttt kot update blog. Actually byk benda nk post, boleh je post thru ipad, tp semua entry nk ngengada letak gmbar. hihi.

LATEST skali, sy baru blk dari pulau lagenda, Langkawi. Ada org tu teringin nak pegi. Jadi sempena hepibedaytoyou, sy bawa lah dia pegi situ. Kami check in kat Malibest Resort, Pantai Cenang. Kalau pegi langkawi mesti nak dok kat situ. Sebab apa? haa tgk gmbr bawah..

Sungguh indah dipandang, giler cool lah bleh lepak makan nasi lemak pagi2 depan pantai kan? buka je pintu laut terbentang luas. Angin sepoi2 gitu menyentuh muka yg mulus. Nak feeling lg, jln2 tepi pantai, lepak bawah pokok baca novel. ok poyo disitu. * Nak dok depan pantai cmni, bilik super deluxe, RM180, bukan waktu puncak. (gila skema)
*bila dh dpt dok bilik mcm tu, bleh buat muka mcm ni pulak. Tak ke rasa best? kihkihkih

Budak kecik itu, ye yg baju biru tu, dia takut pantai yg ade ombak gitu. kalo pantai tu tak berombak baru mau mandi. TAPI, dia takut tu satu hal, masalahnya kami pon takleh mendekati pantai tu. Apa kes? -.-"

Sepanjang kat Langkawi, besday boy takmo melawat tmpt2 sejarah tu. Dah tak penah pegi pon taknak pegi. haha. So mmg jln2 makan angin, makan laksa, makan cendol, makan KERBAU! haa ni kes cari STEAK KERBAU nye citer...

Buffalo Park ni jlnnya mcm nak pegi Makam Mahsuri. Tapi kalau jumpa simpang dia tu, kena masuk ke dalaaaaaaammmmm lg sampai jumpa titian ni.. kalau hujan lebat, batalkan niatmu kesana sbb kejadian seperti dibawah bakal berlaku. Masa ni hujan baru berhenti. Kami tgk motor tu lalu, sebbaik cetek lg. Katanya, kalau hujan lebat, mmg takleh lalu langsung. Ngeri nok, mak terbayang tetiba buaya melintas. Buaya kan makan kerbau dlm citer Sang Kancil tu. Eh kebetulan kami pandu Kancil jugak. hik hik
 
Mmg tempat dia dalam giler okey. Nasib baek mmg steak dia sedap! Ye, MEMANG SEDAP! Jangan risau, steak lembu pon ade kalau tak suke kerbau. Thank you incik GPS yg byk membantu kami di langkawi. Oh kancil kami sewa utk 3 hari 2 mlm, RM100 je. ok la kot harga tu. Bajet sket tak keje neh.  Kalau korang byk duit, nak sewa bmw ke porsche ke boleh.. RM350 sehari. hik hik.


Walaupun tak boleh nk usung kek homemade dlm beg ke sana even mmg terpikir idea gila itu, mak tetap berusaha mencari sepotong kek kat bakery berdekatan. Wah maju pantai cenang skrg ade bakeri tau! Tapi kenapa besday mesti ade kek kan? bg tepung talam ke kuih lompang ke takleh ek?


Happy Bornday Hubby! Tunggu entry khas besday!

6.3.12

I am 3 yo!

Alamak.. dah masuk bulan march baru nk upload story...dah basi kot. haha. Nevermind. At least mama tulis jugak so that my cute lil boy bleh baca bila besar nanti. (malu jugak kalo anak baca blog emo mama dia sebenarnya..hihi)

Well well.. last month..yeah february 15th. Tarikh sama.. takkan ubah2, adalah birthday anak teruna ku. Memandangkan mama dah "up" sket ilmu dlm membuat kek, jadi mama buat laa special cake utk Irfan. Since on that day, abah outstation, jadi mama buat cuppies dulu for 1st celebration. Dengan tiada kepakaran lg dlm bidang deco kek, namun hasil comot dibawah tetap mendapat pujian excited dari budak berusia 3 tahun itu. (dia kenal kartun "Pocoyo" tu kira satu pujian bahawa deco tu jadi la jugak kannnns! haha)



tgk muka sayang nak makan "Pocoyo" dia.

haa yg ni pulak second birthday cake, mama buat simple deco je. Cuma ada mata McQueen tu je. tak kisahlah, janji anak mak suke! haha

2nd celebration at TGIF.. malu je dia ngan waiter2 tgif yg tlg nyanyi birthday song.

haa yg ni kasi up sket celebration. with our relatives n close friends. Tak buat party besar2 pun kali ni.


Again, homemade pavlova as his birthday cake!

licin dh pinggan tu..

Happy!

Thanks for celebrating his birthday! @ Fullhouse.


tahun depan kek irfan insyaAllah lawa. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...