Showing posts with label xtvt. Show all posts
Showing posts with label xtvt. Show all posts

22.12.12

Big Bad Wolf '12

Hai.

Ah ha muncul2 terus nak update psl pameran buku. Hari ini dalam sejarah btoi. Memang..memang sy bukanlah pembaca buku tegar apatah lagi nak pegi pameran buku.. Err so not me! Tapi bila dh masuk era 30an ni mcm suka pulak nak belek2 buku kan. Nak plak dgr diskaun sampai 90% gila kau tak pegi even takde duit sgt pon mesti nak pegi jugak.

Sebenarnye sy nak cari buku psl baking dan pasal cake decoration. Tanya lah staff bertugas, dia bleh plak ingat buku home deco. End up, dia ckp xde. Ciskek. Mmg tak jumpa. Mak kuciwaaa! Tapi demi merawat luka dijiwa sy amik jugak buku2 resepi. Amik itu amik ini x sedar dh sekotak. Haha.

Ha yg si Irfan pulak kepala dok langut je nampak mainan kat tingkat atas. Tapi sy berjaya alih perhatian dgn bw dia cr buku2 dia pulak. Wah excited nye dia pilih buku smpai penuh kotak. Bila ada buku mama x bagi, dia senyap2 masukkan dlm kotak jugak! Ingat kite tak nampak le tew!!

Encik Arjuna pulak kat mana lagi kalo bkn kt area photography n business. Sambil2 tunggu tu sambarrr la satu novel cintan. Actually nak amik byk sbb satu rm8 je beb! Tapi memandangkan sekotak lg dh dipilih dan novel beli tahun lepas pon x habeh baca, maka satu sudeyy! Hahaha

Nah total buku utk 3 anak beranak ni adalah 25 buah pada harga rm240! Perghh.. Kalau yg beli novel saja mesti smpai 30buah! Sapa nak pegi lagi bleh lg serang kul 3pg ke subuh ke sbb dorang buka 24jam sampai 9mlm esok! Serius syokkkk layan harga! Kekkeke tamau beli pon mesti terrrrbeli jugak! Ok bai..


Tgk org pegi rasa nak pegi lagi..





8.2.11

CNY at Ikea, Ikea dan Ikea

Memang takde keje kalo dah cuti lama-lama, tapi takleh nak pegi mana2 dan takleh nak balik kampung sebab hasben ada job pada tgh2 cuti itu di KL. Jadi sila duduk umah dan kemas serta cuci umah seperti baru masuk umah baru sebab kami baru lancarkan misi yang blom selesai dari list azam saya thn lepas. Alhamdulillah, 50% misi sudah berjaya.



Jadi mengisi hari raya cina bermula dari Khamis, adalah ke IKEA. Nak survey kabinet TV dan nak usha lampu konon nya. Lampu takde stok lalu membeli almari Irfan. Apa kaitan kan? Sebenarnya, almari ni kami nk beli dari bulan lepas, dah rangka asyik tade stok, so bila dah ada, sambar la terus, even pintu nya pulak yg habis stok! arghhhh! Takpa mak tunggu nanti baru beli pintunya. Haha. Lepas tu, pegi isi perut di Bubba Gump. Ruuunnn forrest runnn!





Esoknya bersamaan Jumaat, setelah selesai activity cuci umah again and again, tetiba xtvt bertukar kepada pencarian cat. Bukan kucing, tapi cat. Tapi kedai cat mana yg buka? Terrrrpaksa laa pegi kedai Acehardware kat IKANO. Kira Ikea jugak lah! aishh.

Hari ketiga cuti, Sabtu, ya saya duduk diam-diam di rumah sbb hasben ada job kan. Ok tipu, tak dok diam, still melancarkan misi cuci 4 bijik toilet, dan kemas bilik. Dan tak pasal2 terjumpa baby snake kat kotak belakang umah. Huhu. Mak takut nokkk..terus tutup pintu dan masuk umah. Sebbaik ada kazen dtg, jadi kami menjadi Snake Hunter PowerPuff Girl untuk cuba mencari snake tadi di bawah kotak. Rupanya dia dah lari. Lalu terus membakar kotak itu serta merta. Misi complete dan celebrate di Tutti Frutti, Bukit Jelutong. Yummieey~.

Hari last cuti CNY, again and again, Incik Ray mengajak ke IKEA utk pegi cari lampu lain. Ye lah dah kedai lampu lain semuanya tutup kenalah pegi IKEA. Kenapa nak cari jugak? Sebab ada orang nak pasang lampu tu hari Isnin. So kenalah beli jugak utk mengelakkan kami dari terkena renjatan letrik kalo pasang sendiri. haha. Takdan sampai IKEA, kami singgah Houz Depot dulu(mcm tu ke ejaan?). Nahhhh skali terjumpa juga lampu yg ciri hampir sama. Angkat terus. :P Tapi kami still ke IKEA jugakkkk sebab.... errr sebab ape tah. Oh purak2 nk tgk pintu almari Irfan aritu. haha. Stok hujung bulan 3 ok. So kami akhiri dgn membeli pembuka tin saja. Sekian. :P


Interior rumah skrg. (Gambar hiasan = tipu. Tq Harvey Norman.)


Heh! 4 hari tak terasa sebab sgt bz dgn rumah. Dah rasa mcm baru pindah pulak sebab kemas tak habis2. Tu pun dok berkabung lagi..aishhhh. (berkabung tu semak lah). Korang mesti balik kampung kan? Huhu sebbaik jugak tak balik, ramai stuck dlm jem selama 12 jam..tak kuasa mak! T___T











what's next????

12.12.10

nak tayang cuti kena buat kek percutian

Wow dah hari ahad, lama pulak rasa cuti. hihi. Well well well..kawan2 kat mukabuku mesti dah cemburu buta pada saya yang sedang alami percutian 4 hari 4 malam di rumah sejak jumaat haritu akibat dari postpone cuti awal muharram dan hari keputeraan Sultan Selangor. Ngee~ siyokkk bukan?

Alah baru cuti 4 hari KAT RUMAH je pun nk kecoh. Ingatkan pergi melancong!

Chooyyy! Haha Itu nada kejelesan maksima anda. By the way, menikmatinya di rumah jugak ok what, di samping kluar jalan-jalan makan angin, tgk wayang..heh tgk wayang esok (ISNIN) lah baru best, takyah sesak-sesak hihi, pastu dok umah pun, at least bleh buat laundry secara besar2an. Haa kalau cuti 2 hari dengan hujan tak menentu, best ke nak berlaundry? Ok tak menarik. Tapi saya tetap akan memenarikkan diri jugak even cuma dok umah bersama omey-omey. ten ten tennnng!

26.11.10

beriadah ala santai

Nak beriadah tak semestinya kena pegi gym yang perlu sign contract 2 tahun sebagai ahli ataupun ke taman tasik yang lebih banyak manusia bercengkerama daripada yang betul-betul beriadah. Heh, pasti lah semak mata bukan. Dah tak pasal2 tambah dosa ngutuk org lagi. Minda tercemar dengan perasaan meluat lalu stress dan terus berhenti jogging dan pegi makan cendol. Haha.

Jadi tak salah kalau kita terpaksa memilih tempat riadah berbayar ala mampu untuk mencapai tahap rileks minda maksimum. Jadi pada hari ahad yang agak muram akibat mendung berarak lesu, cadangan untuk berjimba di Melaka oleh Melati's Mommy adalah di tolak mentah-mentah. Haha, len kali planning awal sikit. :p


Jadi untuk tidak merasa seperti manusia-bosan-tiada-kehidupan, maka kami semua sepakat di kampung hai penin lalat untuk pergi menyihatkan minda dan otot! Yeahhh here we go!


12.11.10

macam-macam nak buat nih

Omaigod omaigod, it's just around the corner~ heyyy apakah?? Jawapannya ada dlm blog nih jugak, sudah terang lagi bersuluh. Tak nampak jugak sila amik bb torch plan celcom rm8 anda itu suluh tgk. haha.

Haa dah tau? Ok, maka dengan itu, esok dan lusa saya bakal bz again and again dgn pelbagai trial. Trial apakah? Agak2 apa ya? heh, sapa ada masa mau baca fikiran kau..cakap saja lah. lagi mau saspen2 bagai. Haha oklah saya tidak akan biarkan anda gusar lagi, mari kita lihat apakah ia....

6.11.10

yesterday and today..

Yesterday,
All my troubles seemes so far away~
Now it looks as though they're here to stay
Oh I believe...in yesterday...


Ok ok saya sedang over.. haha. By the way, I love that song so mucho mucho!(^V^ )/
About yesterday, kan saya ckp nak pegi my dear sales. Yes, my dear..u drive me crazy bebeh. Alhamdulillah, wish saya dari JJcard sales aritu akhirnya tercapai. Dpt jugak sebijik light weight buggy for travelling, tgk website mmg bajet 100++ gitu, skali tak sangka ada more discount, dapat lah dlm rm84 je. Ok le tu, yg penting tak berat sgt, dan buleh lipat jadi payung. Easy to travel nanti. Nak tgk??

10.10.10

101010

10.10.10
Saja kasi BIG highlite tarikh tu. Harini kecoh btol ngan segala kenduri kendara sbb tarikh cun giler..haha
Tapi saya takde la kecoh nk pegi ikut Incik Ray shooting memandangkan tade plak babysitter si omey itu. Tapi kami ada besday party to go, yey! Tapi saya bleh bayangkan betapa leceh bila pegi ke party2 tanpa si bapak. Ahh..tapi kami tetap akan pegi memandangkan dh lepaskan peluang ke open house yg banyak semlm! haha brapa banyak tapi daaa...
Yeahh..Aidan's Bikini Bottom Party! Whatttt!?
haha okeh mari ubah kepada bunyi kekanakan sikit...It's Aidan's Spongebob Birthday Party!
Nice! Jadi sila berhenti berharap utk melihat gambar2 org berbikini kerana ini adalah party kanak2. hihihi
++Ini irfan punya ke mama? (meraung2 apabila hadiah itu dibalut..haha)++
++ Dah sampai! ala dekat je pun, 2 minit je++
++ Mummy Sarah, Aidan, and Daddy Kheri++
++ The Spongebob cake!++
++ besday boy++

++ the gift...bikini. (ok tipu)++

Tu je la gambar nye..gambar makanan dan lain2 xtvt ofcoz lah tak sempat kan sbb mak sorang nk kepong si omey2..T_T... Thanks tuan umah for the foods yg mengenyangkan itu. haa,Si Mummy Aidan ni sangat rajin, kretif dan early planning okeyy! Bayangkan since lepas besday Irfan bulan 2 aritu, si mummy nih dh start cari barang2 besday. Wowee! Tapi bagus jugak kan mcm tu, takde la teruk sgt duit mengalir bila dh tiba party timeee! Sarah, aku mmg tgh mencontohi kau skrg, tapi tinggal lg 4 bulan kot..dan theme masih blur..haha!


Ermm nak buat theme ape ye???
Okehlah..tu je la xtvt saya dihari yg bersejarah bg org2 tertentu ni selain dari menjadi cikgu tusyen selama 2 hari ni..hihi. Baeklah, skrg saya nak pegi bersiap untuk ke majlis resepsi Angkasawan Negara tu..hihihi tak percaya?? erm bagus la tu..sbb mmg saya tipu pun. ngee..ok bye!


Sejak pakai unifi nih, pantas btoi mak post entry! hihi

28.6.10

Tales of the two sisters (Whitey Bestday)

As I told in previous entry, there would be "parti buih" on last Saturday. Party buih is another word for birthday party. Juz among us, so sukahati lah nk letak nama party apa pun. :p
Aliya and Yana, two sisters-satu mak satu bapak, but randomly ppl came out with this question "Apsal muka tak sama???" or lebih sakit hati si adik "Nape adik mcm kelabu sket...kakak putih" hahaha.. But now, when si adik sudah apply whitening cream, maka mereka sudah kelihatan sekata..:p What to do, sorang ikut muka bapak, sorang ikut muka their late-mom.
Since both of them were born in June, Aliya, aka big heart sister, organized their party @ TGI Friday, D' Curve. So it's not a suprise party, but we still suprised them by asking TGIF waiters to bully both dolls. (tapi mmg TGIF akan buli pun kalo utk besday) Terbaek!
So, million thanks to Aliya for the TGIF dinner..sgt kenyang..(lari bajet hang bulan nih noo.hehe)
Enjoyable party! (tak tipu)

Mari lihat "ORANG PUTIH" bergambar...

++putih kan???++

++berusaha memutihkan event++

++utk cik Aliya++

++utk si Yana Nanana++

++ I'm loving it!++

++TGI Saturday..:p++


Tok saya nama Puteh,

23.6.10

good days at goodyear court

Seperti yg digembar-gemburkan di status mukabuku aku yg menunjukkan ciri2 ketidaksabaran utk menempuh wiken yg lepas, mcm-ada-org-kesah-sgt-dengan-aku-punya-aktiviti, maka hari yg dinantikan utk kembali berkumpul bersama melati's girl (cuzens) and the carmila chicas (cuzen juga) di umah berjenama tayar adik aku, kat USJ, berjaya dilangsungkan. Well, kami sejak akhir2 ini sgt suka mencapai keseronokan dgn membuat pelbagai event utk mengisi masa terluang kami, platform komunikasi kami semestinya di thread message mukabuku.
++ Hotel Tayar Goodyear aka umah adik aku++
Tajuk thread yg sekadar utk membuat satu jamuan periuk bertuah, akhirnya menjadi sebuah penginapan 2 hari 2 malam di Hotel Tayar Goodyear Court, USJ (tobat korang cari tak jumpa hotel ni). Memandangkan ia adalah hotel imaginasi aku, maka semestinya tiada buffet breakfast utk kami merasa seperti seorang raja -bangun pagi ada sarapan. Maka aku mengambil tugas sejati spt yg dijanjikan utk menyediakan sebelanga mee goreng basah utk awek2 cun yg masih membuat tahik mata mereka ketika itu. Jadi, kerja aku sudah selesai.

Ya, sebagai penalti kepada mereka yg bangun lambat, maka semua tidak buleh makan lepas bgn tido, sebaliknya wajib pegi membuat gimrama didalam kolam renang selama yg mungkin. Haha. Maaf, gambar separa bogel mereka tidak boleh ditayangkan disini.
Aktiviti pagi berjalan lancar dgn menelan mee goreng, dan menghayati saluran HBO sambil menunggu hidangan Iron Chef, Aunty Rosie utk makanan tgh hari kami. Yey!
Sebelah petang, pegi buang masa kat Sunway Piramid utk melihat kelibat firaun durjana, tetapi kami cuma jumpa Jack Sparow. Cis! Tamat kisah Hari Sabtu.
++Haa see...Jack Sparow wannabe youuu~++
Ahad. Tiada lagi dapur yg menyala gara-gara percutian tidak dirancang ini. Yang rancang cuma utk aktiviti periuk bertuah semalam. Setelah habis sangap, maka kami pun kluarlah melawat Putrajaya, dan bila dah jadi pelawat, mestilah kena bergambar seolah2 jakun dgn Putrajaya. Tihihihii...
++ Irfan sudah mula sensitip kerana dia seakan tidak brapa sihat, tp borink duduk umah ++
++ Takde keje lain ke selain amik gambar saya? - Irfan ++
++ Dah lama tak pegang cik Niko ++
++ mari exercise!++
++ wonder girls, hot mama and fbi ++
Lebih byk gambar di laman muka buku aku, sila rujuk jika berminat.
Thanks to Melati's Cuzen, Carmila's Cuzen, dan adikku serta adik ipar, kerana menjayakan Hari Sepupu 2010 again and again. Jumpa lagi ujung minggu ini di party buih Carmila's Sisters. haha.

nota tak penting:: tak pasal2, aku MC dua ari kerana demam terkejut ngan keseronokan itu jugak kes ENT. =p


organizer spontan,

5.4.10

recap xtvt wiken dan atlet renang ticik

recap wiken
SABTU
1) adalah hari kesihatan dianjurkan oleh Geng 8848 aku. sgt2 mabeles..rugi pada yg tidak mengambil peluang utk pegi sini. okeh, nanti aku buat special entry utk ini. sbb tiada bahan bukti dibawa bersama harini. ;p
2) adalah malam invitation, so called-suwiiittt 17th Thiya's private besday party! :P
Location @ Lookout View Point @ bukit ampang nun.. ala2 indahnya malam melihat panorama KL.. ;p... thanks to maktam and family for inviting us..;) Again, Hepi besday Thiya! whatever it is, u still under age dear..hahahha
AHAD
the headline is >> IRFAN :: si atlet renang ticik!
nota tak penting :: actually mama excited beli swimming suit utk irfan, maka mama paksa irfan terjun kolam..luckily, irfan hepi sgt terjun kolam..yeahh~
oh mari warming up dulu..yeah yeah..kocak2..dikocok2...
rasa sket air...uuuu tak sejuk sgt..bleh teruskan..
splash2..yeah. mari start kuak2

yeahh beginilah caranya..


oh mama lupa bawa pelampung tangan hadiah harijadi..maka mama kena jadi pelampung bergerak..lenguhh..T_T

ohh tidakk..jgn angkat lg...

aahh bye2 pool...mama sudah ajak balik kerna irfan sudah mula meneguk air dikolam..sampai burppp! iskk!

atlet's mama..

2.11.09

habis dah

semua anak2 mak yg bujang..semua sudah kawin.

sabtu lepas adik aku baru je langsung majlis kahwin dia kat jitra nunnnn di utara semenanjung.

dlm blog raya aritu pun aku ada mention dia dh akad nikah..cuma ni dia nye kenduri saje la..tema green apple gitu.. tp utk tidak mengkonfiuskan antara aku dan pengantin (maklumlah..i kan over..hihi)..aku n family pakai baju hijau gelap sket..ngee~~

btw, i like pelamin dorang..cantik banget..dulu aku nk mcm tu laa..tp kedai pengantin b***h itu hanya menabur janji2 manis..pandai je dia pegi buat mlm2 b4 ari kenduri, supaya aku takleh komplen la kot..takpe kisah lama..benci aku nk igt!

suasana meriah disini sana plus serabut pala otak aku pun ada..haha

oh buat julung2 kalinya majlis kami ada nyanyi2 plak..kan tak pasal2 aku juga yg dipaksa nyanyi...hahahhahahahaha perasan.. bleh plak masing2 high ngan mikropon tu.. sampai lupa nk bergambar..sebbaik aku juga yg ingatkan sambung bergambar ngan pengantin..hik hik..

oklah..malas nk citer panjang2..kang encik S nampak..dia suh buat report per minute plak...urgghh!

layan je laa gambar2 perasan anggun aku dia bawah..gambar ehsan curi2 dari kazen2 punya fesbuk dan hp ku..kamera aku??? lalalalala..aku dan camera kini sudah berjauhan..ku rindui niko ku..

++encik irfan dan mak su nye..++

++perasan anggun++

++ sepupu sepapat kali lipat++
++mama rawkkkx!++

++familia @ umah tok++

yg anggun,

20.10.09

sibuk dengan apakah?

ahha..sepanjang satu kaum itu nk menyambut raya depa, aku pun sibuk2 juga. tp aku bukan sibuk nk raya juga ok...jadi sibuk dgn apakah??
aku start dari hari jumaat mlm.

jumaat mlm :: pegi tgk papadom with the gangster tp irfan teerrrpaksa ku tinggalkan pada yg ingin menjaganya tanpa kisah.. tq alia n yana..sepupu tegar ku..

++gambar dari blog afdlin++

oh papadom sgt sgt best. lawak. mengganggu emosi. good lesson. semua terbaik dari afdlin shauki.

sabtu :: aku dan encik hubby bersama2 encik irfan pegi membasuh umah. bajet terer pegi cuma kami bertiga utk membasuh umah yg 2 tingkat itu. akhirnya, baru basuh ruang tamu sudah keletihan.huhuhuhu.. maka selama lebih kurang 4 jam, kami baru habis basuh tingkat bawah saja.dan kami pun letih lalu bersiap2 utk ke open house saje..huhuhu..

ahad :: aktiviti membersihkan umah dilakukan semula dgn memberi fokus pada ruang atas umah pula. kali ini tenaga kerja diimport dari kalangan pakcik dan sepupu sepapat serta ibuku dan adik ku jua. hahah settle sket keje dgn pantas..maka aku hanya lap kabinet dapur baruku itu saja..sambil menjaga encik irfan dgn jayanya.. tima kasih byk2 pada mereka2 itu walaupun mereka2 itu tidak membaca blog aku dan mungkin tidak tahu akan wujudnya blog aku atau mungkin tidak tahu apakah itu blog? oh tp sayang skali, aku tidak berkesempatan merakam detik pencucian umah itu aritu. oh mengapakah? rasa ingin bertanya dan terus bertanya pada diri sendiri. mengapakahhhhhhh???


++ gambar dirakam oleh hubbyku ketika pemasangan kabinet last week, gambar selepas sila tungguuuu++

selepas aktiviti itu, kami pegi ke Nagoya utk mencari curtain. oh aku cuma memilih bajet2 curtain saja utk umah aku. itu pun sudah mencecah ke rm500 juga utk seisi umah. kire murah lagi la daripada aku beli kat SSF ke ELYZA ke..huhu takpe raya thn depan ada rezeki akan ku tukar curtain hebat sket. uhm uhm..(*_*)
akibat keletihan, maka kami semua melepaskan batuk di tangga penat di karaoke..huhu asal buleh je~~

isnin :: adalah cuti terpaksa aku, akibat encik irfan yg menjadi batuk2 seperti org tua2. makanya aku menjaganya seharian. alhamdulillah redha sedikit.. lepas abah irfan pulang kerja, agenda sepatutnya diteruskan, ke kedai lampu. semua lampu sudah diborong. menunggu pemasangan pada hari rabu...hu hu hu..lesap lagi duit kami..felaiiii~~

sekian xtvt kami sekitar pemindahan umah ini.. huhuhu


yg tgh pening nk packing barang pulak,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...