Showing posts with label tragedi. Show all posts
Showing posts with label tragedi. Show all posts

18.11.13

Tragedi Raya 2013 yg tertangguh

Jeng jeng jenggggg...

Kisah ni patut dicoret supaya sentiasa beringat. :p

Tak tau lah nk kata sedih ke, lawak ke. Tapi perasaan masa tu mmg macam2.. mujur semua cool.

Kisahnya begini.

Macam biase setiap tahun b4 raya sure ada photoshoot studio.. dan konfem kami pastikan beli baju raya dah time tu... maka ni lah hasil tangkapan raya kami..



Meriah nauuu kann...
Siap feeling Yuna, Najwa Latiff bagaiii~~

Beberapa hari pastu packing beg balik kampung. Yeahh dah ready semua... balikkkkkkk!!!
Balik umah MIL dulu..sbb tahun ni raya seblah saya. So esoknya baru balik Changlun...
Malam raya, masa tu dh nk dekat kul 10mlm.. kena la siap2 kan baju raya esok. Nak iron bagai..
Tetiba papppp! Tak buka beg lagi. Hati dup dap dup dap..Ya Allahhhh...

Buka beg, cari cari.. benti.. cari lagi.. haihh nk cari apa lagi, skali tgk dh bleh nampak semua baju dlm beg kannnnn! MANA BAJU RAYA KAMII??????????!!!!! Wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Bawa balik baju Irfan sorang je!! Baju kami konfem tertinggal kat sofa di rumah siap hanger lg. T_T Baju sy takpe la ade selai dua lagi..baju si Arjuna? takdak langsung! wuaaa..

Cepat2 lah kami p pekan Changlun tu..cari baju raya..sebbaik mlm raya kedai buka smpai kul 12 kot.. tapiii malam raya kot..baju size ape je laa yg tinggal kannnnn...huk huk..
Cari lah jugak.. cari dan cari dan cari... mahal baju kat Changlun mengalahkan harga kat KL tau!! sabaqqq ja la..

Esoknya.. ni lah baju raya kami..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


TETAP TEMA BIRU!


Tobat tahun depan baju raya aku sumbat dlm keta awal2!!!

1.2.11

Mesir oh mesir

Tiga tahun lalu, aku pernah ke sini. Melihat cara hidup mereka..
....persekitaran mereka...

... dan bangsa mereka....





Two words ::BRAVE and ARROGANT
Yang berani akan suarakan keadilan, yang angkuh akan pentingkan diri sendiri.

Semoga Allah SWT memberi perlindungan pada mereka yg berjuang, pada kaum wanita dan kanak2 disana, juga pada rakyat Malaysia yang 'terperangkap' di sana. Mengapa perlu tunggu sehingga keadaan kritikal baru nak bawa pulang? Bukankah kalau dah kritikal keadaan lagi rumit. Tak paham.



Skrg nk hubungi mereka di sana pun payah. Semoga adik ipar aku kat sana pun selamat hendaknya.


info summary bleh tgk sini.


Pray hard for them. Amin.

15.7.10

makhluk durjana mengejutkan aku utk bersahur

ekk uwekkkkkuwaaaa....
Tangisan rengek irfan membuat aku bingkas bangun. Berbekalkan biasan cahaya neon di jalan hadapan rumah aku yang menembusi terus ke dalam kamar utama, aku mencapai botol susu lalu membancuhnya. Diam si Irfan pabila meneguk susu. Aku melihat jam, 3.36 pagi. Ah, masih terlalu awal untuk aku bersahur. Memang itu lah perangai aku, suka mengganti puasa di saat-saat akhir menjelang Ramadhan. Tapi aku saja ke? Orang lain pun sama kot. Hehe. Aku pun terlelap kembali...


Weuweuweuweuweuweuwewueweuweuwe
Huh! Terbeliak mataku.
"B, bangun b!"
Hubby yang demam bingkas bangun dan mencapai cermin mata. Siren rumahku berbunyi. Ada orang cuba nak pecah rumah!

Aku sedikit panik. Jam menunjukkan pukul 4.13 pagi. Hubby cuba mencari telefon bimbitnya, tak jumpa. Dia mengintai dari pintu kamar perlahan-lahan. Tiada sesiapa. Sengaja kami biarkan siren berbunyi seketika untuk menarik perhatian security dan menakutkan si makhluk durjana. Setelah tiada pergerakan bunyi yang mencurigakan, kami matikan siren. Memori pada alat penggera menunjukkan cubaan pecah masuk melalui bumbung. Kami check semua bilik. Seluruh rumah jadi terang benderang. Alhamdulilah, mmg bedebah tu tak sempat masuk. Terkejut dengan bunyi nyaring siren agaknya.

Huh, aku syak makhluk durjana tu adalah Indon-indon yang lalu lalang depan rumah aku petang tadi. Memang aku perasan dua ekor tu tengok-tengok masa aku nak masuk rumah. Aku percaya mereka berani bertindak sebab kiri kanan rumah aku masih tidak berpenghuni. Cisssskek!

Mujurlah bunyi siren berjaya menakutkan setan tu.
Bila keadaan macam dah reda, aku melangkah ke dapur, amik periuk dan masak nasi dalam kesaspenan. Terus tak jadi nak sambung tidur. Dari dalam rumah aku dengar bunyi motor pak gad meronda-ronda. Ok, sedikit selesa. Aku pun bersahur, hubby sambung tidur kerana tak berapa sihat.

Thanks but no thanks to makhluk durjana kerana mengejutkan aku utk bersahur lebih awal. Huh!


Teringat pulak tragedi yang berlaku kat umah parent aku. Takut.
Ya Allah, lindungilah keluarga aku dari segala malapetaka. Amin....



berjaga-jaga,

19.11.09

"ini satu rompakan!!"

Amaran! :: Entry ini mempunyai bahasa2 kasar kerana penulis yg beremosi amarah. (18SG)

Last Tuesday, my abah with my nephew kluar pegi amik my mom kat opis. lebih kurang nk dkt pukul 6ptg camtu.. So tinggallah kazen aku (laki) sorang kat umah corner lot itu yg mempunyai 2 pintu masuk dan 2 pintu sliding door kat tingkat bawah tu.
Lebih kurang sejam, my parent with 2-yrs-old kid pun tiba. Elok masuk umah je..tetiba ada suara ckp "Ini satu rompakan!!" Huh! terkejut parent aku dgn dua perompak yg bertopengkan mask H1n1 tu dan bersenjatakan pistol seems like revolver.




++org buat mask tu utk elak penyakit bukan utk kaver muka utk merompak! mudah2an dorang kena H1N1++

2 ekor melayu bedebah tu dh ikat my kazen tu kat tingkat atas dan selongkar semua bilik. Motif cuma wang dan barang kemas. Then dorang ikat my parent kat dapur. My nephew dorang just pegang bahu dan dia just diam sambil blur2 kot. Uhm maybe kalo dia ikat budak tu confirm budak tu nangis lalu mereka kantoi disitu. Cis!

Then si bedebah itu minta semua kad2 ATM yg my parent ada dan disuruh beri pin yg betul dgn menghala pistol dikepala. Rupanya ada lagi dua ekor bangsat kat luar. So yg bedebah2 dalam umah nih pass ATM card to bangsat2 kat luar tu utk withdraw semua duit tu and dorang tunggu kat umah utk pastikan my parent tak tipu pin. Bijak mcm celaka kan mereka? bab merompak pandai tp sure blajar bodoh mcm sial tu sbb tu jadi perompak. Dah settle semua duit amik.. dorang blah kot (aku pun tak sure citer akhir dia mcm mana).

++gambar lakonan semula++

Yg pasti my kazen yg kena ikat kat atas tu berjaya buka ikatan kaki dia yg di ikat ngan seluar saja..tp tangan dia and my parent dorang ikat ngan cable tied (sila rujuk gambar atas). Aku pun tatau camne dorang buat, so akhirnya terlepas sendiri.. dan buat report polis.
But of coz they still in trauma till today..
latest news that i know, 2 suspects dah kena tangkap. So my parent tgh pegi buat kawad cam. I dunno the result yet.
bedebah2 itu masuk ikut pintu sliding door kat tepi umah yg mmg terbuka. Mmg dorang dh aim. And we suspect they know my family closely..sbb dorang sanggup tunggu sejam my parent balik. So beware with people around you...

++Tgk luar rumah b4 you get out. There's stranger watching you! huhu.. ++

Mudah2an keluargaku sentiasa mendapat perlindungan dariNya. Amin...

tragedi tambahan :: beberapa bulan lepas my mom pun dah kena ragut depan umah tu jugak.. Mmg kena pindah umah dah ni!

BERITA TERKINI :: PEROMPAK ITU MASIH BERLELUASA DAN TELAH MEROMPAK LAGI DI AREA BUKIT TENGAH, PERAI SEMALAM. AWAS!


yg emosi,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...