31.5.10

Tiga Hari

Hye ladies,

Ya spt yg dijanjikan, ini adalah metabolic menu yg saya amalkan beberapa minggu yg lalu. Menurut penasihat diet saya, menu nih perlu buat 3 hari saja. Tapi dari hasil gugel saya pula, menu yg sama bleh di ulang2, contohnya, 3 hari meta menu, 3 hari makan seperti biasa (tp portion mesti kecil2 saja ok dan bukan makanan yg kalori tinggi), dan buleh sambung balik 3 hari meta menu dan begitulah seterusnya. InsyaAllah anda excited bila di atas alat penimbang berat!

DAY 1
Breakfast
Black Coffee/Tea + 1/2 Grapefruit + 1 Toast with Peanut butter
Lunch
1/2 cup Tuna in water + 1 Toast + Black coffee/Tea
Dinner
3oz lean meat/chicken + 1 cup green beans & carrot + 1 apple + 1cup vanilla ice cream

DAY 2
Breakfast
Black Coffee/tea + 1 Egg + 1 Toast + 1/2 Banana
Lunch
Black coffee/tea + 8 saltine crackers (Rizt/Julies) + 1 slice cheese
Dinner
2 Sausage + 1 cup broccoli + 1/2cup carrot + 1/2 Banana + 1/2 cup vanilla ice cream

DAY 3
Breakfast
Black coffee/Tea + 1 Toast + 1 boiled egg
Lunch
5 saltine cracker + cheddar cheese + 1 Apple
Dinner
1 cup Tuna in water + 1 cup carrot + 1 cup cauliflower + 1 cup honeydew + 1/2 cup vanilla ice cream

Macam mana? Saya telah mencubanya selama 2 minggu, dan hasilnya berat turun lebih kurang 3kg. Alhamdulillah. Tp sy takde la terlalu ikut sgt menu itu, pandai2 la korang buat switching kat menu agar tidak bosan. Oh tapi ini BUKAN menu diet, ini menu utk TINGKATKAN METABOLISMA ye. (bila meta kita dh tinggi-->proses hadam lancar-->permakanan sempurna--> berat pun turun--> bleh la jadikan diet kan?)

Oh saya ada info tentang epal, rasanya ramai yg dh tau kot pasal ni. Tapi juz nk sharing utk sapa2 yg tak tau lg.

EPAL - kalau kita makan setiap kali sebelum makan, akan membuatkan anda menjadi kenyang dan secara automatik anda akan kurang menyumbat makanan ke dalam mulut anda. EPAL juga bleh kurang kan tahap kolestrol, elakkan dari serangan jantung, stroke, dan juga kanser. Jadi amalkan slalu. Hah, di negara barat, dorang siap adakan kempen "3 days with apples" utk kuruskan badan. Ye lah, kalo dh setiap kali makan epal buleh rasa kenyang tanpa perlu makan makanan berat yg lain, mestilah berat turun kan?

So selamat beramal.

I love to eat this! It's so yummy!

Nak amalkan lg,

26.5.10

"i need my own bed"

Semenjak dua menjak yg lalu, setiap mlm tidurku sering diganggu dengan teriakan nyaring Irfan berpakejkan gaya aksi meronta2 walaupun matanya masih pejam.

Oh, aku letih.

Sehingga ke suatu malam yang tidak tahan lagi, maka Encik Ray meminta aku tidurkan saja Irfan di bawah (bukan atas katil kami tu). Pergh, Irfan lena tanpa sedar sampai ke pagi.

Semalam, aku cuba praktiskan sekali lagi dengan menidurkannya terus kat comforter yg aku jadikan alas utk Irfan tidor kat bawah. Mmg sah! sampai pagi cuma bunyi "ekkk" sekali saja. Tu pun dia sambung tidor balik, tp mama yg prihatin ini ttp bancuhkan susu dan bg Irfan minum juga.

Lega (^V^)~

Jadi, sekarang kami akan berusaha menabung untuk membeli sebuah katil buat Irfan. Menjadi tabiat aku bila setiap kali berkunjung ke IKEA, aku akan perasan setiap bilik tidor kanak2 yg channntek kat situ adalah bilik anak laki-laki aku. Hehe. Ya mama dh teringin beberapa jenis model katil kat situ.

Berikut adalah calon-calonnya:-
Pada pikiran aku, utk menampakkan lebih maskulin, young dan cool beb, aku suka jika biliknya dipenuhi kaler2 natural seperti kaler wooden mcm katil di atas. Tp utk menampakkan ia masih bilik kanak2, biarlah designnya seperti yg biru di atas itu. Tapiiii...
kalau dari imiginasi kecomelan dalam otak aku nih, aku lebih suka jika beli yg ni..tehehehehe..
kalau nak katil macam tu, kena ada wardrobe mcm nih plak..baru omey-omey!dan bilik itu akan kelihatan seperti ini.. Err tapi itu la..aku rasa mcm terlalu "Irfan in Wonderland" la plak. Cerewet wet wet lah aku nih kan?

Sebab itu, aku igt mau letak elemen2 wooden + biru utk bilik Irfan nanti. Ada contoh kat IKEA tu, cuma takde plak time aku gugel tadi. Kalo anak gegirl, aku suka je boh putih2 nye perabot, but utk anak laki2 yg nk membesar nih, tak sesuai kot. Hihi, Tapi tlg jgn percaya sgt idea saya, sbb slalunya mesti jadi lain resultnya nanti. (sama mcm angan2 ruang tamu putih merah kami)
alah, lebih kurang mcm nih la..ok ke? Floor pun mmg wooden jugak..uhm uhm Ape pendapat korang?

Ok lah, mama dah mula berangan. Ape2 pun kumpul duit utk semua ini dulu. Yg penting, amik katil dulu. Then must be, my dream wardrobe~

Untuk bilik Irfan in advance, mama cuma mampu beli ini dulu - alas kaki. Hahaha.. nih pun Makcu Irfan yg paksa beli jugak. =p


bila laa bleh pasang wardrobe~

25.5.10

mereka yg tertipu~

Setelah selesai berthread msg selama hampir DUA minggu di mukabuku bersama kazen aku di melati garden, akhirnya masanya telah tiba.

Seprais-Seprais Besday Party Buih utk dua jejaka kacak (Mr. Adry & Mr. Ray) dan gadis anggun (Miss Fana)!


mereka yg tertipu disitu
Untuk menjayakan misi tak mustahil ini, kami telah mengpropakan mereka bertiga : Fana & Adry kami tipu ia adalah besday utk Mr Ray dan begitu jua sebaliknya.

Tema baju adalah Green green grass by the river.
"Alaaaaa kenapa hapiz nk amik kaler hijau jugakkk...tu fana yg pilih duluuuu!!" Ayat2 cinta bengang Fana ketika mengetahui tema color utk Besday Mr Ray, padahal kami mmg amik tema utk dia pun. Hahaha

Pilih punya pilih, kami sebulat perut memutuskan utk adakan di Restoran Nelayan Titiwangsa sbb memula bajet hadirin hadirat lebih kurang 15 org tetapi ada kehadiran yg sudah dikansel di minit terakhir.

The Menu

Oh nyanyian hepi besday kami yg sangat merdu diiringi dengan muzik gamelan yg lemah gelamai~ (tu yg kat belakang budak2 tiup lilin tu) adoiiyaiiii~~~
Okey posing time~~ :P
nah hamekkk hadiah!
yey!!! saya teruja dpt henpon! ponnnn ponnnn!
nah fana, ini kau punye hadiah!
Nah amik kau punya hadiah pulak, adry!
Fana's present from her mama. Err hubby pls~i want it!
nyum nyum makan kek..irfan's feberet ok!
Greenday! (err beg sembilan barat pun kat situ..ihik)
hepi besday to Mr Ray, Adry, and Fana!


muahhhch! xoxo!

21.5.10

sembilan barat

Dua hari berturut2.
Encik Ray yg budiman nk reward isterinya sempena mother's day. A bit late. Tp org utara ckp "better late than nothing". hehe.
So malam kelmarin Encik Ray blanja aku dan irfan kat TGIF. Kejadian ngeri bg irfan kat situ, dia telah disuap oleh mamita nya fillet ikan yg dicelup mayonis pedas yg disangkakan cheese.. mmg ciss bedebah btol.. melalak 2minit sicomei itu sebelum sambung makan. Oh, actually kami dh try la mayo tu, tp igtkan ayam kami yg pedas, rupanya mayo tu yg pedas. hihi sori darling irfan~
Oh kasut irfan sudah tidak padan lg. adoi, setiap dua bulan kena tukar ke irfan oii~ so pegi je la beli kt Bata, sandal biase2 je. Just utk main2.


"lagak irfan ala2 bershopping..dgn baju dari nursery..haha"

Semalam, Encik Ray offer utk belikan sumthing utk aku. Aku melawak saja nk kasut Charles and Keith yg aku try last week. So lepas keje meluru lagi kami ke MidV, dah try, tak berkenan plak. Sebab mcm tak sedap plak bila jln. Maka bertukar ke pencarian handbag. Tapi perempuan mcm aku, agak cerewet memilih beg, mesti kena sesuai ngan tubuh badan jugak. Mcm2 kriteria. Haha.


Masuk kedai "Teka", "Hek Elleh", err Coachcoroch tak kose la mak nk masuk kan..haha..sampai dah fedap, maka terjumpa la di kedai Sembilan Barat. Ala, slalu glemer tang kasut dia..mcm charles n keith la jugak. Tp dh dia pun juai beg, dan aku berkenan, mak pedulik apa, mak pilih la yg itu..hihi even Encik Ray mcm memintak kepastian beberapa kali. Haha.

"Beg sembilan barat"


Thank you so much hubby! Amalkan slalu. yey!

19.5.10

golden rule!!

adalah lebih baik jika kita memberi daripada menerima.
adalah lebih baik jika perbuatan baik kita itu adalah ikhlas.
adalah lebih baik jika kita tidak mengharapkan ucapan terima kasih itu dari mereka.
kerana tak ramai org berterima kasih dan bersyukur kepada yg Maha Pemurah.
Tapi, Allah tetap tidak henti memberi..
Jadi, siapalah kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tiada terima kasih?

Golden rule.
What u give, u get back! Ala..Macam lagu kumpulan Scorpion sekitar tahun 98 dulu..

Tapi golden rules bukan utk kebaikan saja tapi untuk kejahatan juga.

Maka,
Janganlah menyebarkan fitnah yg berbelit2 tentang org.
Janganlah memburukkan tingkah laku atau pakaian org.
Janganlah dengki dengan apa yg orang lain ada.
Janganlah busuk hati dengan kebahagiaan org lain.
Janganlah tamak segala pusaka.

Dan sekarang, Allah dah mula tunjuk balasan kejahatan tu sikit demi sikit.


Peace to All,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...