20.4.12

tak update bersebab...

sebabnya saya isi masa lapang dengan menjadi penjual dessert separa bertauliah. Hehe sbb apa separa bertauliah? sbb menuntut ilmu blom sampai ke negeri China lg.. hehe..

Awal tahun aritu, sibuk ngan kelas belajar baking kek. Ye lah selama ni main redah je ikut resepi internet buat kek. Ade je yg tak kena. Jadi lepas dah tuntut ilmu, dah terel la nk buat kek ngan pelbagai teknik. ;)


Dah terel buat kek, mesti nk kena blajar deco kan. So ni tuntut ilmu buttercream dulu. Baru grad neh. Haa next month baru nk blajar fondant nok.. bleh la u ols order kek hantaran ke kek besday ke haper lepas neh.. #konfiden kan?

Tapi dalam byk2 order, yg ni jugak paling laku... Pavlova (dlm gmbr: single layer)

Tartlet pon saya pegi tuntut ilmu.. No.2 peberet order... mai la order.

Ha yg ni order lepas habeh tuntut ilmu buat kek, deco tu saya tibai je lukis. Ye lah tak masuk kelas deco lg time neh.

Okeh, yg ni first attempt buat homemade chocolate praline. Menjadi jugak. hihi

Yg ni pon 1st attempt buat kek lapis. Mmg menguji kesabaran. Tapi berbaloi2...sedappppppp!


Amacam? drooling sampai terguling? jom pakat2 LIKE Mangotouch Delight
dan ORDER SEKARANG!


Petit Chef,

7.3.12

Resepi Rahsia #28: call me polkadot!



Petang tadi terrrrajin sket, lepas kemas2 "workstation" saya, tgk botol2 pewarna tu mcm excited pulak nk buat apam polkadot. Dengan menggunakan kuasa dijari, maka jumpa laa resepi apam polkadot. Sebenarnya dah lama teringin nk try buat, cuma masa je takde. eceh. dok umah 24/7 pon ckp takde masa kannn..:p

Jom tgk resepi. Senang je.

Bahan2:
3 biji telur
220g gula
275g tepung
150ml susu segar
3tsp baking powder
1tsp ovalette
1tsp esen vanilla

Filling strawberry/blueberry

Cara membuatnya:
1) Putarkan semua bahan dengan mixer hingga sebati.

2) Kemudian bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg disukai.

3) Letak sikit adunan dlm cawan kertas yg di letak dlm acuan lompang/apam, kemudian masukkan filling sebelum ditutup semula dengan adunan apam sehingga 3/4 cawan.

4) Buatkan dot2 di atas permukaan.

5) Kukus selama 10-15minit. Siap!


sedap!



penat jugak buat benda ni..

6.3.12

I am 3 yo!

Alamak.. dah masuk bulan march baru nk upload story...dah basi kot. haha. Nevermind. At least mama tulis jugak so that my cute lil boy bleh baca bila besar nanti. (malu jugak kalo anak baca blog emo mama dia sebenarnya..hihi)

Well well.. last month..yeah february 15th. Tarikh sama.. takkan ubah2, adalah birthday anak teruna ku. Memandangkan mama dah "up" sket ilmu dlm membuat kek, jadi mama buat laa special cake utk Irfan. Since on that day, abah outstation, jadi mama buat cuppies dulu for 1st celebration. Dengan tiada kepakaran lg dlm bidang deco kek, namun hasil comot dibawah tetap mendapat pujian excited dari budak berusia 3 tahun itu. (dia kenal kartun "Pocoyo" tu kira satu pujian bahawa deco tu jadi la jugak kannnns! haha)



tgk muka sayang nak makan "Pocoyo" dia.

haa yg ni pulak second birthday cake, mama buat simple deco je. Cuma ada mata McQueen tu je. tak kisahlah, janji anak mak suke! haha

2nd celebration at TGIF.. malu je dia ngan waiter2 tgif yg tlg nyanyi birthday song.

haa yg ni kasi up sket celebration. with our relatives n close friends. Tak buat party besar2 pun kali ni.


Again, homemade pavlova as his birthday cake!

licin dh pinggan tu..

Happy!

Thanks for celebrating his birthday! @ Fullhouse.


tahun depan kek irfan insyaAllah lawa. haha

13.2.12

Kalau dah boleh bercakap..

Sapa lg kalau bukan anak teruna mama sorang tu. Hehe
Alhamdulilah dia dh boleh bercakap cumanya pelat sikit. Normal la tu kan budak baru nk bercakap. Sampaikan nk makan pon dh pandai demand...
"irfan nak makan ape?"
"afan nak asik (nasi), nak mee, nak fraisshh soshh (fries cicah sos), nak ashlet (coklat), ashemm (aiskrim)..."

Haaa hamek.. Tapi bila dh buat bukan nk makan sgt pon kecuali mee or fries..hadeh.

Kadang2 bagus jugak dia dok layan youtube tu sbb dia dh belajar byk jugak dr situ. Mcm abc, 123 till 20 even mcm kelakar je dia sebut eleven sampai twenty tu..haha. Kartun Pocoyo tu pon bagus jugak, byk ajar dia jugak. So bila mama repeat mcm yg Pocoyo buat, dia cepat ingat. Macam pocoyo tunjuk "this is an oven" so bila saya tunjuk, dia pon dah tau guna ayat tu. Cuma sebutannya jadi....
"dis dis avennnn" (oven mama laa tu)
"dis dis shushu" (ye, itu susu)
"maaa..dis dis watch!"

Tapi tetiba tadi dia buka freezer....
"Allahhhh ajimmm!..... ashemmmmm!.... Maaa nak ashemm?"
( read : astagfirullahalazim...aiskrim..maa nak aiskrim?)

Persoalannya kenapa kena istigfar? Haha


Lg 2 hari utk irfan besday,

9.2.12

DIY Playdoh

Permainan yg paling saya tak suka main dulu-dulu adalah plastesin atau nama komersialnya "playdoh". Sbb bau chemical dia tu yg buat saya tak tahan. Tapi bila dah ada anak ni, mestilah nk kena bagi pendedahan dengan playdoh ni. Memandangkan saya tak keje lagi, dan Irfan pon dok saja kat umah, maka saya kena lah create something utk dia belajar... Kira ala2 playskool lah. Eceh..

So, untuk mengelakkan bau chemical dan menjamin keselamatan anak bermain dgn plastesin ni, ayuh ikuti projek DIY playdoh saya!!!

Bahan2 :
1 cawan tepung
1/2 cawan garam
1 sudu besar cream of tartar
1 sudu besar minyak
1 cawan air
setitik pewarna (ikut suka lah nk color ape pun)

Satukan semua bahan kering dalam mangkuk.


Satukan air dan minyak di dalam periuk, panaskan sekejap. (bg warm je)


Kemudian tuangkan kedalam mangkuk berisi bahan kering tadi. kacau hingga terbentuk doh.

Doh yg terbentuk ketika masih suam ni akan sedekit melekat. Dont worry okeyy..


Boleh bahagikan kepada 3 bahagian dan buatkan lubang di tengah2 lalu masukkan setitis pewarna. Uli hingga sebati warnanya.

TADAAAAAA! dah siap dan dah boleh main!!!!!

Senangkan? Mcm ni mak pon excited nk main kan.. Tak perlu risau kalau anak tergigit playdoh ni pon sebab tiada bahan chemical langsung. Tapi janganlah saja2 pegi bagi dia telan pulak kan..hehehe.. Selamat Mencuba!!



puas hati,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...