12.1.11

Mango Jr.?

Oh Mangotouch sudah ada ahli baru. Bleh panggil Mango Junior, lebih ringkas jadi Mango Jr. Eceh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sapa dia???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ihik2

kamera pun dah separuh badan dia dah..ada hati kunun..haha


mana tumpahnya kuah kalau bukan ke lantai nasi?

9.1.11

Late 20's


Happy 29th Birthday to me!



My wishlist cum to-do-list for 2011
1) make more money with my lil business
2) improve baking skill
3) try to achieve incomplete mission 2010
4) InsyaAllah, will be going to the country of Sunrise!




beauty remains (^V* )

7.1.11

Double Birthday

Kepulangan saya dan famili comel ke Penang di ambang tahun 2011 disepraiskan dengan sebuah private party. Wah bunyi nak best saja kan. Tapi memang best pun dan mmg private pun sebab mamita dan SIL book VIP room dekat Restoran Pen Mutiara tu, jadi bebas lah 3 makhluk comel berlari kesana kemari sesuka hati.


Ok jom bercerita melalui bukti pergambaran. What?! pictures again and again??? Hoho Layan je la entry tipikal akhir tahun dan awal tahun yg semak dengan gambar tak habis2. Next week InsyaAllah ada lagi entry begini. hahahha.


At the Lobby Restoran Pen Mutiara

Sesekali abam OP (Incik Ray) amik gambar rasa mcm di majlis resepsi pulak.


Restoran nih terkenal dengan Kari Kepala Ikan. So menu wajib adalah hidangan utama kami.

Bilik santapan VIP ada karaoke, sebbaik sora macam *uhuk* artis *uhuk* takde lah tercekik..hahaha
Sepraisssss! hehe padahal dah tau event ni..tapi cuppy lazat nih mmg seprais dari SIL.

Besday boi kena tiup dulu sbb besday on 4 January.. Boi ke? Yg ke 30 kot..haha



Giliran besday girl pulak untuk 9 January. Tapi si demok tepi tu yg tiup dulu..ciskek!

sebijik nih milik mutlak ;)

strawbery chocolate moist cuppy


"pawan" = nama sebenar farhan

Mamita saya


3 sepupu, next week InsyaAllah jadi 4 org pulak. Tu yg makan cuppy tu, buat onar tuang kicap atas cuppy dan makan. Haihh sbb tu la kena amik bilik asing dari org. :P




** terpikir macam mana mak saya jaga saya dan abang yg beza umur cukup2 setahun?


Suka kek,

6.1.11

gigi manja

Dah dua hari sakit kat bahagian dalam pipi, menjalar ke dinding gusi dan anak tekak. Ku pikirkan tonsil, tapi tadi turun jumpa doktor kat in-house clinic, katanya gigi bongsu nak tumbuh. Ni haa kat seblah kiri..bawah ni..aa aa.. oh ok mesti la tak nampak kan..imagine sudah. :p

Uhm.
dan uhmmm lagi skali.
Terus gugel info, katanya, pertumbuhan gigi geraham ketiga atau bongsu adalah antara umur 17-25 tahun. Tapi ada info cakap 17 tahun ke atas. So, pada umur saya yg lagi beberapa hari akan dikategorikan sebagai hotmama late 20s ni, adakah pertumbuhan ini sgt lembab? atau usia dalaman saya yg masih muda? Ngeee~ ok tak perlu jawab. Hehe


So sebab dah gugel, terjumpa plak risiko si gigi bongsu ni. Dah la lambat tumbuh, byk hal pulak kan. Gigi bongsu nih berisiko untuk tumbuh secara tidak normal, terutamanya pada rahang bawah kerana mungkin tidak cukup ruang. Maka ia boleh tumbuh dengan gaya bebas kuak lentang mahupun kupu-kupu. T__T

Kesan tragisnya:
Pastilah merasa sakit pada gusi, bengkak, nafas berbau, karies pada gigi jiran dan susah nk buka mulut apatah lagi nak makan. Jadi orang sekeliling patut peka dan tidak membuat lawak bangang atau kemurkaan pada pesakit bagi mengelakkan terkena tinju bertubi2.


Apa nak buat?
Kalau gigi bongsu itu tumbuh elok dan tak ada apa-apa masalah, tak perlulah cabut. Tapi, kalau sakit dan bengkak berlarutan, baiklah berjumpa doktor gigi anda, dan pasti mereka akan cadangkan untuk dicabut saja.



Maka dengan itu, saya perlu berjumpa dentist untuk melihat pertumbuhan gigi manja saya ini normal ataupun tidak. Anda juga perlu (jika belum tumbuh)!




sakit!

5.1.11

PART 3 :: Merlion Park, Singapore

23 Disember 2010, Khamis



Ok kembali pada sambungan episod terakhir cuti2 asia tenggara sempena akhir tahun 2010. Tiga hari adalah tidak cukup kami menikmati keunikan di Singapore. Ye lah, USS saja sudah seharian kan. Banyak lg tmpt wajib kunjung yg kami tak sempat nak pegi especially kat Sentosa Island tu. Ramai jugak yang suruh saya pergi jugak Zoo Singapore, katanya sgt interesting. Pastilah membuat saya sgt teringin nak pegi tgk apa yang menarik sgt kan, tapi apakan daya, masa sgt jeles ngan i~~!


So hari terakhir, lepas check out, kami naik teksi dan terus menuju ke simbol wajib Singapore, Merlion Park. Dah semua org kalau pegi sana mesti ada gambar ni kan. Jadi adalah mustahil kalau kami yang camwhore nih ketinggalan tempat macam ni kan.

++ ewah, pandai posing lompat skrg..:P ++
++ oh si comel geram-geram sayang ++
++ orang penting dalam kehidupan ++
++ hiyaaaaa...err takde la berat sgt..*cough*++
++ nakk jugakkk..;p++
++ Skypark Singapore, kalau nak amik gambar full ni, dok kat Merlion saja ++
++ Merlion Park ++
++ Lunch kat Bugis Street dan kalau nak beli souvenier dari Singapore kat bangunan merah belakang tu ++
++ First Coach ++



Perjalanan balik tak lah membosankan sebab bleh layan movie dua tiga round. Tapi mcm gambar di atas lah, Irfan lah yg bolot. Tangan yang tekan sana sini akhirnya benda tu pun hang. Lalala, terus tutup dan dok diam2. Tido sampai lah ke KL.


Percutian akhir tahun yang sangat enjoy, mmg rasa nak pegi lagi. InsyaAllah. That was my first time to Singapore and yes, it's unique and awesome. Saya sangat suka dengan sistem pengangkutan awam mereka yg sgt teratur dan pantas lagi murah. Cuma ralatnya, saya tak sempat nak jumpa medan selera yg org dok makan sup ekoq yg kaler merah (katanya di Arab Street) dan jugak tak sempat nak makan Murtabak Singapore. Oh, rasanya kena ulang 2 kali atau duduk 4-5 hari terus. Baru puas tawaf kot. See you again, Singapore!




fresh in my mind,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...