Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

29.11.11

Hijrah

Salam Maal Hijrah 1433.

Dalam diri ini berdoa akan permulaan yg baik untuk tahun baru, namun Allah SWT itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana membekalkan aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaan yg besar ini. Sesungguhnya aku percaya ada hikmah disebalik dugaan yg Kau berikan ini. InsyaAllah.


p/s: korang kalau ada any vacancy let me know. ;)

pray for better opportunities in future. Amin.

9.9.11

Open house takde, open cubicle pun boleyy!

Nak buat open house tak sempat.
Nak harap company ni buat, mmg tinggal harapan lah.
Nak sepakat ramai2 dalam department mcm leceh.
Last2 sambil menyanyi lagu "kita semua sepakat..di kampung hai penin lalat.." aku dan lunchmates buat sesama kami saja. haha


Maka dua hari sebelum, kami bahagikan tugas masing2. Ala2 potluck raya lah. Aku mengambil tugas berani mati dengan memasak rendang ayam. Baru penah buat sekali last year, dah berani nk jamu kawan2 thn ni. Harap2 dorang tak kena cirit birit lah. Amin.. Aku ade buat triffle jugak. Tp boleh pulak aku lupa nak bawa. Elok la jugak tinggal, sebab tak brapa menjadi. Kesilapan teknikal. :p



Anggota lunchie ada 5 org kesemuanya.

aku - buat rendang
yana - buat kuah lontong, nasi impit pun dia amik tugas dgn ikhlas dihari raya, dan tambahan tiba2, kuah kacang.
jue - menyerah tugas masak nasi impit kepada ahli no2 tadi. Jadi dia bawa air dan puding.
mus - ditugaskan membawa sambal ikan bilis utk makan bersama lontong, tp dia buat seprais jugak dgn membuat pulut kuning 5 pagi. haha tahniah bonda!
atika
- membawa kuih raya. anak kecil kami bg excuse..haha


juadah kami


Dah habis kami berpotluck. Kami buat open cubicle utk semua staff department kami. Jamu kuih raya lah. Kalau nk jamu lontong, kena bawa periuk besau...haha


kuih raya 1st tu, mcm biasa tgk kan. kek lapis sarawak pesan dari kawan. kuih2 lain, org lain punya.



Haa best jugak makan2 gini. Lain raya bleh buat lagi..

dari kiri yana, jue, atika, mus dan wanita anggun...hahaha pulun kami pakai baju raya kedua masing2.



badan dah tebal mcm kamus dewan. >.<

12.11.10

pegi bali n superbowl

Heh, semalam seperti biasa, mendapat emel kejutan dari cik seketeri. Macam biasa, sejak lepas branak, saya tak join sgt, sbb time tu Irfan BF lagi malam2 b4 tido. Skrg dah tak BF dh. Dah stop dah. Maka semalam dah jadi luar biasa sket, sbb dah bleh join balik, Incik Ray dah bg green light, jadi buat apa di tunggu lagi utk makan2 free begini. haha Dan macam biasa jugak, mesti ada acara wajib lagi hebat, sbb semua org akan menunjukkan gaya shalin zulkifli versi masing2.

14.8.09

cik S

cik S oh cik S..
mengapakah cik S begini sejak seminggu ni..merajukkah cik S?
uhm uhm..susah hati aku sbb cik S seakan mogok..satu keje pun takleh nk buat kerna cik S membuat perangai yg membencikan seperti kotoran degil yg melekat pada baju..(T_T)
cik S yg dulunya sgt hebat beraksi kini sudah berubah..
adakah cik S mahu aku nyanyikan lagu stacy yg baru itu?

"kenapa bah kau berubah, kenapa bah?" (erkkk tidakkk..apakah ini??)

yg si encik S tu plak tak reti2 nk ke premis ini utk tgk apa sudah jadi. seakan2 hari berkerja bg dia cuma separuh hari seminggu..huhu sadis skali punya encik S sebegitu..huhu
uhm kini sudah jumaat, lg 2 jam nk balik, cik S still buat perangai.. menunggu seseorang yg akan memujuknya hari isnin depan..ohw tidaakkkk..
Mudah2an cik S yg serabut kembali kepangkal jalan..huhuhu...
kasihani lah kami yg nk buat keje tak boleh ini wahai cik SERVER ku sayang~~

12.8.09

perkara-perkara

perkara 1 :: gula
herm kalo cikgu di sarawak nun ketandusan air dh dekat 2 weeks, aku kat semenanjung (eh besar sgt location tu) , damansara ni, ketandusan kemanisan..gula mcm kena catu. Last wiken pegi Giant, sambil2 cari barang dapur yg len, tgk part gula, mmg licin, ada sebungkus je lg... tp aku dok rasa ada lg gula dlm balang kat umah nun. Balik2 tgk takde dah. Esok tu suh la BIL pi beli gula kat kedai, balik2 dia bawa balik gula kiub je sbb semua kedai dh abis gula. Huh! mana pegi semua gula? tak cukup ke ladang tebu kat chuping tu kluarkan gula? huhu aku buat assumption sendiri, "oh nk raya ni, patut la makhluk2 k*ji ni sembunyikan gula..nk bg harga gula naik la tu.." kalo btol la, mmg s*tan dorang ni... so semlm, aku pi round kedai area2 nursery encik baby, alhamdulillah, jumpa la jugak gula kat satu kedai ni. ada la dlm 6 paket lg, aku pun sambar la 2, buat stock. (T_T)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

perkara 2 :: mask
semlm time aku nk jejak kaki bersaiz 4-5 ni kat pintu masuk kilang, dok tgk la pak gad ngan one of HR diva bertocang tu dok pakai mask sambil2 check2 org kluar masuk. oh rupa2nya check temperature. tp aku yg parking kat luar (akibat ked*ngkian makhluk VPT terhadap kami yg corporate-tak bg parking dekat2 pintu opis) jln masuk buat dek je..takde plak dorang nk check. ha tak takut ke kalo aku or org2 len yg parking kat luar tu ada H1N1?? (nauzubillah..minta simpang la..) ape la.. nak check, check la semua org.. tu budak2 endon operator tu tade plak nk check sorang..isk isk.. tah haper2.. camtu ke yg dikatakan cara pengcegahan?
takat suh org amik mask kat receptionist..and pakai mask mcm robotcop tu..tp kalo org yg bawa virus ada dlm premis ni, tak guna gak..how about permukaan yg terdedah..tapak tangan semua.. (patutkah bg glove?) isk isk.. tp sesungguhnya, sgtlah tidak selesa memakai mask itu.. (dh putus pun getah sangkut mask aku tu..hehehe) mudah2an cepatlah wabak ni berambus dari muka bumi ni..huhu..amin!


++ syhhh diam2..nanti h1n1 datang ++

-------------------------------------------------------------------------------------------------
perkara 3 :: sakit
semlm, penyakit 'kegemaran' encik hubby kembali lg..kenapa dtg lagi seperti TORA? sila rujuk pada hubby sendiri. sebbaik encik hubby tidak mengalami demam skali..kalo tak mau kena kuarantin..dah la sudah sakit, buatnye kena virus babi H1N1 plak..bertambah truk la nanti. Alhamdulillah cuma sakit popular dia tu je..huhu
uhm, dok sakit2 takmo pi klinik lg, last2 baru mau pegi, jam dah pukul 11pm, terpaksa suh encik adik ipar merangkap adik kandung encik hubby pegi hantar ke klinik dgn berbekalkan rm50 dan kad medical yg saya buat utk spouse dulu.(actually dh takleh guna sbb dh tukar company..tp gagah jugak nk try). So mereka pun pegi la clinic kegemaran itu, sbb sana sudah ada record + doktor pun sgt bagus skali! agak lama tak balik lg, sy call encik adik ipar, dan seperti biase, encik hubby sudah tido di sana sbb terkena suntikan padu maut ubat dia tu. dan encik adik ipar ckp, kena charge RM95 sbb card dh inactive + kena bayar lg RM80, sbb last visit kami, guna medical card tu ygmana sebenarnya sudah inactive. silap pegi klinik tu lg..tak psl2 kena detect..hahaha..tp encik doktor baik hati, cuma suh bayar RM95 saja. TAPI, bukankah saya cuma bekalkan RM50 saja tadi? makanya encik adik ipar terpaksa balik dan mengambil duit dr saya kerana ATM terdekat pun sudah takleh withdraw kerna jam sudah pukul 12AM..
dekat2 pukul 1 baru mereka pulang, dan semua tido...zzzzzzzzzzz...
aku bgn mcm biase, tp tgk encik pesakit mcm sakit lg, so decide nk amik leave yg tinggal brapa hari je tu + hujan plak turun, (bestnye tidoo..)
pukul 830am, slamber hubby bangun, dan dia mau pegi photoshoot kat bogar ke bogor ke bong*k tah..ERK!!! isk isk sabar je la..(T_T) lalu sy pun mengambil keputusan, baik pegi keje even lambat tp cuti ku ttp ada.(utk raya lah ni) !
-------------------------------------------------------------------------------------------------

perkara 4 :: ganti

ganti puasa! arini aku ganti puasa yg ke2. ada lg sehari..fuh, ni gara2 thn lepas aku preggy, terpaksa tinggal atas sbb2 kerisauan yg berlaku kala itu. (ini bukan alasan tau..hehehe)memandangkan aku ada terbaca artikel pasal puasa semlm, so aku pun tekad nk abiskan ganti posa by this week jugak..chaiyok2!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasullulah s.a.w telah
bersabda:

"Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadhan
melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia
berpuasa."

sekian perkara2 utk hari ini dan semalam..huhu

7.7.09

JulaJuli

Jula juli julai..is coming~!!!!

perghhh skali tgk calendar..sudah bulan julai.. cepat btol thn ni berlalu..dh habis half year pun! erm ape yg aku dh buat sepanjang half year nih? ermm, a ah laa.. aku cuti berpantang 2 bulan.. 2 bulan berlalu mcm cepat je.. that's y tak terasa buat apa sgt tu.. ahha, irfan pun dah 4 bulan 3 minggu.. next week dah 5 bulan..
Alhamdulillah..badan irfan pun dah sedap dh pegang..dia pun dh pandai meniarap cuma rajin ngan tak je dia nk meniarap tu..hahaha.. dia lebih byk membuat percubaan utk bangun sendiri terus.. mula la angkat kepala dan bahu dia..isk isk..tak sabar nk berdiri sendiri kot..kalo pegang dia pun dh mula melompat2..kata org budak zaman skrg, mmg cepat matang pun.. ye la kot~

ttg aku, hmm finally, ura2 department aku berpindah ke bukit raja menjadi kenyataan...huhu tak best sebenarnye. First, sbb bertambah lah kilometer aku ke tmpt keje..bertambah juga tol nye..
Second, nk hantar n amik irfan akt nursery pun kena kluar masuk tol pulak (sbb nursery kat opis lama).. erm nk tukar baru..mcm tak best je area ni..nk cari lain pun satu hal plak.. malas lah! Third, kena masuk awal!!!! arghh kul 8 dh masuk opis.. dh la jauh..kena masuk awal.. parking pun jauh nak mampos..ape hal? huhu..dah laa after 8.30 dh kena cut gaji..tah haper2..mcm operator plak..huhu apekan daya...keje jadi kuli macam ni lah..sabar je lah!

Aha, ttg mangotouch.. kami ada buka booth kat Pameran Kerja Kawin 09, kat Kompleks Kraf, Jln Conlay.. ala yg ada iklan kat TV tu.. ha sape2 nk kawin bleh la jenguk2.. 10 hari tau..4 july-13 july...arini pelancarannye!

Adeh, aku blogging ni sbb rasa ngantuk teramat lah sgt.. maklum laa.skrg dh kena bangun awal utk pegi keje.. huhu..bila la nk terbiasa ni..huhu..bila ngantuk, aku akan makan dan makan dan makan.. bleh gemuk lah nampak gayanye.. erm..tetiba terasa nk makan durian plak..my feveret ever...huhu..tak sempat telan yg abg aku bawa dr penang semlm.. kalo lebih, nk buat cucur durian la ptg ni.. ermm yummiey! aaaa nk balikkk...tp baru pukul 10.46pg..ohhhhhhhww....(*.* )

6.2.09

tutup dan penutupan

Salam...

tik tik tik..
tak benti je hujan tetiap petang.. asal nk balik keje je hujan.. tp mana bleh merungut.. hujan itu kan rahmat dari Allah swt. Tp nape bila hujan slalu suasana jadi mcm mandommmm je... tu yg tak best tu... dh laa keadaan ekonomi pun mandom gak.. huhu..

ckp pasal ekonomi..of coz aku tak reti sgt pun, sbb tak minat bab2 ekonomi. Tp tak reti mcm mana pun bab ekonomi ni, tak kire laa anda siapa, baby baru lahir ke, budak pmr yg dpt 3A 2B 2C 1D ke, ahli sumo ke, pakar bedah ke.. semua akan kena impact dari kejatuhan ekonomi..huhuhu cumanye, anda sedar atau tidak je laa.. kalo baby baru lahir ape dia tahu kan.. hmm kilang tmpt aku keje ni start dr December 2008, asal boleh nk shutdown.. drag drag sampai ke february 2009, keje seminggu jadi 4 hari.. kalo shutdown tu bg free takpe gak.. ini kena potong annual leave.. kalo sape takde annual leave dh kena paksa amik unpaid leave.. isk isk...

tapi, aku still bernasib baik, sbb department aku bukan under this sector.. so kire agak kurang impactnya lah.. kami still kena dtg gak time shutdown..so dtg je laa.. dari nk kena amik cuti buta2 kan?

Then, arini ade meeting.. u know what, rumors yg mengatakan kilang ni will be closed is 99% , YES!!!! Huh! Gila! Mmg unsangkarable lah!!! huhu but as i said before, alhamdulillah department aku ni tak effect, so kami kena pindah location je laa.. uhm uhmm tp malang sket sbb time dorang ni nk pindah, aku tgh pantang...haiii leceh nye..lantak lah..nanti je laa aku terpinga2 cari opis baru ni..huhu..

Ermmm bila dah jadi mcm nih, ade gak dpt surat utk pegi exam PTD, but guess what? it will be held on 21.2.09 ! But what's problem wif the date? Imagine, mcmmana aku nk pegi amik exam tu kalo aku punya due date nk beranak tu 19.2.09??? ohhhoooo.... my mom yg obses nk suh aku pegi amik gak exam tu, mmg dok pk2 la cmne cara nk suh aku pegi jugak.. but we'll see later...hahaha....

pape pun, aku rasa aku kena start looking for secure job...tak kisah laa masuk gomen ke separa gomen ke.. kena standby, silap2 department aku skrg tu pun nk tutup.. tak ke naya aku???

Hmm kesian pada org2 yg effected..dh laa aku tgk ramai plak yg dok pregnant mcm aku ni..kesian, camne dorang nk survive kalo takde keje, claim maternity semua confirm dh takde..apekan daya.. aku bukan tokey kilang yg bleh offer dorang keje baru.. so aku hanya bleh berdoa agar dorang tu dpt keje lebih baik lagi secepat mungkin..amin!

So bg kita yg masih mampu bernafas dgn senang dlm udara yg sama ngan org2 retrenchment mahupun org2 palestin.. beringat2lah slalu yang langit tak slalunya cerah sbb tu hujan tetiap petang! :)

10.6.08

tinggal dan meninggalkan

bulan dan matahari silih berganti..calendar jun 2008 bertukar hari..akhirnye hari yg dihitung tiba..10 jun 2008 adalah hari terakhir aku di tmpt bermulanya rezeki pertama yg ku cari slama ni.. erk mcm citer novel plak.. ha.. last day! last day! tatau nk rasa ape.. gembira?? sedih?? serba salah?? tp mostly org tgk aku hepi nk blah.. wah.. ye ke.. teroverkan diriku.. ala.. bukan ada masalah pun nk pindah..buatpe aku nk sedih lebih2.. cuma tak best je laa.. tinggalkan kawan2 ku itu.. tinggalkan tmpt rewang2..tmpt makan..huhu..hah sebut pasal tmpt makan.. mmg sepanjang minggu lepas ( minggu2 terakhir lah katakan)..mmg aku bz dengan makan free ajer.. erk~alhamdulillah...bermula ngan farewell kat kari kepala ikan.. pastu member sambut besday plak kat restoran tomyam...ulalala~~pastu member lain plak blanje kapitan..yummyyyy i love beriani kapitann...huhu sedapppnyerrrr~~~rindu lah plak nk pekena beriani tu.. mmg aku dah kena mandrem kapitan tu lah.. takbleh lupa punya.. aku sure kalo korang try pun..sure termimpi2..kaw2 punya..hahhaha~
herm dah nama pun last day.. keje aku bergambar sana sini la.. hehe.. bukan ada keje pun nk buat..
keje kat sini mmg sonook.. bos pun ok.. sporting abis.. janji keje jalan.. ada masa terluang pegi shopping..hihi..
camne lah keje baru aku nanti..haha..tak kisah lah.. janji gaji aku masuk dah..:p
papepun..byk kenangan time kat elomoto nih.. byk gak yg tinggal dan meninggalkan...termasuklah aku..huhu..
so, utk semua 'klik' tu thank you so much..for ur help n guidance.. utk bos yg hired diri yg fresh ini sampai ada experiences..hope our path will cross again in the future... gonna miss u all~~! Gudbye Motorolan~!

28.5.08

menghitung hari..

Menghitung Hari.... hah tajuk nih macam lagu Kris Dayanti pun ada.. tp harini aku takde la nk cerita pasal Kris Dayanti... sbb ini blog aku.. bukan blog Kris Dayanti.. hehehe..
kenapa aku menghitung hari? hari utk ape? slalu org yg menghitung hari ni bila nk kawin la bertunang laa.. tapi aku dah settle dah semua tu.. hitung hari utk baby??? opssstttt... blom ada rezeki lagi laa.. hahaha.. kalo korang tak sabar sgt nk tgk aku ada baby.. sediakan hadiah baikkkkk punya kat baby aku nanti..hahhahaha...
Actually harini aku dah dpt surat resign dari HR.. huhu aku dah tender resign 3 weeks ago.. sbb dah dpt keje kat KL...ihikk.. sudah tidak berjauhan dgn pujangga hati... alhamdulillah... cuma sedih la nk tinggal keje kat sini.. uhm uhm.. takpe lah takmo la citer lagi pasal benda tu.. sbb harini bukan last day aku lagi.. aku cuma menghitung hari je.. ada la lagi seminggu..
Hari ni.. ape yg menarik.. oh kluar sket topik kisah chenta ku dan hubby.. harini time lunch, tetiba je Kak Shila buat seprais2 datang penang from singapore.. rupa2nya utk farewell our manager.. ex manager dia gak.. hehe.. bagus btol la.. best lagi dpt souvenir dari s'pore.. Thanks, Kak Shila... dgr citer2 shopping kat Singapore, rasa teringin sgt nk pi sana... nk shopping la ape lagi.. nak plak skrg asyik tgk kat TV jer iklan2 pulau singa tu.. harap2 org2 sana tak garang mcm singa, mcm org egypt..hehe.. org egypt jgn marah noo.. (ceh macam ada je org egypt nk baca blog aku..ahaks!) Oh memandangkan aku dah terblogging dlm nih.. ape lagi hubby ku sayang~bawalah dakuuu pergiiii~~~Singapore!!! Buat la seprais ticket utk hari bapa ke..erk ape kaitan hari bapa utk aku plak.. lantak la.. janji daku nk pegi jugakkkk!! lalalalala...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...