Showing posts with label ceritera dolu2. Show all posts
Showing posts with label ceritera dolu2. Show all posts

21.10.10

ikan gelama mak ilai-ilai

ikan kekek mak iloi-iloi
ikan gelama mak ilai-ilai
sungguh cantik adikku amboi
tapi ketawa mengilai-ngilai

Pernah nyanyi tak lagu nih? Dolu-dolu, siap masuk pertandingan menari lagu ikan kekek. Kekekekeke. Ade lagi la lagu2 kanak2 yg aku masuk menari. ihik2. Oh saya mmg aktif dlm muzik dolu-dolu. Tapi saya bukan nk citer pasal tu. Plis plis tengok tajuk asal balik. Ah-ha saya nk citer pasal cik ikan gelama mak ilai-ilai..perlu ke sebut mak ilai-ilai tak henti-henti? Ya, sgt perlu! hiihi

2.9.10

ceritera dolu2 #004 :: Sejuk Melegakan Tekak

Dolu-dolu, aku adik bradik sepupu sepapat slalu jenguk jiran belakang umah tok aku. Terpekik2 kami panggil nama dia...
"Tok Yam.....o0ooo Tok Yam"
Nasib baik kami blom mengenal tomyam zaman itu, maka kami tidaklah menunjukkan kenaifan kami dengan mengejek Tokyam dgn nama Tomyam..Hehe.

Sebaik saja Tok Yam buka pintu, dia dh senyum.
"Ha...nak perisa apa? Asamko, milo, bandung, cendol?"

Haa..dah dpt teka apa Tok Yam jual? Yaaaa.. katakan Ya dengan yakult tepat skali, ia adalah Aiskrem Malaysia!
Ngeee~ Dolu2, harga dia sekupang saja. Orang Key-El sebut seposen lah. Tapi market sekarang aku pun tatau brapa harga seketul eskrem. Ada lagi ke org juai? Di kampung2 mungkin ada lg kot.

Memandangkan aku rindu pada nostalgia tu, maka aku pun buat la berketul2 di rumah..sampai habis plastik dia nanti, benti la kot..hahaha.. mmg layannnzzz!



i'm loving it,

19.8.10

ceritera dolu2 #003 :: Permainan Bulan Puasa

Dolu-dolu, setiap kali menjelang bulan Ramadhan, aku, incik abang, dan cik sepupu slalu sangap tatau nak main apa sementera tunggu nak minum air sirap selasih bila azan Maghrib berkumandang. Jadi antara permainan mutlak kami di bulan puasa adalah seperti berikut :-

Perhatian : Gambar2 cantek ini adalah hasil gugel. Peace no war! ;)

#1 :: Main batu seremban
Kala ini habis batu2 longgokan depan umah tok aku untuk menutup lopak telah kami sepahkan demi mencari 7 biji dragon balls batu yang sesuai untuk dipermainkan. Semestinya mencari batu yang berpontensi untuk menjadi bulat bila lama2 main. Hey, orang akan kagum kalau kau punya batu yang bulat2 okay! Kira prooo wa cakap lu! Main mesti ada target, sapa sampai markah seratus dulu, dia menang. Dan semestinya aku adalah BUKAN PEMENANG sbb jemari mulus aku jarang lah nk buleh pakok semua batu tu. Kalau batu kecik boleh lah dapat markah 14 skali pakok. :p (pakok= membuat lipatan batu masuk genggaman..aishh payah lah nk terang.tau kot.)

#2 :: Main tudung botol
Haa..penah main tak? Main tudung botol ni pakai 5 keping tudung botol je. Sama seperti batu seremban, abang aku lah sang juara. Bencik! bencik! Kami akan berkunjung ke Kedai Runcit Din satu2nya dalam kampung tok aku tu, untuk membeli air menet (air berkabonat buatan malaysia) semata2 nak dapatkan tudung botol. Mesti hanya tiga saja tudungnya sbb kami beli sorang satu. Maka kami akan cari lagi 2 keping hasil belian org lain, itu pun kalau pakcik Din tak sapu sampah lg. hihi. Perhatian :: Kami beli air menet untuk buka puasa. Sebab kami mmg sentiasa patuhi perintah Allah SWT.

#3 :: Main congkak
Yeah, antara permainan lain di bulan puasa samada di rumah atau sekolah adalah congkak. Takde congkak kayu tu, kami korek congkak tanah. Kreatif, inovatif, teknokrat cemerlang kan kami? Malangnya, untuk game ini, abang aku juga sang juara. Aku syak yang ni dia main tipu, purak2 ada baki guli dalam tangan, so mestilah takkan mati2. Cisskek!

#4 :: Main Dam
Dam...Damn...aku mmg tak suka main dam, sbb aku tak reti main. Haha. Pasti kalah mutlak. Sapa2 nak kalahkan aku dgn senang, sila ajak main dam. Sekian.(-_-")

#5 :: Main Catur
Hey, tak reti main dam, tidak bermakna aku tak reti main catur okayyh. Kamonn..ini kalau aku kalahkan abang aku, mmg dia takkan puas ati sampai dia menang balik. Jadi ini saja lah permainan yang aku pernah MENANG dengan abg aku. Kahkahkah


Ya itu saja permainan aku adek bradik mengikut ranking selera kami di bulan puasa. Anda bagaimana???




Rindu zaman itu,

19.3.10

ceritera dolu2 #002 : Dari kaca TV Toshiba

Masa Era tumbesaran aku di sekolah rendah, umah aku pakai TV cap toshiba, ada kaler ok. TV tu seblah kiri adalah skrin, kat seblah kanan adalah terletaknya punat2 bernombor 1234567890 dan juga punat yg boleh discroll ke kiri dan kanan utk ejas kekuatan lontaran suara kotak elektrik itu. Acara menonton TV mmg termasuk dalam duti harian aku. Wajib OK. Biasanya sebelom aku kluar bermain. Antara citer2 yang berjaya lekat dlm ingatan aku dan kerabat2 yg sebaya aku adalah seperti berikut.

1) Moero Attack.
Kisah sekumpulan gegirl yg bermain bola tampar. Nama heroin yg menjadi idola aku dan anak2 gadis lain adalah Cun. Cun ada 2 kawan, Capten dan Yoghia, tp last2 Yoghia mati. Skill dorang yg menjadi ingatan hingga kini adalah seperti Summersault berpusing, Tamparan berpusing, dan lain2.
Aku, abg aku dan sepupu aku yg mengaji Muqaddam di rumah Che Om, jiran nenek aku, sanggup suh Che Om ajar cepat2 pastu dgn muka tak malu suruh Che Om switch on TV umah dia lepas kami dh selesai baca Muqaddam. Che Om pun excited la jugak nk tgk citer apakah yg membuat kami bertiga pulun sgt. Bila crita bermula..Tetiba Che Om bersuara,

'hah crita pompuan pakai sependa pun hangpa nak tengok? Tak senonoh btoi'

Erk!
Tp kami tidak peduli. Yang penting setelah habis citer itu, kami akan ambil surat khabar lalu dibasahkan sedikit, dikepal2 dan dimasukkan dalam plastik lalu diikat2 sampai jadi sebiji bola tampar..dan bermula laa Tamparan berpusing!!!! Haha..dgn muka budak2 yg tak malu, kami pi main kat laman umah adik ipar Che Om, Wan En. Ibarat seperti umah tok aku tadak laman saja.

Oh jgn tatau, aku dan rakan skolah ada lagu versi melayu moero attack ni!

Cun jaguh bola tampar,
Kumpulan Baitushi, << btoi tak nama kumpulan cun tu?
Menjadi murid Puan Moriko,

Cun, Yoghia, Capten,
Tiga jaguh perjuangan ke Olimpik,
Sayang gugur seorang
Yoghia teman tersayang
Kini tinggal Cun sendiri
Jadi skuad duniaaaa!

hahahahha aku igt lagi rupanya!!! Sapa yg ingat melodi sila nyanyi!

*spenda = sluar dalam

2) The Miss Comet
Ha ni lagi satu citer jepun yg menjadi kegilaan aku dan adik bradik sepupu sepapat terdekat. Miss Comet ada kayu sakti berbintang. Hebat. Tabiat Miss Comet yg menjadi ikutan aku adalah berdiri terbalik - letakkan kepala dibawah dan kaki diatas. Apa pekdahnye pun aku tatau.

Habis crita, mcm biasa, aku, abg dan sepupu aku akan bermain sambil memegang watak yg diminati, sudah pasti watak aku The Miss Comet! hahaha

3) Suria Baja Hitam/ Suria Perkasa Hitam
Lagi crita jepun yg memonopoli ruangan citer2 petang untuk santapan budak2 dulu. Aku siap boleh main lagu penutup citer ni ngan pianica aku. Hebat tak aku? haha Apa ye nama hero tu. Aku cuma igt Belalang Tempur, sebuah motosikal bermuka belalang yg akan membawa SBH mengejar musuh. Saat klimaks citer nih adalah ketika dia bertukar menjadi SBH. Pk2 balik agak lembab nk bertukar pun.. kalo aku jadi penjahat. Mmg dh lama SBH tu mati. hehe Antara kekuatan yg dipercayai hebat oleh abang aku dan anak jiran2 aku adalah Tendangan Padu Maut! dan juga Tumbukan Padu Maut! Yeah sbb itu bila gadoh ngan abg aku, kami akan menggunakan kata2 hikmat ini dgn harapan lawan tewas. T_T

4) Gaban
Wakasauwakasau Gaban!
Gaban Z potong dua.
Kami suka tunggu part last Gaban nk potong raksasa saja.
Nak tgk dia nk potong brapa.
Tp by default encik Gaban hanya akan potong dua saja.. dan kami akan mengeluh borink.
Ada laa skali je kot Gaban potong 4. Aiseh!

Crita2 mak dan makcik2 aku dok layan seperti Oshin, Little Missy, Akantare, semua tu blom berjaya menerjah minda aku. Maybe itu kisah kehidupan. Sesuai utk mak2 mcm umur aku skrg. hehe.

Crita drama melayu seperti Hati Waja dan Spektra pun menjadi kegilaan dan pengaruh yg kuat.

okeh, cukup dulu sessi ceritera dolu2 peringkat darjah 1-darjah 5 sebelum aku terkantoi berblogging... jumpa di episod akan datang. Da~

yg suka amik watak utama,

10.3.10

ceritera dolu2 #001 : tinggi-tinggi kelapa bali

Dolu2, masa aku mula nk masuk alam chicas ni, aku slalu ukur tinggi aku. Tetiap hari aku tanda kat satu sudut dinding bilik aku. Berangan2 bila aku akan tinggi bak Erra fazira even aku tak minat lagi kat heroin filem sembilu yg tak vogue sgt ketika itu (tak macam sekarang..sudah jadi primadona) Hehe. Maka wujudlah beberapa kes pasal ketinggian ni.

KES 1
seorang kazen, Benjol (bukan nama sebenar) yg tinggi sgt berkata pada aku dlm loghat utara (sbb aku mmg org Kedah)..
" Adik (nama timangan aku), hg ni pendek, hg pi la skipping hari2 mcm kami."

"Ala dh hg tu laki. Mmg la laki bila dh besar akan jadi tinggi kecuali kalau terbantut" jawab aku

"Dak aih. Aku dulu pendek ja. Lepas skipping aku tinggi." kata sepupu tu.

"o0o" Malas aku nk layan. Tp aku balik beli tali skipping tu jugak. :p

KES 2
Si Fulan (bukan nama sebenar), adik sepupu, yg baru nk membesar, dan confirm tak brapa tinggi sgt dari aku disebabkan keturunan dan muda dari aku, dtg pada aku.

"eh hang ni awat?" tanya ku pelik bila dia cuba jengket2 tepi aku.

"oh sama tinggi.." kata dia.

"ceh, sama tinggi konon..tu yg hang terjengket2 tu pasaipa?" (grrrrrr...)

KES 3
"nak tinggi makan lah tauge" kata si Bedah.

"Eii aku benci tauge"

"ha takpun kacang panjang" kata Bedah lagi.

"Sbb kacang tu panjang, so kalo makan kita pun akan jadi panjang aa?"

Benarkah??

KES 4
sudah masuk form 3, aku pun rasa diri perlu bergaya seperti ayu gitu. Aku mmg mencari kasut2 high heel yg bleh nampak aku tinggi. Haha. Sekitar thn 90-an, kasut type wedges blom glemer dikalangan chicas, kebanyakan tebal2 utk org2 dewasa/tua.
Suatu hari aku keluar ke pekan bersama Maksu. Sudah lama berjalan. Maksu tgk kasut aku dan berkata,

"La kasut hg mcm kasut tok saja"

Dalam hati aku menyumpah "kuang jaq! mana tok ada kasut macam ni!!!"

. . . . .
Masih di ketinggian yg sama. Syukur. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...