29.1.15

My tiga tiga.

Naik angka lagi. ha ha ha.. ok entry yg dah basi sebenarnya. Tapi masih bulan hepibesday. hihi

Beruntung sebenarnya umur dah 33 tahun pon boleh sambut dengan mak abah skali. Alhamdulillah.. semoga Allah panjangkan umur mereka dan sentiasa berkati hidup mereka berdua...amin.

Sebenarnya setiap tahun sambut besday dengan budak comel ni. Anak sedara. Birthday berkembar, jimat kos orang yg belanja. hahaha.


Macam biasa lah setiap kali birthday saya mesti nak redeem semua yang free..tu untung jadi membership sana sini..haha. Yang tak free pon automatik jadi free sebab cinta hati kena belanjaaa. hahaha tq dear hubby for everything.

Dari bangun pagi dapat kad setebal buku.

Dah lupa beli kek, dia beli lagi cupcake comel esok pagi. alaa suwiittt sgt.. #muahciked


dan kenapa kekcomel mesti ade 2 padahal feberet ku cupcake comel tu. Ni keistimewaannya.. dia ni memang kalau beli benda yg ada 2 pilihan, dia akan beli dua2 sebab senang takyah pening nk pilih.. ha ha ha. Macam kalau suruh beli burger kosong biasa sahaja.. ada je kang dia nak up bg best jd burger special atau burger bakar hakikatnya daku suka yg biasa saja. Sungguh tak mendengar arahan demi memberi yang terbaik. haha cemana tu? #redha #syukur #terimakasih #grateful :D



okey masa ni mak kasi can kami dating.. so berpoyo-poyoan lah berdua. Posing kedai spek maknanya bagi hint nak sunglass baru lah kan bagi menggantikan omaiguci ku yang dah patah setahun tanpa sebarang bukti kukuh tu. huhu


Entah dimana silapnya kalau pakai sunglass mesti fefeling nak jadi retis. hahahahhaa #takkaitan #tapikorangponsamakan?



Happy birthday to ME!
Semoga impianku dan perjalanan hidup ku tahun ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah. InsyaAllah. Amin.


yg muda,




17.1.15

Apakah Bell's Palsy?



Pernah dengar Bell's Palsy? Saya pon baru pertama kali dengar bila kawan saya ada share pasal kes ni.

Bell's pasly ni adalah kerosakan saraf muka. Tanda-tandanya macam strok tapi sebenarnya berbeza. Bell's palsy bukan penyebab strok atau TIA (transient ischemic attack) tetapi strok dan TIA akan menyebabkan kelumpuhan wajah. Kes ni biasa berlaku secara tiba-tiba, biasa tengah malam dan selalunya akan beransur pulih dalam beberapa minggu.

Punca Bell's Palsy dikatakan daripada infection dan inflamasi.

Apakah simptom Bell's Palsy?
  • Simptom utama adalah kelumpuhan sebelah muka secara tiba-tiba dan terasa berat. Ia akan membuatkan anda susah untuk menutup mata pada bahagian yang terkena serangan ini.
  • Meleleh air liur
  • Masalah mata, mata kering atau air mata berlebihan
  • Kehilangan deria rasa
  • Sakit didalam atau dibelakang telinga
  • Kebas pada bahagian muka tersebut.
  • Sensitif terhadap bunyi.

Biasanya doktor akan melakukan rawatan steroid. Sebenarnya steroid ini penting dalam tubuh kita, dan badan kita juga menghasilkan natural steroid untuk meningkatkan pertahanan badan. Namun, mungkin steroid dalam tubuh kita tidak berapa stabil.

Apakah contoh natural steroid? 
  • estrogen
  • testosteron
  • cortisol
  • kolesterol
Badan yang kurang nutrisi mungkin akan mengakibatkan natural steroid yang tidak cukup untuk menjaga badan kita.



Jadi, jika kes begini berlaku, VIVIX adalah jawapan terbaik kerana ia merupakan antioksidan terbaik dunia yang mampu memperbahari sel2 DNA yang telah rosak.

Selain itu, terdapat jugak supplements lain yang boleh membantu anda untuk tingkatkan imunisasi badan bagi melawan jangkitan dan inflamasi.

Ia juga sesuai untuk masalah imunisasi lain seperti asthma, resdung , alergy, eczema, jerawat, sering batuk dan selsema dan masalah luka lambat sembuh


Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda. :)



Your SID,

Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @slimbeauty_bywirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

3.1.15

2015, I am ready!

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru. Sekejap sungguh rasa setahun tu berlalu kan?

Lagi terasa laa utk orang yg lahir bulan 1 ni..hahaha kasi up satu angka lagi :P

2014, saya tak banyak berjimba sangat. Lebih fokus kepada kerjaya. eceh... Fasa membentuk diri dan mencari potensi diri gitu~ jadi lebih kental, lebih kenyal, lebih teballll. wahhh.. macam baru balik seminar DAO pulak kan. haha

Tapi betul. Memang saya lalui fasa tu. So, untuk tahun 2015 bermulanya fasa GEMILANG! Yes, I am ready!!!!! InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan. :)

HAPPY NEW YEAR 2015!!! :)

Doakan saya,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...