7.12.14

Apple of my eye


Bukan kisah apple mac. :D

Tapi kisah kekasih hati ku yg comel ini. Dari dulu dia memang sangat protective. Menjaga barang2 sendiri dan barang2 mama dan abah. Sapa2 jangan cuba sentuh atau ambil tanpa kebenaran. hehe :)

Dan disebabkan byk sangat masa bersama, bonding jadi lebih kuat. Dia lebih caring terhadap kami. Pantang tersebut sakit sikit, dia dh mula risau, dia cari ubat, dia cuba redhakan sakit. Muka nak sebek, mata berkaca2 tapi dia tahan. :)

Harini abah demam teruk. Dia gelisah.
Abah tido luar bilik taknak berjangkit. Dia lagi gelisah.
Dia intip celah pintu.. lepas tu dtg kat mama..

"mama.. abah sakit..:("
"iye..dah jgn kacau abah"

dia pegi intip lg.

"mama..pegi la bg ubat kat abah...nanti dia lagi teruk :("
"abah dh makan ubat lah"

dia pegi tgk lg.
"mama dah bagi ubat ke?"

Nak tergelak pon ade tgk dia punya gelisah, last2 tertido. Esok bangun pagi abah dah pegi keje.

"mama mana abah??"
"abah p keje"
"eh kan abah sakit? dah baik ke?"

Nampak sgt tdo ni mesti mimpi abah jgk ni.

"irfan doa laa bg abah cepat baik. Irfan solat."


Haa terus pegi solat. Semua waktu kecuali subuh. Solat cara dia la, cuma ikut betul2 la rakaatnya. Sejuk perut mak, dia dh mula paham dengan siapa dia perlu minta pertolongan.


"Mama irfan dh solat, nanti abah tu baik lah.. nanti irfan kena solat lg"


Huuu aku yang berkaca.


Alhamdulillah,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...