27.10.14

OSTEMATRIX : Keperluan Kalsium Harian


Assalamualaikum.

Last week saya ada pegi kelas nutrisi Shaklee. Salah satu produk yg di bincangkan adalah OSTEMATRIX, pil kalsium yang melengkapkan kalsium harian anda!


PENTINGKAH KALSIUM?


Mestilah!!
Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh kita. 99% kalsium berada pada tulang dan gigi dan selebihnya berada di dalam darah dan sel-sel tubuh.

Jom tengok jadual keperluan kalsium mengikut usia secara purata.  

jadual keperluan kalsium

**IBU MENGANDUNG/MENYUSU perlukan 1200mg kalsium setiap hari!


Fungsi kalsium bagi tubuh, antara lain adalah:


  • Pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Kanak-kanak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka. Kekurangan kalsium dapat mengakibatkan pertumbuhan tulang anak tidak sempurna dan menderita penyakit rickets. Orang dewasa memerlukan kalsium untuk terus-menerus menguatkan sistem tulang dan giginya. Mineral di tulang dan gigi kita diganti 100% setiap tujuh tahun sekali.


  • Mencegah osteoporosis. Bila tidak mendapat cukup kalsium dari makanan, tubuh akan mengambilnya dari “bank kalsium” pada sendi tangan, kaki dan tulang panjang yang lain. Kekurangan pengambilan kalsium dalam jangka masa yang lama akan mengakibatkan tubuh mengambilnya dari tulang-tulang padat. Hal ini mengakibatkan tulang keropos dan mudah patah (osteoporosis). Bila seorang wanita dari umur 20 tahun setiap harinya mengamalkan kalsium 400 mg lebih rendah daripada yang diperlukan, pada umur 55 tahun tulang keropos adalah sebanyak 1/3.
osteoporosis

  • Penyimpanan glikogen. Kalsium berperanan dalam proses penyimpanan glikogen. Bila tidak ada kalsium, tubuh akan merasa lapar terus-menerus atas sebab tidak dapat menyimpan glikogen.

  • Melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. Otot, otak dan sistem saraf memerlukan kalsium agar dapat berfungsi secara optimum. Kekurangan kalsium dapat menyebabkan kejang otot dan gangguan fungsi otak dan sistem saraf.


AKIBAT KEKURANGAN KALSIUM?

~ kaki senang cramp.
~ insomia, penyakit susah nak tidur.
~ gigi tak kuat, rapuh, reput
~ tulang rapuh, kepadatan tulang kurang. (osteoporosis/arthritis)
~ tumbesaran terbantut
~ mudah sakit2 sendi. 


**INFORIA**


  • Kenapa wanita ketika period sering sakit2 sendi pinggul atau belakang? Sebab tulang yg stimulate penghasilan darah, maknanya kita perlukan lebih kalsium untuk tulang ni bekerja dgn lebih baik.

  • Ibu mengandung berkongsi kalsium dengan bayi, sebab tu lah jika kekurangan kalsium, gigi mula jarang, mudah sakit belakang, susah nak tidur, kebas2 kaki. So memang kena pastikan kalsium anda cukup! :)


SAYA TAK SUKA SUSU!!!

Takde masalah, saya memang bukan penggemar susu satu ketika dulu, sebab tu kot terbantut ketinggian..haha tapi bila hamil, kalau saya minum susu, urine mesti high sugar. Jadi saya ambil pil kalsium je.


Nah OSTEMATRIX, pengganti susu terbaik saya hingga kini! :) 


ostematrix


So siapa yg tak suka susu tu memang takde masalah. Even yg minum susu pon, belom tentu cukup keperluan kalsium anda, maka lebih baik topup dengan pil kalsium. Sebabnya, tak semua yg kita makan diserap sepenuhnya! :)

Okey nanti saya terang kebaikan ostematrix yg bukan sekadar kalsium ini di entry lain ye. Untuk yang nak mencuba pil OSTEMATRIX, boleh hantarkan whatsapp kepada saya. 

Daa~


saya suka Ostematrix,

Shaklee ID 961275
Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

24.10.14

8 Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan


TOKSIN!

Sana sini kita dengar pasal toksin kan?

APAKAH TOKSIN?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Zaman sekarang, memang susah nak elak toksin kerana ia ada di mana2 saja.

PUNCA TOKSIN

  • Pencemaran udara
  • ubat-ubatan
  • makanan
  • bahan2 harian - deodorant, syampu, sabun etc 
  • stress - kalau kita stress, sisa metabolik akan dihasilkan oleh badan - ni namanya toksin dalaman.




Jadi macam mana kita nak tau badan kita dah ada toksin berlebihan?


8 TANDA TOKSIN BERLEBIHAN
--------------------------------------------

  • SEMBELIT - sembelit bukan perkara biasa dan kalau dah terbiasa tu, kena lakukan sesuatu, detoks! Anda mungkin tak nampak bahayanya sekarang. Bayangkan kalau usus tu penuh toksin, risiko kepada KANSER USUS tau. So jangan ambil mudah!


  • PERUT KEMBUNG/BERGAS - perut kalau bergas tu puncanya bakteria jahat, banyak lemak dalam usus, toksin.


  • SAKIT KEPALA - selalu sgt nak stress, sakit kepala.


  • LETIH & TAK BERTENAGA - rasa mengantuk, cepat letih walau tak buat keje berat pon.


  • NAFAS BERBAU - bukan sebab tak gosok gigi, tapi kadang2 bila bercakap berbau. 


  • PERUT BERLIPAT - haa ni bukan saja utk orang gemuk, orang kurus kalau duduk pon perut berlipat 2,3 tu maknanya ada toksin. :)


  • KEINGINAN MAKAN - asyik nak makan je kejenya. Kenapa? sebab bila toksin banyak dalam usus, usus tak boleh nak serap nutrien makanan tu, jadi kita akan rasa lapar lagi dan lagi. Dan mudah lah jadi GEMUK.


  • KULIT BERMINYAK / JERAWAT - Puncanya adalah toksin lah. Sebab tu kalau nak stop jerawat, pastikan kita detoks dulu badan.


Ada tanda2 ini pada anda?

Jika ada, eloklah ambil langkah untuk detok badan tu.

Langkah paling MUDAH dan MURAH adalah dengan pengambilan ALFALFA atau HERBLAX. Ini memang bagus dan terbukti utk membuang sisa toksin dalam usus. Berasaskan Alfalfa dan daun Senna. SELAMAT, SEMULAJADI dan HALAL.



Sebenarnya banyak lagi supplement yang boleh di ambil seperti PHYTOCOL, LECITHIN dan DTX COMPLEX. Yang ni nanti saya cerita pada entry lain ok. Kalau tak sabar boleh PM saya terus. :)


SID anda,

Shaklee ID 961275
Facebook : Wirda Rasid
Instagram : @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

23.10.14

My cute lil SOHO!




NAK MACAM NI PLEASEEEEEE!!!!!

Haha gaya meja mungkin x lah english sgt mcm tu, sebab kang semua nk kena tukar. Tp gitu2 laaaa~ cantik kan kan?? 

Location dah ade, tinggal nak beli dan letak je kat ruang itu. Alahaii tergediknya hati kecilku iniiiii!!! Cepatlahhh masa itu datang!!πŸ˜‚πŸ˜‚

Mood keje mesti lajuuu je. Tulis blog rajin sket kot gini hewhewhew. 😁😁

22.10.14

Pentingkah INDEKS GLISEMIK?

PENTING!

Kalau anda NAK KURUS.
Kalau anda punya KOLESTROL tinggi.
Kalau anda NAK JAGA KESIHATAN dari penyakit kronik seperti DIABETES.


Sebab apa? Haa meh tgk meh satu2.

Opppsst sebelum tu... 

APAKAH INDEKS GLISEMIK?


Indek glisemik ni menentukan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya pada PARAS GULA dalam darah. 


Kalau GI tinggi, maknanya karbohidrat tu cepat pecah, ia lepaskan gula sekaligus secara mendadak, maka gula dalam darah meningkat dgn cepat.



Kalau GI rendah, maknanya gula tu dipecahkan perlahan2 sambil membebaskan glukos dalam sistem badan kita, mengikut keperluan tubuh. So dapat stabil dan kawal gula dalam darah.




Jadi jika anda....

NAK KURUS
Bila nak kurus, kita kena jaga diet kita, makan makanan yg punya Indeks Glisemik RENDAH.
Kalau kita makan makananyg TINGGI GI, kita akan keluarkan tenaga dengan cepat, nanti cepat lah rasa lapar kan, pastu kita pon makan banyak lagi. Camne nak kurus? hihi
Sebab tu kalau berdiet, memang kena pastikan makanan kita GI RENDAH, sebab tenaga dikeluarkan perlahan-lahan, jadi kita rasa kenyang lamaaaa, so takde lah nak melantak byk sgt, betul??
Dan sebab itu jugak ESP Shaklee jadi rebutan si pengamal diet! :)

Indeks Glisemik


KOLESTROL TINGGI


Bila kolestrol tinggi, risiko penyakit jantung pun tinggi, betul? Ni pun kategori penyakit kronik jugak.
American Journal of Clinical Nutrition melaporkan bahawa diet RENDAH INDEKS GLISEMIK dapat mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan trigliserida dalam waktu sebulan!


DIABETES

Pesakit diabetes lagi lah kena jaga makan. Sebab badan tak mampu/ tak cukup keluarkan insulin utk menukar glukosa menjadi tenaga. So kalau makan makanan yg GI tinggi, gula tak sempat nak tukar tenaga, risikonya paras gula dalam darah meningkat, maka jadilah hyperglycaemia.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam America Journal of Clinical Nutrition (Julai 2002) menyimpulkan bahawa makanan yang punyai indeks glisemik tinggi meningkatkan risiko terkena diabetes type 2!

Jadi awas ye, jaga permakanan kita. :)


Makanan tambahan Shaklee yang ber-indek glisemik rendah adalah ESP.

Sebab tu, ESP sesuai untuk pesakit diabetes, unless jika pesakit itu ada masalah buah pinggang maka mereka tidak digalakkan utk mengambil ESP.

ESP jugak ada dalam SET KOLESTROL, SET KURUS dan SET MIGHTY 3 GEMS. So jika anda merancang untuk kurus, utk kawal kolestrol, atau untuk cegah penyakit kronik.. pendek kata, NAK AMALKAN DIET SEIMBANG, amalkan ESP!

MUDAH MUDAH...:)


ESP Shaklee


Harga : RM150 sahaja untuk 1-2bulan.
Boleh hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA sempena PROMOSI BULAN OKTOBER ini.

InsyaAllah, saya akan beri konsultasi terbaik dan cara permakanan yang betul. (^v^)v


Pengguna tegar ESP Shaklee,

Shaklee ID 961275
Facebook : Wirda Rasid
Instagram :  @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294

13.10.14

New Lifestyle gituuu~

Hai hai..

apa laa yang NEW sgt kan..
no no.. bukan pindah rumah baru pon.
bukan jugak menjadi mewah secara tiba2..

kisahnya, nekadku yg berkurunnnn nak pegi jogging di sekitar rumah akhirnya tercapai!

YES!
YES!
YESSSS!

haha saya anggap kejayaan BESAR sebab bukan senang nak paksa diri buat exercise kannn~
Sebelum ni punya laa banyak alasan

  • malu lari sorang2
  • takut anjing liar
  • nak lari waktu bila tah? 
  • takut kena kejar piggy hutan (ye ade tauuu hahahaha)
  • nanti siapa nak jaga irfan.

Nahh.. 5 tahun dok pikir alasan kan. 

Tanggal 11.10.14, saya ajak Irfan keluar 'jogging'. Hahaha


Kasut yg beli tahun 2011 masih suci lagi tau. 
Kami mulakan dengan walking je.. kang terus lari krem kaki tengah jalan sapa nak angkat? hahaha

Sejam setengah jugak la berjalan patah balik umah. Baru sedar diri pembangunan tempat riadah Cahaya SPK dah luas gilerrr.. tu pon tak habis track pon.. buat shortcut sbb takut Irfan letih pulak kan. Ecehh.


Balik rumah, Irfan ckp..
"mama, esok kita pegi jogging lagi ok?"

Wahh happy iols ada buddy skrg. :P

Keesokannya kami tak pegi 'walking' kat spk pon. Tapi kami walking kat Taman Rimba TTDI. Haha nampak gigih?
Haruslah ada makna nak pi jauh2 gitu.. kekeke 
Sebenarnya Mangotouch ada job kat situ, shoot event #FOODGASMFEST.. so pi la jenguk, maklum laa kan ada pepatah melayu sebut "Di mana ada makanan, di situ ada Wirda" hahaha

Hubby pesan bawa air mineral sepsiap, sebab penganjur tak tau bajet keperluan air utk event mcm tu. haih. So kiranya saya berjalan sambil bawa dumbbell. Berkecai peluh. ^.^"




Haa nampak! 100 booth makanan yg encik Arjuna kena shoot! Siapa yang datang, boleh kopak duit dok sini. Sebbaik saya minum ESP tau. So tahap nak melahap tu kurang. Jamu mata je. Makan Hotdawg dan Yongtaufoo je. haha yang lain2 tu malassss nak beraturrr! Ramai giler org. Actually dorang buat konsep picnic. Ala2 bentang tikar, makan2, borak2.. tapi sesak. mcm.. ermm macam tak cool sapa lepak tempat sesak.. pi laa dok jauh sket kan dari gerai2. hahaha.



dalam banyak2 booth, yang ni paling menarik. Aiskrim pot. Ye, tu aiskrim letak dlm pot, tabur serbuk mcm oreo. Comel kan? tapi saya tidak punya kuasa nak beratur panas2 dengan Irfan utk beli aiskrim. Tunggu lah mak beli pot tu nanti isi eskrem sendiri. :P


Ok, dah dah.. macam dah lari tajuk bila sembang bab makanan. :P

So harini, Irfan pagi2 ajak jogging. hellooooo~ awak kena pegi school lah.. hahha

Maka bila petang, semangat Irfan siap nak pegi jogging! Siap ajak abah lagi. Tapi abah tak bergerak. hahaahampeh.


Harini Irfan cycling, eloklah jugak, boleh mama start berjogging. Tapi bila naik bukit, maka tenaga ku terlebih keluar lah.. adoiiii... peluh terlebih harini. bagus bagus. Tak lama lagi, fit lah iols. :P


Malam ni, dia tanya lagi...

"mama esok kita pegi jogging ok?"


Wahahaha  nampakkk??? saya sudah ade fitness trainer tau! :D

I love this new lifestyle. :)

Lepas jogging minum protien ESP!

7.10.14

ESP SHAKLEE :: Kebaikan & Keburukan !!!

Hai semua~~

Wahh tak sangka bulan kecantikan bersambung lagi untuk Oktober!
Baru je habis promo COLLAGEN POWDER, sekarang semua pakat mandi ESP pulak! haha

Jangan tak tahu, ESP ni produk Shaklee PALING LARIS tau!

ESP SHAKLEE

Apakah ESP??
Yang tak tahu tu.. ESP ni adalah sumber protein tambahan untuk badan kita.

Kenapa perlu protein tambahan pulak?
yang dok makan hari2 kan dah cukup?
Persoalannya disini, BETUL KE DAH CUKUP PROTEIN HARIAN kita?

Kita makan sumber protein macam ikan, ayam, daging semua tu bukan mentah2 pon. Kita masak biasanya pada suhu tinggi kan? Protein ni mudah musnah pada suhu masakan yg tinggi. So maybe kita cuma dapat seciput saja atau mungkin takde langsung. hehe

Sebab tu lah kita perlukan protein tambahan untuk memastikan badan kita cukup protein.


APA KESAN KEKURANGAN PROTEIN?
------------------------------------------------------
  • rasa lemah, lesu, tak bermaya, hilang daya tumpuan.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah, maka akan pening/pitam
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • ganggu penglihatan, lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. 
  • otot jadi lembik, terutamanya perut akan mula menggeleber.

Kalau boleh mendatangkan kesan tu maksudnya PENTING lah PROTEIN ni kann?
So pemilihan protein tambahan haruslah yang terbaik, dan atas sebab itu lah jugak ESP menjadi HOT ITEM!  ye lah.. ESP ni adalah protein soya NON-GMO tau. Maksudnya, ia tidak diubahsuai secara genetik masa tumbesaran dan sewaktu pemprosesannya. Proses pulak dengan air bukan alkohol, dan melalui ujian klinikal oleh para saintis.  So dijamin SELAMAT, BERSIH dan HALAL!


APAKAH KEBAIKAN ESP?
----------------------------------
  • NAK KURUS - golongan yang nak kurus memang suka minum ESP sebab buat mereka rasa kenyang, maka terkawal la dari makan berlebihan. Otot pon terjaga semasa diet!
  • IBU MENYUSU - kaum ibu2 memang jadikan ESP teman baik sebab ESP ni bantu dalam pengeluaran susu. Memang meriah susu utk si manja! Pekat, berkrim, baby pon cepat kenyang!
  • NAK CANTIK - tak kisah lah apa masalah kulit sekali pon, ESP mmg membantu memulihkan kulit anda. Ye lah memang tu tugas protein pon, memperbaiki dan memperbaharui tisu baru. Yang masalah JERAWAT sampai berlopak tu, sangat2 dialu2kan. Yang KULIT KERING macam saya pon sgt2 digalakkan!
  • SEDANG HAMIL - bakal ibu, sesuai ambil utk kuatkan rahim serta pembentukan otot bayi sebab protein kan bagus untuk tumbesaran bayi. Selain tu beri tenaga pada si ibu!
  • INGIN HAMIL - yang masih mencuba, atau yg pernah keguguran, bagus amalkan untuk perbaiki dan pulihkan rahim kita. 
  • LETIH/LESU - golongan yang selalu letih, student, selalu skip makan, memang ESP pilihan terbaik. Sebab selain memberi tenaga berpanjangan, ia bleh menjadi 'alas perut' ketika lapar/skip makan.

Dah cerita kebaikan, mesti sibuk nak tau KEBURUKAN btol?


KEBURUKAN ESP!!
---------------------------
Keburukan paling ketara adalah apabila kita beli ESP tetapi kita tak minum, kita skip2, kita tak ikut aturan, kita bancuh air panas sampai rosak protein, pastu tak berkesan, maka kita salahkan ESP. haaa buruk perangai namanya tu. hahahaha 
Makan ikut sukatan ye kawan2.. sebab protein apa pon kalau amik berlebihan mmg tak elok. Yang penting, mesti minum air banyak2.

ESP Shaklee Promo

Harga pasaran ESP adalah RM150.
Tapi untuk PROMOSI OKTOBER, harga ESP jatuh tergolek2 sampai depan pintu. 
MURAH SANGAT-SANGAT!


***************************
BELI 6 DAPAT 7 !!
FREE MEMBERSHIP!
CASH BONUS!
***************************

Nak beli satu boleh ke??
MESTI LAH BOLEH. 
Meh sambar cepat2.
Jangan menangis tepi bucu katil dah laa kalau terlepasssss~ sebab semua pakat rembat 2 botol sorang. Punya laa murah nak habaq. haha.

So, siapa yang NAK HARGA PROMOSI ni, cepat2  SMS/WHATSAPP saya ye!


Pengguna tegar ESP Shaklee,

Shaklee ID 961275
Facebook : Wirda Rasid
Instagram :  @SlimBeauty_byWirda
Whatsapp/SMS : 012 274 7294



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...