28.8.14

TESTIMONIAL SET SLIMMING :: Jadi Duta Sendiri.


Dulu kalau org jumpa saya, mesti ada datang cakap kat saya dengan muka happy 200%

" wirda pregnant eh?" 

Sebbaik saya baik tlg coverkan rasa bersalah dia..

"A ah saya mengandung-i lemak je!" :P

Ketawa berderai. 

Hati sentap siapa yg tahu. Kalau sorang takpe. Tapi kalau 15 org ckp benda sama? Tunggu 44 org maybe lah kot pregnant kan. :D

Maka bermulalah buat PERTAMA kalinya saya cuba DIET! Turun sket pastu naik balik. Baru kau tau perit org berdiet! Haha

Pergi jugak kau London Weight Management tuuu.. Turun sket.. Tapi naik balik. Nak maintain pi selalu masak jugak kan!

Pastu saya nak cuba produk kurus. Tapi x berani sebab takut masuk spital! Sejujurnya saya mmg takkan beli kalau iklan tu tulis kurus dalam seminggu blablabla. SERAM kot! Kau letak apa bg sental dalam seminggu boleh kurus??! 

Sampai satu hari, saya pegi makeup kat sorang SID ni.. Sembang2 dia ckp cuba lah Shaklee. Takde chemical. Semulajadi. Saya tak tanya pon brapa lama boleh kurus, saya ambil je. Balik saya makan vitamin tu, saya makan nasi, layan mcm biasa. Ade la rasa panas2, lawas2,berpeluh, buang toksin sampai kluar cairan berminyak.. 

Sebulan lepas tu saya timbang turun 2kg!!  "Wowww" saya excited! 

Tak lama lepas tu saya jadi ahli. Saya amik FULL SET LENGKAP. Saya makan secara konsisten 3 bulan.. Sy turun 6 kg! Kembali ke berat ideal! Legaaaaaa sangat! Kalau tak bukan main susah nk turun walau 500g pon!


Berat saya sebelum ambil Shaklee adalah 51kg!! Sama berat mcm saya mengandung 6 bulan tau! Patut lah org tanya pregnant ke tak.. Haha
Mana tak berat, sejak benti keje, dok buat kek, maka makan kek hari2 lah jugak. Pavlova asal boleh je sumbat mulut..kekeke
Skrg dah jadi 45kg. Dah ideal. Alhamdulillah.

Apa yg saya ambil?
-ESP/CINCH SHAKE
-CINCH TEA
-ALFALFA
-LECITHIN
-OMEGA GUARD


Banyak? Takkk lah. Saya amik peringkat. Up satu2 sampai kurus! 

Yang pasti, kena KONSISTEN tau! Hehe

NAK CUBA, boleh Whatsapp/SMS terus 0122747294 atau PM FB saya je!

InsyaAllah saya consult cara makan terbaik dan share tips2 permakanan. :)


SID yang jadi testimonial sendiri,
-Wirda-


25.8.14

Hari Sukan Pertama Irfan

Selamat hari Isnin semua.

Mendung2 ni, sebbaik tak mandom sebab pagi2 lagi dah telan ESP shake dengan Ovaltine Malt. Pergh sedappp lagi menyegarkan! Sel2 otak pon berhubung lagi bila makan OMEGA GUARD. gituuu~

Harini Irfan cuti, so takde la nak masuk tubik masuk tubik umah pegi tadika semua. Cuti Hari Sukan.

Semalam lah kisah hari sukannya..hihi
Irfan rumah PURPLE.
Saya pon tak tau kenapa rumah kuning digantikan dengan purple.
Sebab supplier baju cuma ade kaler purple?
atau sebab Little Caliph punya uniform dah kuning?
atau rumah kuning selalu kalah? eh. hahaha (dulu rumah kuning selalu kalah masa sekolah2 :p)

So semlm pagi2 lagi dah kena bersiap pakai purple termasuk lah parent. Hari sukan di buat di Gelanggang Futsal Puncak Alam nun..

Irfan cuma masuk 2 acara je. Satu acara berkumpulan. Satu lagi sorang2, kena berebut gula2. haha Yg berkumpulan tu dapat saguhati je lah. ok la dari takde kan..hahaha


Tapi team purple menang cheerleading yg comel. haha

Keseluruhan, Rumah Purple dapat tempat ke3. ok la kan..tu pon irfan bukan paham pon apa benda. Yang dia tau, dia dpt hadiah 2.  Kawan dia ada dpt 4 hadiah. Itu je. :P

Semoga tahun depan, irfan yg pemalu itu nak masuk banyak acara lagi. :D


I love purple colour,

23.8.14

Machine Clearance Sales


Woot woot~

Burung hantu baru nk bercerita cerita lapuk dah. Saja bagi terbakor yg tak dapat pegi Machine Clearance Sales. Haha

Kisahnya aku baru nak berangan2 nak beli macbook air.. Sekali ada pulak clearance sales. Mau tak meronta hatiku ini??! Pastu ada pulak duit lebih sikit. Sehari sebelum tu jugak aku dan hubby pegi register membership. Ye lah nak berebut masa member preview pukul 11pagi. Maka melangkah jugak lah kaki ni ke Citta Mall pagi2..

Sebab salah laluan, aku sampai kul 1030 pagi. Harapan lah nak dok depan pintu kannn.. Manusia2 lain ni gamaknya lepas subuh dah menempek kt sini. Panjang berjela.
Kad bank aku pulak buat hal kan xleh withdrawl, debit takleh guna kat situ, credit card takde. Haha best kan? Sebbaik ada talian hayat suami.. buat 'loan express' dulu. 

Lagi 20 orang depan pintu, macbook air exdemo rm1.6k dah SOLD OUT... Pilunya hatiii iniii T_T

Yg tinggal yg clearance tapi harga rm2.7k.. Instead of rm3.3k

Dah berjaya masuk pintu kena pi berebut lah kan tp still kena beratur, sekali uncle depan aku tu yg blur2 tatau nak beli apa, pegi amik yg LAST macbook yg ada. Arghh.. Stress mak seketika. Pujuk hati ku pegi beli2 benda2 ngarut accessories.

Tengah dok pilih cover ipad harga RM1.. tetiba Hubby datang cakap dia dh dpt macbook! Ada org return tak jadi beli! Alhamdulillah....... Mmg kalau dah rezeki tak kemana kan.
M37, lucky number



So tenang lah jiwa nak tgk2 accessories bagai.. Dah sangkut kat casing comel ni. Rm20 satu. Boleh jd stand lg. 


Best layan harga kat sini..
Ipad cover dari rm1-rm10 saja. Mau x gila? Tapi aku amik yg singgit tu satu je la, tu pon sbb nak try kat ipad ver1 aku dulu tu.. Sebab spesis cover ipad 1 kan dah pupus, sebbaik yg tu muat jugak!

cover iPad rm1...best dok?

Iphone case beli 1 Free 1 pon ada. 
Cover macbook rm20 saja. Macam2 lagi lah. Kena kawal nafsu je laaa..:p

Kesian pada public yang kena dtg kul 2, sebab banyak offer dah habis kena sapu dgn machine's member. 

Takpe, next time pi register member dulu mcm kami. :D
Daaa~

Workstation kekononnya...

Malaysia Berkabung #MH17

Semalam hari berkabung buat Malaysia untuk istiadat pengkebumian mangsa MH17.



Walau tiada kaitan, bila tgk keranda di bawa turun dari pesawat, automatik rasa sedih, gugur jugak air mata.. 

Sedih mengenangkan nasib anak yg kehilangan ibunya, bayi yang kehilangan ayahnya.. Ibubapa yg kehilangan anaknya.. T_T

Dua gambar yang takleh nak kawal air mata.. T_T


Dihadiahkan jutaan al-fatihah, disolatkan penuh masjid.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Pengakhiran yang indah.

Al- fatihah.



12.8.14

My Little Caliph, Alif Irfan

Ohmai..
Kisah ni sebenarnya dah tulis sebelum puasa lagi, tulis kat hp je..pastu tak camne tah, hilang gitu je..Penat mak karang tauuu! T_T

Irfan baca sini elok2, mcm mana awak first time pergi tadika. :D

First day :: siap2 Irfan diam je sbb tak paham nk pegi mana, tp suka sebab pakai baju baru. Breakfast pon makan banyak betul. Pastu smpai kat kindy, Irfan blur lg, suka tgk ramai kawan tapi takut2, mcm dalam hati tu "mama apakah ini???"

Saya duduk kejap kat belakang, tgk dia camne, kejap2 dia jeling saya.. spotcheck mama ade lagi ke tak. hehehe.. lepas setengah jam, tgk dia dh tak jeling2 dah, maka saya pon balik. :) Fuhh.. lega, masa amik dia balik, dia happy dengan 1st art dia, siap dapat sticker good lagi. So, mama lega, 1st day PASS!

Irfan's first day at Little Caliph

2nd day :: Irfan mcm tau dah nk kena pegi tmpat same.. dia macam nak taknak. Sampai depan kindy, teacher jemput, dia akur je turun... Balik kindy, 'I am happy boy!'

3rd day :: Irfan taknak turun kereta... sedih2 taknak pegi school...haha pastu dah pujuk2 dia pon turun.. Tapi ada pulakkkkkkk budak lain dok menangis takmo masuk!! Sebbaik teacher cepat2 tarik irfan masuk dalam. Phewww~   Balik kindy, serupa takde masalah. :P

4th day :: Dia dah OK.. siap, cakap2 dalam keta dengan mama.. so ok le tu.. balik pon happy siap tunjuk hasil kerja, dan sambung tunjuk buku dia belajar kat umah pulak. haa dah ok le tu kann~ :)

5th day :: Dia memang ready nak pegi kindy, siap tunjuk jalan nak ke Little Caliph lagi. Haha.. comel.


Irfan's first school's trip

So far saya puas hati dengan perkembangan Irfan. Ye lah, Irfan memang lambat bercakap, cakap pon huru hara, tapi sekarang pandai cakap walau ade sedikit pelat. Membaca pon dah pandai. Alhamdulillah, mama lega sgt, sebab sebelum ni letih dengan org tegur irfan takleh ckp blablabla..huhu Setiap budak tak same perkembangannya kan?

teacher's day


Kes nak bangun pagi ke sekolah, bermusim rajinnya.. cuma akan lebih parah bila cuti sekolah lamaaaaaaaa sgt! 
Ye lah kindy ni mmg follow cuti semester sekolah. So bila dah selesa 2 minggu kat umah, mmg nak pegi semula jenuh lah nokkkk~ T_T

Tetiba mama dia tak suka cuti sekolah, boleh??? kekekkee

GLA Complex jadi pilihan ramai wanita!

Assalamualaikum..
hai semua semua~ 

Dah makan ke? haa rutin saya lepas makan, mesti telan vitamin2 larut lemak. Salah satunya GLA Complex lah!


Semlm saya citer pasal apa benda GLA tu.. meh harini nk citer pasal sebab musabab GLA Complex ni menjadi PILIHAN NO.1 WANITA di MALAYSIA! haa kauu..:P




SET GLA COMPLEX PILIHAN WANITA


PELUANG UNTUK HAMIL

---------------------------
Betul, kita hanya merancang Allah yg menentukan, tapi Allah suka kalau hambanya yg sentiasa berusaha bersungguh2. Man jadda wajada.
Alhamdulillah, dah banyak testimonial dari customer2 yg BERJAYA HAMIL dari Set Kesuburan Shaklee.

Bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?
Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Haa yg ni mmg boleh rasa kesannya. :) 
Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. 
Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkat jangkahayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari (inshaALLAH). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu.

Set terbaik adalah amalkan GLA Complex+ Alfafa+ ESP  untuk isteri dan Zinc + Vitamin E untuk suami.


MELEGAKAN PMS (Sindrom Pra-Haid)
------------------------------------------
Antara perkara paling tak stressssss semasa PMS ialah senggugut, betul betul?? Saya teringat dulu saya senggugut sampai pucat lesi. Alhamdulillah lepas masuk U, dah takde dah jadi mcm tu.

Salah satu sebab kenapa kaum wanita mendapat sindrom ini ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex inshaALLAH akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.


Cadangan terbaik adalah mengambil GLA Complex bersama Ostematrix dan B Complex.


KULIT WAJAH CANTIK BERSERI
------------------------------------
Yang ni mesti ramai suka kan?? Special nya GLA Complex Shaklee ni  kerana ia turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri.

Untuk kesan optimum, amalkan bersama ESP atau Vitamin C.
  
  
AWET MUDA
--------------
Siapa sini yg pernah amik EPO (evening primrose oil)? haa yg tak pernah amik tu, kalau uolls nak tau, ramai wanita amik EPO utk AWET MUDA!!! 

GLA complex ni org panggil EPO shaklee jugak, sebab apa??? 

Kerana kandungan GLA yang DUA KALI GANDA EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari, semua ini bersifat anti-oksida, free-radicals, immune-system etc... membantu tubuh lebih sustain! 
Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.
  
Nak kesan superb, amalkan dengan VIVIX!


So, yang mana PILIHAN ANDA??


Untuk dapatkan Harga GLA COMPLEX PROMO bulan ni,


SMS/Whatsapp ke 012-2747294


atau


PM di FB saya >> KLIK SINI!!


atau tinggalkan jejak anda diruangkan komen! :)



Yang jatuh cinta dengan GLA!



11.8.14

GLA Complex untuk Wanita?

Assalamualaikum semua..

Harini nak share sikit pasal produk PROMO bulan ogos - GLA COMPLEX!
Ni vitamin ke 4 saya cuba dari Shaklee tau. hehe
Saya amik GLA dulu utk kesuburan dan kesihatan dalaman wanita. Sebelum ni saya makan EPO, tapi slalu skip sbb kapsul epo besar2. Pastu saya tak rasa sgt kesannya..maybe sintetik same kot.

Lepas join Shaklee, saya study produk2 Shaklee, dan saya dpt tau GLA complex, sama mcm EPO.

kandungan dalam GLA Complex


APA BEZANYA GLA SHAKLEE??

Kebanyakan GLA (Gamma-Linolenic-Acid) yg terdapat dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO!

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yg ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yg mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6!

Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestab

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh Shaklee Guard, antioksidan semulajadi yg telah dipatenkan!

Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.


MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX


  • Herba tradisi yg dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

  • Mengawal selia ESTROGEN dan TESTOSTERON - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, sakit payudara dan retensi air.

  • Melambatkan MENOPAUS - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

  • Memperbaiki PROSTATOMEGALY - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

  • Memperbaiki inflamasi kulit - ianya mengurangkan inflamasi kulit seperti eczema, alergi, kegatalan, dan kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, dan kurap. GLA jugak mampu meringankan sakit dan bengkak yg terjadi akibat rheumatisma, arthritis.

  • Menghalang komplikasi DIABETES - merendahkan gula dalam darah, berkesan utk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringakan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yg tinggi.

  • Menghalang tekanan DARAH TINGGI - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

  • Pelangsingan dan halang tambah BERAT BADAN - GLA merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot utk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik. ** Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

  • Memperbaiki tekstur rambut - sesuai utk memperbaiki rambut kering dan rambut gugur.



So berbalik pada tajuk posting ni..

GLA UNTUK WANITA SAHAJA KE??

Jawapannya, TIDAK!
Sebenarnya GLA sama penting seperti asid amino, tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia tapi boleh diperolehi dari sumber makanan.

Maka, sesuai utk WANITA DAN LELAKI.

Ok nanti saya share lagi kebaikan GLA ni dan KESAN nya pada saya! :)

Nak CUBA atau ada sebarang pertanyaan boleh SMS/Whatsapp terus ke 012-2747294!
atau PM di Facebook saya :)



yg mengamalkan,

SID : 961275

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...