15.4.14

Boleh jadi tukun ni!

Voooommmmmm....vooommmm...
(bunyi vacuum)

Ku tak mampu lagi nak tiup habuknye.. ;p

Amboi lama nauuu tak jenguk. Kira tahun ni tak tulis langsung tuuu..hewhew.. rasanya mmg kena install application Blogger ni kat hp. Baru sesenang FB ku hapdet nanti.

Jenuh nak khatam balik apa yg patut tulis. Kalau ikut perjalanan diary..Dari lepas raya lettewww.. haha

RECAP PANTAS!
----------------------

Anniversary 16/11/13
-------------------------
Ulangtahun ke 6 kami.
Anak alhamdulillah, masih seorang teruna comel.
Buat short vacation ke Melaka again and againnnnnn....ye tahun 2012 pon Melaka jugak. hihi
So bila namanya bercuti, mesti ada suasana pantai2..(pegi klebang), lawat tempat bersejarah (mampu?) dan sajian makanan2 lazatttt!
Ni akibat kalau pilih tarikh kawin time musim hujan.... Nak memilih pulau2 indah mmg harapannnnn! T_T

Bila irfan tido, bleh la fefeeling mcm baru kahwin..ahaks!



Hari meningkat usia
-----------------------
9/1/2014
Ehem2, hari saya menjadi wanita jelita. hahaha
Naik satu lagi umur. Sebbaik satu je kan. Terus iols beli Shaklee Collagen Powder, tambahan utk set2 penjagaan kulit hat lain. Terus org teka umur iols 23 youuu~~ menyampah kanss?
Bila namanya birthday, what do u expect kan.. mesti lah ade seprais sepraisssss!
Memang mak terkejut beruk kau.. dapat seprais atas stereng keta. hewhew. Terimaaa kasih cinta~!


Selang beberapa hari tu, saja2 lah kami plan pegi Kundasang. Fefeelinggg dejavu di kinabalu lah kononnn! Akibat dilahirkan pada musim ala2 hujan tak nak habis lagi.. maka sempat tgk puncak kinabalu tu masa hari 1st day je tauuuuu!!!! Esok nya nk berposing dah tak nampak dah..dia main cak cak dibalik awan nanooo...huhu. Takpe lah janji dapat telan susu awal lembu pon jadilah..


*AMARAN : Jangan lakukan di toilet rumah anda. Toilet Rumah Terbalik takpe. hewhew


Hari Umur Meningkat si A.I
---------------------------------
15/2/2014
Dia dah 5 tahun lah!
Dah masuk tadika. (Oh nanti saya buat entry tadika.)
Dah pandai bercakap.
Dah pandai nak minta shopping utk dia. Over kans?
Dah boleh kira one to one hundred.
Dah bukan baby katanya.. "Irfan bukan baby..Irfan abang."  Adakah dia bg hint nak adik? hewhew

oh dan lagi satu.. Dah pandai demand nak KEK LAMBORGHINI! mampuuu???
Memandangkan mama dia adalah pembuat kek tegar, maka irfan ada 3 celebrations..hahaha untonggg lahhhh anakku ituuu!

Hari besday abah takde, so mama buat mini celebration je. Kereta tak menjadi lamborghini pon lah kan. Takpe, asalkan keta. hehe





Pastu mama yg baik hati ni buat lagi kek utk hantar ke tadika, so para little caliphs tu semua bleh makan kek same2. Ni mama punya theme sendiri, Pororo! haha
(gambar ehsan teacher irfan)

Dan pabila abahku pulang dari kerja.. baru lah mampu menyediakan kek khas Lamborghini. 
Happy sungguh khalifah kecil itu. :)
HAPPY 5th BIRTHDAY ALIF IRFAN
Mama doakan Irfan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.
Jadi anak soleh, dan paham tentang Islam. :)


Haa panjang kan kann..?
RECAP 5 bulan.. tu pon baru citer 3 bulan penting je..haha jadilah..utk ingatan saya bila nak tgk tua2 nanti.:)

Nanti ada masa sambung lagi..:)


Mak yg bz,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...