18.9.14

Makanan membantu penghasilan KOLAGEN!

Masa blogwalking, jumpa sharing dari RatuHati tentang KOLAGEN. 
Ye, selain kita mengambil supplement kolagen seperti SHAKLEE COLLAGEN POWDER, kita boleh jugak dapat dari makanan2 segar. Namun yang kita perlu tahu, khasiatnya mungkin akan hilang/terganggu bila dimasak pada suhu tinggi atau mungkin sudah disuntik (GMO) utk tumbesaran. Unless kalau memang kita tanam sendiri secara organik dan pantau sendiri. Sendiri yakin sendiri tau apa masuk badan. hehe :)

So, antara makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen adalah:
 

Sayuran dan Buah-buahan Berwarna Merah

Delima, tomato, tembikai, cili benggala merah, stroberi, epal
Sayur dan buah-buahan berwarna merah melindungi kulit daripada bahaya cahaya matahari. Tomato, cili benggala merah dan ubi bit mengandungi anti oksidan lycopene. Lycopene bertindak sebagai pelindung semuladijadi cahayamatahari, mengelakkan kulit daripada rosak dan menambahkan tahap kolagen.
 

Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran hijau kaya vitamin C, seperti kangkung, bayam, kailan  menggalakkan kitaran penghasilan kolagen. Vitamin C menstabilkan enzim daripada memusnahkan kolagen. Ia juga mengelakkan radikal bebas yang melemahkan kolagen. Timun pula tinggi kandungan sulfur yang penting untuk penghasilan kolagen.
 

Sayuran/buah Berwarna Oren

Kandungan vitamin A dalam sayuran berwarna oren seperti lobak merah dan keledek oren, menyimpan dan menghasilkan semula kolagen yang musnah. Vitamin A shaklee semestinya Caratomax!
 

Minyak zaitun (extra virgin olive oil)

Kandungan lemak tak tepu dalam minyak zaitun berfungsi sebagai antiperadangan dan menjaga keanjalan kulit (terutamanya kulit kering).
 

Bawang bombay

Kandungan flavonoid dan diallyl sulfide dalam bawang bombay berfungsi sebagai antioksidan pelindung DNA, antiperadangan dan alergi.
 

Ikan

Kandungan protein organik dan omega 3 dalam ikan menguatkan struktur otot yang berfungsi menjaga keanjalan kulit. Omega 3 juga berfungsi 'menenangkan' kulit yang meradang. haa Collagen Powder jugak berasal dari ikan laut dalam yang mempunyai daya ketahanan yg kuat!
 

Bawang Putih

Bawang putih adalah sumber yang baik untuk sulfur yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan. Ia juga mengandungi lipoic acid dan taurine yang tinggi, untuk membina semula serat kolagen yang telah musnah. Shaklee jugak mempunyai Garlic Complex!
 

Buah-buahan Citrus

Buah-buahan citrus seperti limau, oren, lemon dan limau gedang kaya dengan vitamin C yang membantu pembentukan kolagen dan mempercepatkan kadar penghasilan kolagen. VITA C plus adalah pilihan terbaik untuk diambil bersama2 Collagen. :)

Avokado

Kandungan vitamin E dalam avokado berfungsi memerangi radikal bebas dan merangsang pembentukan sel kulit baru, serta menguatkan jaringan kolagen. Ia juga membantu mengurangi risiko terkena kanser kulit.

Soya

Soya samada dalam bentuk air, tempe atau tauhu mengandungi genistin, hormon tumbuhan yang bertindak sebagai anti oksidan yang membantu penghasilan kolagen dan menghalang enzim yang merosakkan kulit. Ingat Soya ingat ESP! Pilihan soya TANPA GMO! 
 

Rumpai Laut

Rumpai laut kaya dengan iodin, elemen penting untuk fungsi tiroid dan metabolisma yang sihat. Iodin sangat penting untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Mineral, asid amino dan beta-keroten di dalamnya membantu mengekalkan kolagen pada kulit, memperbaiki tona dan tekstur kulit.


Haa banyak kan?
Tak salah kalau kita ambil khasiat dari makanan asli dan makanan tambahan.
Sebab makanan tambahan sememangnya untuk menambah kekurangan nutrisi kita dalam diet harian!

Amalkan kedua2nya dengan seimbang pasti hasilnya memuaskan. :)

Happy sharing!



Your SID,


Facebook | Wirda Rasid
Instagram | @wirdarasid

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...