23.7.12

Tinggi

Situasi 1

"hai nama ape?"
"irfan nama dia..x reti ckp lg tu"
"brapa umur dia?"
"dua tahun.."
"oh tingginya.."

Situasi 2

"eh ini budak pon kena tiket"
"eh dia baru 2 tahun lebey la.."
"ukur dulu kak.."
"hah cukup2 kan.. Xde2 no need ticket!"
(lepasssss...)

Situasi 1 berulang

"umur brapa ni?"
"3 tahun"
"oh ingat dh 4tahun.."

Situasi 2 berulang

"cik, budak besar ni kena tiket jugak ke?"
"cuba ukur dulu..lebih x dr 90cm"
"uhmm...lebihhh"
"kena bayar lah gitu"
"-_-"

Semua pasal tinggi. Saya sedar irfan mcm cepat tinggi sejak umur dia 3 bulan, sbb masa tu saya rasa tetiba susah nk adjust kedudukan menyusu. Ye lah, mama dia ni kecik comel je..hihi
Kalau jumpa yg sebaya dgn irfan slalu nampak irfan tu tinggi lg. Setakat ni sy baru jumpa sorang je yg sama tinggi ngan irfan, anak kawan sekolah saya.
Seronok tgk anak lelaki sy membesar. Cumanya, bila berhadapan situasi mcm kat atas tu, adoyai..

Skrg nak masuk taman tema pon, ka-ching! Dahh kena beli tiket. Sebaik masa situasi 2, kat sunway lagoon tu cukup2 90cm..er lebih sikit sebenarnye... Tp mak x pedulik nok, sbb anak mak kecik lg..takmo beli jugak! Phew lepas gak. Haha

Tapi skrg dh xleh nak fight la, terang2 lebih dari bacaan...so ka-ching!
Disebabkan tinggi jugak, byk org ingat irfan budak besar yg suppose tau cakap dah.
Ye mmg anak sy lambat bercakap even umur 2tahun pon baru brapa words je yg lepas. So byk mama irfan la kena jawab. Hoho..tp skrg irfan dh boleh bercakap, cuma pelat la.hehe

Well, sy suka sebenarnya anak sy meninggi, even dh lebih separuh dr "tinggi" sy kann..ikut abah dia kot..part ni mak sanggup kalo xde persamaan. Hahaha. Semoga anak mama ni cepat membesar bagai johan ok!


P/s: kalo tanya "sapa nama?" mmg irfan tatau jawab, sbb anak i makan spagetti byk, so sila tanya "what is your name?". Tu pon kalo mood dia tak swing. Okbai.


Anak tinggi ke mama yg pendek chomell?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...