13.2.12

Kalau dah boleh bercakap..

Sapa lg kalau bukan anak teruna mama sorang tu. Hehe
Alhamdulilah dia dh boleh bercakap cumanya pelat sikit. Normal la tu kan budak baru nk bercakap. Sampaikan nk makan pon dh pandai demand...
"irfan nak makan ape?"
"afan nak asik (nasi), nak mee, nak fraisshh soshh (fries cicah sos), nak ashlet (coklat), ashemm (aiskrim)..."

Haaa hamek.. Tapi bila dh buat bukan nk makan sgt pon kecuali mee or fries..hadeh.

Kadang2 bagus jugak dia dok layan youtube tu sbb dia dh belajar byk jugak dr situ. Mcm abc, 123 till 20 even mcm kelakar je dia sebut eleven sampai twenty tu..haha. Kartun Pocoyo tu pon bagus jugak, byk ajar dia jugak. So bila mama repeat mcm yg Pocoyo buat, dia cepat ingat. Macam pocoyo tunjuk "this is an oven" so bila saya tunjuk, dia pon dah tau guna ayat tu. Cuma sebutannya jadi....
"dis dis avennnn" (oven mama laa tu)
"dis dis shushu" (ye, itu susu)
"maaa..dis dis watch!"

Tapi tetiba tadi dia buka freezer....
"Allahhhh ajimmm!..... ashemmmmm!.... Maaa nak ashemm?"
( read : astagfirullahalazim...aiskrim..maa nak aiskrim?)

Persoalannya kenapa kena istigfar? Haha


Lg 2 hari utk irfan besday,

9.2.12

DIY Playdoh

Permainan yg paling saya tak suka main dulu-dulu adalah plastesin atau nama komersialnya "playdoh". Sbb bau chemical dia tu yg buat saya tak tahan. Tapi bila dah ada anak ni, mestilah nk kena bagi pendedahan dengan playdoh ni. Memandangkan saya tak keje lagi, dan Irfan pon dok saja kat umah, maka saya kena lah create something utk dia belajar... Kira ala2 playskool lah. Eceh..

So, untuk mengelakkan bau chemical dan menjamin keselamatan anak bermain dgn plastesin ni, ayuh ikuti projek DIY playdoh saya!!!

Bahan2 :
1 cawan tepung
1/2 cawan garam
1 sudu besar cream of tartar
1 sudu besar minyak
1 cawan air
setitik pewarna (ikut suka lah nk color ape pun)

Satukan semua bahan kering dalam mangkuk.


Satukan air dan minyak di dalam periuk, panaskan sekejap. (bg warm je)


Kemudian tuangkan kedalam mangkuk berisi bahan kering tadi. kacau hingga terbentuk doh.

Doh yg terbentuk ketika masih suam ni akan sedekit melekat. Dont worry okeyy..


Boleh bahagikan kepada 3 bahagian dan buatkan lubang di tengah2 lalu masukkan setitis pewarna. Uli hingga sebati warnanya.

TADAAAAAA! dah siap dan dah boleh main!!!!!

Senangkan? Mcm ni mak pon excited nk main kan.. Tak perlu risau kalau anak tergigit playdoh ni pon sebab tiada bahan chemical langsung. Tapi janganlah saja2 pegi bagi dia telan pulak kan..hehehe.. Selamat Mencuba!!



puas hati,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...