28.10.11

Japan #03 :: Kyoto and a Bullet to Hamamatsu


Kyoto (794-1868).
Dulunya Kyoto adalah tempat penginapan maharaja Jepun, yakni menjadi ibu kota utama negara.

This is Kiyomizu Temple - Dewan besar kuil (hondo) dengan pemandangan indah di sekelilingnya. Selalunya lagi cantik bila daun dah bertukar color. Tapi masa kami pegi ni, tak semua pokok yg dah tukar warna. Kalau pegi skrg, mmg tgh cantek. T_T


Ada byk jugak rombongan sekolah budak2 jepun ke sini. Macam sailormon dah sorang-sorang dengan skirt ala anime dorang tu. haha. Katanya, lagi senior, lagi pendek sket itu. Haa dlm gambar ni kira otai laa ni. Hehe.


Tmpt gaharu di bakar sebelum memulakan acara sembahyang mereka.


Rasanya inilah Otawa-no-taki, sebuah air terjun yang dikatakan boleh memberi banyak manfaat kesihatan. Ramai yang beratur utk minum air ni.


The temple. Banyak temple dlm kawasan ni. So memang kena jalan satu round utk kluar. Nasib baik dingin2 je cuaca masa ni. Masa jalan2 kat sini, dapat jugak la tgk macam mana org jepun ni jaga tempat2 perlancongan dorang. haa nanti saya citer dlm entry khas. :)

Musim luruh.. mmg luruh daun2 semua.

Pose feeling autumn in my heart kena ada..

Irfan pun dah pandai nk posing pilih2 tempat. Siap sound mama "apaaat laa" (cepat la) suh amik gambar dia posing. Sabar je lah.


Sebelum masuk atau sesudah kluar kawasan temple, boleh la kalau nk membeli local items mcm keychain ke FM ke kat lorong2 Togenzaka, Sanenzaka & Ninenzaka. Byk btol zaka kan. Tu maksudnya kedai2 tu semua dibina di atas tanah berbukit yg curam. Mmg jenuh mendaki nk bershopping pun. Range harga keychain or fridge magnet mostly dlm Y350.


Kemudian kami menuju ke pusat tenunan kimono. Nampak mcm mana dia buat kimono? Yang mcm gambar kat bawah tu of course lah mahal kan. Macam kita beli baju kurung letak manik labuci. Mahal jugak kan.


So ada la kimono show lepas tu. Kami ingatkan tgk Geisha Show mula2. Semua tertipu..hahahha

See pakcik2 ni gigih tenun kain kimono.


Lepas tgk show, kami pegi lunch. Okeh ini adalah rak kasut kat entrance kedai makan. Nak masuk kedai buang kasut, jadi takleh sepah2kan kasut, takde adab katanya. Maka kena simpan dlm locker kasut berkunci unik ini. Bagus kan?



Budak dlm gambar tu acah2 je makan makanan tu semua, last2 mama jugak habiskan.. burrpp.


Dah kenyang, kami pegi ke Heian Shrine Kyoto. Tempat ni adalah taman peringatan yang menyimpan sejarah sejak 1100 tahun yg lampau. Hehe nampak tak ayat skema saya copy dipamplet. hahaha.

Oh ye terlupa nk tunjuk, on the way to Kyoto, lalu Nagoya Theme Park. Nampak roller coaster tu? phewww kena pikir 18kali nak naik ke tidak. Tapi tak perlu la nk pk sangat sebab saya LALU je kat situ. Tak tersenarai dlm tmpt lawatan kami. hihi.


Dari Kyoto, kami akan ke Hamamatsu, tempat penginapan kami yg seterusnya. Jarak perjalanan lebih kurang 65km. Ambil masa sejam lebih kalau naik bas. Lama??? Tak perlu gusar, kerna kami berpeluang menaiki Shinkansen Train (Bullet Train)!! Wehuuu.

Masa nak tunggu train, beberapa cubaan menangkap gambar bersama keretapi berkelajuan tinggi ni telah di buat. Tapi susah benor la nk dapat. haha ye la kalau dah maximum speeds mencecah 240–300 km/j, mmg mengharapkan shutter yg pantas lah.


ini bukan gambar gegar okey.. ini mmg laju neh.. brani pegi laa berdiri depan tu..hahahha nk dekat line kuning tu pun seriyau!


Hehe dapat jugak bergambar.. thanks my photog...sape lagi kan....

gambar dalam ketapi biasa2 je. Takleh nk camwhore sgt, sbb takleh bising2 naik ketapi ni, semua jepun pandang mcm nk kena pancung je. hahaha. Kelajuan mmg tak terasa. Tau tak jarak 65km tu brapa lama kami sampai? 15 MINIT sahaja. alahai sekejapnye merasa kan..


Our dinner, ikan mackerel bakar. Sedap siot.

Dah check in, budak2 degil mcm kami mana reti tidor, mesti lah nk berjimba sambil tgk bandar Hamamatsu.

Ha ini tempat parking kereta bertingkat. Takat ni je bleh amik. lepas tu pintu dia ditutup.

Ini awek2 hot japan, yang dok buat promosi ape tah. comel kan dressing promoter. haha.


Hari kedua diakhiri dengan lepak minum di Starbuck Coffee. Sekian..


Bersambung....




Dah mula rindu japan...

19.10.11

Japan #02 :: Universal Studio Japan

Kami berlepas dari KLIA jam 11.45 malam waktu tempatan menaiki pesawat udara MAS. Eceh.. ayat permulaan nk skema je kan. Baru2 nk berlepas biase lah mata pun masih segar bugar, nak pulak di beri hidangan ringan tak sampai sejam perjalanan.

Baru je terlelap sejam..dahh diberi breakfast pulak seawal 4.30 pagi kalau tak silap saya. Nak taknak kena melantak jugak, kalo tak kebulur pulak bila dh sampai nanti. Namun, breakfast Irfan saya simpan dalam beg sebab kesian pulak nk paksa budak tu bangun tido utk makan semata2. Elok je sesudah makan, tak sampai sejam encik pilot pun bagitau kami dah nk mendarat. Ciskek.. mmg tak sempat sambung tido. Perjalanan lebih kurang 6 jam lebih itu sangat lah pendek rasanya.

Ohaiyo gozaimas Kansai!
(gagah sengih jugak walaupun muka nampak lesu gila..haha)



Kami tiba di airport yg termahal di dunia, the Kansai man-made island airport, jam 7 pagi waktu tempatan (waktu jepun lah tu) . Waktu Jepun adalah sejam lebih pantas dari Malaysia sebab nama pun negara matahari terbit kan, so dorang nampak matahari dulu lah. Pukul 5 pagi dah cerah. o_O.

Cuci2 muka, gosok gigi, buang apa yg patut, salin apa yg perlu. Nah terus naik bas dan menuju ke Universal Studio Japan (USJ)! Wehuuuuuuuu (ilang mengantuk). Tak sempat pun nk menikmatan rupa bentuk airport tu..hahaha.

Perjalanan ke sana amik masa lebih kurang sejam, lalu bas benti berehat dulu di hentian rehat kecil..

hentian rehat..


Dan akhirnya tiba di muka pintu Universal Studio Japan!



Pukul 8 pagi.. dah penuh depan pintu gerbang dengan segala rombongan sekolah anak2 nippon. Adeh, dorang ni tak skolah ke? Baru hari Khamis kottt.. dah bleh imagine camne nk kena beratur untuk naik rides. T_T


Jumlah geng kami yg pegi...termasuk yg tgh amik gambar..hehe.



Memandangkan saya dah penah pegi Universal Studio Singapore, jadi takde lah rasa ralat sgt bila tak explore semua. Sempat jugak lah main roller coaster menggila dia...yiiihaaaa...


pastu bg can Encik Arjuna main 4D train Spiderman. Kat Singapore, dia sama mcm train kat area Egypt tu..(lupa nama dah..)


Then sempat lg naik Back to the future ride.. pening kepala berpinau2..haha


Last skali tgk show Waterworld yg tak sempat nk tgk kat Singapore dulu. Cumanya kami tak paham lah citer dia sbb dorang speaking japanese kann.. mak layankan je tepuk dan sorak..hahahha. Sapa yg dok depan mmg wajib basah lah..


Selebihnya bergambar je.. tak larat beratur dh..


Tour guide kami ckp, ada satu restoran piza dalam ni(dlm peta no70) , ada 3 jenis piza dia bleh makan. Tapi malangnya hari kami pergi tu, dorang tukar menu. oh em ji kami terpaksa berlapar sampai masa dinner nanti. T_T. Nasib baik saya tapau nasi lemak dalam flight tadi, so bleh jamu irfan yg tu dulu. pheww..

Encik Arjuna and the gang je duduk minum kat situ.. 2 air je tu.. lebih kurang RM40-50. T_T


USJ ni tak byk sgt souvenier yg tulis "Universal Studio Japan"..huhu makanya, saya pun tak beli satu pun souvenier kat situ boleh? Even tshirt pun ade laa satu je tu pun mcm kualiti rendah saja. Macam tak berbaloi dgn harga langsung. Tak macam kat Singapore which is too many choices. Pastu byk Sesame Streets punya barang je, tu pun tak tulis pape. Fridge magnet pun tak jumpa.. adeh! Tp itu saya tgk kat kedai main dia je la.. kedai kecik2 utk setiap ride tak de masa nk belek.. hehe Saya rasa anak2 jepun tu dah cilok awai2 dah kot sbb dorang je beli berkampit2. haha.


Oh masa kami tak lama pun kat situ campur tolak masa nk beratur lagi kan. Sebab schedule kami akan pegi ke tmpt lain pulak. Jadi kami pun kluar lah USJ tu pukul 2ptg dan pegi Hard Rock Cafe Osaka kat sebelah USJ tu.

Settle2 semua benda. Pukul 4ptg dah kena naik bas dan bertolak ke Shanshibashi, di mana hotel utk kami menginap.


After check-in, tak sampai sejam, kena turun pegi makan dalam pukul 6 ptg. Malam tu kami makan makanan Turki. Lazat.


After makan, shopping2 since tmpt shopping kat belakang hotel je. Tapi saya tak beli ape pun sgt. Sebab pk byk lagi hari yg perlu dishopping kan. haha

Kedai tutup pukul 8 mlm. Bila semua tutup kami balik hotel dan tido. Letih giler kot. Oh btw, hotel pertama kami Cross Hotel adalah antara hotel paling cun..terutama bilik mandinya. I loikee~~ (nanti last baru saya buat entry hotel2 saja ye)





to be continued...


phew..selesai jugak entry 1..haha

13.10.11

Japan #01 :: Konnichiwa~

Assalamualaikum.
Rentetan dari entry tak terkata, terang2 dah nampak saya baru pulang dari negara matahari terbit. Alhamdulillah wishlist awal tahun aritu tercapai jugak. Million thanks to hubby for your work hard to achieve the target and get the free ticket to Japan! Syukur sgt2.


Japan. Jepun.
Memang tak pernah terfikir akan pegi ke sini. Teringin tu mmg teringin. Cumanya berangan kalau keje company jepun, orang hantar pegi training je la kot. Hahaha. Mimpi lah kau.


Bila dah dpt pegi ni, satu benda paling leceh nk buat adalah VISA. Membazir tang gambar. Hellooo kedai2 gambar, tlg take note sket size utk gambar passport ke visa ke. Jangan main kerat je. -_-" Nasib baik pegi under company trip. So takde lah kena buat visa sendiri which is mcm leceh je. So segalanya disettlekan oleh agensi perlancongan kami, APPLE.


Kami pegi 16 org dari company Encik Arjuna. Selebihnya dari company lain. Kira cukupkan satu bas lah, lebih kurang 30 org. Menggunakan perkhidmatan pernerbangan MAS, pergi ke 5 lokasi berbeza setiap hari dan sah2 lah bertukar hotel setiap hari jugak. phew.. Dengar pun mcm pack giler schedule kami kan. But it was awesome! really2 awesome!




to be continued..


bersyukur,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...