15.9.11

kesempurnaan terindah

Dalam bab memilih purse ketika usia 20-an ke atas, aku mmg cerewet. Tolak tepi lah masa usia dibangku skolah. Time tu purse mcm tak brapa wujud je. haha. Bila dh jadi student U, byk benda nk simpan. Dah berhandbag bagai. Jadi sebab tu sampai ke bab purse pun aku cerewet. Panjang sangat pun taknak. Pendek sgt pun taknak. Sebab handbag sedang2 saja. Sebab tu aku suka design dari Guess. Ha dlm byk2 aku paling suka yg jenis kat bawah ni. Mmg suka sampai skrg pun aku simpan lagi walaupun kulit dia dah melepuh2 dimamah usia. Mmg menepati citarasa cerewet aku.



1) Elemen penting dlm sebuah purse milik aku, wajiblah ada tempat simpan kad berserta ruang gambar. Simpan gambar? Org dulu2 ye lah suka simpan gambar dlm purse kan. Tipu lah korang tak suke simpan gambar dlm purse. Habis2 takde pakwe ke suami ke, mesti simpan gmbar parent, takpun gambar muka sendiri. kan kan? :p



Haa mcm gmbar ni.. byk tmpt kadnya. Alah, purse mcm ni bersepah kan.


2) Elemen kedua terpenting adalah tmpat untuk simpan wang kertas yg luas dan mudah dikeluarkan juga ruang simpan syiling berzip yg selamat. Sebest mana pun purse Guess tadi, still tmpt simpan wang dia sempit. (eceh mcm duit kau byk sgt kan nk simpan dlm tu.) So, contoh paling senang adalah seperti purse Louis Vuitton ni. Cuma yg aku tak suke sebab purse ni tiada Elemen no.1 tadi. Spoilllll ok!






Maka disuatu hari yg riang, kawan aku ada memperkenalkan sebuah purse baru miliknya yg memiliki semua elemen aku itu. Tak kisah lah kalo panjang sket since handbag skrg makin besar. OMG!!!!!! I WANNNNNTTTTT IT!!!!


It's a TED BAKER's Purse...




Did you see how awesome it is? Nampak tak elemen2 idaman kalbu??? Inilah yg dinamakan kesempurnaan terindah. Akan ku milikki suatu hari nanti! PASTI!


**gambar semua sah2 aku google..



menabung sambil mengharap kalau2 dpt hadiah misteri jugak. hihi

9.9.11

Open house takde, open cubicle pun boleyy!

Nak buat open house tak sempat.
Nak harap company ni buat, mmg tinggal harapan lah.
Nak sepakat ramai2 dalam department mcm leceh.
Last2 sambil menyanyi lagu "kita semua sepakat..di kampung hai penin lalat.." aku dan lunchmates buat sesama kami saja. haha


Maka dua hari sebelum, kami bahagikan tugas masing2. Ala2 potluck raya lah. Aku mengambil tugas berani mati dengan memasak rendang ayam. Baru penah buat sekali last year, dah berani nk jamu kawan2 thn ni. Harap2 dorang tak kena cirit birit lah. Amin.. Aku ade buat triffle jugak. Tp boleh pulak aku lupa nak bawa. Elok la jugak tinggal, sebab tak brapa menjadi. Kesilapan teknikal. :p



Anggota lunchie ada 5 org kesemuanya.

aku - buat rendang
yana - buat kuah lontong, nasi impit pun dia amik tugas dgn ikhlas dihari raya, dan tambahan tiba2, kuah kacang.
jue - menyerah tugas masak nasi impit kepada ahli no2 tadi. Jadi dia bawa air dan puding.
mus - ditugaskan membawa sambal ikan bilis utk makan bersama lontong, tp dia buat seprais jugak dgn membuat pulut kuning 5 pagi. haha tahniah bonda!
atika
- membawa kuih raya. anak kecil kami bg excuse..haha


juadah kami


Dah habis kami berpotluck. Kami buat open cubicle utk semua staff department kami. Jamu kuih raya lah. Kalau nk jamu lontong, kena bawa periuk besau...haha


kuih raya 1st tu, mcm biasa tgk kan. kek lapis sarawak pesan dari kawan. kuih2 lain, org lain punya.



Haa best jugak makan2 gini. Lain raya bleh buat lagi..

dari kiri yana, jue, atika, mus dan wanita anggun...hahaha pulun kami pakai baju raya kedua masing2.



badan dah tebal mcm kamus dewan. >.<

8.9.11

Aku blur

Tak tau silap dimana. Silap makan ka, terlebih makan ka, termakan menu baru hari raya ka. Tapi sejak mula kerja lepas raya haritu, aku rasa kepala otak aku jadi blur je memanjang. =.=


1) Pergi ATM nak ambik duit gaji, masukkan kad mcm biasa. Tgk screen pilihan aneh2. Tekan lagi. last2 reject. Duit tak keluar. Tukar ke mesin sebelah. Buat benda sama. Reject lagi. OH AKU GUNA KREDIT KAD rupanya. =.=


2) Mesin sama, dah masukkan kad ATM sebenar. Tekan-tekan macam biasa. Screen masih tunjuk pilihan aneh. Tekan lagi. Last2 mesin minta masukkan duit. LAAA...INI MESIN DEPOSIT TUNAI!!!! T_T


3) Dah berjaya kluarkan duit menggunakan mesin dan kad yg betul. Lalu aku pegi ke kedai untuk membeli barang. Masuk ke kedai. Nak beli.....uhmm beli barang..uhmm barang apa yg aku nk beli tah..uhmm keluar kedai tanpa beli barang. =.=


4) Naik keta. Drive macam biasa. Pastu lupa aku nk kemana sebenarnya. Dang! (nak balik keje amik Irfan la sebenarnya.) ~_~


5) Nak masak, kluarkan ikan semua. Lepas tu aku blur, nak masak apa. Macam mana nk mula. Last2 tak sedap. Aku makan megi. =,=


6) Semlm, nk balik keje. Tgk jam. Kemas2 laptop. Then kluar opis menuju ke tempat scan. Tp dok heran, apsal semua org tak gerak balik pun. Sampai tmpt scan, sebbaik nampak, 5.23pm.. OMG...igt bulan puasa ke nak balik 520pm!!!!! (potong gaji kalo aku kluar awal T_T)






Apa kena dengan aku neh? haishhh.

6.9.11

Merdeka Raya

Tahun ni sambutan raya mcm biasa saja. Wan Din (datuk) baru lepas operation. Irfan takut bunyi mercun. Keta Arjuna kena masuk workshop sbb eksiden kecil ber'effect' besarrr. Adik ipar nak kawin. Ha macam2 hal.

So tahun ni, akan berkurang kehadiran saya menerjah open house org, dan membuat open house utk rumah sendiri adalah misi mustahil untuk tahun ini sebab sepanjang weekend Syawal, sudah penuh segala aktiviti.

Weekend ni, nak pegi hantar SIL nak register kat Uitm Melaka. Weekend lepas tu balik Parit Buntar, sebab BIL nak akad nikah skali dgn kenduri pihak pempuan. Weekend last tu pulak, balik skali lagi untuk kenduri seblah pihak kami pulak. Phew.. nampak tak nampak tak? Jadi sapa2 nak datang umah saya, datang je weekdays..mak tak kisah. Tapi inform dulu, supaya ada hidangan raya untuk korang. Koman2 mak beli je piza berperisa rendang. Ade ke? Haha.


Memandangkan raya pun biasa2 saja. Gambar pun biasa2 saja. Tak byk sgt snap gambar. Sebab Irfan tu asal nampak mama dia pegang kamera, dia pun sibuk nk main. Main sampai habis bateri. T_T



1 SYAWAL....
dari kiri :: sepupu, kakak ipar, adik ipar, wanita anggun, sepupu

Semakin membesar famili kecik saya. ( Sepupu tu mcm ahli famili jugak sebab mak ada jaga jugak masa kecik since their mom passed away.)


2 SYAWAL....
nak jugak sedondon
MerdekaRaya

Tok Teh saya. Namanya Puteh. Comel kan?
Beraya di rumah Atuk Geng Melati


3 Syawal...

Nampak dua2 besi tu lurus kan?

Nampak tak salah satu tu bengkok mcm S? Itu lah punca kereta kami tersadai sehari di Raya Ketiga. T_T


4 Syawal....
Layan je laa..

Bertema merah gitu..ahaha


5 Syawal....


Lebih kepada pergi kenduri saja hari ni...


6 Syawal....
Baru tiba di Shah Alam lepas subuh. Ptg tu jugak pegi open house. Hahaha..i loike...


Saya suka raya sbb saya suka makanan waktu raya. Suka makan biskut raya. Suka makan rendang. Suka lemang dan ketupat. Best kan? Perut buncit jgn salahkan makanan. Salahkan diri sendiri. Terima Kasih. Selamat Beraya lagi!




Om nom nom....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...