29.7.11

BM oh BM

Nope.
Bukan BAHASA MELAYU.
Bahasa Malaysia pun bukan. =.=


Keinginan ni dah lama. Tapi ia akan menjadi high tahap pempuan mengandung yang mengidam nk makan buah mempelam cicah kuah rojak apabila nampak org buat roti sendiri yg nampak begitu empuk dan lembut dan panas dan seperti spring toink toink. Oooooohhhh (letak tangan kat pipi sambil tarik kebawah)








I WANT BREAD MAKER!




Oh saya suka makan roti. Sebab tu saya nak buat sendiri. Hehe. Dan lagi, nk uli pakai tangan sendiri? ermmmmmm tangan saya kecil, jari pun halus2 saja.. mak ckp mcm lidi je. So alasan mutlak tak larat uli pakai tangan. Hahaha.

Persoalannya skrg, KAT MANA ADA JUAL BENDA NI? Brand apa yg bagus. Tlg jawab sat sapa tau.




Sape nk bg hadiah ponnn boleeeeeeeh!

Resepi Rahsia #20 :: Puding ROTI Karamel

Aha. This is my 1st trial ever. Sebenarnye tak suka sgt makan puding karamel, sebab kandungan telur yang banyak tu buat saya loya sket. Tapi semlm tengah jalan2 kat blog Secubit Garam, tetiba nampak puding ni. Oh gebu lah dia buat. Sebab dia letak roti. So jadi lah namanya puding roti karamel. Terus saja teringin nak buat. haha

Jom tengok resepi.

Bahan-bahan
4 sudu besar gula (untuk jadikan karamel)
4 keping roti
3 biji telur A @ 4 biji gred B (di pukul manja dan di tapis)
1 cawan air suam
1 cawan susu cair (saya guna susu segar)
1/2 cawan susu pekat (kalo nk manis lagi, letak 1 cawan)
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara
1) Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali (guna api kecil), masak hingga gula jd perang. Kemudian masukkan 1 sudu besar air. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

2) Panaskan pengukus.

3) Carik2kan roti (buang kulit) kemudian blender bersama air suam dan susu.

4) Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.

5) Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam).


Kalau guna loyang yg kecil sikit mesti lagi nampak gebu. Rasa puding ni, lebih kurang je ngan rasa puding karamel original.

Tadaaaaaaaaa~!

Puding Roti Karamel

Loyang 8 inci mcm ni lah jadinya, nipis sikit dan tak nampak kegebuan... ;)





Mesti cuba.

28.7.11

Resepi Rahsia #19 :: Bread Pie Vege

,
Resepi ni diadaptasikan dari blog Kak Nor ni. haha mcm filem pulak nk adaptasi bagai. Dah lupa nama asal apa yg Kak Nor bg, so main hentam je namanya. Nak search kat blog dia pun tatau nama apa. hehe tp mcm ni la lebih kurang resepinya. Cumanya saya guna roti Wholemeal yg lebih berkhasiat dan jugak lebihkan sayur2an. Still dalam Misi Vegetarian punya kes lah ni. Hehe..

Bahan-bahan:

Roti Wholemeal/ Biasa,
bawang besar (kuning)*
timun*
seleri*
capsicum*
tomato*
cendawan shitake/butang*
ayam/sosej/daging * (optional)
olive oil
cheddar cheese
mozzarella cheese

potong dadu semua yg bertanda *

Cara membuatnya:

1) Panaskan oven 140C. Giliskan roti sehingga nipis dan potong tepi. Masukkan ke dalam bekas pembakar muffin atau tart. Bakar selama 5-10minit. Siap, dah jadi mcm bentuk pie roti

2) Goreng semua bahan yg di potong dadu dengan olive oil sehingga masak.

3) Masukkan bahan goreng kedalam pie roti tadi. Taburkan cheese keatasnya dan bakar selama 5-10minit lagi. SIAPPP!


Senang kan?? Sedap di makan panas2 dan garing.




Selamat mencuba!

Famous keyword for this week

80% adalah pencarian tentang hal PUASA..hehe nampak sgt Ramadhan dah dekat kan. Thanks pada mereka yg dah berkunjung ke sini secara sengaja atau pun tak sengaja even takde lah banyak mana sgt pun info kat sini. Semoga info yg sikit tu dapat jugak membantu korang.


Next week puasa, InsyaAllah ade la entry resepi biskut nk di post lagi. hahaha. Esok jugak nk pegi beli sepsiap bahan2 kuih raya. Jom!




semangat nk puasa.

27.7.11

WW #002 :: Biskut Raya


nak try buat 1-4 tu jugak!




mari serang kedai barang bakery!

WW #001 :: Lotion

Kaki tangan kering, especially kaki. Dah mcm simen tak lepa saja. Nak try yg ini pulak instead of botol pink yg belakang tu. Okey ke?




dasar potpet2 nak buat entry wordless wednesday jugakk!

Misi V

Dah hampir genap sebulan dah misi V untuk sang Arjuna. Yeah misi V yg macam saya cerita kat sini haritu. So sepanjang misi dilancarkan. Pelbagai sayur dah explore. Yang sebelum ni tak penah masak pun sayur tu, dah kena cuba masak. Hehe bagus jugak. Kalau tak asyik2 masa sayur lebih kurang je, boh sos tiram, kacau2 siap.. hahaha.

So kat bawah ni jenis masakan sayur yg saya dah cuba. Biasa2 saja. Tu pun tak sampai 10 yg sempat bergambar. Yang lain, selamat telan b4 bergambar. hahaha.


Kimchi, di makan dengan nasi putih panas2.. perghh terus mak ckp Korea "annyeonghaseyo~!"

Rendang Shitake, haa yg ni saya makan ngan nasi minyak. Resepi dari Matgebu lah.

Pak Choy Mushroom Oyster, saya bagi kuahnya lebih sket..(resepi rutin dolu2 @ resepi sayur malas)

Terung Bakar Bercili, haa ini 1st time buat.. seumur idup tak penah masak terung sendiri. Hahaha.

Sup cendawan halus. (apa tah namanya cendawan panjang2 tu) Simple2 saja.



Lain-lain adalah Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku, Masak Lemak Kobis, Asparagus goreng oyster, Kacang buncis goreng, Cendawan Goreng Tepung dan ulam saja. Hehe. Selebihnya, makan kat kedai pun ada. hihi



Alhamdulillah, skrg Arjuna bleh campur sikit Ayam Kampung dan Ikan Laut. But still, dia takleh pulun sgt. Tak kisah lah, jadi takde lah boring sgt dia nk ngadap sayur sepanjang Ramadhan nanti. Ermmm sedapnya Ayam Kampung kan. Masak Kerutuk. Hunting for Ayam Kampung lah kat pasar weekend nanti. ;)





yg memasak,

26.7.11

Percutian Familia

LADANG TEH

KEBUN STRAWBERI


KEBUN SALAD



Hah mana lagi kalau bukan di Cameron Highland! Di situ lah percutian ala2 family day utk family kecik saya tu awal bulan lalu. Family saya cuma ada 5 org; Abah, Mak, Abang, Saya, dan Adik laki saya. Okey saya anak perempuan tunggal. Tapi bila semua dah kawin, total ada 8 org termasuk menantu. Tapi bila dah beranak pinak. Jadi 12 org ahli keluarga. Wah dah tak muat satu keta dah. Kena beli bas lepas ni kalau nk berjalan2 satu keluarga. hehe.

Sayangnya percutian ni, abah tak dtg pulak. Bz jaga padi katanya. Orang dah pencen mmg rajin bercucuk tanam. hehe. Tipu, abah masa tak pencen lagi pun rajin jugak berkebun bersawah. Mmg anak jati kampung. Tak pulak berjangkit kat anak2 dan menantu. hehehe.

Ermm last saya datang Cameron adalah 3 thn lepas. Masa tu saya baru pregnant, tp blom check lg. So tak tau lg kata pregnant. So bila rasa loya nk muntah, bajet mcm mabuk jln la. Ye lah dah jalan pusing2 sapa tak pening. Hehe.

Ok seawal subuh kami bertolak dari KL, saya dan adik saya dari KL, mak dan abg saya dari Penang. Lalu bertemu di puncak Cameron.

Haa ni mamita saya dan cucu terbaru.. semua ckp muka saya photostat muka mak. Anda rasa?



Kami sewa apartment di sana. Erm..di Tanah Rata kalau tak silap. Murah saja, RM300 je sewanya. Ada 3 bilik, dapur lengkap pekakas semua, tv, dan sofa. Lalu malam tu, kami buat ala2 bbq. Tapi sorang2 adalah pelahap, maka telan semua makanan b4 ambil gambar. T_T


Yang masih terselamat.. semua disediakan oleh Chef Faizal..abg saya la tu...;)



Dah kenyang mestilah tak boleh sayangkan lemak, maka semua itu harus dibakar dengan cara berjalan2 di pasar malam Brinchang. Rasanya mmg ada setiap sabtu.

Benda yang ada di mana2, sayur goreng. Oh lupa nak amik gambar kuih glemer, namanya Kuih Brinchang. Sedap. ;)


Sibuk beli belah sambil menggedik. :p

Steam boat pulak. Ok tipu, mana boleh makan bila tiada ruang lagi dalam perut.

Haa makanya, kami tunggu esok hari, STEAMBOAT tengah2 hari pun boleeeeeehhh!


Adeh pegi 2 hari je. Cepat benorr. So lepas bersteamboat tu, kami beli belah la segala benda wajib seperti stoberi dan sayur2, dan terus lah turun ke tempat asal masing2. Ye tujuan datang pun sbb semangat VEGETARIAN sang Arjuna seperti yg saya citer kat SINI aritu. hehehe.

Lelaki ini kiut kiut!

Encik Chef (abang saya)

Puan Kakak Ipar, mak kepada 1st & 2nd Lelaki ini kiut.


Encik Adik Lelaki, dan Puan Adik Ipar...tu nenel tecik milik mereka. ;)


Dan akhir skali, Puan blogger dan Encik Arjuna saya. ;)




I LOVE MI FAMILIA!



miss u ols!

22.7.11

Spell it right!

Assalamualaikum.

Hepi fly-day everybody.. this is another story about my lil Irfan. hehe



Meredhakan barang kita menjadi hak mutlak si kecil kadang-kadang berguna jugak. Tak salah. Begitulah nasib Ipad hadiah harijadi Januari lalu. Boleh kira dengan jari brapa kali je mama dpt layan sepenuhnya Ipad tu. Tu pun kalau Irfan tido or he's not around. =.='

The most favorite routine that Irfan always does is...watching Youtube. Of cause lah mama dah tlg buka page yg sepatutnya, like ABC songs, Elmo, Pocoyo and other nursery rhythms. The good thing is, there has an ABC Phonic Songs which kids can learn the sound of the letters. So, secara tak langsung my cute lil son started to learn the ABCs but he mixed up the word and phonic together.. LOL.

Let's see Irfan's ABC.

A - ae..
B - ball....(see dia hafal b for what..unless mama sebut b, then baru dia ikut)
C - meoww.. (for cat)
D - dog..uk uk..
E - eiii.... or he make sound uuuuu~~ (elephant)
F - fish...fishhhhhuwaaa.. (fish)
G - .....
H - h... or hat (sambil pegang kepala)
I - ai.. (sambil tunjuk eyes... ok dia dh keliru ngan sound..haha)
J - uhh..(pegang hujung baju..= Jacket..tanda sejuk pakai jacket..hehe)
K - kay..
L - .......
M - ermmmm (sound je..kalau mama ckp 'em', baru sebut.)
N - en
O - ooo (yg ni paling terel sebut)
P - pi.. (tapi slalu lupa camne sebut...haha)
Q - .....
R - ......
S - esh..
T - roaaarrrrr (tiger... sumtimes dia sebut lah ti)
U - yuuuuuu (sambil tutup kepala = hujan pakai umbrella okey.)
V - ....
W - .....
X - ex..
Y - waii... Yak (binatang selembu, Yak)
Z - ....


Funny kan..ada ikut bunyi, ada sebut huruf, dan ada hafal benda.


So duduk saja2 tgh makan biskut ke, tgh minum susu ke, tgh dalam keta ke, nanti dengar lah suara kecik tu mengeja.


Contohnya, kalau dah habis minum susu, nanti dengar lah dia mengeja....;)
Roarr - Ooo - ermmm - ermmm - eiii - eii ---- Roaarr - ai - (skip) - (skip) - ei -ei...
(skip sebab dia lupa...haha)




Ohh pagi tadi dia bangun tido, sambil duduk tunggu mama siap, dengar laa suara comel bangun tido sebut... ae - yu - eshh - eshh - aii - en - oooooo!!!


Cuba teka apa? Yeahhhh....





merujuk pada paperbag ;)


Comel je. hehehe
Ok lah boleh mengeja sket2. Lepas ni mungkin dah boleh sebut btol2, then petah lah bercakap. haa boleh la masuk kindergarten next year. eh.


** ingat nk post video youtube tu. later lah. . :P


(irfan 2 tahun 5 bulan)


alhamdulillah..

20.7.11

Resepi Rahsia #18 :: Kek Seth Tan a.k.a Devil's Food Chocolate Cake



Assalamualaikum.
Hai semua.. Nampak kek kat atas tu?? phew..lama kan saya tak sharing pasal baking kek. Haritu lah, saja jelajah blog2 'masterchef' utk cari idea nak masak vege. Skali terpaut pada kek yg menggoncang jiwa ni. It makes me melting like a chocolate ganache dah.. Maka Ahad lepas, walaupun penat seharian mengemas rumah, saya gagahkan diri jugak buat kek ni.

Actually resepi ni saya jumpa kat blog Kak Nor, dan dia pulak amik dari blog Ayu dan dia tu pulak amik dari cupcakeschek.blogspot.com. Pergh resepi berantai kan. Ok la tu, sharing2 kan.

Ok jom tgk resepi kek ni. Kek 'Seth Tan'...haha nampak mulia sket nama kek nya.




DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE


Bahan-bahan:

1 cup tepung serba guna
1/4 cup serbuk koko
3/4 tsp soda bikarbonat
1/4 tsp garam
1/2 cup gula (saya kurangkan 1/4 je)
1/2 cup gula perang- ( sy guna 1/4 jugak)
65g butter
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only for this recipe)
1/2 cup air suam
Cara membuatnya:-
1) Panaskan oven 170 degrees.
2) Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, dan garam. Ketepikan.
3) Pukul butter dan gula sehingga kembang dan masukkan telur. Pukul lagi.
4) Masukkan bahan ayak tadi berselang seli dengan buttermilk dan air suam (selang seli 3 bahagian) . Akhir skali masukkan esen vanilla.
5) Bakar selama 30 minit.


Ok untuk topping cream cheese dan chocolate ganache, boleh guna setengah saja dari resepi asal dah cukup. Sebab bahan2 utk kek tadi takde lah banyak sgt jadi nye. Buat setengah pun akan berlebih jugak nanti. So jangan membazir. ;)


Cream Cheese Frosting (use half of this amount)
250g cream cheese
125 butter
1 cup gula icing
1 tsp esen vanilla
juice of a squeezed slice of lemon

Pukul cheese dan butter sehingga creamy dan masukkan gula icing, vanilla dan lemon juice.



Chocolate Ganache (use half of this amount)
200ml double cream ATAU whipping cream
250g dark chocolate
secubit garam

Panaskan cream menggunakan teknik double boiler. Masukkan coklat dan garam. Kalau sehingga cair.

Bila kek dah sejuk, boleh la sapukan cream cheese dan tuang coklat ke atas nya.


SIAP!

Okeh, ni versi exaggerate..hehe Bagaimanapun rupa bentuk, ia tetap sedap! Peminat no.1 saya adalah Irfan.. hahaha "maaaa~~~ nak kek...!"



Oh sebenarnya kek ni nk menyerupai kek Chocolate indulgence kat Secret Recipes. Cumanya saya tak buat layer2 je.. Next time kalo rajin saya buat jadi gini terus. Wahhh tingginya cita2..hehe.



**saya kurangkan gula sbb ada pesakit diabetes. tp kalo korang suka manis2, sila la ikut btol2.. :)





Selamat mencuba!

14.7.11

Woman and Shoes

Selain dari handbag, KASUT adalah komponen penting buat kebanyakan wanita. Ya, kena sebut kebanyakan, sebab bukan semua wanita suka kumpul kasut.

Dulu2, masa zaman belajar yang masih guna duit sponsor PAMA dan pitypitipu, kasut saya ada hampir 20 pasang tanpa sedar. Tanpa sedar disini bermaksud, bila dah habis semester, nak kena pindah bilik, tah kenapa banyak gila plastik berisi kasut pulak. err tak tawu tak tawu... ;p

Namun begitu setelah meningkat matang, kadar pembelian kasut secara rembat telah berkurang dan segala pembelian menjadi penuh berhemat dan bergantung pada keperluan. Konon lah. Tapi ada jugak betulnya. At least skrg tak sampai 10 pun kasut termasuk yg saya tak penah pakai langsung pun ada satu. Hahaha. Ok la kan.

Kalau dulu beli asal berduit dan berkenan. Sekarang bergantung pada nak pakai pegi mana dengan kasut itu.

Ok so dipendekkan cerita, saya nak kasut mcm kat bawah nih. Seketul pump kaler brown. erk brown oxford..yg ala2 klasik gitu. Boot brown oxford saya tak boleh disamakan dgn pump idaman sbb dia adalah sejenis boot...so kena beli seketul pump jugak. boleh gitu?


Penat gugel nak cari yg menepati citarasa tapi tak jumpa, terjumpa pulak yg ini.. ini pun boleh...
ahhh santeknye ALDO.. err pakai jln2 kat pavi pon boleh even pegi pavi sethn cuma 2 kali... :P

style kan. style gini lah yg saya nak tp kaler brown kilat2 tu..auw.. tetiba nk pakai ngan trench coat..:P



okeh dah habis berangan. Mari masukkan dalam mimpi supaya jadi kenyataan suatu hari nanti. theehihi..



mak suke,

6.7.11

Ia bermula dengan A bukannya aaaa~

yeahh...APPETON~~dengan lysine!



Haa mcm iklan pulak. :P

Ye memang nk iklankan sikit walaupun ada yang dah tahu. Siapa tak nak anak membesar bagai johan kan. Nak bg milo dia taknak. Nak bg nasi pun tak nak sgt. Nak bg roti pun tak nak jugak. Apatah lagi sayur dan buah kan. Harapkan susu formula tu je. Dia bukan baby lagi!! Jadi saya pun mengambil langkah ini untuk monitor balik perkembangan Irfan.

Masa umur setahun dulu, dah penah beli, tapi Irfan selamber bg pecah botol tu.

Then saya beli Scott's yg chewable tu. Tapi ini budak kecik terlebih suka pulak sampai nk buat sebagai gula2. Kang teroverdose pulak. T_T

Then beli lagi yg jenis tablet, lupa lah jenama apa, masa tu nk cari Appeton, tp tak de, salesgirl tu beriya2 suh beli yg tu. Hampa. Irfan tak suka tablet. Sapa nak angkat tangan!


Akhirnya, last week jumpa jugak Appeton dengan Lysine ni dalam bentuk syrup. Biasa lah, kalau saya mencari mmg payah btoi nk jumpa. Cuba tak cari.. bersepahhhhh je dok jual sana sini. T_T


Berat Irfan dah turun dekat 2 kg kot sebab dia tak makan nasi dah seminggu. Sebelum tu pun makan cuma 2, 3 sudu je. So dari last week sampai arini, saya bagi Irfan minum 4 kali je baru. Alhamdulillah. Selera dia bertambah. Siap over lg.


Dah makan nasi lebih dari 10 sudu dah. Pastu sambung lg pulak makan biskut or yogurt or apa2 yg dia nampak lah. Pantang saya turun dapur, dia pun turun selongkar peti ais, amik lagi koko crunch.. vitagen..buah.. okeh mision to improve the appetite sukses!


Okeh jom tgk multivitamin yg terkandung dlm sebotol Appeton ni.

Nutrient
Composition
Each ml
US RDA*
Functions
Vitamin A
1500iu
100%
Ensure good eye sight
Maintenance of proper calcium level in the body
Ensures healthy bones and teeth
Vitamin D3
400iu
100%
Vitamin E
5iu
100%
For proper cell function and protect body cells from free radicals
Vitamin B1
0.5mg
100%
Necessary for the normal process in carbohydrate, protein and fat metabolisms
For red blood cells formation and
Correct functioning of nervous system and proper food assimilation
Vitamin B2
0.6mg
100%
Vitamin B6
0.4mg
100%
Nicotiamide
8.0mg
100%
For normal skin condition and nervous system
Vitamin C
35mg
100%
Helps to increase body resistance toward infection
Prevent the occurrence of scurvy
Vitamin B12
2mcg
100%
Essential for cell formation especially red blood cells and they are vital in prevention of certain form of anemia
Taurine
20mg
-
Helps in brain development, memory, attention, improve learning ability
For eye healthiness and development
L-Lysine HCI
20mg
-
Promotes muscle growth, weight gain and calcium retention
Helps to enhance body height and weight gain which have been proven in a Japan study


Bagus kan. Cubalah.




senang hati,

5.7.11

He likes...

OMG!


Dah lama rupanya mama tak update pasal anak mama yg manja ni. Dah 2 tahun 5 bulan dah. Ye la, slalunye tahun pertama je yg rajin nk update pun, tu pun skip byk jugak. Inikan pulak laa dah 2 tahun gini.. hehehe..


Well...Irfan skrg sudah mcm2 karenah. Banyak main sorang2, berlakon sorang2, cuba tiru mama ckp, cuba tiru gaya abah...

Time mandi dia paling suka main segala baldi lah gayung lah..sabun semua2.. mcm budak2 lain la jugak..


Irfan dah terel main lego (block2 ni dari dulu I panggil lego sbb time kecik2 dulu tau lego je..haha). Dan dia susun lah mcm mana pun, semua akan dijadikan pistol.. bengbengbeng!


Obses dgn kucing. Pegi mana2 pantang nampak kucing. Mula2 pegang tali dulu, pastu pegang kucing, last2, meniarap ngadap muka kucing tu..ada peluang, cium pulak muka kucing -_-"


Lagi satu obses dia adalah ball. Kalau dah jumpa selagi tak kluar dari tmpt tu, maka di usung lah bola itu kemana jua. Kalau nasib tak baik, kami terpaksa beli bola again and again..-T_T


Ohh ini budak sgt berlagak bila berada di dalam pool. Takmo mama pegang konon. Lupa laa tu penah tenggelam dlm kolam akibat berlagak itu. hahaha.


Dia suka buat ekspresi mata. :)

Dan paling tekun kalo menunggu utk makan kek.


Erm, even mcm2 karenah dia dh buat. Irfan still tak petah bercakap lagi. Vocab je bertambah. Takpe mama dan abah sabar menunggu budak petah berckp. Buleh agak kalo dia berckp petahnya mcm mana.. sebab skrg pun dia dok ckp bahasa german+thai+korea pun bukan main laju lg.. haha

Irfan sekarang :

- kenal semua anggota muka. (eye, nose, mouth, teeth, cheek, head, hair, ear..) He always practice how to pronounce himself.

- cuba2 baca doa makan dan selepas makan. Gaya je la slalu lebih. :)

- nyanyi bait2 lagu Old McDonald, baa baa black sheep.

- suka menari lagu Clap Your Hand, erk lagu JLo on da floor and lagu Neyo pun dia tibai menari jugak. Bukan salah mak okey..hahaha

- dah pandai sebut jenis2 color, kenal blom lagi kot.

- dah pandai guna ayat kantoi.. "aaahaa ta ta duu.." (ahaa tak tawu..)

- sgt pemalu tak pasal2. huhu Malu dia bukan jenis senyum2 sipu. Tapi jenis buat tak tawu. tgk tempat lain.. adeh..perangai sapa eh.

- kalau dia pissed off dia akan cari jln penyelesaian. cth : abah suka kacau dia main, cukup 3 kali dia mengelak, abah still kacau jugak. Nanti dia pegi amik majalah photog, bg kat abah suh baca dgn harapan tak kacau dia lg. Hahahaha so cute lah!

- "mama desh" adalah merujuk kepada "ini mama punya" atau "ini mama buat" hoho

- ikut mood baik, hai semua org. babai semua org. tp kalau mood tak baik, tgk pun takmo. haha




Kebanyakan vocab Irfan banyak datangnya dari Ipad. Dia layan Youtube and all games and learning application dalam tu. Bagus jugak. So tak kisah lah kalo Irfan nk buat harta pun Ipad mama kalau btol cara gunanya. ;) Thanks Ipad. Thanks Abah sbb bg hadiah.

Ok dah la tu. Mama nk sambung buat keje balik. hehehe.. Mama doakan Irfan cepat bercakap.

Babai~.... (nada comel paling ultimate!)







Bila Irfan nk dpt adik eh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...