22.6.11

Dimulakan dengan sekeping kertas...

untuk si Abah tersayang. (ye confirm lah si mama yg tlg pegang tangan anaknya sambil tulis2 ni..hehe)


Lalu..pegi menjamah cuppy di Wondermilk saja sebab niat murni mama utk buat triffle terbantut.... (tp semua cuppy adalah pilihan feberet mama..especially peanut butter..yummy)


Oh cap bapak dan anak.. Happy Father's Day!

I love this picture.. and i love the background... and I love them so much!


Dah sudah tu, masing2 blur tatau nk menghala ke mana. Ke KL? Pavi? Mid V? OMG...booooorinnggg! Lalu dengan tidak semena2..tetiba2 kami membuat keputusan mengejut untuk ke......

19.6.11

On behalf of Irfan, I write this for his daddy..

Assalamualaikum Abah,
Ni mama Irfan ni. Tp ni sah2 lah Irfan suh mama comel yg tulish sebab irfan kan cakap pun tak reti2 lagi apatah lagi la kalau nk taip beloggggg kan kan kan? hek hek hek.


Irfan nak ckp ni.. sepanjang 2 tahun ni.. Walau abah sesibuk menteri kewangan pun, tapi Irfan sentiasa hepi..


....bila abah dapat luang walau seminit masa bersama...

.....bila kita suka berebut benda yg sama......



...bila mama tak bg irfan makan yogurt kalau takmo makan nasi (sebbaik ada abah)....


...dan bila abah selalu tido nk sendeng2 tepi irfan... Suwiitt lah abah neh. :)

Irfan slalu rindu abah kalau abah balik keje lambat. Slalu rindu abah kalau abah masuk spital. So abah jaga la kesihatan abah demi Irfan dan mama ye? Irfan kecik lagi, takboleh nk jaga abah, nanti irfan besar, irfan jadi doktor, Irfan buleh jaga abah pulak. (erk mama guna ayat2 drama) Walau Irfan ticik lagi tapi mama tawu apa Irfan rasa. Sebab tu mama tulis ni. Terel kan mama Irfan? hehe



Sesungguhnya anugerah terindah dari Allah yang Irfan ada selain mama, adalah Abah! Semoga Abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah SWT. Amin.


- Alif Irfan-





yg menurut perintah, hehe

17.6.11

Penangan Nora Elena


haa dah habis pun drama bersiri sensasi Nora Elena tu. Tu pun ada juga status kat FB yg tatau citer apa tu? hahaha

Episod pertama aku tgk citer ni, sikit pun tak rasa apa yg best sgt pun citer ni. Tengok episod kedua pun, macam takde rasa best mana pun. Tapi dah takde benda nk buat, layannnn kan aje lah. Makin lama makin syok pulak. Makin si abam macho Seth Tan tu nk cuba nk amik hati Nora Elena, makin menarik citer tu. Buat penonton semua pakat buat status kat FB ckp tgh senyum sorang2 lah, sedih la.. hati berbunga lah. Kluar lagi pulak status ayat penuh makna pasal pelangi lah, katil tu besar la.. bla bla bla.. hahaha Salah sorang penonton tu, termasuk lah AKU. :P


Aku takde lah fanatik sampai hari2 nk ngadap. Ye ke??(sambil buat pandangan sinis -_-) Betulllahhhh! TAPI tu pun bila Arjuna ajak kluar makan awal atau kemana2 dari lepas keje. hehe Kalau tak, mmg melayan jugak.. Hehehe.


Oh tapi semlm puasa, Arjuna ajak kluar awal, aku taknak, ckp nak tgk episod akhir ni, sekali lg 15 minit nak habis Arjuna balik suh siap2 nak kluar dah. Wuaaaaaaa, tak sempat tgk ending dia! Ciskek, tp takpe, tau ending sure hepi mcm dlm novel. Jadi kurang ralat lah.


Camne pun, byk lah scene2 citer ni yg TAKDE LAH KLISE SANGAT mcm citer2 melayu lain. So take note lah pada yg kondem2 citer ni ckp sameeee je citer melayu lain2 tu. Baru tgk satu episod, episod last pulak tu, terus kondem kan. hahahha Ala citer omputih pun byk je cliche aku tgk. Citer korea lagi la. Citer hisdustan pun. Hahaha emo plak. :P




Oklah, memandangkan ramai anak gadis yg blom kawin mengimpikan jejaka seperti Seth Tan, minta saja perangai sweet romantisnya bukan perangai lampau mcm setan dia. hehehe (tetiba teringat ada org tulis Seth Tan ke Setan? eh ) hahahhaha Jangan marah aaa..




tgk citer tu, rindu Arjuna, :P

15.6.11

tentang puasa ganti yang jarang diambil berat

Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata :

"Di saat kami haidh di masa Rasulullah SAW, kami di larang berpuasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat" (H.R Bukhary Muslim)



Nah, siap kluarkan hadith lagi. Harini saya tgh qada puasa. Maka dgn itu, rajin la nk gugel2 beberapa hal pasal ganti puasa, dan nk sharing sket. Tak sangka jumpa byk sgt. So tak larat lah nk taip banyak2.

Jadi saya share link je la kan..haha.

Mula2 tercari pasal menggabungkan puasa ganti Ramadhan dan puasa sunnat Syawal. Ada ulama ckp harus, ada yg ckp sunat. Aisyah ra. jugak tidak menggabungkannya. More info tgk sini. Btw, saya pun tak penah lagi gabungkannya. Err puasa sunat Syawal pun tak penah buat. #pengakuan_jujur T_T


Lepas tu search lagi pasal hukum membatalkan puasa ganti. Nah terjumpa pulak blog yang ini dan byk pulak info lain yg dpt. Terima kasih banyak2 sebab sharing. Dia pun ada bg link lanjutan ke sini pulak. Baca lah!


Tak jumpa pulak apa yg saya nak dalam link2 atas tadi. Tapi saya tetap nk cari evidance hukum membatalkan puasa ganti dengan sengaja atau jika datang haid. Sebab dulu masa sekolah, kalau tak silap saya, ustaz saya cakap, kalau batal puasa ganti tu, maka puasa kita tu akan berganda. Sebab bila kita berpuasa ganti, sama seperti kita sedang berpuasa Ramadhan jugak. So, kalau sapa2 ada terjumpa pasal hukum ni, sila la sharing ngan saya.


Oh lagi satu pasal menggantikan puasa di bulan Sya'ban. Selalu dengar, tak boleh berpuasa pada Hari Syak, iaitu 29 atau 30 Sya'ban. Tapi tadi terjumpa pulak, sebaiknya jgn berpuasa 15 hari terakhir bulan Sya'ban melainkan dia sudah memulakan puasa sebelum 15 hari terakhir itu.
Sorry yang ini saya dah tertutup link dia. Tak igt dah jumpa mana.


Insaf2.. lenkali kena ganti awal. Ayuh mulakan skrg bg yg belum mula tu. ;)






Memperbaiki diri,

8.6.11

Confession of Shopaholic (version Bandung)

Ya ibu2, aku baru pulang dari Bandung. Kali kedua ke sana, pastilah aku membalas dendam segala ralat semasa pertama kali ke sana dulu. hehe.

Misi terulung adalah shopping. No Tangkuban Perahu, no Kawah putih. Even mmg kami rasa nk pegi tgk kawah putih, tp tak cukup masa kalo pegi, sebab cuma pergi 3 hari saja. InsyaAllah next time.

Bertolak jam 940 pagi waktu Malaysia, sampai 1045 pagi waktu Bandung. Lebih kurang 2 jam perjalanan, nasib baik Bandung sejam lewat dari Malaysia.

Terus terjah ke Grand Seriti Hotel. Masa tiba baru pukul 12.15 tgh hari. Check-in time pukul 2 ptg. Jadi kami tinggalkan barang dan terus terjah Pasar Baru sampai lah kedai semua tutup jam 5 petang. Erk lama jugak. Kemudian terus ke Rumah Mode. Alang2 dah Rumah Mode dekat dengan hotel kami. Malas nk checkin awal2.

Dah habis shopping di Rumah Mode, makan2 di cafe sebab tunggu cewek manis, teman baru aku dari Jakarta datang jenguk kami. Aku puji kardigan dia pakai cantik, tak pasal2 Lina bagi kardigan tu buat souvenir pulak. haha. Thanks darling~!


Memandangkan semua udah penat, lalu kami kembali check-in. Lihat bagasi seblah kanan bersama hasil tangkapan. Oh nampak tak bayangan seblah kiri, sepupu aku yg di timpa musibah pulak di toilet lobby..


Sinki top (marble) ini jatuh menimpa kakinya. Aduhhh, aku tgk pun dah ngilu kot.. T__T

Pihak hotel bawa pegi hospital dan sah ibu jari kaki retak. T_T Lalu dia terpaksa la kuarantin kat bilik hotel je. Sebbaik dh settle shopping byk2 before tu. So dia cuma layan spa di bilik saja.

Hah ini bilik kami. Irfan suka benar kalo masuk bilik hotel.. sejuk2. Haihh nk kena pasang air-cond lah ginih..Ye umah mak takde ekon lagi okayyyy! Hahaha

Ya inilah hasil tangkapan hari pertama kami.


Hari kedua, pegi shopping lagi di Uptown, Episode, Oasis, Secret, Heritage, Cascade, Summit, Terminal Tas, dan Jonas.

Mesti lah penat kan, jadi wajib memanjakan diri di Mariati's Spa, Gallery and Cafe.. enak banget!

Hasil serangan hari kedua. Terpaksa beli luggage baru. hahaha.

Ohhh i dont believe this. Semalam semasa di pasar baru, aku terus tempah kain yg dibeli, katanya bleh siap sehari. Nah terbukti! Pantas dan kemas dan lagi cantik! Mak sukaaaa~! Ok dah kantoi baju raya i!

Last day, check-out hotel seawal 8 pagi. Terus serang segala kedai brownis. Try beli Amanda pulak sebab dulu tak sempat rasa. Tp tak bg saya tak sedap sgt. Salah pilih flavour kot. Hehe.

Paling suka, Kartika Sari... sedap sgt! Borong gila2. Dulu aku hanya beli DUA saja. DUA sahaja apa punya tak masuk akal!! hahahha Kali ni beli berketoi2.. hamek kau!

Nak shopping di Rumah Mode kali terakhir, tak buka lagi pulak. Jadi bergambar saja depan ni, sebab blom penah ada gambar kat sini sepanjang kami ke mari. haha

Tak puas hati, paksa supir masuk Jln Dago balik, yey Uptown buka. Masih punya masa utk shopping, maka shopping lagik supaya tidak rasa termimpi2 apa2 baju lagi. hahaha. See irfan pun kecoh je.

Ka-ching!

Singgah lagi beli buku photography..


Akhirnya pulang. Haih flight delay pulak, kalau supir kami takde keje lain, mmg aku paksa dia patah balik amik kami makan Bakso Malang.. Malangnya kami tak sempat makan.

Apa2 pun, trip kali nih mmg heaven lah shopping. Mmg puas. So pause shopping sampai raya! bleh caya ke? hahahahhaa....




till we meet again Bandung!

2.6.11

Resepi Rahsia #17 :: Mi Pavlova


Hello! Lama kan tak jadi chef bajet terel kat sini. Haritu kat entry birthday hubby, saya ada tunjuk Pavlova buatan sendiri buat julung2 kalinya. Maka dengan itu, ada dua tiga org kawan minta resepi even saya dah bagitau saya pun cilok dari internet aje. Haha, maybe nk bukti 'org tempatan' sendiri yg buat sehingga jadi, baru nk cuba kot. Nevermind, I'll share with u ols~


Mi Pavlova

Bahan-bahan:

4 biji putih telur (besar)
1 cawan gula Castor
1/2 camca teh cream of tartar ATAU 1 camca teh white vinegar (saya guna cream of tartar)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca besar tepung jagung

1/2 cup whipping cream
Buah-buahan segar - strawberi, kiwi, etc...


Cara membuatnya:

1. Panaskan oven 140C dan sediakan loyang yg dilapik kertas turas. Kalau nak bentuk pavlova jadi bentuk elok, lukis lah bulatan 7inch atas kertas tu. Hehe. Tak lukis pun ok je.

2. Pukul putih telur dgn kelajuan sederhana sehingga kembang. (soft peak)

3. Masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Teruskan pukul sehingga putih telur kelihatan berkilat dan menjadi stiff peak.

4. Taburkan tepung jagung, cream of tartar dan esen vanila ke dalam meringue (adunan putih telur) tadi dan kacau perlahan-lahan dgn plastik spatula. Better buat satu arah saja. ;)

5. Tuangkan adunan di atas dulang, dan bentukkan mengikut kesukaan atau mengikut bulatan yg anda lukis tadi. :)

6. Bakar meringue selama 1 jam 15 minit atau sehingga ia kelihatan seperti warna kulit telur.

7. Tutup oven and biarkan pintu oven terbuka sedikit supaya meringue tadi sejuk sepenuhnya. Meringue akan retak sedikit bila dah sejuk.

8. Untuk cream, pukul whipping cream dengan esen vanila sehingga kembang.

9. Sapu perlahan-lahan cream tadi ke atas meringue dan hiaskan dengan buah2an segar.


** biasanya pilih buah yg masam2 manis sikit sebab pavlova adalah sgt manis. ;)


SIAPPPPP!

mmg dia akan merekah pun. jgn igt tak jadi pulak. tp kalo tak merekah byk sgt lagi comel kot. haha



gebu eh?


Selamat mencuba!




tgh dlm process membuat macarons sehingga berjaya,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...