23.2.11

Irfan's Wonderpets Party

Alhamdulillah, abah dah kluar hospital. Jadi harini mama selesa sikit nak buka citer pasal besday parti Irfan yg kedua.

Mulanya, mama tak bercadang pun nak buat party utk tahun ni. Tapi tetiba abah beriya-iya nak buat. Maka mama tlg lancarkan saja. Mama kan cepat excited kalo bab2 kamu ni. Hehe. Jadi mama pun buat lah theme Wonderpets. Memandangkan besday2 mama dan aunty2 kamu semuanya bertemakan warna, mama dan abah pun sepakat nak buat tema warna Yellow Mellow (kuning).

Kali ni mama buat preparation seawal dua minggu. Mama, Aunty Yana dan Aunty Aliya settlekan goodies bag dan costume. Gigih kan mama? Ye la, tahun lepas kalut2 saja preparation, langsung takde goodies bag. Sebab tu tahun ni lebih bersedia. ;)

Makanan mostly mama order. Jadi hari sebelum party, mama kena terkejar2 sana sini dengan kamu untuk amik semua barang2 sebab abah kan demam teruk. Sian abah, tapi abah gagah jugak tolong kemaskan umah sikit2. Thanks to Ummi Iez dan Aunty Atie (officemate mama) sebab dorang sponsor puding dan vitagen untuk besday Irfan. Tapi dorang tak dpt datang, sbb ada hal.


Dalam kekalutan mama tu, nasib baik lah Tok Mariah datang. Jadi Tok yang mahir bab masak-masak dah tolong mama settlekan hal makanan. Fuuh lega.


Irfan nampak happy sgt haritu. Nak pulak dapat banyak hadiah dan hadiah ultimate, Irfan dapat 2 superbike berbateri dan jugak basikal. Dah jadi kalut nak naik yg mana. Haha.


Oklah Irfan, kat bawah nih gambar kenangan kamu di usia 2 tahun. Tu saja yang mama dan abah mampu buat untuk kamu. Semoga kamu menjadi anak yang soleh, berilmu dan bertanggungjawab. Selamat ulang tahun ke dua sayang! Sayang kamu, cinta kamu! Muahhhx!

Irfan pakai mantle wonderpets yang mama buat haritu. So cute~

My 3rd nephew, Ammar Danial. Born right before my 29th besday.

All the tidbits


Otak2 and peanuts are not a desset ok. :P


Main Menu :: Laksa Penang, Sate, Bihun Goreng, Otak-otak


The goodies bag.


The guests, semua budak pakai mantle ni.


Wondergirls become Wonderpets! Thissss iss sewiiiusss (like mingming said)


Wonderpets cake tempah kat sini.


Yellow mellow

Like before, mama dan abah yang kalut tiup lilin. :p

layan diri

"peeewit! meh naik, i tolak you"

"ahh mengorat dia nih lah, takyah penat nak tolak"

we love Irfan.. Abah muka pucat sbb demam.


Irfan baru buka satu hadiah, dah kalut nak main. Haha
Eceh, macam terel je.


All the gift. Thank you so much!






Thanks to all guest,

22.2.11

warded



My hubby has been admitted to hospital last Saturday nite, right after Irfan's party, due to low platelet count. Since he got fever since Thursday, they began to suspect dengue fever. Huhu. Sunday, the doctor said his platelet already good but they need to monitor his swollen liver. T_T I prayed that everything will be fine. Alhamdulillah, yesterday he's getting better but still weak. I hope today he will be discharge since Irfan miss his daddy so badly. Pity him.


Huhu,

18.2.11

in the middle of something

Lama takde entry DIY, setahun satu je. Ha Ha. Ok, sesudah bertungkus lumus mengumpul bahan-bahan, maka saya pun melakukan xtvt gunting dan gam.


Kaedah paling mudah membuat bulat adalah menggunakan mug pelbagai saiz atau pun bekas susu bertingkat. :p Nak lekat pulak, pastikan gam yang sesuai dengan bahan yang digunakan. =)

17.2.11

dap dap dap!

Malam tu, abah ada shooting. Jadi kami candle lite dinner dua org. Hihi

Table for two..only u n me.. Irfan hujung sana..mama hujung sini..



Ahh mimpi la nk makan jauh2.. haa meh dok dlm kusi baby. "wooohh" - Irfan


Dah terel makan sendiri..tp tu la tunduk sampai ke pinggan. Dan dia adalah kidal..kalau mama tegur baru tukar tangan tapi tak lama mana, tukar balik kiri..adoiii~!

Kalau mama pakai tangan, Irfan pun sibuk nak pakai tangan. Tapi wajib belemoih lagi la. T_T


Agak2 terlekat, kita minum dulu.. "ermm dap..dap!"

Mulut penuh nasi pun nk posing..

Orang ckp, takmo bg dia guna tangan kiri, babap tangan tu masa dia guna. Tapi kalo dibabap kang, sentap pulak, terus takmo makan. haaa haru... Camne ek?

tak sempat amik gambar Irfan berdoa..sgt kiut~!

15.2.11

Tahun Kedua

Anakku Alif Irfan,
Harini 15.2.2011, umur Irfan genap 2 tahun tau. Alhamdulillah, anak mama membesar bagai johan. Ok, tu mama copy ayat iklan milo,haha tapi Irfan sentiasa johan dimata mama. Sedikit sebanyak Irfan dah boleh paham apa mama dan abah ckp, do's and dont's, walaupun kadang2 Irfan saja buat2 tak paham. Irfan pun dah boleh tlg mama, dah boleh suap makanan dan minum sendiri, dan dah reti mandi. Sekarang ni, Irfan suka nyanyi dan menari. Kalau tak guna toggle bar stool, Irfan akan guna tissue holder sebagai mikrofon. Hahaha. Tadi kita pergi OU, Irfan lari masuk kedai kasut yang ada muzik, dan terus menari tunggang terbalik. Haha. Macam2 kamu ni. Lagi satu, Irfan dah terer guna Ipad mama, tau nak buka Youtube dan pilih games kegemaran. Kesimpulannya, mengawal rapi Ipad mama sampai kadang2 mama pk, Ipad mama ke Ipad Irfan ek? Ye lah, sharing is saving kan?;p Ok darling, tu saja yg mama nk ckp. Oh harini mama plan nk buat mini celebration kat Wondermilk sebab birthday party Irfan mama dan abah cadang nak buat hujung minggu ni. Sayangnya Wondermilk tutup sbb harini cuti Maulidur Rasul. So kita cuma lepak Starbuck saja since abah kena jumpa client kat situ. ;) Ok, gambar kat bawah adalah kamu, pada umur 2 tahun. Selamat hari lahir cinta!



Irfan suka muffin, cupcakes dan cakes mcm mama!

Ok, tu abah kat belakang (gambar 3 org tu) dan Irfan dah boooorrring tunggu. Haha




Tunggu irfan boleh bercakap pulak,

9.2.11

mengidam?

Semua berpunca dari membaca blog mak HZ yang ini, maka status fesbuk pun mula menyebut2..



Dah kalau sebut-sebut tu, mestilah hati membuak2 mahukannya, maka perlu laa meminta perhatian dari yg sgt prihatin terhadap kita...


Semangat ingin tahu pada si prihatin, membuatkan niat aku turut tercapai...maka terus meluncur laju ke MidValley...hihihi





untuk seketul......















~PAVLOVA~

"Berrilicious chocolate pavlova"

Of coz lah, this is my first time trying pavlova. hihi Rasa dia? Hmmmm It's sooooo crunchy, creamy and not all too sweet. The strawberry provided that good twist of citrus to it. Yummmeiy~


Nih saje2 amik. Sebab tujuan hanya lah nk makan dessert itu. Ini Chicken..err ciken ape tah. sorry tak diberi perhatian olehku. hahaha



Gaya posing terbaru, buat gaya gini, static, and back to normal after I snap. Macam2!





Thank you hubby kerana sanggup melayan karenah isterimu ini. Next adalah SOUFFLE ok!






Kalau teringin nak makan tu = mengidam lah kan?

8.2.11

CNY at Ikea, Ikea dan Ikea

Memang takde keje kalo dah cuti lama-lama, tapi takleh nak pegi mana2 dan takleh nak balik kampung sebab hasben ada job pada tgh2 cuti itu di KL. Jadi sila duduk umah dan kemas serta cuci umah seperti baru masuk umah baru sebab kami baru lancarkan misi yang blom selesai dari list azam saya thn lepas. Alhamdulillah, 50% misi sudah berjaya.



Jadi mengisi hari raya cina bermula dari Khamis, adalah ke IKEA. Nak survey kabinet TV dan nak usha lampu konon nya. Lampu takde stok lalu membeli almari Irfan. Apa kaitan kan? Sebenarnya, almari ni kami nk beli dari bulan lepas, dah rangka asyik tade stok, so bila dah ada, sambar la terus, even pintu nya pulak yg habis stok! arghhhh! Takpa mak tunggu nanti baru beli pintunya. Haha. Lepas tu, pegi isi perut di Bubba Gump. Ruuunnn forrest runnn!





Esoknya bersamaan Jumaat, setelah selesai activity cuci umah again and again, tetiba xtvt bertukar kepada pencarian cat. Bukan kucing, tapi cat. Tapi kedai cat mana yg buka? Terrrrpaksa laa pegi kedai Acehardware kat IKANO. Kira Ikea jugak lah! aishh.

Hari ketiga cuti, Sabtu, ya saya duduk diam-diam di rumah sbb hasben ada job kan. Ok tipu, tak dok diam, still melancarkan misi cuci 4 bijik toilet, dan kemas bilik. Dan tak pasal2 terjumpa baby snake kat kotak belakang umah. Huhu. Mak takut nokkk..terus tutup pintu dan masuk umah. Sebbaik ada kazen dtg, jadi kami menjadi Snake Hunter PowerPuff Girl untuk cuba mencari snake tadi di bawah kotak. Rupanya dia dah lari. Lalu terus membakar kotak itu serta merta. Misi complete dan celebrate di Tutti Frutti, Bukit Jelutong. Yummieey~.

Hari last cuti CNY, again and again, Incik Ray mengajak ke IKEA utk pegi cari lampu lain. Ye lah dah kedai lampu lain semuanya tutup kenalah pegi IKEA. Kenapa nak cari jugak? Sebab ada orang nak pasang lampu tu hari Isnin. So kenalah beli jugak utk mengelakkan kami dari terkena renjatan letrik kalo pasang sendiri. haha. Takdan sampai IKEA, kami singgah Houz Depot dulu(mcm tu ke ejaan?). Nahhhh skali terjumpa juga lampu yg ciri hampir sama. Angkat terus. :P Tapi kami still ke IKEA jugakkkk sebab.... errr sebab ape tah. Oh purak2 nk tgk pintu almari Irfan aritu. haha. Stok hujung bulan 3 ok. So kami akhiri dgn membeli pembuka tin saja. Sekian. :P


Interior rumah skrg. (Gambar hiasan = tipu. Tq Harvey Norman.)


Heh! 4 hari tak terasa sebab sgt bz dgn rumah. Dah rasa mcm baru pindah pulak sebab kemas tak habis2. Tu pun dok berkabung lagi..aishhhh. (berkabung tu semak lah). Korang mesti balik kampung kan? Huhu sebbaik jugak tak balik, ramai stuck dlm jem selama 12 jam..tak kuasa mak! T___T











what's next????

7.2.11

kelapa shake

Before balik dari Melaka haritu, kami singgah gerai tepi jalan ni, rasanya area Klebang/Tg Keling tu kot. Ramai giler orang beratur, rupanya sebab benda ni...


Kelapa Shake. WAJIB cuba!


Air kelapa blended dengan isinya dan ape lg tah, boh plak eskrem vanilla kan..makan plak bawah pokok ketapang sambil angin laut tuip-tiup... tetiba rasa nk nyanyi lagu angin bayu.. tu nasik lemak pun sodapppp!





Lepas ni pegi Melaka, yang ni aku akan cari dulu. haha

2.2.11

Burung berkicau membawa duit?

Selama ni dok nampak kat nuffnang je, tp tak penah click sbb ingat twitter. Rupanya lain lah. Instead of blogger earn money from nuffnang, kita boleh jugak earn from ChurpChurp nih. Just register, and promote kempen. That's it! Mudah? Ya mmg mudah.


Click dan daftar sekarang!

Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community and earn the money!




mesti try!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...