8.2.11

CNY at Ikea, Ikea dan Ikea

Memang takde keje kalo dah cuti lama-lama, tapi takleh nak pegi mana2 dan takleh nak balik kampung sebab hasben ada job pada tgh2 cuti itu di KL. Jadi sila duduk umah dan kemas serta cuci umah seperti baru masuk umah baru sebab kami baru lancarkan misi yang blom selesai dari list azam saya thn lepas. Alhamdulillah, 50% misi sudah berjaya.



Jadi mengisi hari raya cina bermula dari Khamis, adalah ke IKEA. Nak survey kabinet TV dan nak usha lampu konon nya. Lampu takde stok lalu membeli almari Irfan. Apa kaitan kan? Sebenarnya, almari ni kami nk beli dari bulan lepas, dah rangka asyik tade stok, so bila dah ada, sambar la terus, even pintu nya pulak yg habis stok! arghhhh! Takpa mak tunggu nanti baru beli pintunya. Haha. Lepas tu, pegi isi perut di Bubba Gump. Ruuunnn forrest runnn!





Esoknya bersamaan Jumaat, setelah selesai activity cuci umah again and again, tetiba xtvt bertukar kepada pencarian cat. Bukan kucing, tapi cat. Tapi kedai cat mana yg buka? Terrrrpaksa laa pegi kedai Acehardware kat IKANO. Kira Ikea jugak lah! aishh.

Hari ketiga cuti, Sabtu, ya saya duduk diam-diam di rumah sbb hasben ada job kan. Ok tipu, tak dok diam, still melancarkan misi cuci 4 bijik toilet, dan kemas bilik. Dan tak pasal2 terjumpa baby snake kat kotak belakang umah. Huhu. Mak takut nokkk..terus tutup pintu dan masuk umah. Sebbaik ada kazen dtg, jadi kami menjadi Snake Hunter PowerPuff Girl untuk cuba mencari snake tadi di bawah kotak. Rupanya dia dah lari. Lalu terus membakar kotak itu serta merta. Misi complete dan celebrate di Tutti Frutti, Bukit Jelutong. Yummieey~.

Hari last cuti CNY, again and again, Incik Ray mengajak ke IKEA utk pegi cari lampu lain. Ye lah dah kedai lampu lain semuanya tutup kenalah pegi IKEA. Kenapa nak cari jugak? Sebab ada orang nak pasang lampu tu hari Isnin. So kenalah beli jugak utk mengelakkan kami dari terkena renjatan letrik kalo pasang sendiri. haha. Takdan sampai IKEA, kami singgah Houz Depot dulu(mcm tu ke ejaan?). Nahhhh skali terjumpa juga lampu yg ciri hampir sama. Angkat terus. :P Tapi kami still ke IKEA jugakkkk sebab.... errr sebab ape tah. Oh purak2 nk tgk pintu almari Irfan aritu. haha. Stok hujung bulan 3 ok. So kami akhiri dgn membeli pembuka tin saja. Sekian. :P


Interior rumah skrg. (Gambar hiasan = tipu. Tq Harvey Norman.)


Heh! 4 hari tak terasa sebab sgt bz dgn rumah. Dah rasa mcm baru pindah pulak sebab kemas tak habis2. Tu pun dok berkabung lagi..aishhhh. (berkabung tu semak lah). Korang mesti balik kampung kan? Huhu sebbaik jugak tak balik, ramai stuck dlm jem selama 12 jam..tak kuasa mak! T___T











what's next????

2 comments:

b said...

thanks for the dinner treat cc~!!! saya sangat suka..walaupun makan agak tergopoh gapah kerana irfan yg kecoh, tapi still best... at last makan gak kat bubba...hehee

..:: WiRdA ::.. said...

takpe..nanti b pulak blanje kat sini..nk shrimp many many~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...