30.12.10

Pinky Birthday Bash~!

Semalam I pakai pink color datang keje. Oh No No No (sambil jari telunjuk menolak ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan lagi).. Bukan sebab nak pegi beli eskrem Baskin Robbin mahupun sebab nak jadi pompom girl bola sepak semlm tapi I nak pegi pinky party! Auww!

29th December was Lyiana's 24th Birthday~~!
So, Melati's gang decided to celebrate at.......
Chili's Grill & Bar, One Utama
Masa I sampai tu, waiting list ada laa dalam 10 nama. Puuu~~ Ye la org2 kota nih nak tengok bola pun lepak kat Chilis takmo dah lepak mamak sebab mamak pun mahai macam makan kat Chilis kot..haha. T__T Dah la kami semua 10 org kan. So dalam kesabaran menunggu dgn hati yg suci murni bak salju, maka pantas jugak ada meja kosong utk kami. Maka dgn itu parti pun bermula~~ yihaaa!

Malas nk citer lebih2, tgk je la gambar pose beramai2 diiringi dgn tlg buat kecoh bila pemain Malaysia buat cubaan sepakan gol. Haha.

Masuk2 je mak dah menang sos sbb pakai best dress! hahahaha

Kid's meal percuma kot, tgk dari sini mcm ok la, tp realitinya, hampeh saja.Tau la free kan tp buat la elok2. Sempurna lagi mac n cheese dari abang Kenny Rogers.

One of our SUPERLICIOUS main course. Yang lain semua dah pelahap. Lapau rupanya budak2 pinky ni. haha
Gadis harijadi pemalu gila, org nk nyanyi lagu besday pun takmo. Lagi lah kami nyanyi kuat2. Time nih Indonesia baru je lepas jaringkan goal kedua. So kami hiburkan mereka yg frust tgk score kedua tu dgn lagu hepi besday kami. :p

Patutnye kek Hello Kitty. Tapi tade template kot macik tu, jadi lah Barbie. Oh abaikan apa2 perasaan di hati anda, sbb dia mmg minat helo kiti. meawwww.

Ok nah hadiah kamu!

Dah tatau nak buat apa, tinggal photo gedik je lah yg bleh buat. ngee~

Nak lagi??? Nak lagi?

Oh budak nih cuba tarik perhatian. "Hye maa, jom balik"
(sayang gambar gelap dan a bit blur T_T)



Dok perasan comel. OMG, you make me melting darling!

Ahli serumpun merah jambu. Auw!
(abaikan yg baju biru sesat tu..hahaha)



Happy 24th Birthday Lyiana!
Syabas Harimau Malaya! Hari2 makan biskut tiger, kerana anda, kami CUTI ESOK !


SEE YOU NEXT YEAR!!!!



cuti 4 hari, pulang ke rumah bonda!

29.12.10

PART 2 :: Universal Studio Singapore

21 Disember 2010, Rabu


Seperti tertera di atas. Acara terulung kami di Singapore adalah ke Universal Studio Singapore (USS) !!! Hurayyy!

Actually, ada shuttle bus dari hotel, tapi memandangkan bas cuma ambil 6 org sahaja setiap hotel maka tak cukup lah buat kami 8 org. Jadi kami pun terpaksalah amik teksi bermeter.

Baru 5 minit bertolak, sepupu saya yg budiman, Fana, bertanya,

"Eh tiket bawa tak?"

"Huh!!!" terbeliak mata aku.
"TAK BAWAKKKKKK! Patah balik!!! Patah balikkk hotel!!!!" jerit aku bagai histeria.

Incik Ray dan uncle teksi yang tengah borak terkezut ingat itu jeritan main-main. Tapi ternyata benar. Memang kena patah balik. Fuhhh~ sebbaik ada org teringat nk sebut. Kalau dah sampai situ, tak pasai2 kami kena patah balik dan bayar triple charges. Fuhhhhh~~~ lagi skali! Geng teksi lagi satu meneruskan perjalanan, dah cuak sebab kami tak sampai2. Malang jugak sebab semua gadget kamera dekat kami. Sian dorang takleh nk bergambar awal2. Ha ha. Charge teksi kami yg sepatutnya $12 (termasuk early charges) menjadi $17, sebab patah balik tadi. Kalau anda naik teksi bukan waktu peak hour (after 10 am or before 9 pm) tiada 30% early charge di kenakan.

++ Finally!!!!! ++





By the way, kami beli ticket online. Dinasihatkan, kalau anda nak pegi pada waktu kemuncak seperti cuti skolah, sila la beli sepsiap tiket tu. Kalau berangan nak pegi beratur beli tiket, memang USS anganku musnah lah jawabnya. T_T Tapi kalau bukan cuti skolah, saya rasa ok je kot nk pegi beratur. ;)



++ online ticket, just need to scan and then redeem $10 vaucher for your food and souvenier++

++ Ramai ke? Gimik je ni, nanti semua org dah hilang masuk attraction, masa datang dan nak balik je nampak ramai org TAPI ini hari RABU tau, bayang kan kalau WEEKEND~~T__T++



USS ada 7 attractions mengikut pusingan jam :: Hollywood, Madagascar, FarFarAway, Lost World, Ancient Egypt, Sci Fi City dan New York.


Tapi sayangnye, Madagascar tutup pulak haritu. Haishhh..time kami pegi ni la dia nak repair. Ciskek btoi. Tapi ada la jugak show menari "i like to move it" tu.

++ Gambar anda akan diprint terus. Kalau nak, $12, sila bayar di kaunter.++


++ we like to move it!!!!++

++ with Mr Alex, King of New York!++



Our next destination is Far Far Away~~~




++ the FFA castle++



Ok, mestilah tonton 4D short movie dulu. Irfan cuma rasa 1 je kot, part effect luaran mcm semburan bersin, naik2 kuda, dan semburan naga. Dah dia tanak pakai spek 3d sgt. Hihi.




++ Pussy in a boot~ Meawww++


Incik Ray tak masuk tgk 4D sebab pegi jumpa uncle teksi tadi, sebab dia TERTINGGAL HP dalam teksi. T__T Sebbaik uncle itu baik hati dan kami rajin borak2 ngan dia dalam teksi tadi. Fuhhh lg sekali! Mesti uncle tu ckp dalam hati, "ini olang suka tinggai balang o0ooo haiyaaamopikolaila!"


++ Maka hanya dia yg dpt tgk Shrek dan Fiona kat pondok buruk Shrek masa kami sedang enak layan 4D. Tapi mestilah dia takkan pegi bergambar ngan maskot sorang2 kan. Hilang macho la konon. Haha ++




Ok, lepas tu we like to move it move it ke next attraction sebab malas nk beratur Enchanted Train tu lagi. Roaaaarrrrhhhhhh~~~!! Sudah kedengaran ngauman dinosour di Lost World. Jeng jeng jeng.. Malangnya, dinosour tido lagi. Jadi kami go next dulu. Haha pemalas punya dino.


++Hanya tugu tak bernyawa saja yg tak tido++




Di Ancient Egypt, hanya 5 orang termasuk saya yang menyahut cabaran Revenge of the Mummy! Sesapa yang darah gemuruh ke gayat ke ape ke, lebih baik jangan masuk kerana ia adalah HIGH SPEED TRAIN! Ok better put, VERY HIGH SPEED TRAIN!!!!! ahahah mmg thrill giler. Tengah-tengah train bergerak, tetiba berhenti langgar dinding, then pecut gear reverse! Cuak tak cuak wa ckp lu! Then bleh plak dia Uturn, dan pecut secara bagai terkena sawan beruk dalam gelap siap muncul2 pulak hantu keparat mummy semua. Hahahaha. Bisa membuat anda terkencing kalo tak tahan dengan kejutan ini. Opppsst...tak pasal2 saya dah bg spoiler di situ. Tapi saya nasihatkan better jgn tunduk, penin kot. Sebab tu la muka saya dalam gambar mulut ternganga dan terbeliak mata. Haa haa haa. Tapi sorrry, saya tak beli gambar tu pun! Huduh siot muka i untuk SDG12. Ngee~


++ daddy long leg..haha sebbaik irfan tak tolak kaki depa ++



Dah penat jerit, lapar la kan, so makan di Oasis Spice Cafe, Ancient Egypt. Soto dia sedap. Nasi beriani mcm tak brapa sedap plus bleh pulak mcm mentah sket. Tatau la mentah atau sebab terdedah kat ekon sampai keras balik ke. Sorry tiada bahan bukti sebab lapar sgt. (-_-")



++ ada branih ke nak naik roller coaster tu?++



Perjalanan diteruskan memasuki Sci Fi City, erm tapi takde pape sangat melainkan orang planet ini saja. Battlestar Galactica roller coaster masih dalam testing lagi. Rasanya tahun depan kot baru buka.


++ makhluk aneh yg comel ++



Jadi kami terus kan bergambar di New York city. Berangan kejap konon dok New York.



++Ahh i di kota New York youu~!++




++Dalam byk2 benda, apsal kat taxi ni baru nk nangis?(*.* )++



++posing-posing perasan++


++Jom alami efek sebenar dalam movie di Light!Camera!Action!++


Jangan lupa masuk Light!Camera!Action! untuk menghayati satu scene dengan special effect yg real punya dalam pembikinan filem. Memang menarik!


++Dalam banyak2 attraction, dalam studio ni je sempat amik sket sbb degil nak snap jugak. Incik Ray, rakam video terus..haha++
++Terbawa2 bakat lakonan bila dah nk masuk Hollywood..:p (sila lari cepat2 pegi toilet utk muntah)++


Seterusnya kembali ke Hollywood, diiringi ngan 3 gadis molek menyanyi riang. Layan2 sambil shopping. Theater start pukul 5. Kami pun tak jadi lah nak tgk sebab nk pegi Lost World lagi skali.

++menari-nari sampai nampak spentot. Haha++



++See tak semena-mena dah dpt award, kategori Best Witch Wife.++


++ Okeh, ini irfan bg tau "supermom". Btoi la irfan yg bg. :p++

++show ni pukul 5 kot, tak tgk sbb kami nk pi Rapid Advanture++

++Wirda dan Woody yg sgt noti++



++ Poo, Kungfu Panda shomel!++


++ Baru tau nama dia Betty Boobs, kalau org tipu, tatau la.. kuit kan kami berposing? :p++


Kembali ke Lost World, dinosour semua sudah bangun dan siap sedia menari poco-poco. Sebab ini final destination, maka kami sanggup la beratur panjang sket untuk naik Rapids Advanture Jurassic Park.


Bukan panjang sikit rupanya. PANJANG GILERRRRR! Di pertengahan baru saya sedar rupanya awal2 kami masuk tu, sebenarnya waiting time is 1 jam 40 minit!! Bila dah dekat 2 jam, tiba giliran, cik Irfan comel TAK BOLEH NAIK pulakkk!! Maka, saya dan Incik Ray decide, untuk tunggu bagi Melati gang settle kempunan depa dulu, baru lah service bertukar tangan.


Tapiiii...tak dan nak naik lagi, tetiba hujan turun dan acara itu kena suspended sampai hujan dan kilat benti. Adoiyaiii, sebbaik saya dan Incik Ray dah duduk kat tempat "nursery" siap ada kusi dan TV lagi. Melati still berdiri dalam barisan. T__T Dekat 20 minit jugak la nak tunggu hujan benti baru bleh sambung.


Awal-awal lagi kami dah di warning bahawa Rapid Advanture akan buat anda semua basah! Raincoat dijual pada harga $2. So kami berlapan cuma beli 2. Haha bajet cool beb! Alah basah sikit apadahal! Skali tengok geng Melati dah settle, perghhh BASAH KUYUP beb! Terus saspen. Yang pakai raincoat selamat la jugak. So bila tiba giliran saya dan Incik Ray, kami berdua bleh la pakai dua2 raincoat. Bajet selamat la konon......



Sepanjang naik boat bulat untuk 9 orang tu, kami dok berjaga2. Skali tetiba, masuk satu kawasan, boat berhenti, boat macam naik lift dan tetiba pintu dibuka dan DUSHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH boat kami sudah meluncur laju dan kami berdua mengadap belakang maka air 'sungai' dari momentum boat luncur tadi menyimbah betoi2 tang muka kami berdua. BASAH KUYUP kepala dan kaki. Fuhhh~ bayang kan kalo takde raincoat?? Confirm basah kuyup satu badan macam 3 sepupu saya tadi. Hahaha. Uppppsssi lagi satu spoiler saya terbagitau. :p

++Proses pengeringan pakaian dan urusan tempelan bedak pada wajah akibat "paksaan mandi" di Rapids Advanture tadi++

++ Thumbler gergasi berharga $18 (kot) yg bleh refill ($2) kami tak beli sebab mcm tak berbaloi je. Unless mmg nak simpan tumbler pelbagai bentuk tu. Btw, kami bawa extra air mineral sendiri.++




Dah nak kluar dari Lost World tu, baru pasan dekat waterworld rupanya di situ lah Live Water Show yg saya cari-cari dari tadi. Dammmnn!!!!! Last show adalah pukul 5 ptg, dan kami perasan pukul 5.30 petang. Terrrbaek dari ladang kan?? Ini membuatkan saya nak berkunjung lagi ke sini, sebab dah yg ni terlepas, Madagascar pun terlepas, Galactica pun tak siap lg (bajet brani) dan tgk website ada Transformer pulak nanti kat Sci Fi city. Wahh menarik untuk di kunjung lagi ni. Yey alasan yg kukuh skali!!!


++shopping sket apa yg patut tanda dah sampai USS++

++pose lg sepam dua.. tipu nih awal2 sampai tadi. Sbb irfan dah tukar baju time balik++


Sesudah membeli belah, kami tinggalkan USS dengan hati yg girang dan kaki yg lenguh. Kami naik FREE Sentosa Express ke Vivocity. Tapi, mmg saja gedik pun pegi situ, tak mampu nk ronda dah. :p



Lastly, kami naik MRT dan Circle Line bajet nak pegi Arab Street untuk makan malam. Heh, turun kat Norwill Highway rasa macam nak menyebut what the fisherman saja... Where are we?? Si uncle tukang sapu nasihatkan kami naik saja teksi b4 kami berdarah kaki berjalan menuju ke Arab street. Ok kami akur. Sampai Arab Street dah tak kuasa nak cari kedai-kedai ala foodcourt yg ditayang di blog2 orang lain. Terus je makan kat kedai Kampung Glam. Sudah makan, amik teksi dan pulang.

++Rugi pulak tak beli baju HR kat sini, slalu buat trademark pegi memana. (sbb igt duit dh habis)++




Tak cukup lg, sebab ini adalah malam terakhir, so kami pegi Hard Rock Cafe belakang hotel kami, utk berdansa bergambar lagi.


Lepas tu baru balik bilik btoi2 and again menjadi badak merendam dalam bath tub! Sekian.


++Tapi Incik Ray, masih bertungkus lumus bekerja siapkan album USS kawin++




**penat scroll??? :p


enjoyable day ever,

28.12.10

PART 1 :: Year End Holiday in Singapore!


21 Disember 2010, Selasa

Seawal 5 pagi saya dah bangun bersiap-siap. Awal kan? Actually saya tidur di Melati Garden jadi kena la bangun awal sebab seramai 9 org perlu mandi manda. Hehe. Nasib baik irfan pun terjaga dalam 5.30 pagi. Takde lah kena mandi secara paksaan.

++1st time Irfan naik LRT, terkesima dia++

Pukul 6.30 pagi, kami dah naik LRT dari Taman Melati ke Bangsar. Mestilah tak ramai orang lagi sebab orang lain baru bangun kot. Hihi. Lebih kurang 30 minit sampai la kat Bangsar. Terus pegi office First Coach seblah stesen LRT Bangsar untuk collect ticket. Ya betul, kami pegi naik bas. Bajet mcm backpacker la konon-konon. Tapi mmg semua pakai beg galas belakang pun.

So for those who are interested, you can go to their site and do your online booking here. Tiket berharga RM50 sehala. Kalau nak bayar bas yg lebih mahal, bleh cari dekat Aeroline, rasanya harga dalam RM90 sehala, elok la sbb breakfast dpt sandwich subway, KATANYA lah instead of bun ikan bilis Gardenia dan air mineral dari First Coach kan. Hehe


++ Ada TV ni, tapi nih bas yg masa balik, masa pegi tak on plak..ngee++

Perjalanan dari KL ke Singapura mengambil masa lebih kurang 5 jam SAHAJA. Efek "SAHAJA" itu memang menunjukkan bahawa "5 jam? takde hal..betoi takde hal punya...kami excited" dan tak semena-mena pantas pulak kami tiba di pulau singa itu. Wah hebat lah! :p

++Arrived at Novena Square++

Sampai di Novena Square, kami dgn gaya hebat menaiki MRT ke Orchard Road. Dah sampai Orchard, jadi blur pulak tak tentu arah bila tgk banyak sgt mall. haha. Hey, di mana hotel kami nih?? OMG, Orchard Parade Hotel adalah di hujung benua sana maka menapak la 8 budak perbagai warna kulit ke situ sampai menyanyi lagu hoi hi ya hoi kami ini penyamun~~ :p



++Blur cari hotel dengan map MRT ni++





Ok kami dah booking 2 bilik melalui kawan kepada kawan sepupu saya (penin tak?) dan Alhamdulillah dpt 1 bilik suite dan satu bilik stardard (kot). Wawee. So Melati's gang stay in suite room, and my small family in another room.



Tak sempat pun berehat sebentar bersama kitkat, dengan kegedikan maksima, kami terus siap untuk menyerang all the shopping mall along the Orchard Road. Pasti lah menjadi "tipah keliru bang~~!" bila banyak sangat mall kan. Tapi acara pertama adalah mengisi perut terlebih dahulu. Namun kami semua sgt lah blur mencari tempat2 halal. Sebelum masing-masing sempat bebai, kami jumpa satu foodcourt di Wisma Atrium. Alhamdulillah, sempat jugak mengisi perut sebelum menerjah ke acara selanjutnya. Yiiiiha!


++ Nasib baik Irfan tido selepas lunch++

Mencari barangan in list, mmg lah tak semua yang kami jumpa. Ye lah, this is our first time, lepas tu banyak pulak mall besar2, lepas tu si Irfan time ni jugak lah takmo dok dalam stroller, nak kena dukung memanjang, lepas tu si Incik Ray sudah menuju ke SimLim untuk cari seketoi flash. Tak kuasa gegirls ini nk ngikut ke SimLim. Kan kan? So dukung pun dukung lah tapi supermummy mesti tiada hal jugak meneruskan niat beliau. Breeepp breppp! Baru la shop till you drop namanya T__T !


Memang sampai lepas dinner pun sambung shopping lagi sebab Incik Ray blom shopping kat Orchard kan. Banyak-banyak shopping mall yang di suggest dari awal macam Takashimaya, Paragon, Tangs, Robinson dan lain2. Kami banyak melabur di ION Orchard. Itu pun setelah membuat 2 kali pusingan pi mai pi mai tang tu kat Orchard Rd tu.





Biase lah pempuan kan, nak beli seketoi dua barang pun, haruslah 5 shopping mall dia kena pusing baru nak beli kan. Lepas tu pulak, tak jumpa jugak offer perfume yang digembar-gemburkan. Tensi sejekap disitu. Lagi satu pulak, menjadi ralat kerana kami terlupa nak pegi Robinson. Huhu sebab mall tu depan lg, kami yang masih di ambang blur lagi tentang jalan ini mesti lah tatau kan. Hari last nak balik tu baru perasan. Well it's too late bebeh! (-.-')

++Paragon++


Agak2 shopping mall pun nk tutup. Kami pun pulang la ke sarang. Memang terus jadi badak berendam dalam bath tub lepas tu. Hehe pastinya terus tidur bagi mengumpul tenaga untuk acara terulung kami esok hari......

++ Christmas Decoration++

++Hasil tangkapan++



Bersambung.(lagi gambar di facebook saya)






heh, tak pernah2 buat entry ada PART-PART ni..haha,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...