26.11.10

beriadah ala santai

Nak beriadah tak semestinya kena pegi gym yang perlu sign contract 2 tahun sebagai ahli ataupun ke taman tasik yang lebih banyak manusia bercengkerama daripada yang betul-betul beriadah. Heh, pasti lah semak mata bukan. Dah tak pasal2 tambah dosa ngutuk org lagi. Minda tercemar dengan perasaan meluat lalu stress dan terus berhenti jogging dan pegi makan cendol. Haha.

Jadi tak salah kalau kita terpaksa memilih tempat riadah berbayar ala mampu untuk mencapai tahap rileks minda maksimum. Jadi pada hari ahad yang agak muram akibat mendung berarak lesu, cadangan untuk berjimba di Melaka oleh Melati's Mommy adalah di tolak mentah-mentah. Haha, len kali planning awal sikit. :p


Jadi untuk tidak merasa seperti manusia-bosan-tiada-kehidupan, maka kami semua sepakat di kampung hai penin lalat untuk pergi menyihatkan minda dan otot! Yeahhh here we go!


25.11.10

tiket emas

++ Saya bukan lesbo tapi saya suka gadis cantik ini. Cantik giler kan?++


Seperti yang telah digedikkan pada entry ini, pastinya hari isnin lagi saya sudah mencari tiket untuk di booking. Tapi hancur berkecai hati I tau sbb semua fully booked. Haishh dari last week pun fully booked. Tensi mak. Maka dengan itu saya malas nk bersua muka dengan semua website wayang, lalu meminta Incik hubby pegi beli e-ticketing sepantas mungkin. Hah. Finally, kami dapat pun tiket kat GSC OU.


Sudah menunggu hampir 2 hari, jadi lepas pulang kerja semalam, kami terus meluncur laju ke OU. Movie adalah pukul 8.30pm. Sampai around 8pm, tapiiii..pencarian parking adalah paling di benci bila datang OU. Sebab tu slalu kami tgk kat cathay cineleisure dekat Curve saja tapi apakan daya situ semua tiket dah habis. Dah dekat 20 minit ok, 20 minit dok pusing cari parking tak jumpa2. Sebbaik dah beli tiket. Dah tu, Incik Ray suh saya dan Irfan pegi collect tiket dulu sementara dia sambung cari parking. Eh Irfan tgk wayang jugak?? Hik Hik. Maka berjalan lah terkedek2 dua makhluk comel ni ke kaunter reservation/gold class.


"Hai, saya nak ambil tiket Harry Potter 8.30pm. Number 80529"
"Ok, ermm.Harry Potter, 8.30mlm, 2 orang, Gold Class ye."
" a ah..... ermm WHATTT???"

24.11.10

Resepi Rahsia #14 :: Cik Capati Comel

Hai phuan-phuan!
Lama tak buat entry resepi rahsia, ye lah rajin nk post pun masa bulan puasa sebab masa tu saja rajin masak masakan over2. Hehe. Tapi pada pagi yang singkat tadi, saya dok perosah juga buat satu breakfast yang dah 17 tahun saya tak buat. Perghh lama tu..


Dulu kecik2, abang saya suka explore buat makanan yang mak tak buat di rumah. Dia sanggup pegi tanya pakcik juai roti canai tu mcm mana nk buat roti canai. Sebab tu la kot skrg dia jadi chef. Hehe. Jadi, bila nk buat sesuatu, pasti lah partner in crime dia adalah Cik Siti...haha yeahh it's me! Orang yang pemalu nak tanya tapi tak sesat jalan mcm saya ni, mestilah tidak akan pegi tanya pakcik tu, mesti lah hapai resepi abam saya.

Maka demi mengingati zaman eksplorasi kami, memperkenalkan sarapan terulung ujung tahun...

22.11.10

antara DUA

Hati ini meronta-ronta.
Kaki jugak dah bershuffle-shuffle.
Menanti hari demi hari berlalu pergi begitu saja tanpa melakukan apa-apa tindakan.
Bukan tak mahu tapi tak dapek den nak nolong.
Aku tidak punya kuasa veto memaksa mereka memberi ruang padaku.
Tapi aku perlu tetapkan juga harinya.
Hari yang mutlak.
Hari yang pasti aku jejaki utk tidak ketinggalan lagi.
Cukuplah apa yg jadi tahun lepas.
Aku tak sanggup lagi melepaskan ia pergi...

20.11.10

Abam Lampard dan sebiji buah yang di gigit

Kejadian ini berlaku petang semalam sampai ke malam. Abam Lampard Celsi tu datang umah I tau. Haha jgn jeles youu!~ Tak percaya??? Ha sila tgk bawah cepat..
.


.


.


.


.



.


.


.

Haa seeee i told ya'!!!!
betul kan itu abam Lampard kat umah I...hihi
Tak caya jugak?? meh tgk muka dia plak..
Haa tuuuu..!!
Tapi nih muka time dia ticik lagi..btoi tak tipu..:P

Hamboiii suka benor!

Apa abam baju biru tu buat?

Mari buat-buat saspen...

18.11.10

Beraya di perantauan

Hah, perantauan lah sgt.. eh tapi betol lah. Ini bukan hometown kami. So bila tak balik raya, kira mcm beraya di tempat org lah. Bajet mcm di perantauan oversea gitu.. haha Ini kalau kira lepas kawin, 1st time la tak balik raya, tapi kalo kira individu, kira 2nd time, sbb time study kat MMU dulu pun penah gak tak balik. Beraya ngan nisma di apartment Iota tu je dan jugak budak2 utara yang len.Tapi time tu mesti laa sedih dan sayu dan nangis bila call mamita. Haha tapi semlm tidak la pulak. Mungkin sbb tgh mood hepi eniveseri lg dan jugak ada orang2 tersayang keliling pinggang. Hehe.


Hari percintaan tu, balik umah pun sampai tgh mlm, dah mandi jadi segar dan takleh tido, lalu update FB dulu. Blur dok pk nk masak apa raya esok. So campak je ketupat mini nona dalam periuk sampai masak. Pukul 2.30 pagi baru lah nak hempuk badan kat katil.

Back to 'Couple Date'

Fuh, mcm tak cukup tido saje dua hari cuti ni. The day before yesterday is my 3rd Anniversary. Pastilah mengambil cuti utk dating. ngee~~ Memandangkan esok tu nak raya haji, dan ada korban kat SPK, tak jadi lah nak honey-money-moon jauh2. So kami pun buat lah tema..ecece tema la sgt kan..temanya adalah dating ala2 zaman berchenta dolu2.. Ah~so suwit kan kan..=p Oh pasti lah tak bawa irfan, nama pun nk back to couple. So Aunty Rosie, offer nk jaga irfan, bg can kami dating di hari percintaan. Hehe, thanks Aunty Rosie! Maka nya...episod dating pun bermula...
Chupppppppppppp! Sila bersedia utk melihat gambar dan gambar dan gambar yang BANYAK.. haha

16.11.10

~ a letter to my Hafizurrahman ~


Dearest hubby,

Ermm where to start.. Well, today is our 3rd anniversary! Of coz u know rite? hihi..Ok, theres a couple words I want to say...

First of all, thank you Allah SWT for blessing our marriage. I am always grateful to Allah SWT that you are my husband. (not cliche haa..:p) You are the sweetest, smartest and I am always amazed when you do something new. It give me a source of pride and love to watch experiences that you encounter in your life and how you try to overcome the obstacles in our life as you hurry to some future goal that I can only guess at.

Thank you dear.. for always believing in me, for never giving up on me, for your support phisically and emotionally, and for our cute lil Irfan. May Allah SWT bless all we do and I pray we're together eternally.

You are truly my better half...my photographer..my doremon..my pumpkin..ok ok u're my everything! =) I love you more than yesterday but less than tomorrow!

HAPPY 3rd ANNIVERSARY, HUBBY!


your cc,

12.11.10

macam-macam nak buat nih

Omaigod omaigod, it's just around the corner~ heyyy apakah?? Jawapannya ada dlm blog nih jugak, sudah terang lagi bersuluh. Tak nampak jugak sila amik bb torch plan celcom rm8 anda itu suluh tgk. haha.

Haa dah tau? Ok, maka dengan itu, esok dan lusa saya bakal bz again and again dgn pelbagai trial. Trial apakah? Agak2 apa ya? heh, sapa ada masa mau baca fikiran kau..cakap saja lah. lagi mau saspen2 bagai. Haha oklah saya tidak akan biarkan anda gusar lagi, mari kita lihat apakah ia....

pegi bali n superbowl

Heh, semalam seperti biasa, mendapat emel kejutan dari cik seketeri. Macam biasa, sejak lepas branak, saya tak join sgt, sbb time tu Irfan BF lagi malam2 b4 tido. Skrg dah tak BF dh. Dah stop dah. Maka semalam dah jadi luar biasa sket, sbb dah bleh join balik, Incik Ray dah bg green light, jadi buat apa di tunggu lagi utk makan2 free begini. haha Dan macam biasa jugak, mesti ada acara wajib lagi hebat, sbb semua org akan menunjukkan gaya shalin zulkifli versi masing2.

9.11.10

1st year at Cahaya SPK

I suppose to write about this last weekend, tapi bz ngan baking sana sini, terus lupa. Harini, tgk kalendar kat seblah baru nampak tarikh 6 November di tanda "1st Cahaya", maksudnya, dah genap setahun kami tinggal kat sini. Pergh, tak pasan pun sebenarnya memandangkan tiada perubahan fizikan selama setahun kat sini. Sebab tu saya tak suka tangguh kalo nk topup apa2 untuk rumah, kalau nak tangguh dulu, mmg makan tahun lah nak buat. Ngee.. buktinya, bleh dilihat jelas skrg. Haha.

7.11.10

creamy yummy

Ngeeee~~ senyum lebar saya. Dalam perasaan separa malas selepas balik dari hantar mamita pulang dan ala2 merayau dengan SIL, sampai umah, takdan nak letak punggung, si adik demok membuat permintaan.


"Kakak kakak kakak..tlg buatkan kapkek!" Ok tipu. Adik laki saya tu tak panggil saya kakak even saya adalah kakak beliau. Nama timangan glemer saya di kalangan ahli keluarga adalah adik. Jadi, adik saya terpaksa akur bahawa gelaran adik itu adalah milik saya, milik mutlak. Titik! Haha. So of cosh bgosh la ayat bertukar menjadi seperti berikut...

6.11.10

yesterday and today..

Yesterday,
All my troubles seemes so far away~
Now it looks as though they're here to stay
Oh I believe...in yesterday...


Ok ok saya sedang over.. haha. By the way, I love that song so mucho mucho!(^V^ )/
About yesterday, kan saya ckp nak pegi my dear sales. Yes, my dear..u drive me crazy bebeh. Alhamdulillah, wish saya dari JJcard sales aritu akhirnya tercapai. Dpt jugak sebijik light weight buggy for travelling, tgk website mmg bajet 100++ gitu, skali tak sangka ada more discount, dapat lah dlm rm84 je. Ok le tu, yg penting tak berat sgt, dan buleh lipat jadi payung. Easy to travel nanti. Nak tgk??

5.11.10

wajah baru ke?

ini kire wajah baru ke? kosongggg je...
ok lah at leasssstt.. ada header baru kan..haha
Kalau sapa perasan, dari semlm ada la kot dekat 3-4 kali saya tukar template. Pening dok tukar2 background..kejap bunga, kejap kayu, kejap gelap, kejap cerah..last2 semua nampak sgt serabut pala otak, byk pula gambar sana sini. Akhirnya..kosonggg! hahaha hamek puas ati..(setakat ni la..) =p

Memandangkan dah berwajah baru, saya tgh buat clean up blog. Buang debu2 lama yg tak perlu simpan. hehe. Cuti 3 hari, selain kemas umah, kemas blog bagus jugak. Okeh, tu je kot, nak pi my dear sales jap...bye bye!


Nota saya :: nak mula yg baru, tak semestinya kena mula di awal tahun..kan???


let's go back to the initial,

4.11.10

tong tang tong tang..pom pom pom!



hehehe...bakal berwajah baru dan misi baru..;)

1.11.10

Azab wanita

Saat aku hampir kalah pada nafsu dan tunduk dengan hasutan syaitan laknatullah, Alhamdulillah, Allah SWT telah selamatkan aku dari terus hanyut. Artikel yang pernah kita baca, tapi kita slalu lupa dan tak endah. Renungan khususnya buat kaum hawa dan diri aku sendiri.

Azab Bagi Wanita

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...