31.10.10

cuppy day

Alhamdulillah, mood dah kembali hepi \(^V^)/ walaupun ada rasa mcm nk demam ni. Tapi takpe, bila dh tgh excited nk baking cuppy mesti lah gagah jugak even kepala sudah pusing.
Semlm ada kawan tempah 50 bijik mini cuppies choco utk hepi besday si anak kecil dia. Disebabkan 1st time nk buat utk org, 1 tray adalah sgt comot. Hahahaaha. Ohw takkan nk bg yg comot tu kan, kalo dia request boh cream ok la jugak nk kaver, ini nk yg plain. Jadi utk tidak memalukan cuppy sendiri, maka saya buat 2 perisa (dh takde bahan utk choco sebenarnye..haha) Dan kini terhasillah lg satu perisa...dan satu lagi berperisa2...

28.10.10

mydear sales la pulakkk


Sebenarnya, sales ini lah yg saya tunggu2..perghh skali start harini jugak. Tapi nk pegi lepas keje ofcosh lah tak sempat kan. Kena pi wiken lah. So mcm mana ni.. perlu ke ke Jeyjey?? uhm uhm uhm..ahkak keliruuuuu! (nada sengau)




takpe..mari riki2,

anda ahli jey jey??

Jey jey tatau??

Jaya Jusco lah. hihi


Kalau nk semakkan lagi kesemakan yang ada, sila la pegi ke JJ AU2 harini (10am-11pm).. ke ada yg dah pegi? Sebab mak hangen pagi tadi, mood nk sharing pagi2 dah terpadam. Skrg sbb dah ada yg di potong bleh claim balik, so mood turns on back! yey!


Agak pulun la nk pi sales jauh2 di hari khamis lepas keje pulak kan. Bukan apa, sbb tgh mencari buggy utk ke singapore. Takmo bawa hat yg dah ade, nk simpan agak besar dan menyusahkan je. T_T Oh lagi, nk riki2 kot2 ada barang keperluan harian menjadi begitu murah, kira Alhamdulillah la kan...sesuai la ngan nasib kena potong gaji. So kira saya takde lah kena cop shopaholic sangat kan..saya cuma mencari peluang bijak berbelanja saja. Hihi. Ok. C U there!

mintak2 barang2 wishlist harga rendah tak masuk akal, AMIN.

26.10.10

perlakuan setiap hari sama dengan rutin

Apa rutin permulaan hari anda? Rutin saya adalah bangun pagi dan menunaikan solat wajib, lalu turun ke dapur sediakan sarapan utk suwit family. Before naik mandi, saya akan minum segelas supplement harian, B’Young Advanced Functional Beverage dan ISO 3 Collagen. Wajib amik b4 1 jam nk sarapan sbb kalau hari keje pastilah saya tak sarapan di umah, bawa bekal ke opish.
Wah agak poyo kah gaya idup sihat saya? No no no..utk orang2 nak mencecah middle age nih, perlu mulakan supplement..takkan nk tunggu umur 40 baru nk kalut cari segala benda dan nk telan. Masa tu sistem badan dan metabolisme pun dh menurun. Jadi sbb tu saya amik suppliment nih. Tapi kenapa mesti Byoung dan Collagen itu??

24.10.10

my 1st cuppy

Hari ini hari ahad.
Hari ini adalah hari cuti hujung minggu.
Err perlu ke ckp ayat-ayat ini? hihi tak tak..saya nak cakap, hari ini adalah hari-pecah-ais! Apakahhh???? hihi jadi pelik pulak bila translate. ok, mcm saya tulis n3 hari jumaat aritu,wiken ni adalah masa utk ice-breaking CUPPY!!!! teng teng teng!

Rasa2 jadi kah???

22.10.10

wiken - ice breaking!

wohoooo..skali topik hangat n3 kat bawah nih dh ada page lah kat FB. Eh tapi bukan saya creator ok. Saya tak tekan like pun lg. Haha juz jenguk2 je. Emosi semuanya. Tapi ada jugak yg buta hati pasal Islam cuba bermain api. Astagfirullah.. oklah takmo citer lebih2 lg pasal ni. Kang tak pasal2 kena kuarantin dlm lokap. haha

Oh esok cuti. Tiada plan hebat lg. Tapi setelah melihat blog aunty model tu, tercabar pulak tgk si anak kecil boboy dia buat cuppy..Wow..soooo cute lah itu budak pandai deco dan buat cuppy. Irfan esok2 besar, bleh la kot buat gini. Haha. Dan-dan tu jugak saya pi tgk blog matgebu dan akak chef-at-home ni utk cari resepi kek2 dorang yg sangat2 tangkap leleh!

Bila dah banyak sgt resepi..ape lg.. AKAK KELIRUUUUUUUUU...
Mana satu nk buat dulu neh??? hahahahaha
Oh teringat ada tepung kapkek yg dibeli tp tak buat2 sampai la. Maybe i shud start with cuppy dulu. hahaha
WISH ME LUCK YE!!!!


Hepi wiken to uols,

Islamic Fashion kah?

Pagi-pagi lagi dah terbaca isu redhotchilipepper.Ohw lama tak dgr lagu dorang kan. Wujud lg ke?hihi Eh bukan bukan..ni tade kaitan ngan dorang. Hihi just nk ckp isu hot saje. Ala pasal Islamic Fashion Festival kat Monte Carlo, mmg panas panas masih lagi panas. (mcm lagu ifa radziah :p)
Kau tanya kenapa panasss?? Jom kita tgk fashion yg Islamic di mata mereka. Cekidaut!

21.10.10

mahal dowh!

Ok, dh siap buat keje bleh sambung balik blog.
Tengah hari tadi, pegi makan kat satu kedai yg mmg nampak mcm coool beb. Tapi memandangkan arini mcm tade mood nk makan nasi jadi saya pun makan lah 2 benda ini.
MAKAN SOTO (gambar gugel)
DAN LAICIKANG (juga gambar gugel)
SOTO + LAICIKANG = ????

CUCUMBER equals to TIMUN

During my high school musical, I used to have one friend, called Timun, till i forgot her real name. Pity Timun..I dunno why the boys keep calling her with that nickname. Haha tapi mmg banyak pun nickname tah haper2 time skolah dulu. My nick? errr tak sure. Nampak sgt tak mcm nk cover baekkk punya?

Hehe ok ok.. I'm not going to write about 10 Tops Nicknames in High School ok! But it just a sharing is caring timeeeeeeee~~! Some very interesting statistics and very handy hints for around the home! Check it out bebeh!

ikan gelama mak ilai-ilai

ikan kekek mak iloi-iloi
ikan gelama mak ilai-ilai
sungguh cantik adikku amboi
tapi ketawa mengilai-ngilai

Pernah nyanyi tak lagu nih? Dolu-dolu, siap masuk pertandingan menari lagu ikan kekek. Kekekekeke. Ade lagi la lagu2 kanak2 yg aku masuk menari. ihik2. Oh saya mmg aktif dlm muzik dolu-dolu. Tapi saya bukan nk citer pasal tu. Plis plis tengok tajuk asal balik. Ah-ha saya nk citer pasal cik ikan gelama mak ilai-ilai..perlu ke sebut mak ilai-ilai tak henti-henti? Ya, sgt perlu! hiihi

20.10.10

Cik Lancer yg beremosi














hari ini adalah...

20.10.2010




takde ke orang nak pilih tarikh nih untuk nikah?
oh, hari rabu ek..hari keje.



tapi..Akad nikah ok ape.. hihi



ke..ada org pun nk declare couple lepas tgk konsert Paramore tgh mlm semalam??? hahaha



pernah laa bercita2 mcm ni..:p

19.10.10

my first liquid pen eyeliner

Heyladies,
Kesian kan, baru 1st time saya nak pakai pen eyeliner.
B4 nih cuma beli PENCIL eyeliner saje. Tapi mcm susah je nak lekat kat mata ai..hihi jadi sbb tu ai buat entry mencari gel or liquid eyeliner dan tak sangka mendapat perhatian dari Incik Ray. Auww..

18.10.10

menanti ke pulau singa

O0Ohww.. family kecik saya bersama family besar melati's garden tu sedang menanti ke pulau singa end of this year. Omaigod omaigod!

Ingat lagi tak entry vaVaVougecation b4 nih? sudah terang lagi bersuluh torchlite saya nak pegi
S I N G A P O R E..hiihi

13.10.10

gel or liquid?



Liquid ke gel?
gel ke liquid?
Liquid ke gel?
gel ke liquid?
Liquid ke gel?
gel ke liquid?

bagaimana kalau..

btol2 ada orang bisu jatuh cinta pada orang buta?

ok la...mcm citer keabadian cinta ahad lepas, si bisu bleh blajar tulisan braille dan si buta still bleh bercakap untuk si bisu mendengar..

TAPI

kalau ada orang pekak dan bisu jatuh cinta pada orang buta?
err ada ke org bisu saja? ke mmg pakej kalo pekak konpem bisu?
Macam rumit.



Semua kuasa Allah SWT.
Tiada yang mustahil!



bersyukur,

12.10.10

Putih berseri dengan SHISEIDO


Hey Ladies,
Dah cuci muka? Mesti lah dah cuci tgk lah jam before tanya okeh.Haha
Orait..arini saya saja nk cakap pasal skincare. Anda pakai produk apa?

Ermm..Dalam pemilihan produk penjagaan kulit muka, saya tidaklah terlalu cerewet. More to ikut mood. Haha boleh gitu? Mcm2 dah saya cuba, dari yg semurah2 Safi sehingga lah yang semahal2 SKII. Tapi mostly saya akan amik produk keluaran negara Asia mcm Japan, sbb mestilah dorang buat test terhadap kulit2 orang Asia kan. Saya dh pernah cuba produk dari Canada, cik D, tapi malangnya, selepas tu muka saya yg tidak pernah berjerawat di pipi terus berjerawat bak cendawan tumbuh selepas hujan. OMG! T_T

V e r t i g o ?

Apa menatang vertigo tu? Ya adik-adik, vertigo adalah seketoi sabun buku cap kapak..huhu ok nampak sgt saya sedang tipu anda idup-idup. Ok, vertigo itu adalah sumthing like dizzy..pening..ketidak seimbangan. Pernah tak anda terjaga dari tido, dan tetiba anda rasa seperti gempa bumi yang SANGAT KUAT even tiada berlaku apa-apa bacaan skala rektar pun kat jabatan kaji cuaca??? Ya, ia sama mcm kalau anda main pusing2 badan dan behenti..tobat penin kan? TAPI...yg ini lg kuat ketidak seimbangan itu sehingga anda berpeluh sejuk, rasa nk pitam dan rasa nk muntah..ok bukan rasa lg..anda muntah terus. haha too bad!

10.10.10

101010

10.10.10
Saja kasi BIG highlite tarikh tu. Harini kecoh btol ngan segala kenduri kendara sbb tarikh cun giler..haha
Tapi saya takde la kecoh nk pegi ikut Incik Ray shooting memandangkan tade plak babysitter si omey itu. Tapi kami ada besday party to go, yey! Tapi saya bleh bayangkan betapa leceh bila pegi ke party2 tanpa si bapak. Ahh..tapi kami tetap akan pegi memandangkan dh lepaskan peluang ke open house yg banyak semlm! haha brapa banyak tapi daaa...
Yeahh..Aidan's Bikini Bottom Party! Whatttt!?
haha okeh mari ubah kepada bunyi kekanakan sikit...It's Aidan's Spongebob Birthday Party!
Nice! Jadi sila berhenti berharap utk melihat gambar2 org berbikini kerana ini adalah party kanak2. hihihi
++Ini irfan punya ke mama? (meraung2 apabila hadiah itu dibalut..haha)++
++ Dah sampai! ala dekat je pun, 2 minit je++
++ Mummy Sarah, Aidan, and Daddy Kheri++
++ The Spongebob cake!++
++ besday boy++

++ the gift...bikini. (ok tipu)++

Tu je la gambar nye..gambar makanan dan lain2 xtvt ofcoz lah tak sempat kan sbb mak sorang nk kepong si omey2..T_T... Thanks tuan umah for the foods yg mengenyangkan itu. haa,Si Mummy Aidan ni sangat rajin, kretif dan early planning okeyy! Bayangkan since lepas besday Irfan bulan 2 aritu, si mummy nih dh start cari barang2 besday. Wowee! Tapi bagus jugak kan mcm tu, takde la teruk sgt duit mengalir bila dh tiba party timeee! Sarah, aku mmg tgh mencontohi kau skrg, tapi tinggal lg 4 bulan kot..dan theme masih blur..haha!


Ermm nak buat theme ape ye???
Okehlah..tu je la xtvt saya dihari yg bersejarah bg org2 tertentu ni selain dari menjadi cikgu tusyen selama 2 hari ni..hihi. Baeklah, skrg saya nak pegi bersiap untuk ke majlis resepsi Angkasawan Negara tu..hihihi tak percaya?? erm bagus la tu..sbb mmg saya tipu pun. ngee..ok bye!


Sejak pakai unifi nih, pantas btoi mak post entry! hihi

8.10.10

Gen2, mak panggil balik!

Di suatu tengah hari yang suam2, aku, yana dan jue berjalan menuju ke kereta Gen 2 ku...

"Eh tadi kat FB, ada kawan aku post pasal Proton nk recall keta Gen 2 dan Neo 2004-2008"

"Oh ye ke? Sebab apa?" tanya si yana.

"Ntah, katanya sbb clock spring? Ada sangkut paut ngan hon, airbag.." aku cuba buat terer.

"Oo0o bleh la dpt keta baru..waja evo..." ayat tak pasal2 dari yana. Jue dengar saja.


Tuit Tuit!


Kami masuk dalam keta. Aku pun hidupkan engine dan mula kluar dari parking yang illegal.

Ho0o0oonnkkkk! Hooonnnkk!

Begitu kot bunyi hon keta aku bila aku mula pusing stereng! Watefisssssssshh!
Keta ni dengar aku cakap ke tadi..adoiyaiii! Terus tukar naik keta si Yana dan kepala masih pusing memikirkan keta ku itu.

Tunggu lepas org balik solat jumaat, minta tlg membe opis yg tau repair keta. Di cabut wayar hon pun masih berbunyi. Sentuh sana sentuh sini. Baru je aku nk tunjuk terer bagi dia alatan spanar untuk buka segala benda. Dia dh cabut satu fius dalam kotak fius banyak2 tu. Hmmm Diam pun kau wahai hon. Try bawa keta pusing2 stereng. Mmg diam. Tapi ada bunyi2 kat tmpt hon kat stereng tu. So naik opis pegi baca balik artikel tadi tu.

PROTON RECALL SATRIA NEO & GEN2 2004-2008!!!

A Clock Spring is located behind your steering wheel, between where your
dashboard and steering wheel connects. It connects the switches and airbag in
the steering wheel to the radio, horn and cruise control.


The defect of the clock spring could cause the following incidents,
1. Noises when turning the steering wheel.
2. Unintentional triggering of the car horn.

3. Malfunction of car audio remote button on the steering wheels.
4. Self-deployment of the air bag.
5. Unable to start car due to short circuit of the electronic components.

Check your car whether is affect
Go copy down your chasis number located here.

Go to the url HERE to check whether your car is affected.


Sah. I need to see them!
Oh nanti nk kena check chasis number dia! Sapa pakai Gen 2 or Neo 2004-2008, silalah check skrg! Rujuk pada WEB ini!

Sumber gambar dari incik gugel. Makasih.

Sapa kata dapat keta baru?

5.10.10

Rehatkan otak dengan Magika

"Jom tgk magika! Mcm best je!"
"Serius ke nak tgk? Citer melayu ni.."

Terkezutt mak, bila Incik Ray ajak tgk filem melayu..haha Susah tau nk tunggu dia ajak tgk citer2 melayu. Setakat yang kami tgk b4 nih pun, citer2 afdlin shauki dan khabir bhatia, tu pun lepas saya dah bg review. Tapi bila dh org offer diri begini mana mungkin saya akan tolak!
MAGIKA! Filem muzikal (pertama kah?) Edry KRU.. what can i say? BEST, FUNNY, dan OK lah utk REHATKAN OTAK. oh itu pun depend pada orang yang tahan tgk citer muzikal la..citer sket, nyanyi..citer sket, nyanyi..nyanyi nyanyi nyanyi...hahaha. Efek2 magika tu mmg cantek dan tertarik kau mmg da bomb la! Kalau filem lain, err tayah tunggu 3 thn lah, tunggu tayang time raya thn depan pun, mungkin kita ckp tak cantik dah..mcm yang orang kagum ngan filem2 berefek b4 nih lah, mcm XXRay, Brainscan, dan lain2 lah..tgk skrg, comment mesti nk kata "ala..tah haper2 je..". Lumrah! Tapi kalau KRU punya tak kot..hahaha I loike KRU!
Eh takkan tade komen negatif langsung? takkan semua perfek? Emm..mak tak berkenan suara duet mawi dan diana saja..hahah tah, mcm tak ngam je! Itu saja ok! Apa2 pun, out of 5 stars, saya bg 3.5..eh mcm tipu je.. bagi 4 lah! Ya, 4 Bintang! *bling bling* Kata minat KRU, nape tak bg 5 bintang? Tadi kata best! Ye lah, kalau bg 5 bintang, kang kalau korang tgk, tak rasa best, korang salahkan aku plak sbb buat korang rasa teruja untuk tgk. boleh gitu?? Ngeee~

O0o0ohhh...tapikan, masa tunggu citer nk start, saya sgt sgt teruja tgk filem baru KRU..filem epik yg sgt sgt sgt hebat trailernya..mcm citer2 LOTR, TROY dan seangkatan dgnnya.. dan ia adalah filem, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA! mesti mau tgk~!!

Tgk poster hdr begini, ada nampak mcm citer melayu tak?

**KRU juz jadi pokok je dlm magika, tak mcm setengah pengarah filem lain, sikit2 nk interframe dlm filem sendiri..T_T

I loike KRU!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...