23.9.10

mak cakap simpan sikit2 lama2 jadi bukit

Dia dah pandai...menabung..


tapi mesti guna duit syiling saje.. duit notes sila beri pada mama dia, nanti mama dia simpan la..hihi
Ini tabung froggy ijo..kat atas ada froggy oren..tetiap hari dia jumpa duit syiling jatuh, dia akan lari masukkan dlm ni..so suwitt kan dia?everytime masukkan duit, mesti diakhiri dgn tepuk2 tangan tanda hati senang!
ini adalah aksi pantang tgk org pegang kamera..terus berlakon..!


sikit2 lama2 jadi bukit..erkk..jadi bukit bleh buat apa? buat pusat peranginan..haha

22.9.10

Badan segar meyakinkan

Hye ladies! Lama tak borak pasal ladies thingy..
Ohw actually saya dh kembali kepada mood memanjakan diri yang slalu on and off je. Mungkin lepas ni nk maintain je untuk berasa lebih segar, yakin dan happy. Heh ada kaitan kah..mestilah ada. Kalau badan mcm lesu2, tak wangi2, tak segar..yakin ke nk kluar dan membuat muka hepi?
Last wiken saya baru membeli satu body mist yang dh hampir 3 tahun berenti beli sebab MALAS nk spray sana sini mcm dolu2..dan sebab pakai perfume saja. Haha..
Tapi setelah si omey2 Irfan dah pegi pecahkan perfume Escada saya yang masih baru itu, maka memandangkan bajet nk beli perfume besar dah habis dek hari raya, jadi pencarian body mist bermula. Hahha tak nampak mcm alasan kan?
Yeahhh here we go...aritu sy test bau my cuzen punya body mist..mabeles..so terus pegi cari kat curve sbb penah jumpa org jual kat situ je..tmpt lain tatau.
TADAAAAAA... Secret Charm from Secret Receipes Victoria's Secret.

++ Harga : RM 55..tp kalo ada membe kat oversea bleh kirim beli, murah gila2..onlen pun ada juai rm50..tp beli onlen takleh nk bau unless dh biase pakai..hahaha ++

Oh ada byk lg ghau ghau bau dia.. cuma sy nk berkenan yg ni dulu..nanti ada luit manyakk2 saya beli hat len plak..yang nih kalo irfan hempuk pun tak pecah sbb plastik.. tahan sampai 8jam jugak..lebih kurang perfume..i loikeee! nak perfume pun ada..;)

++ yg ijau kiri skali tu pun mcm fresh gak bau dia...kalo tak silap la... oh ini bauan lama, ada 3 yg baru kluar! +


** info bacaan :: kalo ada code kat bawah botol mmg ori dari UK..(eh ke US tah? ) Kalo takde code, dari China. Tapi yg dari China ok gak cuma tahan 6 jam saje. Katanyaaaaa lah!


Rasa lebih segar dan yakin setiap hari!

21.9.10

ceritera raya duaribuseploh vol.1

Nahh..saya pun nak jugak buat entry lepas raya. Dah sebulan dok potpet2 pasal resepi lah, nak balik kampung la..bla bla bla..lepas raya adalah impossible kalo diam tanpa berita kan kan?
Senarionya sama seperti yang saya citer b4 balik raya dulu. So sebab tu, terpaksa saya membuat entry bervolume satu dan dua dan mungkin tiga. Haha cool bukan? Ekceli malas nk citer, sbb ramai blogger dh tulis panjang2, dan mungkin korang penat nk baca, so layan je la gambar sambil korang membuat cerita karut sendiri dan memuji2 kecomelan kami..hahahha eh eh tlg kaver muka loya anda demi menjaga hati penulis..hahaha
Raya Pertama : Bagan Serai, Perak

++ BIG familia. Tgk muka pun bleh tau kot ia adalah seblah Incik Ray. Tema hijau tak terancang ini hampir menjadi nampaknya ++

++ Muka glemer nih mesti lah wajib ada kan..++

++ Ini pulak acara wajib setiap raya : Salam+minta maaf+dpt duit raya++

++ Ahh..si omey2 baru nk pakai songkok sbb mama dh nk pi beraya dah..yey!++
++oh berdua saja? Irfan mana?++
++ Irfan duduk ngan arnab..oh dia telah menjamu kuih raya pada arnab yg lapar itu..T_T++


Raya Kedua : Changlun & Alor Setar, Kedah

++ Raya kedua sessi ke open house sanak saudara seblah saya. Ada 3 4 umah pegi..tapi kat sini saja yg bergambar..haha++
++ Incik Irfan..posing apakah itu?++
++ Mamita saya..saje buat muke ala gedik style kazen saye ++++ Abah yang maintain cool saja ++
++ Geng Serbu Open House. Branih jemput lah kami! ++

** Kalau prasan, cuba teka brapa kali irfan tukar baju di raya seken? Haha byk main btol itu budak!


Sudah rindu pada Hari Raya dan Ramadhan,

20.9.10

Aidilfitri atau Halloween?

Dah masuk raya ke 11 dah pun. So ada lg 19 hari lg untuk korang jemput saya ke open house korang. Haha.. Saya mungkin tak buat open house sbb wiken2 yang mungkin bz ngan photoshoot dan sibuk nk pegi open house orang lain jugak. ok tak alasan nih?
Tapi tak bermakna korang tak boleh dtg beraya, atau hanya dihidangkan air kosong..insyaAllah ada je rezeki juadah raya utk korang. Jemputlah ke rumah. Hihi

++Rancangan gini, kalo terlepas pun, astro ulang2 lagi dan lagi++


Ha masa dh balik dr kampung biasanye aku baru ada masa nk layan citer2 raya, mcm thn2 seblum nih, semua citer Rashid Sibir aku dok nangis depan tv sampai Incik Ray fedap. Hahahaha. Tapi malangnye raya thn nih dah macam sambut halloween.. Sebokkkk je dorang nk letak citer hantu dari raya 1 sampai raya ke 10.. Apa kes???? isk isk.. tak tahukah mereka ia buleh menjadi igauan di kala drive mlm sorang2 ada entiti asing kat belakang mcm citer Jangan pandang belakang?? Tak tahukah mereka, nk naik lif sorang2 pun amat ngeri? Even nk main congkak pun aku terngiang2 suara makcik congkak tu..Ciskek btoi!

Aku takut. Tapi aku nk tgk jugak. Haha padan muka aku takut lepas tu. Hihihi..


++ Oh muka nih mesti akan ada program khas setiap raya ++

oklah tu je nk bitau..hahaha

saya adalah lapar skrg sbb tu tak buat keje, ok nak pi lunch. bye!

17.9.10

aku sudah...

kembali BERKERJA!


atau kembali berblogging?? haha ;p

7.9.10

Salam Aidilfitri Episod 3

Assalamualaikum,
Walaupun esok saya masih berkerja dgn gigih, saya tetap nak pos entry raya ini harini kerana nk menghantar kad raya pastinya tidak akan dilayan lagi oleh posmen. Tambahan pula, saya merasa cemburu apabila ada yang dh mula bercuti esok dan yang dah bercuti dari sabtu lepas, sila jgn mention lagi. Ciskek..


Jadi dengan ini saya, Siti Wirda, empunya blog, dengan ikhlas hati ingin memohon maaf jika saya terlebih emosi, memerli, atau menggunakan kata2 nista didalam entry2 saya sepanjang thn ini sehingga ada yg lari masuk bilik dan menangis teresak2 di katil. Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. (nih tiru ayat cerekarama tv3) Jadi sama2lah kita bermaafan moga segala yg ikhlas dari hati kita diredhai Allah swt.


Pada yang tinggal di perantauan mcm saya (luar dari hometown kira perantauan lah kan?), selamat bersesak2 di jalan raya, yang dh cuti tu sila balik arini supaya esok malam tak jem teruk sgt bila saya pulang especially ke arah UTARA. Hikhikhik...Hati2 okey!


Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang baca blog ini.


Jom layan gambar pre-raya kami! Sudah kantoi baju raya saya disitu! Hahaha



++ Hai~~ yang ni lah tuan punya blog..mama saya lah tu!++

++ Adoiyaiii..kenapa makbapak aku begini????++

++ okeh ini baru suwit..Selamat Hari Raya Semua!++

*** Episod 3 = Raya ke 3 setelah berkahwin***


Oh duit raya tidak ditukar lg, nampaknye tade lah duit raya thn nih..hahahahah (aku suke?),

6.9.10

Resepi Rahsia #13 :: Miki Milky Oat Choco

Masa saya sedang menjaga booth photog di Jln Conlay tempoh hari, saya ada beli kuih nih dan terus terpikat. Nah, skrg sy buat sendiri. Cukup puas ati sbb menjadi dan tak perlu beli mahal2 lg. yeyey! Nak rasa meh beraya umah saye..hahah bajet best saja..:P
Alamak, resepi sukatan sebenar tak igt lah, sy bg ramuan2 je la kot..Aci tak?


~ Milky Oat Chocolate ~

Bahan-bahan
250g Butter
230g Gula halus
75g serbuk koko
300g tepung gandum
500g oat (saya campur nestum jugak)
1 camt empleks
7 camb minyak sapi
susu tepung untuk hiasan

Cara membuatnya:
1) Campurkan semua bahan kecuali minyak sapi dan susu tepung. Adunkan sebati dan masukkan minyak sapi.
2) Canaikan dan terapkan mengikut bentuk yg anda suka.
3) Bakar pada suhu 180 darjah, selama lebih kurang 20 minit.
4) Sejukkan, kemudian golekkan di atas susu tepung.

Syokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

saya sgt suka ini biskut!

3.9.10

Resepi Rahsia #12 :: Murtabak Hentaman

Bleh agak tak mengapa tajuk resepi aneh seperti itu? Oh mmg resepi kau slalu begitu kan cik puan chef wannabe? hihii
Okeh okeh, satu petang saya tiada uwang yg lumayan di dalam beg duit saya, dan singgah lah di petronas untuk mengambil wang di atm. Malangnya, tiada parking dan Q haidar yg panjang di ATM telah membantutkah niat untuk membeli belah di PARAM. Jadi terpaksa pulang dgn niat memasak seperti biasa. (-_-")
Nak masak makanan berat, konfem amik masa sbb ikan masih beku kot... jadi jom masak makanan ringan untuk berbuka dulu. Yeahhh cekidauttttt!!!

~Murtabak Hentaman~

Bahan-bahan:
Doh Kulit
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat
secubit garam dan gula
air secukupnya
Isi Murtabak
1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji telur
serbuk kari
serbuk jintan manis
kulit kayu manis
garam dan gula
Cara membuatnya:
Doh
1) Campurkan semua bahan kecuali air. Gaul perlahan2 dan campur air sedikit demi sedikit sehingga doh kental. (kalau nk masak terus, pastikan doh itu lembut, tp kalo nk simpan esok, bg kenyal lg)
2) Dah siap, ketulkan satu2 menggunakan minyak.

Isi Murtabak
1) Tumis bawang dan rempah ratus tadi, masukkan daging dan segala benda yg anda nak pun buleh masuk. Jangan masukkan telur lagi. Siap
Membuat murtabak
1) Jika mahir, anda boleh tebarkan doh murtabak tadi. Jika tidak, usah musnahkan, sila leperkan dan tarik2 saja doh itu sehingga besar.
2) campurkan telur dengan isi murtabak tadi, tuang ke atas doh, dan balut.
3) Bakar di atas pan fry. Siap.


Peeeewittttttttttttttttttttttttttt!

++ patut saya namakan dia Murtabak Herot Petot kan? Tapi kalau elok sgt korang tak percaya pulak saya buat. Hahaha++

Ini simple2 saja, "hentaman" disini bermaksud pada isinya, sbb patut ada 5 rempah, tp sy malas nk amik tau, sy guna saja apa yg ada kat dapur. Kahkahkah. Tapiiii rasanya same je malah ok lagi kot dari sesetengah murtabak-wannabe-kat-Param nun...Haha.

** PARAM?? = PAsar RAMadhan**

Selamat try!

2.9.10

Resepi Rahsia #11 :: Sagu Gula Shah Alam

Haha againnn...bias gila tajuk resepi saya kan.. Biar lah ini kan blog saya.
So, mari membuat desert cepat, cekap dan amanah. Huh apa kaitan..


~*Sagu Gula Shah Alam*~

Bahan-bahan:
Sagu (ikut suka lah nk byk mana)
Gula merah/Gula melaka
Santan / Susu Cair
Daun pandan

Cara membuatnya:
1) Basuh sagu kemudian rebus didalam air bersama daun pandan sehingga masak. Toskan dan isi dlm mangkuk2 kecik. Letak dalam peti sejuk.
2) Cairkan gula merah/melaka di atas api. Bila siap, isi dalam mangkuk. (perlu ckp ke?)
3) Kalau taknak guna susu cair yg pantas, sila guna santan yg di suam2kan atas api, letak secubit garam.
4) Nak makan, sila la kluarkan mangkuk sagu dari peti ais dan tuanglah susu/santan bersama gula cair tadi. Yey!

Woooooooooooooooooooooooooooooot!

++ Nama sebenar-benarnya :: Sagu Gula Melaka ++

Saya malas, jadi pakai susu cair saja,

ceritera dolu2 #004 :: Sejuk Melegakan Tekak

Dolu-dolu, aku adik bradik sepupu sepapat slalu jenguk jiran belakang umah tok aku. Terpekik2 kami panggil nama dia...
"Tok Yam.....o0ooo Tok Yam"
Nasib baik kami blom mengenal tomyam zaman itu, maka kami tidaklah menunjukkan kenaifan kami dengan mengejek Tokyam dgn nama Tomyam..Hehe.

Sebaik saja Tok Yam buka pintu, dia dh senyum.
"Ha...nak perisa apa? Asamko, milo, bandung, cendol?"

Haa..dah dpt teka apa Tok Yam jual? Yaaaa.. katakan Ya dengan yakult tepat skali, ia adalah Aiskrem Malaysia!
Ngeee~ Dolu2, harga dia sekupang saja. Orang Key-El sebut seposen lah. Tapi market sekarang aku pun tatau brapa harga seketul eskrem. Ada lagi ke org juai? Di kampung2 mungkin ada lg kot.

Memandangkan aku rindu pada nostalgia tu, maka aku pun buat la berketul2 di rumah..sampai habis plastik dia nanti, benti la kot..hahaha.. mmg layannnzzz!



i'm loving it,

1.9.10

Dah siap ke?

Oh b4 teruskan niat bertopik di atas, saya nk ucapkan Selamat Hari Merdeka buat semua! Hepi 53rd Besday Malaysia! Ada juga sambutan kat stadium Bkt Jalil tu rupanya. Saya? Saya cuma mampu sambut MERDEKA SALES saja. haha

Ok, amacam persiapan korang?
Dah beli ke baju raya?
Dah siap ke kuih raya?
Dah pasang langsir raya?
Dah lengkap baju anak?
Dah ade ke kasut raya?
Dah jumpa butang baju melayu suami tahun lepas?
Dah repair keta nak balik kampung?
Dah kemas beg keeeeeeee?????

Kalau semua dah, mmg anda seorang yg bersedia awal. Bagus2..
Persiapan-tanpa-dirancang saya, Alhamdulillah, tak semena2 siap 80%. Incik Ray lah membuka ruang untuk saya kembali sibuk cari baju raya baru. Mula2 tanak tukar tema kaler, geng laki2 (Incik Ray n Irfan) nk pakai je baju thn lepas. (err saya still baju baru). Tapi bila dah diberi idea begitu, saya yg suka beraya ini, mana mungkin akan menolak..hihihi.. So, semua hampirrrrr siap, tunggu nk tambah kemeriahan je lagi sket. Tema kaler? Nanti next week saya apdet!

Wahhh...Lagi 6 hari saja nk kerja weiiii..sangat lah teruja. Tak peduli la korang nk ckp mcm budak2 ke ape.. yang penting, setiap tahun mmg nih apa yang saya rasa...MAK SUKA RAYAAAAAAAAAAA! yey!

Irfan pun suke! yey jadi geng mama!


saya suka,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...