26.8.10

Resepi Rahsia #10 :: Si Buah Shah Alam

Ahh..asyik2 makanan berattttt saja. Tak reti buat kuih ke????

Ok ok..mari saya sharing is caring kuih tradisional pertama yg saya belajar dengan mamita saya iaitu Kuih Buah Melaka. Oh memandangkan saya bukan di Melaka, kenapa saya perlu namakan dia Buah Melaka. Lebih manis jika saya namakan Buah Shah Alam. Hahahha Kelakar kan saya? (tlg jgn muntah dgn lawak stupido ini..batal posa kang!)


~Si Kuih Buah Shah Alam~

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sudu tepung beras (kalau tak letak nanti lembik sgt doh nye)
gula melaka di potong dadu
kelapa parut (putih saja)
secubit garam - gaul dgn kelapa parut
air kapur (ada org guna air garam, tp kalo garam dh letak pada kelapa tak perlu la air garam)
pewarna hijau yg dibenarkan
daun pandan

Cara membuatnya :
1) Gaulkan tepung beras dan pulut bersama air kapur sehingga menjadi doh lembut. Titis sedikit pewarna dan gaul sebati.
2) Ambil doh sebesar ibu jari, balut gula melaka yg di potong dadu itu. Buat lah sehingga habis. (amaran :: jgn uli lama2 sehingga bulat licin sbb nanti gula dlm tu cair. Tangan anda punya haba ok!)
3) Rebus di dalam air mendidih. Masukkan daun pandan untuk aroma yg harum baunya. 4) Bila bebola api buah td timbul di permukaan air, barulah angkat dan golekkan di atas kelapa parut yg telah digaul bersama sedikit garam tadi. Siap!


TadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA~!

++ Buah Melaka ++




senang kan? ;)

25.8.10

Resepi Rahsia #09 :: Nasi Hujan Di Tengah Hari

Adoiyai...sejak dua menjak nih asyik hujan saja petang..lebat plak tu. Kalau panas, terik lah sgt matahari tu. Dalam saya dok potpetpotpet tu, teringat pasal nasi hujan panas. Oh resepi nih, ekceli saya agak2 saja. Dulu time study, ada menumpang kat umah makcik BFF, si makcik BFF telah buat nasi ni..dan menunjukkan teknik colouring nasi hujan panas. Jadi saya pandai2 saja lah membuat nasi ini dgn gaya anggun lagi mabeles. Kahkahkah.


~Nasi Hujan di Tengah Hari~
Bahan-bahan :
Nasi
Beras secukupnya
2 sudu minyak sapi
3 biji bawang merah -kisar
2 biji bawang putih -kisar
1/2 inch halia -ketuk
bunga lawang dan buah pelaga
serai -ketuk
daun pandan
garam dan gula
pewarna merah dan hijau yg dibenarkan

Ayam
Ayam secukupnya - perap dgn garam dan kunyit
1 biji bawang besar -kisar
3 biji bawang putih -kisar
2 sudu cili boh
4 sudu tomato puree
buah pelaga
kulit kayu manis
garam dan gula
Cara membuatnya ::
Nasi
1) Tumis bahan kisar dan ketuk dengan minyak sapi sehingga naik bau.
2) Masukkan semua bahan2 lain, masak sehingga hampir kering. Titiskan dua tiga tempat pewarna2 yg anda suka. (amaran :: jgn terlalu banyak kerana warna akan menyerap sampai ke dasar periuk). Siap!
WEeeeeeeeeWiiiiitt!
++Nama sebenar :: Nasi Hujan Panas++

Ayam masak merah
1) Goreng ayam terlebih dahulu.
2) Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili dan tomato puree dan masak sehingga pecah minyak.
3) Masukkan bahan selebihnya dan juga ayam. Siap jugak!

Waaaaaaaaaaaaaweeeeeeeeee!


Jadi semuanya boleh di makan dengan jelatah/acar timun dan juga papadom.

Papadom
1) Beli kat kedai dan goreng terus. sekian.

So complete set RM9 henggit. (hahahaha mahai tak kedai saya?)

Yummmmmmmmeiiiiyyyyyyy~!




Jom cuba try test tgk!
Selamat berbuka!

Resepi Rahsia #08 :: Cornflake Choco Almond La Diva

Perghh...nama nak anggun saja. Actually saya telah mengvariasikan resepi asal, maka sbb itu nama dia mcm asal-boleh-je nk letak. :p Ok lah puan-puan semua..meh kite jog down resepi yg takde lah gempak mana pun ni..hahaha

~Biskut Cornflake Choco Almond La Diva~

Bahan-bahan (+/- 60 biji) :

250g mentega
200g tepung gandum
100g gula kastor
100g cornflake - dikisar halus
2 camca teh nescafe - bancuh dengan 2 sudu besar air
1 camca besar serbuk koko
hirisan badam
chocolate chip
Cara membuatnya:
1) Putarkan mentega, gula dan esen nescafe tadi.
2) Masukkan tepung, serbuk koko, cornflake, badam dan coklat chip. Gaul hingga menjadi doh.
3) Sudukan doh dan letakkan di atas dulang pembakar. 4) Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20minit. Siap!


WOOOOOOOOOOOooooooooo0ooooooO!

++ Biskut Cornflake Choco Almond++




Cuti sekejap buat kuih..tunggu lagi 3 jenis insyaAllah.

24.8.10

Resepi Rahsia #07 :: Biskut Injit-injit Semut

Hai kawan-kawan. Amacam rindu tak pada RR? (bajet mcm chef terhebat alam maya kan?..cisss!) Oklah, buat julung kalinya, saya nak tayang resepi biskut raya pulak. Oh hari ahad aritu, nekad membuat 2 jenis biskut raya. Maka mari kita lihat satu dulu supaya anda merasa teruja yang amat untuk menunggu resepi biskut lg satu. (tgk..lagi nk perasan..heh!)

~Biskut Injit-injit Semut Sapa Sakit Naik Atas~
++Nama sebenar :: Biskut sarang semut++
Bahan-bahan:
160gm butter
100gm gula halus
180gm tepong gandom
80gm tepong kastad
50gm tepong jagung
1 sudutek esen vanilla
coklat rice secukupnya

Cara membuatnya:
1) Pukul butter, gula dan esen vanila hingga sebati.
2) Masukkan kesemua tepong dan gaulkan hingga menjadi seperti doh.
3) Gunakan pemarut untuk menjadikan doh bertali.
4) Masukkan kedalam cawan kertas yang kecil.
5) Taburkan semut coklat rice di atas.

6) Bakar selama 15-20minit, angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelom disimpan didalam bekas kedap udara.
Jennngjennngjengggggggggggggggggg!

++ sarangheee!++

nota chef:: Ada resepi yg pakai kuning telur. Tapi saya blom cuba yg itu. hehe. Oh ya, Thanks to Ummi Iez kerana mencadangkan kuih-raya-yg-saya-patut-buat-raya-ini!

Ok nanti saya sharing is caring biskut lagi satu ye. Try lah yg ni dulu! Selamat mencuba!


Mmg semut kat umah saya pun suka..cisss!

23.8.10

Korang raya di mana?

Dulu, masa tak kawin lagi, slalu ada saje adegan kat drama, kat komik, kat suratkhabar lama oo0.. Semua pasal suami isteri bertengkar nk balik raya? Ngeeehihi. Aku heran. Tapi bila dh alami sendiri, baru MAUUU TAU! Tapi saya blom lg la sampai gitu..mmg bertoleransi lg setakat ini. Kihkihkih.
" Hah! Kau boleh lah, kawin dekat...kami kawin jauh2..haaa"
Erk! Ok, sapa kata kawin dekat senang? hoho..at leasttt..kawin jauh2, btol2 bleh gilir2 macam raya 1-3 umah si suami, raya 3-5 umah isteri. Kan?

"tapi itu kalau cuti kami seminggu! kalau cuti sampai raya ke 3 je??"
MINTAK LAH CUTI LAMA LAGI! hahahahaha takmo jawab dah.


Ok, mari lihat sambutan raya yg BAKAL saya sambut TAHUN INI.
Tahun ini adalah turn incik Ray. Raya pertama :: Adalah di Umah Mertua, di PERAK. (org ckp sempadan so dorang igt kami adalah negeri yg sama so called 'dekat')
Raya kedua :: Changlun, KEDAH. Umah nanny aku. Parent semua balik sana. Mmg tetiap tahun begini. Tiada maknanya sambutan di umah Penang.

Raya ketiga :: Kazen incik Ray kahwin. KENA PULANG!

Raya keempat :: Kazen aku bertunang. PERLU PULANG jugak kan?

Raya kelima :: Mestilah mak aku dah balik Penang. MESTI lah aku nak balik umah sendiri jugak kan??
Raya seterusnya :: KAMI ADALAH PENAT!!!!! Dokter, saya nak MC buleh???
KAWIN DEKAT ADALAH PELUANG UNTUK PENAT DI HARI RAYA DAN CUTI2 LAIN SEBAB ANDA PERLU MEMENUHI KEHENDAK KEDUA-DUA PIHAK!
Tapi....JIMAT sebab skali harung. >>>>>JGN RUJUK STATEMENT INI DGN SITUASI DI ATAS!
Sekian.
Huruhara,

19.8.10

ceritera dolu2 #003 :: Permainan Bulan Puasa

Dolu-dolu, setiap kali menjelang bulan Ramadhan, aku, incik abang, dan cik sepupu slalu sangap tatau nak main apa sementera tunggu nak minum air sirap selasih bila azan Maghrib berkumandang. Jadi antara permainan mutlak kami di bulan puasa adalah seperti berikut :-

Perhatian : Gambar2 cantek ini adalah hasil gugel. Peace no war! ;)

#1 :: Main batu seremban
Kala ini habis batu2 longgokan depan umah tok aku untuk menutup lopak telah kami sepahkan demi mencari 7 biji dragon balls batu yang sesuai untuk dipermainkan. Semestinya mencari batu yang berpontensi untuk menjadi bulat bila lama2 main. Hey, orang akan kagum kalau kau punya batu yang bulat2 okay! Kira prooo wa cakap lu! Main mesti ada target, sapa sampai markah seratus dulu, dia menang. Dan semestinya aku adalah BUKAN PEMENANG sbb jemari mulus aku jarang lah nk buleh pakok semua batu tu. Kalau batu kecik boleh lah dapat markah 14 skali pakok. :p (pakok= membuat lipatan batu masuk genggaman..aishh payah lah nk terang.tau kot.)

#2 :: Main tudung botol
Haa..penah main tak? Main tudung botol ni pakai 5 keping tudung botol je. Sama seperti batu seremban, abang aku lah sang juara. Bencik! bencik! Kami akan berkunjung ke Kedai Runcit Din satu2nya dalam kampung tok aku tu, untuk membeli air menet (air berkabonat buatan malaysia) semata2 nak dapatkan tudung botol. Mesti hanya tiga saja tudungnya sbb kami beli sorang satu. Maka kami akan cari lagi 2 keping hasil belian org lain, itu pun kalau pakcik Din tak sapu sampah lg. hihi. Perhatian :: Kami beli air menet untuk buka puasa. Sebab kami mmg sentiasa patuhi perintah Allah SWT.

#3 :: Main congkak
Yeah, antara permainan lain di bulan puasa samada di rumah atau sekolah adalah congkak. Takde congkak kayu tu, kami korek congkak tanah. Kreatif, inovatif, teknokrat cemerlang kan kami? Malangnya, untuk game ini, abang aku juga sang juara. Aku syak yang ni dia main tipu, purak2 ada baki guli dalam tangan, so mestilah takkan mati2. Cisskek!

#4 :: Main Dam
Dam...Damn...aku mmg tak suka main dam, sbb aku tak reti main. Haha. Pasti kalah mutlak. Sapa2 nak kalahkan aku dgn senang, sila ajak main dam. Sekian.(-_-")

#5 :: Main Catur
Hey, tak reti main dam, tidak bermakna aku tak reti main catur okayyh. Kamonn..ini kalau aku kalahkan abang aku, mmg dia takkan puas ati sampai dia menang balik. Jadi ini saja lah permainan yang aku pernah MENANG dengan abg aku. Kahkahkah


Ya itu saja permainan aku adek bradik mengikut ranking selera kami di bulan puasa. Anda bagaimana???




Rindu zaman itu,

17.8.10

Resepi Rahsia #06 :: Nasi Tom Tom Bak!

Yuhuuuu~
haiii~cik kiah, kak tipah, mak minah..bertemu lagi kita di ruangan rehsepi rahhhsiyeee..(kasi sengau sket sebutannye)
Ohw, buat julung2 kalinya saya nk try buat nasi-tomato-wannabe ini selepas kebuntuan saya di selesaikan oleh sahabat di YM. Resepi dihujung jari. Dia cuma ckp tumis macam biase dan letak tomato puree je. Sukatan? Saya tibaii saja. Hahaha..Jadi saya tidak akan memberi ajaran sesat untuk nasi itu walaupun ianya jadi tetapi bg saya ia blom cukup mabeles untuk di sharing is caring. Hahaha. Maka dengan itu, saya letak gambar saje lah..

Tadaaa! (pendek dh bunyinye..sbb tak share resepi)

~Nasi Tom Tom Bak ~
OK, biasanya org makan ngan ayam masak merah ulala..tapi arini saya tukar, saya buat lauk daging panggang berskala 180 rektar. Kah kah kah nama nk perasan gempak saja..


~Daging Panggang Berskala 180 Rektar~
Bahan-bahan:
Daging sebesar tapak tangan (saya tatau brapa gram..hihi)
3 bijik bawang merah - kisar
3 biji bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Mixed herb
Serbuk kunyit
Garam, gula dan pepper


Cara membuatnya:
1) Perap daging dgn semua bahan tadi. Kemudian sila bakar dlm oven 180 darjah 5 merah selama lebih kurang 20minit.


Showwwwwtimeeeeeeeeeee!


~Acar Timun Simply SitiWirda~
Bahan-bahan:
Timun
Karot
Tomato
Bawang besar
Cili
Garam dan gula


Cara membuatnya :
1) Potong semua bahan tadi dan gaul bersama garam dan gula. Siap lah tu. ;)
wooooooawwweeeeeeeeeeee~!


~Air Asam Ya Auw Auw~
Bahan-bahan:

1 biji bawang besar
1 biji cili besar
3 biji cili kecil
1 biji tomato
1 mangkuk air asam jawa
1 camca besar kerisik
1 camca teh susu pekat
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1) Potong nipis2 bahan2 tadi dan campurkan kesemuanya. Siap jugakkkk!


YesssssszaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA!


Wah semuanya hanya dengan SATU langkah! Semua org musti bleh buat punya! Da~~

Nak masak apa lg tah?

16.8.10

lapan belas

Alif Irfan is 18th Months!!! Stay cute and cool bebeh!!!
Mama and Abah Love You Mucho Mucho!

Mama,

14.8.10

pelik bin ajaib


Semlm, kan saya sedang berbunga2 chinta nk pegi Buffet Ramadhan bersama incik Ray. Dah sampai di tmpt pertemuan (sbb saya tak balik umah-jammed teruk kot..), saya pun seluk2 la beg lappy saya mencari2 purse.

Aik? pegi mana pulak!

Sah tertinggal kat opis..Demmit!

Incik Ray tidak mahu melayan kehendak saya utk patah balik opis kerana jam dh pukul 6 lebih. Hoho. Takpe esok saja lah saya pegi opis, fikir saya.

Lepas berbuffet, balik umah, saya check lg dan lg beg itu. Mmg tak ada. Haishhhhh...minta2 selamat la purse aku tu. Takut ade geng2 operator ke ape ke main masuk je opis kitorang. Takpe2 cubaan tidor ngan tenang.

Harini, b4 kluar untuk pegi opis, incik Ray selongkar beg lappy saya. Tadaaaaa..tetiba ada pulak purse tu kat dlm beg tu..Huh!
So, pertamanya Alhamdullilah sbb tak ilang dan tak perlu pegi opis di hari sabtu.
Kedua, dugaan apakah ini..atau mataku yg berpinau2..atau apakah??? Mmg pelik bin ajaib!

ok lagi satu, dah 2 hari saya dan incik Ray terlepas sahur -tapi kami masih berpuasa okay!-
Day 1, jam alarm aku menjadi 3 jam lambat! what the hacksss...saya bangun kul 4.16pg, tgk2 dh cerah! Saya terus syak Irfan yg tukar timing jam tu!

Day 2, jam alarm skali lg menjadi sejam lambat! argh argh! adakah jam ini bengong atau saya mamai dan tertekan timing dlm mimpi??? Lagi skali pelik bin ajaib.

ok tu je.=p
Esok lusa..err Lusa je la saya akan citer pasal Buffet.

13.8.10

Resepi Rahsia #05 :: Nasi Mamita Saya

Dolu-dolu, masa mamita saya seorang cekgu sekolah menengah, mamita juai macam2 pada seblah petang. Kalau bulan Ramadhan, samaada mamita buka gerai kuih dan ikan bakar ataupun ambil tempahan kuih raya. Dua-dua pun saya suka menyibuk. Tapi untuk budak berumur bawah 12 thn ketika itu, pastinya potong ceri dan letak kat biskut samperit (bunga) adalah tugasan harian yang borink. Haha. Ok selain itu, mamita juga penah jual Yong Tau Foo dan juga Nasi yang saya nk bg resepi ni. Hehe..saspen tak nasi apa? :D Baiklah untuk tidak membuang masa, mari kita lihat resepi berbuka yang saya masak semlm..teng teng teng...

AMARAN :: Resepi ini mungkin bukanlah 100% Mamita, kerana rasanya ada terskip dan tertambah bahan jugak. Asalkan rasa sama sudah...hahaha

~Nasi AYAM Mamita~

Bahan-bahan Nasi dan Ayam:
2 cawan beras (ikut lah anda nk makan brapa org..ini utk 3 org)
1/2 ekor ayam (kalau suka makan ayam, sila beli sekor)
1 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
*** bahan kisar adalah untuk nasi, perap ayam dan sup. So sila agak2 sendiri***
1 1/2 camca mentega
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai
2 biji buah pelaga
secubit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
daun pandan (optional - kalau nk lebih bau wangi)
Bahan untuk sos cili
4 tangkai cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
sedikit perahan limau nipis
garam dan gula


Cara-cara membuat :

Nasi
1) Mula-mula, rebus ayam dlm kuantiti air yang banyak lebih kurang 10 minit. Angkat ayam.
2) Panaskan mentega didalam periuk nasi, tumis bahan sehingga naik bau. Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, serbuk kunyit dan serai.
3) Masukkan beras dan air rebusan ayam tadi pada sukatan yang betul. Kemudian masukkan daun pandan, satu sudu kecil garam dan sedikit gula. Kacau dan tutup.
**Nak sukat air untuk masak nasi, masa basuh beras tu sukat la sepsiap brapa cawan air yang perlu untuk sukatan beras tu.**

Ayam
1) Perap Ayam dengan kicap, sedikit bahan kisar tadi, sedikit gula dan garam.
2) Lepas tu, buleh la goreng. Tak perlu lama sgt, sbb anda dh rebus sekejap tadi.
Sup
1) Masukkan bahan kisar yang selebihnya ke dalam air rebusan ayam tadi. Letak buah pelaga, bunga lawang, garam dan gula, serbuk sup dan apa2 sehingga jadi sup.. Adoi tak larat explain. Nak senang amik sup bunjut. =p

Sos Cili
1) Kisar bahan sos tadi dengan sedikit air masak. Siap.


Fuhh.. dah siap. oh meh bunyi template seprais lg.

TadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA!!

++ Macam Nasi Ayam kan? (memanglah ia adalah nasi ayam!!!) ++


Selamat Mencuba dan Selamat Berbuka!

**Arini OFF masuk dapur kerana akan ke Buffet Ramadhan..almaklumlah celebrate 1001days! Jom join!!




Jgn tertekan tgk resepi panjang2, tak sampai sejam pun saya buat,

1 0 0 1

Harini, 13 Ogos 2010, adalah hari yang ke 1001 perkahwinan saya dan incik Ray (161107). Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Semoga ikatan ini sentiasa tersemai indah dan diberkati olehNya.

My dear Hafizurrahman, I love you unconditionally! Thanks for being my missing puzzle!

I love our superhero, Alif Irfan!



And I love our small and suwiiittt familia~!




nota saya :: kat mana ada buffet ramadhan ada kambing bakar/golek? pls pls...we loikee~




bunga-bunga chinta,

12.8.10

tiada tajuk

Semlm saya post dua kali...
harini saya mcm tak post langsung..tp ini kira post entry lah jugak kan..hahaha nak jugakk!
oh, korang balik keje bulan Ramadhan pukul brapa datuk harimau???
Saya balik pukul 5.30 kalau bulan2 lain..TAPI untuk bulan Ramadhan, HR berbesar hati meluluskan untuk kami pulang LEBIH AWAL.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

ya seAWAL ASHAARI 10 MINIT! Cissssskek!

ok dah nk 5.20ptg, saya mau kemas laptop semua. Bye. Selamat Berbuka!


sayasukekejesaye T_T,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...