26.7.10

bizi-ness week

Fuhhh..
Tak sempat nk update blog. Quite bizi with own 'biziness'. Hehe Ok, nak promo sket.
Starting from 24July - 2 Aug, Mangotouch Photography ada buka booth di pameran KERJA KAHWIN. This is our second time. Alhamdulillah, sambutan lebih menggalakkan compared to last year. So, pada sesiapa yg nk kawin thn nih ke, thn depan ke, and still looking for photographer or/and videographer, ANDA DI JEMPUT BERKUNJUNG ke booth MANGOTOUCH di Kompleks Kraf, Jln Conlay, KL. Pastinya pilihan pakej terbaekkkkk punya dari kami!
ok dh habih promo.
Info buat korang, bukan setakat photography saja yg ada, segala katering, butik pengantin, kad kawin, kek kahwin, doorgift dan batik, semua dipamerkan. Memang complete set utk persiapan perkahwinan. Nama pun pameran KERJA KAHWIN. So datanglah beramai-ramai!
heh..ok meh layan gambar, sorry saya bias kali ni, jadi ada gambar di booth saya saja. Hihihi(sebenarnye, terlupa nk amik..maklum laa bz jaga booth..kihkihkih)

++ TehTarik Mangotouch Crew ++

++ Booked our package, get FREE Mangotouch T-shirt ++

++ harini adalah perasmian ++

++ interviewed kerja by TV9 ++

++ penjaga booth wiken saja ++


NOTA PENTING :: nampak logo di atas, silalah hampiri....yeeeesssssza!





principal,

20.7.10

keinginan yang ditangguh-tangguh kini selesai

Last Saturday, my own hands felt independent of my body, as if they're about to do something I've got no control over. Thanks Allah swt, finally I had time to complete this for my beloved Irfan. Hehe
Before kejadian, Abah Irfan said "Ala..mama dia yang excited, Irfan takde perasaan pun.."
Ye la sbb mama amik masa lama mengumpul bahan2 deco itu. Lagipun Encik Abah itu tatau pun apa yg Cik Puan Mama nk buat pun. :p
Ok, ingat tak kami ada beli katil simple IKEA kat Irfan aritu. Haa memandangkan mama tak pilih katil sheep tu, so mama terpaksalah berangan2 untuk deco sket katil yg sgt suram itu. Jom tgk gambar2 di bawah.
++ ini adalah FELT paper yang mama beli berbulan2 dulu. hehe ++
++ ini pulak adalah katil promosi aritu. simple dimple saje..++
Oh mama patut tunjuk bahan deco yg lain, tapi penggambaran di ganggu oleh Irfan maka kita lihat saja hasilnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
TaDaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA!

++ Bahan lain adalah termasuk Button yg di beli juga berbulan dahulu dan sticker yg baru beli ++
++ Irfan sonok main sticker..err tapi mama tak focus pada Irfan ok..haha++

++ tadaaaa...ini pulak utk di hujung katil..sticker2 saje ++

++ dia sudah gatal tangan nk cabut benda alah tu ++

Yey sukses juga. Oh tapi kan semlm irfan dh pegi cabut nama dia tu. Haha. Mama silap pegi pakai gam yg di sangka kuat. Nampaknye kena tampal guna gam UHU la pulak.


++ Yey saya suka katil saya! Mama, buat satu lagi kat bilik Irfan!!! ++

hehe sape kata saya je excited?

19.7.10

Iklan lagi

wooooott~~!
Iklan tudung senang pakai kembali!
* NEW lycra printed hijabs
* STOCK CLEARANCE !!!

meh tgk kat SINI!

tukang juai,

16.7.10

sometimes....

Too much agreement kills the chat.

Agree?



name saye,

15.7.10

makhluk durjana mengejutkan aku utk bersahur

ekk uwekkkkkuwaaaa....
Tangisan rengek irfan membuat aku bingkas bangun. Berbekalkan biasan cahaya neon di jalan hadapan rumah aku yang menembusi terus ke dalam kamar utama, aku mencapai botol susu lalu membancuhnya. Diam si Irfan pabila meneguk susu. Aku melihat jam, 3.36 pagi. Ah, masih terlalu awal untuk aku bersahur. Memang itu lah perangai aku, suka mengganti puasa di saat-saat akhir menjelang Ramadhan. Tapi aku saja ke? Orang lain pun sama kot. Hehe. Aku pun terlelap kembali...


Weuweuweuweuweuweuwewueweuweuwe
Huh! Terbeliak mataku.
"B, bangun b!"
Hubby yang demam bingkas bangun dan mencapai cermin mata. Siren rumahku berbunyi. Ada orang cuba nak pecah rumah!

Aku sedikit panik. Jam menunjukkan pukul 4.13 pagi. Hubby cuba mencari telefon bimbitnya, tak jumpa. Dia mengintai dari pintu kamar perlahan-lahan. Tiada sesiapa. Sengaja kami biarkan siren berbunyi seketika untuk menarik perhatian security dan menakutkan si makhluk durjana. Setelah tiada pergerakan bunyi yang mencurigakan, kami matikan siren. Memori pada alat penggera menunjukkan cubaan pecah masuk melalui bumbung. Kami check semua bilik. Seluruh rumah jadi terang benderang. Alhamdulilah, mmg bedebah tu tak sempat masuk. Terkejut dengan bunyi nyaring siren agaknya.

Huh, aku syak makhluk durjana tu adalah Indon-indon yang lalu lalang depan rumah aku petang tadi. Memang aku perasan dua ekor tu tengok-tengok masa aku nak masuk rumah. Aku percaya mereka berani bertindak sebab kiri kanan rumah aku masih tidak berpenghuni. Cisssskek!

Mujurlah bunyi siren berjaya menakutkan setan tu.
Bila keadaan macam dah reda, aku melangkah ke dapur, amik periuk dan masak nasi dalam kesaspenan. Terus tak jadi nak sambung tidur. Dari dalam rumah aku dengar bunyi motor pak gad meronda-ronda. Ok, sedikit selesa. Aku pun bersahur, hubby sambung tidur kerana tak berapa sihat.

Thanks but no thanks to makhluk durjana kerana mengejutkan aku utk bersahur lebih awal. Huh!


Teringat pulak tragedi yang berlaku kat umah parent aku. Takut.
Ya Allah, lindungilah keluarga aku dari segala malapetaka. Amin....



berjaga-jaga,

12.7.10

tamat

Hah, dah habis pun demam bola 4 thn sekali tu. Demam ke fanatik ke emo ke tatau la nk ckp. Kalo tak, takkan si Paul Sotong pun diugut bunuh. Hahaha tah pape la.
++oh paul.. ramai yang makan sambal sotong lepas germany kalah, haha++
Aku takde la minat bola. Tapi kalo nk melayan boleh aje. Biasenye aku akan tgk final je then, bet ngan org. Tapi thn nih tak pulak aku tgk final, tah macam mana aku asyik tertengok match team abam podol je, baru nk minat lepas team abam kaka kalah, dorang tersungkur pulak, maka tak kuasa aku nk melangut TV sampai kul 2.30 pagi for final match. Hehe. Sah, aku bukan demam bola.
Anyway, ¡Enhorabuena España!
heh lama tak speaking spanish.bajet terer..haha..

Demam bola tu dh tamat, deman irfan tumbuh gigi tak reda lagi. Tambah pulak aku yg batuk batuk mcm burung belatuk dah. Aishh...Doktor chenta i want MC pleaseeeeee!



tak sihat,

5.7.10

FBI is getting fabulous!

Tajuk nak hebat saja. Ye lah, nak bercakap tentang anak mesti sebut yang indah2. Hihi.
Alif Irfan berusia satu tahun, empat bulan, dua minggu dan lima hari. Tetiba saya rasa lambat benar dia nk cecah umur 1.6 yo.
Setakat pemerhatian dan penjagaan saya, perkara2 biasa yang AI sudah pandai buat adalah :
  1. berjalan dan berlari
  2. menyepak dan mengawal bola (dia minat bola nampaknya)
  3. memanggil mama..abah itu dgr sikit2 je..
  4. amik botol dan minum sendiri
  5. amik tilam dan bantal dan bombom atas tu
  6. demand lagu twinkle2 lil star dgn tunjukkan gaya tangan
  7. babai, sayang (kiss), amin
  8. solat sujud..(tipu) kaco mama dia solat.
  9. naik dan turun tangga (ini lagak bahaya)
  10. baca buku ABC (tipu bukan baca tp mula mengenali)
  11. selongkar peti ais dan amik cereal
  12. suap dan minum sendiri
  13. mau minum ubat dah
  14. mau gosok gigi dah
  15. tepuk(dodoi) diri sendiri utk tido
  16. tolong mama sapu sampah...yeahh tolong lah sgt..
  17. amik loyang kek atau periuk..dan duduk berdiri dalam tu..apa kes??T_T

Ok, perkara2 lakonan dia pulak :-

  1. purak2 cakap tepon
  2. bebel2 sorang dan purak2 gelak dipertengahan bebel
  3. purak2 kumur dan muntah
  4. purak2 sendawa bila mama boh minyak telon kat perut

Macam-macam...


oh gigi pun dh mula tumbuh yg ke 6..tahniah irfan!


mama tunggu anak mama bercakap pulak,

2.7.10

Singapore is not too far away~

Dalam banyak-banyak negara jiran sebelah menyebelah, Singapore lah yang aku tak penah jejak lagi. Dulu time tgh pregnant, berangan-angan nak pegi beli baju baby kat sana. Member aku yg dok kat Johor cakap murah jugak. Tapi nama pun angan-angan kan, plus mak pulak pesan, jangan beli barang baby selagi tak sampai 7 bulan, so bila dah 7 bulan, terboyot gitu mana lah larat nak pegi jauh-jauh. Hihi. So punah harapan.
Taaaapi...beberapa minggu lepas, aku terbaca entry Liz, my future jiran (sbb dia blom pindah lg), tentang vacation dia ke Universal Studio Singapore!
Aku yg camwhore nih amatlah teruja dan teringin berada di sana. Kebetulan pulak, my Melati Garden's gang beriya-iya nk pegi sana ujung tahun nih. Jadi, sekali lagi, kami menanam angan-angan kami disamping mengumpul duit poket utk ke sana kelak. haha

Oh one good news, a new wonder of the world baru buka kat Singapore - Sky Park Marina Bay Sand. Tengok gambar mmg wonderful habis, boleh la nk berangan utk ke situ.

++ macam tinggi melangit je kan??++

++ dapatkah kau bayangkan berenang-renang di awangan?++


++ mmglah tinggi..200 meter nokkkk++

Teruja.

Good place to relax, near, affordable, worth to visit!

Apa-apa pun tatau lah menjadi ke tak memandangkan, Mangotouch schedule dah fully booked on every weekend of December, so kalau aku dpt cuti on weekdays that would be great!


Next holiday destination - Singapore is not too far away!

Just pray for that.

irfan jumpa awek baru

Semalam, satu julai. Aku dapat berita Elis BFF dah selamat bersalin anak gadis dia. Wah, bertambahlah senarai menantu mak. haha
++ peeewwwwit...hai awek!++
Damia Amani, katanya itulah nama pilihan setakat ni. Nama yang boleh dikatakan glemer zaman skrg nih. Nak-nak pulak baru lepas virus cerita Adamaya melanda. Asal ada baby girl je, nama Amani lah jadi pilihan. Aku pun suka sebenarnya, tapi dah takde anak gegirl lagi, lupakan saja. Haha.
Oh, Elis BFF nih adalah roomate, housemate, coursemate, karoakemate, shopmate, vacationmate dan mcm2 mate lagi selama 4 thn kat MMU dolu. Si suami dia pulak, schoolmate aku. So buleh agak kot macam mana dorang buleh ketemu. Haha. Well, semua pun dah ada anak, dah 5 thn tinggalkan zaman hura2 lesbo kami. Sgt rindu. Opps..Dont get me wrong about the word 'lesbo' okay! Haha..
So tu je lah.
Congratz Elis n Acad for ur suwit lil' cute princess!
Welcome to the PA MA Club!

nota sendiri ::
1) Oh ada BFF ida dan nisma pun tgh preggy...saspen x..hihi
2) Gambar close up Damia takde sbb Encik Ray takmo kasi sbb dia nk upload dulu. Isk.

nanak baby XXX!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...