30.6.10

perkara yang kadang-kadang AKU teringin nak buat TAPI...

AKU mungkin takkan buat.
Jom habiskan masa tengok perkara2 tersebut, kot-kot lah sama ngan anda. Hehe

1) Tanam sayur atau buah dan makan hasilnya.
Dulu kecik2 aku slalu terpengaruh ngan sifat terlebih rajin abang aku, tanam sayur. Abang aku tanam kacang panjang dan tembikai. Kacang panjang tumbuh dan berhasil. Tembikai jadi tapi ada lah besar penumbuk irfan skrg. Hihi. Aku? Aku tanam cabai okay.. tapi TAK JADI PUN!
2) Menyemai pokok di atas meja kerja.
Ala, mcm kita dok tgk Cha-Ya-Nun-Alif dok suka letak pokok mcm keladi atau pokok buluh betong tu kat meja dorang. Dulu masa keja kat Elomoto, aku dikelilingi mereka yg berpokok, maka aku rasa damai pulak. Jadi aku pun berusahalah beli dan letak dlm bubble tu supaya nampak lebih mat-cool-mat-cool-kawanku! Sehari demi sehari daun-daun itu jatuh. Kesudahannya, gugurnya bunga cinta, maka tinggal anak jentik2 saja dlm vase aku tu. Ciskek btoi!!

++ inilah tumbuhan saya itu ..sgt cool bukan?++


3) Menjahit baju untuk anak.
Alangkah indahnya jika ini terjadi. Tapi apabila memikirkan ilmu ekonomi rumah tangga tingkatan tiga yang hanya berjaya membuat apron dan dengan ketiadaan mesin jahit, maka lupakan saja. Mari pegi beli di kedai saja!


4) Bermain gitar atau violin
Gila stylo kalo aku bleh main gitar karen atau violin. Alat muzik yang tu je aku tak penah sentuh lg. Bleh berangan mcm The Corrs ke Vanessa ke..:p


5) Lukis Anime
Nak kata ada bakat lukis, YA, mmg ada. Tapi lukis mcm pemandangan, oh lukis potret yang tak potret sgt pun penah jugak. Satu je aku tak reti, lukis katun or anime. Dulu rumet kat U aku, budak Animation. Err dia sedikit aneh, ngadap laptop 16 jam, plusminus tido dan pi kelas sejam. Satu hari, aku dan BFF (sebilik gak) jumpa kertas komik yg ada dua org gadis cute. Dia lukis. Belek punya belek. Sah, komik tu pasal KAMI (aku dan BFF). LOL!
Oh Encik Ray pun pandai lukis anime rupanya. ihik!


6) Tengok bentuk Semenanjung Malaysia.

Ini aku berangan dari kecik. Kalo naik helikopter tinggi2, buleh nampak tak bentuk mukabumi at leasssssttttt lah, Semenanjung Malaysia, aku tgk mcm pempuan pakai kimono je. Ok lah semenanjung macam besar jugak, Pulau Pinang?

7) Jadi pengacara
Glemer jugak jadi pengacara Nona hat sepesennn je ckp..takpun koman-koman jadi utk Jalan-jalan cari makan. Mabeless.. mak suka makan nokkkk!


8) Parking keta
kat tempat manager. Dekat sket, so tak perlulah aku jalan jauh2 untuk masuk opis.


9) Jerit kuat-kuat
dalam opis. "Hye, saya tau awak pun buka mukabuku masa kerja!"


10) Perlu ke ada sampai nombor 10? Tak perlu kot.



So, apa yg anda teringin pulak?



Kalau terjadi salah satu, best jugak!

28.6.10

Tales of the two sisters (Whitey Bestday)

As I told in previous entry, there would be "parti buih" on last Saturday. Party buih is another word for birthday party. Juz among us, so sukahati lah nk letak nama party apa pun. :p
Aliya and Yana, two sisters-satu mak satu bapak, but randomly ppl came out with this question "Apsal muka tak sama???" or lebih sakit hati si adik "Nape adik mcm kelabu sket...kakak putih" hahaha.. But now, when si adik sudah apply whitening cream, maka mereka sudah kelihatan sekata..:p What to do, sorang ikut muka bapak, sorang ikut muka their late-mom.
Since both of them were born in June, Aliya, aka big heart sister, organized their party @ TGI Friday, D' Curve. So it's not a suprise party, but we still suprised them by asking TGIF waiters to bully both dolls. (tapi mmg TGIF akan buli pun kalo utk besday) Terbaek!
So, million thanks to Aliya for the TGIF dinner..sgt kenyang..(lari bajet hang bulan nih noo.hehe)
Enjoyable party! (tak tipu)

Mari lihat "ORANG PUTIH" bergambar...

++putih kan???++

++berusaha memutihkan event++

++utk cik Aliya++

++utk si Yana Nanana++

++ I'm loving it!++

++TGI Saturday..:p++


Tok saya nama Puteh,

25.6.10

perkara yang tidak diingini berlaku dikala pagi

Setiap hari, bila kita bangun pagi kita mesti nak rasa segar dan ceria untuk mulakan hari baru. Tapi kadang-kadang, pagi kita tu tak seindah biasa. Bagi aku, perkara-perkara yang sangat tidak diingini berlaku dikala pagi adalah seperti berikut :-
1) Berat
Bukan berat badan, tapi berat kepala dalam konteks bahasa lain, pening. Kalau pening tu mesti lah melibatkan kepala kan, mana ada org pening tang siku. Jadi amat lah bebai kalau pening dikala nk memulakan hari, maka ia buleh mengundang kepada MC, dan sambung tido hingga ilang pening itu.
2) Baju
Aku rasa kebanyakan wanita mempunyai masalah seperti aku. Statement yg dikluarkan apabila membuka almari -"hishhh..tadak baju lah nak pakai".. Maka si suami akan menempelak -"tu yg tergantung2 sampai nak pecah almari tu bukan baju ke?"
Tahukan anda wahai sang suami, bahawa, para wanita tidak suka merotate baju itu berkali-kali dalam masa sekurang-kurangnya dua minggu. Mood pemakaian jugak bergantung pada mood pagi ketika itu, tidak terkecuali ketika diserang PMS.

3) Getah
Ya, aku akan jadi bebai maksimum apabila benda wajib ini tiada ketika aku sudah hampir selesai bersiap. Getah rambut feberet. Boleh dikatakan selalu missing in action getah rambut feberet ini apabila menjelang pagi. Maka terkluar lah segala kata2 nista dari mulut aku. Dan-dan tu jugak lah semua getah rambut spare yg lain jugak tak jumpa termasuk getah ikat plastik makanan. haishhhhh! mmg spoil!

4) Anak
Ada dua anak. Pertama, anak tudung yg tiba-tiba jugak taktau dimana. Mungkin kerana anak aku yg sembunyikan anak tudung aku. Huhu
Kedua, anak aku, FBI itu. Kalau dia tak jaga terlalu awal, sgt2 lah bersyukur kerana aku buleh siapkan segala sarapan dan bersiap utk pergi kerja. Tapi kalau dia dh jaga plus nak aku dukung dia, maka ia adalah satu perkara yg boleh melambatkan waktu utk aku masuk opis. T_T
5) Tiga serangkai
Kenapa biasanya bila dah lambat, time tu la minyak keta sudah menyala-nyala. Paling tidak pun, kad sentuh dan pergi dah tiada nilai. Mula lah nk kena beratur kat kaunter tiket yg panjang dan sesak itu. Adoiyaiiii...

Ada pepatah org-org Changlun yang berbunyi- Setiap hari, bermula dari bangun tidur, segala perbuatan kita mesti positif, maka insyaAllah kita akan ceria dan happy sepanjang hari tu. Tapi jika permulaan hari kita, penuh dgn perkara2 negatif spt mengeluh, kluarkan kata2 nista, pastinya sepanjang hari, perkara2 yg tak diingin akan mengikut kita.
Maka senyumlah seindah suria setiap kali bangun tidur dan ucapkanlah Alhamdulillah. Selamat pagi semua!


Ya, aku percaya kata2 org Changlun itu,

23.6.10

good days at goodyear court

Seperti yg digembar-gemburkan di status mukabuku aku yg menunjukkan ciri2 ketidaksabaran utk menempuh wiken yg lepas, mcm-ada-org-kesah-sgt-dengan-aku-punya-aktiviti, maka hari yg dinantikan utk kembali berkumpul bersama melati's girl (cuzens) and the carmila chicas (cuzen juga) di umah berjenama tayar adik aku, kat USJ, berjaya dilangsungkan. Well, kami sejak akhir2 ini sgt suka mencapai keseronokan dgn membuat pelbagai event utk mengisi masa terluang kami, platform komunikasi kami semestinya di thread message mukabuku.
++ Hotel Tayar Goodyear aka umah adik aku++
Tajuk thread yg sekadar utk membuat satu jamuan periuk bertuah, akhirnya menjadi sebuah penginapan 2 hari 2 malam di Hotel Tayar Goodyear Court, USJ (tobat korang cari tak jumpa hotel ni). Memandangkan ia adalah hotel imaginasi aku, maka semestinya tiada buffet breakfast utk kami merasa seperti seorang raja -bangun pagi ada sarapan. Maka aku mengambil tugas sejati spt yg dijanjikan utk menyediakan sebelanga mee goreng basah utk awek2 cun yg masih membuat tahik mata mereka ketika itu. Jadi, kerja aku sudah selesai.

Ya, sebagai penalti kepada mereka yg bangun lambat, maka semua tidak buleh makan lepas bgn tido, sebaliknya wajib pegi membuat gimrama didalam kolam renang selama yg mungkin. Haha. Maaf, gambar separa bogel mereka tidak boleh ditayangkan disini.
Aktiviti pagi berjalan lancar dgn menelan mee goreng, dan menghayati saluran HBO sambil menunggu hidangan Iron Chef, Aunty Rosie utk makanan tgh hari kami. Yey!
Sebelah petang, pegi buang masa kat Sunway Piramid utk melihat kelibat firaun durjana, tetapi kami cuma jumpa Jack Sparow. Cis! Tamat kisah Hari Sabtu.
++Haa see...Jack Sparow wannabe youuu~++
Ahad. Tiada lagi dapur yg menyala gara-gara percutian tidak dirancang ini. Yang rancang cuma utk aktiviti periuk bertuah semalam. Setelah habis sangap, maka kami pun kluarlah melawat Putrajaya, dan bila dah jadi pelawat, mestilah kena bergambar seolah2 jakun dgn Putrajaya. Tihihihii...
++ Irfan sudah mula sensitip kerana dia seakan tidak brapa sihat, tp borink duduk umah ++
++ Takde keje lain ke selain amik gambar saya? - Irfan ++
++ Dah lama tak pegang cik Niko ++
++ mari exercise!++
++ wonder girls, hot mama and fbi ++
Lebih byk gambar di laman muka buku aku, sila rujuk jika berminat.
Thanks to Melati's Cuzen, Carmila's Cuzen, dan adikku serta adik ipar, kerana menjayakan Hari Sepupu 2010 again and again. Jumpa lagi ujung minggu ini di party buih Carmila's Sisters. haha.

nota tak penting:: tak pasal2, aku MC dua ari kerana demam terkejut ngan keseronokan itu jugak kes ENT. =p


organizer spontan,

22.6.10

ENT


Ini entry skip. Aku sepatutnya nak taip pasal citer wiken aritu tapi mood telinga aku membawa kepada penaipan tentang ENT.

Otolaryngology or ENT (ear, nose and throat) is the branch of medicine that specializes in the diagnosis and treatment of ear, nose and throat and head and neck disorders.
Nah! Aku bagi definasi yang sah-sah dari bantuan encik gugel. Haha
Sebenarnya, aku ada masalah telinga bengang walaupun aku tiada perasaan bengang pada pakgad apartment adik aku mahupun pada tukang amik order restoran Kak Mah tomyam Kampung Baru. Namun kejadian yg berlaku sejak berminggu yg lalu ku tahan-tahan, sehingga aku terjun kolam dengan gaya somersault berpusing lalu meredhakan butiran H2O memasuki external auditory canal aku dan menjadi bengang maksimum. Terbaekk! Lalu, terpaksalah aku berjumpa dokter cinta (pertama) pada hari Isnin lepas.

"Oh telinga awak tersumbat, tahik telinga sudah sampai ke gegendang" kata makcik dokter.

"Ya, saya ada korek, dan terasa ia masuk kedalam" skema saya menjawab.

"Baiklah awak pegi spital yg ada ENT, saya bleh refer Tropicana Medical Center or Darul Ehsan Medical Center. Ini kena sedut, vacuum."

"Oh, bukan pakai ubat titik2 je ke utk cairkan?" Cubaan melawan dokter sbb aritu sepupu aku (dokter jugak) ckp just pakai ubat titik2 je.

"Cannot. Nanti dia akan cair lagi dia block" Dokter cuba yakinkan aku.

Aku angguk-angguk geleng-geleng.

Setelah balik, aku buat temujanji dgn hospital yg dimaksudkan. Tetapi setelah tibanya esok,yakni harini, aku mengubah pikiran, aku try cari klinik yg ada perkhidmatan ENT. Ya, aku jumpa kat Puchong.

"Dokter, semlm saya check kat satu klinik, telinga saya tersumbat, dan saya nk vacuum telinga!" ujar saya dgn penuh konfiden. :p

"Hah? Vacuum??? Sapa suruh u vacuum?" terbeliak mata dokter chenta

"err, dokter semlm suh saya pegi vacuum.." cuak aku..Ciskek btoi!

Doktor tu check telinga aku.

"Dokter klinik mana u pegi? Inilah 1st time saya dgr kena vacuum telinga utk kluarkan kotoran yg tersumbat. No! No! Itu doktor betol ke TIPU punya doktor? Mungkin dia MA kot. Mana boleh vacuum telinga. Nanti terkluar u punya gegendang!" bebel doktor itu mcm aku yg bersalah.

"Mana lah i tau. So, nak buat apa skrg?"

"Doktor tu tipu2 punya doktor tu. Dekat Shah Alam sana byk doktor2 mcm tu. Dorang cuma MA. U check tgk dia ada kad kementrian mcm ni tak. (sambil tunjuk kad doktor dia). U boleh laporkan pada kementrian kesihatan tau." Masih bebel2 geram. Tak cukup dgn tu, dia pi panggil nurse dia dan citer kat nurse dia jugak.. hahaha.

"oklah, so, skrg ni telinga saya mcm mana?" tanya aku skali lagi dengan harapan dia jawab.

"Nih i bagi ubat titik2. Nanti dia cair la. Then after 3 days, u datang, kita akan kluarkan selebihnya." Finally, dia jawab apa yg aku nk dgr.



. . . (>_<) . . .

Mintak2 telinga aku akan sempurna balik. Pasal doktor tipu ke MA ke itu mmg menggerunkan. Susah gak kalo tak pasal2 nk minta doktor tunjuk kad dorang kat kite kan? Maka lepas nih, kena pilih klinik yg btol2 established mcm yg ada branch merata2 tu kot.


saya bkn pendengar yg baik sgt,

17.6.10

beku dan ganti

Damn, it's freezing in here.
In my office.
Baru service aircond, I guess.

...



Ermm skrg dh masuk rejab. Tengok status mukabuku, semua gadis2 dan wanita2 anggun pakat2 dok ganti posa. Memang dah lumrah manusia sejagat, tak reti nk buat benda awal2. Mesti jadi last minute jugak. Ihik ihik. Contoh terhebat adalah aku. Aku nih masih mencari hari pertama utk mula mengganti apa yg ditinggalkan dulu. Mmg liat kalo nk start. Tapi bila dh start, mungkin senang kot nk teruskan. T_T.

Rabu lepas dh tekad, nak posa. Set alarm baikk punya. Tapi akhirnya kecundang. Alasan aku, irfan terjaga byk kali mlm tu, maka aku dh jadi ngantuk. Mmg ia adalah alasan mutlak aku. Lalala~

Khamis, yakni harini, skali lagi aku set alarm pukul 5 pagi since subuh 5.41 pagi. Sudah terjaga. Aku bangun lalu offkan alarm tu. Perlahan-lahan aku letak kepala aku di atas bantal. Tidurzzzzzz~~
tenenettnetnetnet~~
Bunyi alarm lagi. Terjaga semula.



6.45pagi.
Ya mari bangun pegi keje. =p





pasti ganti jugak!

15.6.10

i dont want to eat!

Huhu,
Saya agak pening. Irfan rejects all his meals since few days ago. Saya syak dia sakit gusi, nk tumbuh gigi kot, sbb dia asyik geget jari dia je. :(
So, bila dia btol2 lapar barulah makan, itu pun mcm pisang or sekeping roti or 2 keping biskut or cereal or sikit nestum. Sehari sekali saja. Nasi? tak nak! T_T

Arini mama cuba jugak hantar pegi nursery berbekalkan pelbagai jenis makanan. Tatau la dia nk makan ke tak..mudah2an, dia tgk kawan2 makan, dia pun turut terjebak jugak. Amin.




Buntu.

10.6.10

Cakap!

Ada orang, suka menokok tambah cerita, maka jadi lah 'nasi campur'. Nasi campur sedap gak kan? hihi

Ada orang, suka tak mengaku statement yg dia penah sebut. Maklum la dh terkena tulah.
Ada orang, slalu 'bercakap dengan cermin'. Siannya, nak kata org, tapi baru kelmarin dia pun buat jugak. Eh bukan kelmarin saja, selalu buat. Kih kih..
Ada orang, suka bercakap terlalu terperinci. Nak citer orang bagi kurma kat dia pun, kena start dari salasilah pertemuan mereka dulu..Adoiiyaiii~

Ada orang, terlalu berpengalaman. Semua yg org alami, dia pun alami, kalo bukan dia, mungkin abg atau kakak atau mak atau nenek dia penah alami. OMG!

Ada orang, rasa cakap dia saja yg betul, cakap orang lain tu mcm sampah saja. ohhh wutever~~

Ada orang suka ckp sikit, gelak, cakap sikit, gelak = aku dan BFF, Elis. T_T

Ada orang, suka bergossip.
Pembetulan : RAMAI orang suka bergossip! nih baru betol kot. Hehe.



suka bergossip jugak!

9.6.10

Dimandrem drem drem

Aku tak suka nasi beriani kat kedai mamak, sbb dorang masak ayam/daging/kambeng tu dlm nasi tu juga.

Satu hari, ketika aku masih kerja di Hello Moto, kawan aku, Sarah, ajak makan nasi beriani kat kedai mamak yg baru buka branch dia dekat ngan area opis. Mati2 aku takmau pi. Tapi kata-kata jaminan bahawa aku pasti tak menyesal dan untuk mengelakkan aku kena tinggal makan sorang2, telah membuatkan aku terrrrpaksa setuju.

Aku suh saja kawan aku orderkan untuk aku.

"Nasi beriani ayam, bagi 2." Order Sarah.

Tak payah tunggu 8 kali suap, skali saja, perghhhhh~~~sedap la weiiiii!

Aku telah dimandrem drem drem since 2007~ OMG!

Nasi beriani ayam claypot : ayam yg diperap 1001 malam, dipanggang keliling pinggang, di cicah bersama tairu. Ulala~ (by Nasi Kandar Kapitan)

Tempat lain tadak punya! Cubalah kalo branih!

Dey mamak, sila bg royalty aku tolong promote nih!!!

balik penang je, pasti cari!

4.6.10

tengah bersedia


PERMATANG PAUH -->CHANGLUN ---> BAGAN SERAI!!!

tata!


1st time nk balik thn nih...uishh,

2.6.10

excited

Ah-ha
Seperti yg di sebut-sebut dlm entry aritu, me and Encik Ray telah pergi ke IKEA dgn niat 'apa kata survey'. Keterujaan kami tidak dpt ditahan-tahan lagi, terus menuju ke bahagian KID'S @ IKEA. wowweeee~
Kami melakukan percubaan setiap katil yg ada kepada bakal pemilik mutlak dan begini aksinya..
"excited"

"uuuu~~ada sheep"

"mama, i want it.. por favorrrr~~"
Well, he's interested and excited.
Memandang kami dapat mengesan kecergasan Irfan yg bakal merosakkan katil beliau kelak dan untuk menimbulkan lebih excitement pada beliau utk memiliki katil teruna pabila sudah besar nanti. Maka, kami membeli katil yg sedang dlm promosi saja. Simple, murah dan berbaloi jugak. Sama mcm yg katil sheep tu cuma tade sheep, beza harga dua kali ganda! Jadi, mengapa bayar lebih? Haha. Mari kata Yey!

Err tp kami terlupa nk beli base katil tu - style IKEA lah, jual brg berasingan. So esoknya kami pegi lagi utk beli base, ohw amat tidak best kerana TEMPORARY OUT OF STOCK la pulak. Need to wait until mid of June. OMG!~ So, Irfan cuma tido di atas tilam baru saje. But he's still excited. ;)

nanti lah upload gambar katil yg LENGKAP!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...