29.3.10

Award beautiful blogger


Err adakah award ini mengiktirafkan saya seorang beautiful?? hahha
To-do-list yg kena buat bila ditagged!
1. Thank and link the person that gave you the award.
Oh thanks to Liza sbb bg award ini kat saya dan dgn tidak semena2 saya perasan cantik..haha

2. Pass this award to 15 other bloggers you've recently discovered and think are fantastic:
15? err dlm list mmg ada 15..tp yg baca blog saya tah2 tak sampai 5 org kot..hahah
silalah rajinkan diri korang kalo dh rasa takde entry nk tulis..haha

3. Contact them and tell them that they've won the award
adui...
4. State 7 things about yourself:
1) saya adalah penjual tudung yg tegar skrg.. sila tgk SINI
2) saya juga pengamal permakanan sihat utk memperolehi kesihatan yg lebih lestari..memakan byoung, Iso3, dan lain2.. yeah sbb saya adalah one of the million Zhulian triliant..;p
3) hari2ku adalah full of activities till midnite..aduiii lotih den..
4) rumah cahaya spk saya agak bersepah sejak seminggu lalu..maklumlah i bz..
5) saya suka shopping..tp bila tade bajet i frust je..arghh..
6) saya suka melancong melencong..next vacation is langkawi..trettetetet..
7) agak2 saya bosan ngan kehidupan yg bz.. saya akan mengajak konco2 pegi ke karoks..lalala..

yeah sudah abis.. bye bye bye!

beautiful blogger adalah saye (liza yg ckp),

25.3.10

tutttttttttttttttt iklan...

ADA IKLAN LAH

SILA KLIK SINI...ada benda best!

19.3.10

ceritera dolu2 #002 : Dari kaca TV Toshiba

Masa Era tumbesaran aku di sekolah rendah, umah aku pakai TV cap toshiba, ada kaler ok. TV tu seblah kiri adalah skrin, kat seblah kanan adalah terletaknya punat2 bernombor 1234567890 dan juga punat yg boleh discroll ke kiri dan kanan utk ejas kekuatan lontaran suara kotak elektrik itu. Acara menonton TV mmg termasuk dalam duti harian aku. Wajib OK. Biasanya sebelom aku kluar bermain. Antara citer2 yang berjaya lekat dlm ingatan aku dan kerabat2 yg sebaya aku adalah seperti berikut.

1) Moero Attack.
Kisah sekumpulan gegirl yg bermain bola tampar. Nama heroin yg menjadi idola aku dan anak2 gadis lain adalah Cun. Cun ada 2 kawan, Capten dan Yoghia, tp last2 Yoghia mati. Skill dorang yg menjadi ingatan hingga kini adalah seperti Summersault berpusing, Tamparan berpusing, dan lain2.
Aku, abg aku dan sepupu aku yg mengaji Muqaddam di rumah Che Om, jiran nenek aku, sanggup suh Che Om ajar cepat2 pastu dgn muka tak malu suruh Che Om switch on TV umah dia lepas kami dh selesai baca Muqaddam. Che Om pun excited la jugak nk tgk citer apakah yg membuat kami bertiga pulun sgt. Bila crita bermula..Tetiba Che Om bersuara,

'hah crita pompuan pakai sependa pun hangpa nak tengok? Tak senonoh btoi'

Erk!
Tp kami tidak peduli. Yang penting setelah habis citer itu, kami akan ambil surat khabar lalu dibasahkan sedikit, dikepal2 dan dimasukkan dalam plastik lalu diikat2 sampai jadi sebiji bola tampar..dan bermula laa Tamparan berpusing!!!! Haha..dgn muka budak2 yg tak malu, kami pi main kat laman umah adik ipar Che Om, Wan En. Ibarat seperti umah tok aku tadak laman saja.

Oh jgn tatau, aku dan rakan skolah ada lagu versi melayu moero attack ni!

Cun jaguh bola tampar,
Kumpulan Baitushi, << btoi tak nama kumpulan cun tu?
Menjadi murid Puan Moriko,

Cun, Yoghia, Capten,
Tiga jaguh perjuangan ke Olimpik,
Sayang gugur seorang
Yoghia teman tersayang
Kini tinggal Cun sendiri
Jadi skuad duniaaaa!

hahahahha aku igt lagi rupanya!!! Sapa yg ingat melodi sila nyanyi!

*spenda = sluar dalam

2) The Miss Comet
Ha ni lagi satu citer jepun yg menjadi kegilaan aku dan adik bradik sepupu sepapat terdekat. Miss Comet ada kayu sakti berbintang. Hebat. Tabiat Miss Comet yg menjadi ikutan aku adalah berdiri terbalik - letakkan kepala dibawah dan kaki diatas. Apa pekdahnye pun aku tatau.

Habis crita, mcm biasa, aku, abg dan sepupu aku akan bermain sambil memegang watak yg diminati, sudah pasti watak aku The Miss Comet! hahaha

3) Suria Baja Hitam/ Suria Perkasa Hitam
Lagi crita jepun yg memonopoli ruangan citer2 petang untuk santapan budak2 dulu. Aku siap boleh main lagu penutup citer ni ngan pianica aku. Hebat tak aku? haha Apa ye nama hero tu. Aku cuma igt Belalang Tempur, sebuah motosikal bermuka belalang yg akan membawa SBH mengejar musuh. Saat klimaks citer nih adalah ketika dia bertukar menjadi SBH. Pk2 balik agak lembab nk bertukar pun.. kalo aku jadi penjahat. Mmg dh lama SBH tu mati. hehe Antara kekuatan yg dipercayai hebat oleh abang aku dan anak jiran2 aku adalah Tendangan Padu Maut! dan juga Tumbukan Padu Maut! Yeah sbb itu bila gadoh ngan abg aku, kami akan menggunakan kata2 hikmat ini dgn harapan lawan tewas. T_T

4) Gaban
Wakasauwakasau Gaban!
Gaban Z potong dua.
Kami suka tunggu part last Gaban nk potong raksasa saja.
Nak tgk dia nk potong brapa.
Tp by default encik Gaban hanya akan potong dua saja.. dan kami akan mengeluh borink.
Ada laa skali je kot Gaban potong 4. Aiseh!

Crita2 mak dan makcik2 aku dok layan seperti Oshin, Little Missy, Akantare, semua tu blom berjaya menerjah minda aku. Maybe itu kisah kehidupan. Sesuai utk mak2 mcm umur aku skrg. hehe.

Crita drama melayu seperti Hati Waja dan Spektra pun menjadi kegilaan dan pengaruh yg kuat.

okeh, cukup dulu sessi ceritera dolu2 peringkat darjah 1-darjah 5 sebelum aku terkantoi berblogging... jumpa di episod akan datang. Da~

yg suka amik watak utama,

16.3.10

ibu-ibu yg hebat semua dh buat ke?

salam..
nak tanye, pembaca2 blog aku nih dh buat ke yg ni? (bajet mcm ramai je pembaca..ihikk)

kalo blom, tolong laa sign petition ni supaya cuti bersalin yg 60 hari tu bertukar menjadi 90 hari. Tak kira la korang dh jadi ibu ke, baru nk jadi parent ke, baru nk kawin ke, baru nk bertunang ke.. even yg masih single dan available pun perlu buat benda ni! Bukan utk kepentingan sesapa pun.. utk diri kita juga. Yg lelaki, pk2 kan la ini pun utk anak bini korang jugak. Maka dgn itu, semua org sgt2 disarankan sign. Tak susah pun. kan?

ok le tu baru 90 hari.. ada negara barat cuti bersalin sampai anak umur 2 thn. X terjejas pape pun. Lagi maju dari negara kita. So kat Malaysia, y not?? Kan?


mudah2an cuti bersalin anak ke2 dan seterusnya akan jadi 90 hari. Amin.

11.3.10

puisi #001 :: percubaan pertama ;)

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua

Dalam librari
kini aku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada

~A. Samad Said - Dalam Librari

Saja aku gugel beliau utk baca puisi time tension. Agak release lah. Magic plak. Aku bukan nya minat sastera pun. Hehe. Kalau aku pegi Mid Valley slalu aku jumpa dia. Mungkin sbb dia suka melihat lalu menulis. Sbb tu semua puisi dia mostly ttg kehidupan harian.. tak berbelit tp punya maksud mendalam. Nah, skrg aku try bermadah pulak.


Dalam pejabat,
halus jari jemari
menekan papan kekunci
mencari sang pemuisi tua

Senyum
mata melirik bait madah
Indah
bermakna
Kau mmg sasterawan negara!

~Wirda Rasid - Gugel dirimu


Haha. Konfem tade yg tersirat disitu.
K lah, nanti sambung utk puisi tersirat birat plak. daa~



Bermadah helah,

10.3.10

ceritera dolu2 #001 : tinggi-tinggi kelapa bali

Dolu2, masa aku mula nk masuk alam chicas ni, aku slalu ukur tinggi aku. Tetiap hari aku tanda kat satu sudut dinding bilik aku. Berangan2 bila aku akan tinggi bak Erra fazira even aku tak minat lagi kat heroin filem sembilu yg tak vogue sgt ketika itu (tak macam sekarang..sudah jadi primadona) Hehe. Maka wujudlah beberapa kes pasal ketinggian ni.

KES 1
seorang kazen, Benjol (bukan nama sebenar) yg tinggi sgt berkata pada aku dlm loghat utara (sbb aku mmg org Kedah)..
" Adik (nama timangan aku), hg ni pendek, hg pi la skipping hari2 mcm kami."

"Ala dh hg tu laki. Mmg la laki bila dh besar akan jadi tinggi kecuali kalau terbantut" jawab aku

"Dak aih. Aku dulu pendek ja. Lepas skipping aku tinggi." kata sepupu tu.

"o0o" Malas aku nk layan. Tp aku balik beli tali skipping tu jugak. :p

KES 2
Si Fulan (bukan nama sebenar), adik sepupu, yg baru nk membesar, dan confirm tak brapa tinggi sgt dari aku disebabkan keturunan dan muda dari aku, dtg pada aku.

"eh hang ni awat?" tanya ku pelik bila dia cuba jengket2 tepi aku.

"oh sama tinggi.." kata dia.

"ceh, sama tinggi konon..tu yg hang terjengket2 tu pasaipa?" (grrrrrr...)

KES 3
"nak tinggi makan lah tauge" kata si Bedah.

"Eii aku benci tauge"

"ha takpun kacang panjang" kata Bedah lagi.

"Sbb kacang tu panjang, so kalo makan kita pun akan jadi panjang aa?"

Benarkah??

KES 4
sudah masuk form 3, aku pun rasa diri perlu bergaya seperti ayu gitu. Aku mmg mencari kasut2 high heel yg bleh nampak aku tinggi. Haha. Sekitar thn 90-an, kasut type wedges blom glemer dikalangan chicas, kebanyakan tebal2 utk org2 dewasa/tua.
Suatu hari aku keluar ke pekan bersama Maksu. Sudah lama berjalan. Maksu tgk kasut aku dan berkata,

"La kasut hg mcm kasut tok saja"

Dalam hati aku menyumpah "kuang jaq! mana tok ada kasut macam ni!!!"

. . . . .
Masih di ketinggian yg sama. Syukur. :)

9.3.10

mama stress nk report pada FBI..

arini sgt2 stress.
stress disebabkan beberapa perkara yg mengspoilkan keadaan.
bila stress satu benda pun jadi tak kena.
mmg takleh nk buat keje.
mmg takde selera nk makan.
mmg takde mood nk borak.
mmg membencikan.
mmg STRESS! Argh!
.
.
jadi mama cuba cari ubat utk stress ni. godek2 henpon samsung yg tak seberapa ni, dan..aaah shomel. mama jumpa gambar FBI, buah hati mama dlm folder picture. lalu di'bluetooth'kan pada laptop milik opis ini.
hah FBI ni actually tgh bg hint suh mama beli keta la ni..haishh..layanzzzzzzzzzz!
"mama..mama..meh irfan tlg drive keta..mama stress kan..tak elok bawa keta time stress"
mula2, start engine keta dulu...vrommm vrooomm..v pawer...;p
check cermin pandang belakang..lineee clearr~
seblum masuk jalan, tgk dulu seblah kanan, kot2 ada kenderaan sedang mara...nyehnyehnyeh
dan skrg FBI on the road...."laju ku laju dan tuju kan ku tuju... yeahhhhh ~!"
oh my Fabulous Baby Irfan (FBI)..u make me melting...muahhhh :*)
dan skrg baru rasa lega..i love u irfan..mucho mucho!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...