24.11.10

Resepi Rahsia #14 :: Cik Capati Comel

Hai phuan-phuan!
Lama tak buat entry resepi rahsia, ye lah rajin nk post pun masa bulan puasa sebab masa tu saja rajin masak masakan over2. Hehe. Tapi pada pagi yang singkat tadi, saya dok perosah juga buat satu breakfast yang dah 17 tahun saya tak buat. Perghh lama tu..


Dulu kecik2, abang saya suka explore buat makanan yang mak tak buat di rumah. Dia sanggup pegi tanya pakcik juai roti canai tu mcm mana nk buat roti canai. Sebab tu la kot skrg dia jadi chef. Hehe. Jadi, bila nk buat sesuatu, pasti lah partner in crime dia adalah Cik Siti...haha yeahh it's me! Orang yang pemalu nak tanya tapi tak sesat jalan mcm saya ni, mestilah tidak akan pegi tanya pakcik tu, mesti lah hapai resepi abam saya.

Maka demi mengingati zaman eksplorasi kami, memperkenalkan sarapan terulung ujung tahun...





TadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA!
Cik Capati Comel!





Dan saya lebih suka capati yang di makan bersama sardin. Mmg Ummmmphhh!


Saya bleh buat, mengapa tidak anda. Mari salin resepi dan buat.



Bahan-bahan: (utk 5 keping saja, sila tambah sendiri sukatan utk masak lebih)

200g Tepung Atta

1 sudu besar Minyak sapi

Air garam

Cara membuatnya:

Adunkan tepung bersama minyak sapi, dan tuang air garam sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut.

Tutup dengan kain lembab, biarkan selama 30minit. (bleh la pegi mandi ke iron baju ke dulu ;p)

Kemudian, bulatkan kecil2, dan canai nipis. Bakar di dalam frying pan.

Capati siap!!!!




Selamat mencuba,

2 comments:

d i d a said...

aku penah buat weh..mmg sedap dan rasa kenyang lama..lagipun tak berminyak..

masa frying tu tekan2 sket tepi2 dia bagi mcm jadi gelembung2. aku la tukang fry dulu. haha..

laki aku baca ni mampuih dia soh aku wat plak. =p

..:: WiRdA ::.. said...

ida :: takyah tekan utk bg kembung wei. sbb aku tak tekan pun dia naik sendiri. aku rasa teknik tinggalkan selama 15-30min b4 canai tu mmg utk bg dia naik kembung2 tu time masak kot. aku rasa la. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...