15.7.10

makhluk durjana mengejutkan aku utk bersahur

ekk uwekkkkkuwaaaa....
Tangisan rengek irfan membuat aku bingkas bangun. Berbekalkan biasan cahaya neon di jalan hadapan rumah aku yang menembusi terus ke dalam kamar utama, aku mencapai botol susu lalu membancuhnya. Diam si Irfan pabila meneguk susu. Aku melihat jam, 3.36 pagi. Ah, masih terlalu awal untuk aku bersahur. Memang itu lah perangai aku, suka mengganti puasa di saat-saat akhir menjelang Ramadhan. Tapi aku saja ke? Orang lain pun sama kot. Hehe. Aku pun terlelap kembali...


Weuweuweuweuweuweuwewueweuweuwe
Huh! Terbeliak mataku.
"B, bangun b!"
Hubby yang demam bingkas bangun dan mencapai cermin mata. Siren rumahku berbunyi. Ada orang cuba nak pecah rumah!

Aku sedikit panik. Jam menunjukkan pukul 4.13 pagi. Hubby cuba mencari telefon bimbitnya, tak jumpa. Dia mengintai dari pintu kamar perlahan-lahan. Tiada sesiapa. Sengaja kami biarkan siren berbunyi seketika untuk menarik perhatian security dan menakutkan si makhluk durjana. Setelah tiada pergerakan bunyi yang mencurigakan, kami matikan siren. Memori pada alat penggera menunjukkan cubaan pecah masuk melalui bumbung. Kami check semua bilik. Seluruh rumah jadi terang benderang. Alhamdulilah, mmg bedebah tu tak sempat masuk. Terkejut dengan bunyi nyaring siren agaknya.

Huh, aku syak makhluk durjana tu adalah Indon-indon yang lalu lalang depan rumah aku petang tadi. Memang aku perasan dua ekor tu tengok-tengok masa aku nak masuk rumah. Aku percaya mereka berani bertindak sebab kiri kanan rumah aku masih tidak berpenghuni. Cisssskek!

Mujurlah bunyi siren berjaya menakutkan setan tu.
Bila keadaan macam dah reda, aku melangkah ke dapur, amik periuk dan masak nasi dalam kesaspenan. Terus tak jadi nak sambung tidur. Dari dalam rumah aku dengar bunyi motor pak gad meronda-ronda. Ok, sedikit selesa. Aku pun bersahur, hubby sambung tidur kerana tak berapa sihat.

Thanks but no thanks to makhluk durjana kerana mengejutkan aku utk bersahur lebih awal. Huh!


Teringat pulak tragedi yang berlaku kat umah parent aku. Takut.
Ya Allah, lindungilah keluarga aku dari segala malapetaka. Amin....



berjaga-jaga,

10 comments:

Farah said...

uishh nasib baik umah ko dah pasang alarm.

Anonymous said...

Tentu rs takut kan? cm kami hr tue..opis dipecah msk time lunch...
jd trauma...huhuhu..
~Aniza Amar~

atulhani said...

kamu bercerita dengan penuh saspen.... alhamdulillah semua selamat ye wirda.. tragedi kat umah parents awak tu dh cukup menyeramkan..

^wirda^ said...

farah :: tu la sebbaik lah jugak.

aniza :: ye ye..sebaik hg tade dlm opis.

atul :: hehe sbb mmg pagi yg saspen, alhamdulillah tade pape..aku dh terbayang2 dah kalo jadi mcm umah parent aku tu. lagi ngeri..mintak dilindungiNya.

NisS^ImmEr said...

sib baik ade siren bomba. kalau tak tatau la apa jadi. aku dok sorang, takut. umah takde siren. bleh baca ayat kursi je tiap2 mlm :)

ZuRin said...

Suspen nyer...Alhamdulillah, semua selamat. Kak zurin dah fobia dengar citer2 macam nih sejak rumah kena break in awal tahun ari tuh. Belum pasang alarm lagi. Insyaallah akan segera pasang nanti. Dah banyak kes break jugak kat sini. Mintak dijauhkan....

^wirda^ said...

niss, tu la kan, hg lagi ngan pregnant dan dok sorang.. ajak la org teman. aku b4 nih brani la dok ngan irfan je..lepas ni dh takut..huhu

kak zurin, oh umah tu tade alarm lg ek? mmg kena pasang. Area2 umah kita tu byk indon berkeliaran. umah wirda dlm kawasan balai polis pun dorang brani. last 2 month pun dorang ade try umah semiD kat atas tu. tp bunyi siren, terus lari jugak.

peah @ peps said...

cerita wirda mmg thrill...tak report kat pak guard pastu?

^wirda^ said...

peps, report, kat polis ngan pakgad skali.. just dorang check around je la..so maybe lepas nih..indon2 yg lalu lalang kena halang dari lalu2 situ la kot..we'll see..

Queen of Pirus said...

bahaya ke kawasan rumah kita tu Wirda..sebab indon byk ni.semoga tak de kejadian2 yg sebegini lagi selepas ni...take care sis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...