25.6.10

perkara yang tidak diingini berlaku dikala pagi

Setiap hari, bila kita bangun pagi kita mesti nak rasa segar dan ceria untuk mulakan hari baru. Tapi kadang-kadang, pagi kita tu tak seindah biasa. Bagi aku, perkara-perkara yang sangat tidak diingini berlaku dikala pagi adalah seperti berikut :-
1) Berat
Bukan berat badan, tapi berat kepala dalam konteks bahasa lain, pening. Kalau pening tu mesti lah melibatkan kepala kan, mana ada org pening tang siku. Jadi amat lah bebai kalau pening dikala nk memulakan hari, maka ia buleh mengundang kepada MC, dan sambung tido hingga ilang pening itu.
2) Baju
Aku rasa kebanyakan wanita mempunyai masalah seperti aku. Statement yg dikluarkan apabila membuka almari -"hishhh..tadak baju lah nak pakai".. Maka si suami akan menempelak -"tu yg tergantung2 sampai nak pecah almari tu bukan baju ke?"
Tahukan anda wahai sang suami, bahawa, para wanita tidak suka merotate baju itu berkali-kali dalam masa sekurang-kurangnya dua minggu. Mood pemakaian jugak bergantung pada mood pagi ketika itu, tidak terkecuali ketika diserang PMS.

3) Getah
Ya, aku akan jadi bebai maksimum apabila benda wajib ini tiada ketika aku sudah hampir selesai bersiap. Getah rambut feberet. Boleh dikatakan selalu missing in action getah rambut feberet ini apabila menjelang pagi. Maka terkluar lah segala kata2 nista dari mulut aku. Dan-dan tu jugak lah semua getah rambut spare yg lain jugak tak jumpa termasuk getah ikat plastik makanan. haishhhhh! mmg spoil!

4) Anak
Ada dua anak. Pertama, anak tudung yg tiba-tiba jugak taktau dimana. Mungkin kerana anak aku yg sembunyikan anak tudung aku. Huhu
Kedua, anak aku, FBI itu. Kalau dia tak jaga terlalu awal, sgt2 lah bersyukur kerana aku buleh siapkan segala sarapan dan bersiap utk pergi kerja. Tapi kalau dia dh jaga plus nak aku dukung dia, maka ia adalah satu perkara yg boleh melambatkan waktu utk aku masuk opis. T_T
5) Tiga serangkai
Kenapa biasanya bila dah lambat, time tu la minyak keta sudah menyala-nyala. Paling tidak pun, kad sentuh dan pergi dah tiada nilai. Mula lah nk kena beratur kat kaunter tiket yg panjang dan sesak itu. Adoiyaiiii...

Ada pepatah org-org Changlun yang berbunyi- Setiap hari, bermula dari bangun tidur, segala perbuatan kita mesti positif, maka insyaAllah kita akan ceria dan happy sepanjang hari tu. Tapi jika permulaan hari kita, penuh dgn perkara2 negatif spt mengeluh, kluarkan kata2 nista, pastinya sepanjang hari, perkara2 yg tak diingin akan mengikut kita.
Maka senyumlah seindah suria setiap kali bangun tidur dan ucapkanlah Alhamdulillah. Selamat pagi semua!


Ya, aku percaya kata2 org Changlun itu,

3 comments:

Mohamad Faizal said...

perkara yang tidak diingini di waktu pagi bagi saya ialah apabila telah keluar rumah untuk ke tempat kerja lepas tu masuk highway lepas tu tiba-tiba sakit perut terpaksa berak di petronas. beberapa kali jugalah berkali begini

NisS^ImmEr said...

aku pun geram kalau cari getah rambut atau anak tudung tak jumpe. pastu, tudung takmo jd wpun dah iron byk kali.

^wirda^ said...

ijai :: bagus la kau, sistem penghadaman berjalan lancar..hahaha

niss :: hg pakai tudung senang pakai yg aku juai tu je la..konfem jadik! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...